Friday, March 20, 2015

Isu Hudud - Merapatkan MCA/UMNO dan DAP/PAS

Banyak isu yang mahu disentuh, kenaikan tambang pengangkutan awam yang cukup sopan hadiah perkahwinan anak Najib kepada rakyat Malaysia (?) - khabarnya kabinet akan tangguhkan kenaikan ini - kalau benar kenapa tidak kaji dulu sebelum buat pengumuman !!!
(2) Isu hudud yang kononnya merenggangkan DAP/PAS dan UMNO/MCA (tolong jangan percya, ini semua temberang, drama)
(3) Dan isu hudud itu sendiri.



(Gambar - Apakah MCA akan dengar cakap Chua Soi Lek - Mantan Presidennya)

Hudud Kelantan yang baru dibentangkan ini sudah pasti ditolak oleh umat Islam di Malaysia dan akan gagal di Palimen kerana orang bukan Islam sendiri tidak mahu sesuatu yag pelik diluluskan.

Asas pertama Islam itu sejagat, way of life, sempurna dan adil bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada alam semesta termasuk haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Kalau kita hendak membicarkan dari sudut adil, jom lihat contoh ini...

Dalam satu kes kecurian, 3 orang athies 3 orang afrika 1 orang india 1 orang cina dan 1 orang Islam ditangkap.
Situasi 1: Mahkamah sivil menjatuhkan hukuman denda RM500 dan sebulan penjara kepada kesemuanya.
Situasi kedua jika berlaku di Kelantan: Mahkamah Hudud menjatuhkan hukuman (?) kepada 1 orang Islam dan 9 lagi tidak layak didakwa,
Nilaikanlah sendiri !!!!

Apakah mahkamah dan undang-undang dinilaikan kepada pesalahnya samada dari segi bangsa, ugama, jantina dan hukuman dibeza-bezakan (?)

Hukuman hudud tidak boleh dipertikaikan dari segi logik semata-mata tetapi kerana Hudud di Kelantan berlandaskan pemikiran manusia, sewajarnya ada persaolan.
Jawapan juga bukan ikut logik tetapi bersandarkan Al Quran dan Sunnah - justru itu kita berharap sebanyak mungkin pandai ugama, ostad memberi penjelasan.

Pemimpin PAS tidak boleh lepas tangan atau menjawab secara umum apabila cadangan itu dipertikaikan:

 "Saya nasihatkan dia mendalami ilmu syariah dan kurangkan bercakap perkara yang dia tidak faham," katanya ringkas menerusi kiriman aplikasi Whatsapp kepada Antarapos - Timbalan Meneri Besar Kelantan mengulas persaolan Latifah Koya

Thursday, March 19, 2015

Yang Mahu Najib Berundur Kian Terdesak...

Ketika dulunya saranan lebih kepada meminta Najib berubah kini bertukar  kepada majoriti mahukan Najib untuk lepaskan jawatan Presiden parti dan PM untuk memberi laluan khususnya kepada Muhyiddin untuk mengambil alih.

Nyata perubahan telah berlaku sebaliknya, Najib terus memperkuatkan dirinya dengan membariskan seramai mungkin panglima dan hulubalang yang sanggup mempertahankannya. Segala bentuk dan kaedah serta perancangan telah dibuat untuknya terus kekal berkuasa dan tidak nampak sedikitpun goyah.

Ketua Bahagian UMNO dan Ketua Parti Komponen sudahpun berikrar sokong Najib...kemuncaknya kita tunggu Muhyiddin bersalam dan berpeluk mesra dengan Najib tanda semuanya ok...

Dalam ketika harapan kepada Muhyiddin kini dilihat sudah tidak boleh diharap lagi, tidak ada penegasan nyata, tidak ada kepimpinan jitu maka sudah bolehlah di anggap jika pun Muhyiddin naik...ia sekadar mewarisi kelembekan...

Justeri yang desperate untuk melihat Najib berundur kini mula tangkap muat, sebaik sahaja Ku Li membuat saranan yang bernas di Parlimen, maka tumpuan untuk mengangkat Ku Li sebagai pengganti yang terbaik dan rasional sudah mula kedengaran. Sedangkan pada sebelumnya, ramai yang tidak terfikir bahawa Ku Li adalah lebih baik dari Muhyiddin.

Tangkap muat juga berterusan sehingga Hishamuddin pun mahu diendosekan "boleh" asalkan bukan Najib. Sudah tentu Hishamuddin ini lebih 1000 kali baik dari Hishamuddin itu >>>

Apakah selepas ini, apa sahaja yang melintas dan melayang didepan mata sudah dikira layak untuk menggantikan Najib (?)

Kemaskini:

Kalau Syed Hamid, ok tak (?)

Wednesday, March 18, 2015

Hudud PAS, Hudud Kelantan, Hudud PASUMNO.. Hudud Islam di mana (?)

Hudud yang dibentangkan di dewan Undangan Negeri oleh PAS Kelantan selaku Kerajaan Negeri hanya melibatkan kesalahan yang berlaku di Kelantan sahaja dan hanya kepada orang Islam sahaja.

Inikah keadilan hukuman hudud yang dimaksudkan oleh Islam (?)

Atau hudud politik PASUMNO (?)

Jika itulah prinsip yang dipegang oleh PAS Kelantan, maka sudah tentu jika ada orang Islam di Kelantan atau di luar Kelantan yang tidak bersetuju dengan hudud tersebut maka tidaklah boleh dikategorikan dan dilabel menolak hukum Allah.

Puak cerdik pandai ugama, mufti, ular dalam semak tolong bersuara..








Pendirian Mahathir sperti yang diketahui: 



"Saya tolak hudud Pas, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung,"

  "Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya.


Jika hudud itu melibatkan orang bukan Islam - adakah UMNO akan bersetuju (?)
Jika hudud itu melibatkan orang bukan Islam - adakah PAS akan bentangkan (?)
Hudud tidak melibatkan orang bukan Islam adakah kerana untuk menyukakan atau mahu menjaga hati mereka atau takut kepda mereka (?)
Kalau tidak melibatkan orang bukan Islam, kenapa MCA dan DAP macam babi kena sawan (?)

Dan jika ada perbezaan perlaksanaan, adakah Islam itu tidak bersifat sejagat dan adil untuk semua (?)

Jika ini satu langkah permulaan, kita sokong dan anggap baik tetapi dari awal-awal lagi sudah tidak menepati Islam, wajarkah kita sokong juga, bersubahat, try and error !!!

Pembohongan DAP dan MCA kepada Pengundi Cina..

Buat pertama kalinya DAP dalam kemaluan yang sangat besar, kita tidak tahu betapa besarnya kemaluan lim
guan eng kali ini, lim kit siang tentulah kemaluannya lebih besar dari kemaluan lim guan eng dan semua keluarga lim kit siang, pepupu, anak menantu tentunya tidak tahan apabila kemaluan besar mereka dipertontonkan.

Mana nak letak muka bila kemaluan sudah tidak dapat disembunyikan. Kemaluan yang membusukkan, menghuduhkan dan mencacatkan DAP.

Janji mereka nampak basi kepada pengundi, jaminan mereka, akhirnya hudud tetap dibentangkan dan insya Allah akan dilaksanakan.

Sumpah Anthony Loke makan diri... pembohongan terbesar DAP kepada pengundinya.
Mana dia gang upahan lim guan eng dalam PAS - mereka juga tidak tunaikan janji, mungkin tak cukup gaji..
MCA juga kena belajar menghormati UMNO atau keluar BN...
PAS sudah selangkah membebaskan diri dan berani...
UMNO, bila lagi...

Monday, March 16, 2015

Tabik kepada Najib..

Kemaskini:
Ini satu-satunya Ketua Bahagian UMNO dan Ahli Parlimen yang masih "hidup"...




Asal:
Dengan perkhabaran Ketua UMNO Bahagian berpendapatan RM50 ribu sebulan malah ada yang lebih berasaskan perjuangan perut, diikuti dengan amaran Najib bahawa tiada sesiapa akan dilindungi kalau melanggar undang-undang ia membawa maksud noktah kepada sesiapa sahaja yang cuba menentangnya.


Pusingan pertama Najib diserang dari pelbagai sudut.

Tetapi kini dalam pusingan kedua seperti di atas Najib memang boleh berbangga dengan situasi dan pencapaian terbaiknya.

Seperti kata Ku Li - Mahathir tidak punya pengaruh kuat untuk menurunkan Najib sepertimana dilakukan terhadap Pak Lah. Walaupun itu belum dinoktahkan, logiknya begitulah.

Bolehkah kita anggap semua Ketua Bahagian dan kepimpinan UMNO yang ada sekarang beratur menjinjing fail masing-masing minta untuk dipadamkan (?)

Anwar sendiri gagal meruntuhkan UMNO dan Najib dengan isu Rosmah, Altantuya, 1MDB dan cubaan melalui "Sirul" juga tidak menjadi.

Sewajarnyalah semua mengangkat bendera putih !!!

Kemusnahan yang dilalui oleh orang Melayu dan Islam Malaysia di masa lalu sangat kecil dan belum mampu jadi pengalaman dan pengajaran, kita tunggu selepas ini.

Pada mulanya kita anggap DAP lah yang jadi pemusnahnya, rupanya tidak...

Kita sanggup mati jika perlu berperang tetapi apakah kita rela mati kerana dikhianati...

Jangan Jeles Dengan Demokrasi Dalam PAS.

Orang UMNO, penyokong UMNO dan blogger bangang jangan iri hati dan dok kalut dengan jawatan
Presiden PAS yang kemungkinan besar dipertandingkan. Jangan sebok mencarik tepi kain kononnya parti PAS sedang menuju kehancuran dengan adanya pertandingan Presiden.

Proses demokrasi dalam politik adalah halal dan sah untuk jawatan Presiden dipertandingkan apabila ada keperluan sebagai proses sihat dan subur dalam memberi peluang ahli bersuara dan menentukan pilihan jika Presiden mereka bukan lagi satu inspirasi yang meyakinkan.

Ini semua tak ada dalam united malays non organise, parti kencing rakyat dan dapig.

Mereka tidak perlu berpura-pura, bodek dan kipas semata-mata untuk jawatan, pangkat dan kocek mereka..Risiko menentang Hadi bermaksud kemungkinan besar tidak dipilih lagi sebagai calon di pilihanraya akan datang. Risiko ini mereka ambil atas dasar prinsip dan ada tulang belakang, marauah dan integriti. Mereka tidak akan sokong jika pemimpin itu sudah dimakan anai-anai, itu sokong membawa rebah.
Mereka rela walaupun mungkin dicap jemuan-jemuan daripada menjadi bangkai biawak hidup.
 
Budaya pemimpin PAS yang suka melabel ahli yang tak sebulu dengan pelbagai gelaran seperti, babi, jebon, iblis tua, munafik haraki, kafir liberal, komunis dll. Malah Presiden turut melabel ahli sebagai broker dan barua.

Mereka mahu perubahan besar dalam PAS, perubahan yang lebih baik dan sudah tentu perubahan itu akan membawa kepada satu lagi alternatif terbaik dan lebih baik dari UMNO.
Perubahan besar tidak akan hadir dan berlaku sekadar proses peralihan kuasa lenggang mak limah, itu proses ayam betina. bertelor sebiji riuh sekampung.. Itu proses keluar mulut harimau masuk mulut naga.

Ahli UMNO mungkin rabun untuk melihat dan menilai mana satu pemimpin mereka yang sudah dimakan anai-anai, mana satu yang sudah banyak siput babi memanjat dan mana satu kelapa yang sudah ditebuk tupai, mana satu yang jadi tunggul.

Dan jikapun PAS pecah, roboh, rosak seleps ini......bukankah itu impian seumur hidup dan keberuntungan buat UMNO dan DAP..


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...