Friday, April 24, 2015

Blogger anti Tun kepanasan sendiri...

Hakikatnya Blogger Anti Kebenaran sudah kepanasan, mereka terima hakikat penyokong dan pembaca blog mereka kini sudah bertukar membantah dan menentang mereka apabila bersikap anti kebenaran.

walaupun mereka berpendapat Tun keseorangan dan Najib dipenuhi sokongan tetapi nyata suara kecil dan individu kini sudah membentuk volume yang besar dan berpengaruh.

di bawah adalah salah satu kesan sehingga blogger tertentu menggunakan alasan untuk tidak menyiarkan komen pembacanya.
Asalkan ianya bukan makian dan tidak biadap melampau kenapa takut untuk disiarkan ???

hakikatnya blogger yang sealiran kalau menyerang pembangkang sudah tidak ada susilanya tetapi apabila kena batang hidung dan kem sendiri, menggelupur jadinya...

APABILA PEMIMPIN UMNO DISERANG OLEH PENYOKONG SENDIRI, BERMAKSUD MEBEGUR DAN TIDAK BERERTI SOKONG PEMBANGKANG.

Kenapa hakikat ini disalahertikan sehingga pihak yang menegur seperti Tun yang menegur secara berhemah di awalnya dan menegur secara terbuka sekarang, dengan sopan, tiada bahasa kasar, penuh dengan huraian dan fakta tetap juga diserang dan dituduh secara biadab.

Kenapa mereka yang lebih kecilian sedangkan yang makan lada orang lain. 
apakah ia ada kaitan dengan upah lumayan yang sukar ditolak?


apapun dalam beberapa contoh blogger anti kebenaran, blogger mykmu antara yang lantang dan aktif tetapi pujian boleh diberi kepadanya kerana masih menyiar komen yang tidak sehaluan.

Dibawah salah satu contoh kepanasan yang sedang dihadapi oleh  blogger seumpama...
( Kalau blogger tu sendiri sebok nak jadi tukang jawab, serang Tun, kenapa pula dia tidak boleh diserang...)




" Mutakhir ini ramai sangat komentar tak mahu komen atau debat pasal isu tapi lebih menyerang penulis dalam usaha untuk discredit kami. Caranya dengan melabel blog ini sebagai blog si polan dan sipolan, dibayar duit dan lain-lain label negatif.

Semua komen demikian tak akan dibenarkan keluar walaupun panjang lebar dan berisi komen ditulis. Nak komen atau persoalkan teruskan tapi komen melabel negatif psywar taktik ini tak payahlah nak lakukan ke atas kami. Paham benor niat jahat kamu. 

Mutakhir ini penyerangnya sesama BN. Hai ... kalau BN serang sesama BN, sukalah pembangkang. Siapa nak serang pembanglang macam gini. Game gitu kami tak campur.




Wednesday, April 22, 2015

Akhbar Utama Kewartawanan Pakturut...

Ada dua berita utama antara banyak lagi berita yang tidak terpampang di dada akhbar utama.

Antara dua itu ialah pengakuan Muhyiddin bahawa dalam menyatakan kebenaran. Tun tidak keseorangan.

Seterusnya tentang pengakuan Mahathir dia masih bertoleransi tentang life style mewah Najib Rosmah.

Kenapa tidak siarkan (?)
Siapa yang arahkan sehingga macam satu kesepakatan di kalangan media utama...

Kini tanggungjawab media utama menjadi lebih berat untuk menjawabnya kepada rakyat tentang kebodohan mereka sendiri..

Utusan Melayu pada satu ketika terutama di PRU13 telah memainkan peranan berkesan dalam menyelamatkan UMNO untuk masih terus menang dengan memberi peluang kepada UMNO yang diterajui Najib.

Dalam ketika pergeseran dalaman sedang berlaku sekarang antara Tun dan Najib sewajarnya media utama bersikap adil dan berkecuali. Sikap itu penting untuk masa depan umno itu sendiri.

Demi parti, tidak penting siapa yang kena berundur atau disisihkan.


Tuesday, April 21, 2015

NYANYOK

Nasib baik Tun nyanyok, kalau tidak dia masih PM sampai sekarang..

Nasib baik Tun nyanyok, kalau tidak dia akan jadi baik dan hidup mewah macam Tun Lah..

Nasib baik Tun nyanyok, kalau tidak tentu Pak Lah masih PM, Islam Hadhari..

Nasib baik Tun nyanyok, kalau tidak Najib masih TPM..

Nasib baik Tun nyanyok, dapatlah Najib jadi PM..

Nasib baik Tun nyanyok, kalau tidak negara dah habis kena rompak...

Nasib baik  Tun nyanyok...dapatlah blogger bangang ada kerja, dinaikkan upah.



# Saya ingatkan kepada blogger yang tidak dapat mengawal emosi, jika ada maki hamun atau serangan peribadi, anggaplah ia ditujukan kepada ibubapa sendiri.



Selingan...


Apahal Negara jiran pun sebok juga...





PM dan FLM dijangka melawat Indonesia dua hari lagi...










MENTERI TERLEBIH GARPU..






"Kita tidak lihatnya sebagai menghasut kerana ia tidak menyentuh tentang agama Kristian tetapi hanya tentang lokasi gereja berkenaan," katanya (KPN) seperti dipetik The Malaysian Insider.




Ahli Parliemn ni patut bersyukur...
Rakyat gaji RM2,000.00 pun tahu bersyukur.

Kalau tanya Ahmad Maslan sudah tentu dia sarankan buat operation sendiri...

Tanya Hassan Malek..tentu dia suruh pi jumpa bomoh patah di Pilah,  murah..

Monday, April 20, 2015

Keseorangan tetapi banyak perluru...

Bukan sahaja Najib, rakyat pun tak sempat nak fikir dan nak jawab...
Sudah tentu selepas ini ramai Menteri dan Pemimpin yang tidak tercapai otak untuk bantu Najib menjawab...

Mahathir mempunyai banyak perkara dan banyak sebab minta Najib berundur..
Walau Mahathir keseorangan tetapi beliau masih banyak peluru yang seumpama tidak habis..

Najib hanya boleh menepis dan menjawab kalau ada kekuatan, dan kekuatan itu mesti datang dari kebenaran...

Jika tidak, berundurlah..

Sunday, April 19, 2015

DAP bengang dengan Mahathir...

Pakatan Pembangkang makin bengang apabila sesetengah daripada mereka termasuk Lim Kit Siang yang berharap dapat bekerjasama dengan Mahathir telah ditolak oleh Tun dengan alasan kerjasama pembangkang tidak diperlukan kerana ia soal dalaman UMNO.

Tun lebih faham tipu daya Lim Kit Siang, bukan kerjasama sebenarnya tetapi lebih kepada untuk memperalatkan dan melagakan pemimpin. Tun juga tidak akan membenarkan DAP cuba mendapat kredit sebagai pihak yang bercakap atas nama kebenaran dan "save Malaysia" seperti yang mereka laungkan. Tindakan Tun lebih untuk menyelamatkan negara dari ditadbir fahaman rasis yang melampau jika UMNO lemah dan lewas.

Sesetengah dari mereka juga seperti anak Karpal pula tidak bersetuju kerjasama dibuat dengan Mahathir untuk menurunkan Najib kerana itu akan menghancurkan harapan mereka untuk menawan Putrajaya jika Najib digantikan dengan pemimpin yang lebih berintegriti.

Pendapat anak Karpal ini lebih realiti dan rasional  !!! Mereka tahu Najib lemah dan itulah peluang terbaik untuk menawan Putrajaya. Jika Najib undur, itu bukan kemenangan Mahathir tetapi lebih kepada kemenangan UMNO secara mutlak dan menjadikan UMNO dilihat matang dan kuat.
Kedudukan itu sangat merbahaya dan kaku kepada pembangkang jika sudah tidak dapat kaitkan UMNO dengan korup dan kroni serta salahguna kuasa.

Enam antara Ratusan Isu ... (CAWANGAN KESAL BAHAGIAN BERPIHAK...)

Di seluruh negara cawangan-cawangan UMNO sedang menjalankan Persidangan Agung Tahunan dan beberapa isu utama tidak ketinggalan:

1) Menyokong GST tetapi kesal di atas kelemahan pentadbiran dan perlaksanaan - UMNO Bahagian lansung tidak turun padang menjelaskan kepada rakyat tetapi dilaporkan jika mana-mana cawangan dapat mengumpulkan minima 100 kehadiran, Menteri GST akan beri peruntukan RM10,000.00, ada betul ke ?

2) IMDB - langsung tidak faham

3) Kesal di atas campurtangan Ketua-Ketua Bahagian dalam pergeseran Najib dan Mahathir kerana masing-masing mempunyai penyokong di akar umbi. Sikap Ketua bahagian berpihak akan menyebabkan perpecahan di cawangan.

4) Semangat Melayu minat dan sokong UMNO di cawangan sudah berkurangan sehinggakan untuk cukup korum pun sangat sukar dan kedapatan terpaksa "tolong" tandatangan kedatangan (?)

5) Semua ini akan menyumbang peratus yang semakin tinggi cawangan-cawangan tidak dapat menjalankan persidangan tahunan dan kesannya di Persidangan Tahunan Bahagian sendiri, akan ada perwakilan yang ponteng

6) Ketua Cawangan dan Ketua Zon akan menghadapi kesukaran meyakinkan ahli dan pengundi untuk sokong BN jika pilihanraya di adakan kerana terlalu banyak isu yang mereka sendiri tidak puas hati dan blurr.

# Saya percaya banyak pembahas di blogg ini atau di maya ini yang pro Najib sebenarnya tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat Cawangan atau Bahagian, mereka lebih mudah celupar tanpa perlu memikirkan realiti dan kesannya nanti. Sokongan mereka lebih kepada tin kosong, bising tetapi tidak menyumbangkan tenaga di pilihanraya nanti.

JikaPengerusi Perhubungan Negeri pun campurtangan dan buat pendirian sokong satu pihak - Johor sendiri dalam kedudukan bahaya. Ramai akan protes tidak keluar mengundi !!! Ia bukan sesuatu yang asing bagi Negeri Johor....

Saturday, April 18, 2015

Rani Kulup buat apa dengan Menteri GST

Gambar menceritakan segalanya...

Harap ada pengesahan apa yang sedang berlaku..

Siapa nasihat siapa (?)

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...