Saturday, November 14, 2015

ERA BERI PENERANGAN DAH BERLALU...

Sekarang ni musim tengkujuh, elok kerajaan fokus pada kemungkinan banjir, bencana dan bala...

Bencana kerana musim, bala kerana pemimpin tidak amanah, penipu dan pembohong.
Bala kerana rakyat menyokong pemimpin yang terang terangan seleweng dan rasuah.
Semua dapat....

Tak perlulah ke hulu ke hilir buat penerangan 1MDB sekadar membetulkan ayat, menyesuaikan fakta, pi mai pi mai corner sana corner sini.

Hanya pendengar berbayar meramaikan majlis syok sendiri.
Ada lagi ke "rakyat sebenar" ,yang nak dengar (?)
Kalau setakat penerangan, dah basi (?)
Era bagi penerangan dah berlalu, integriti dah tak ada, tiada lagi orang percaya - penerangan jadi sia sia.

Era sekarang, era rakyat mahu pihak berkuasa jadi telus, amanah untuk siasat-tangkap-dakwa-hukum...

Hentikanlah buat sandiwara penerangan, kalau orang ketawa. Awak marah....

jAMIL KHIR kalau tak saman, elok letak jawatan


Bukan sekali dua, setiap kali orang luar yang dikatakan ilmunya tinggi di bawa masuk menjadi menteri oleh umno akhirnya lebainya ke mana, songkoknya ke mana, jubahnya kemana, imannya ke mana, nafsunya ke mana...

Kesimpulan am - rosak !!!

Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Kazim Elias yang cukup handal tu pun agaknya terpeleot jika diberi peluang menjadi Menteri.

Oleh itu apa akan terjadi pada Hadi Awang sudah pun boleh diramal kalau jadi Penasihat UMNO.

Peluang Jamil untuk masih ada tetapi melihat kepada pendirian tegas NOW, peluang Jamil agak tipis kecuali mengambil tindakan segera membersihkan dirinya.

Jangan di ulang "SELASA" seperti bossnya...

Friday, November 13, 2015

Kelebihan Allah Jadikan Lalat

Ia bermula dengan postpaid, prepaid blogger...
Terbaru, pemakan dedak..
Terkini, masih panas..Crime Minister dan Control Minister...

Isu sepatutnya selesai...
Tetapi kalau sekadar "spin" memang sampai kiamat pun tak seselesai...

Persepsi rakyat juga tidak boleh bertahan lama...
Tetapi apabila persepsi berlandaskan realiti,.bukan emosi...
Ia akan kekal walau seratus tahun lagi...
Setakat sehingga 2018/2019...ia masih segar di ingatan rakyat...

Apabila melibatkan mata...
Bukti boleh dikaberap...
Bukti boleh disembunyikan..
Bukti boleh dihilangkan..

Tetapi apabila melibatkan telinga...
Mulut tempayan tidak boleh ditutup..

Tetapi apabila melibatkan hidung..
Bau busuk tetap tercium juga...

Kalau anjing polis dapat ditipu...
Memadai seekor "lalat" untuk membongkar segala dan semuanya...

Thursday, November 12, 2015

TITIK HITAM ANWAR SUDAH BERLALU...KENAPA TIDAK MULA BUKU BARU...

Negara saban hari tidak berhenti berpolitik sejak paklah ambilalih dari mahathir, sejak melepaskan anwar.

Politik terus tidak aman walaupun paklah berundur kerana anwar terus merencanakan politik hingga menimbulkan sentimen benci umno dan berhasil dengan kemenangan besar pembangkang !!!

Politik seolah akan aman selepas anwar dipenjarakan tetapi isu 1MDB sekali lagi meletuskan suasana politik yang dikaitkan secara terus dengan peribadi Najib - Mahathir saran Najib berundur.

Jika tidak sayangkan UMNO, Mahathir mungkin sudah tegur Najib secara terbuka dan keras sebelum anwar dipenjarakan.

Jika itu dibuat ia akan memberi advantage kepada Anwar untuk gerakan menentang kerajaan secara besar besaran dan berkesan.

 Jika itu terjadi, mungkin hari ini Anwar sudah jadi PM atau sekurang kurangnya masih bebas.

Boleh terus salahkan dan benci Mahathir tetapi dalam masa yang sama, jika berakhlak ucapkan juga terima kasih.

Anwar didapati bersalah dan sudah dipenjarakan. Tempohnya selepas tolak cuti tinggal lebih kurang dua tahun lagi, apapun selepas PRU14... akan dibebaskan. Apa yang Anwar sedang berusaha ialah membebaskan dirinya lebih awal...
Sekurang kurangnya badannya tidak tinggal dalam pagar besi...alternatifnya lebih baik di atas katil di hospital, alternatifnya lebih baik di hospital luar negara.

Siapa yang mempunyai kelebihan dan kebolehan merealisasikan impiannya (?)

Cadangan Zaid Ibrahim supaya Anwar dan Mahathir bergabung secara langsung, mungkin tidak logik.
Secara tidak langsung bukan suatu yang mustahil.

Tetapi untuk mengekang Mahathir dan jika Anwar bersetuju, tentunya jalannya lebih mudah !!!


Nancy Najib..kenapa tunjuk bodoh anda..

Yang sekarang ini mencuri, melanun merompak harta negara, siapa ?
Orang Miskin ke Orang Kaya !
Rakyat atau pemimpin ?





"Jika tidak diBANTU, masalah sosial akan berlaku. Sebab mereka (bumiputera) akan KETINGGALAN JAUH, akan berlaku masalah sosial. Itu keadaannya. Jika mereka TIDAK ADA DUIT, apa yang akan mereka (BUMIPUTERA) lakukan? MEREKA AKAN MULA MENCURI." - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/bumiputera-will-steal-if-left-unaided-says-law-minister

Inilah sebenarnya isi hati pemimpin-pemimpin negara. Kebanyakannya hanya berpura-pura tetapi suatu hari isi hati mereka akan tetap didedahkan mereka.

Kita tahu siapa Nancy Shukry.

Itulah akibatnya apabila Menteri hidup di dalam kesenangan, kemewahan dan kesombongan.

Pada mereka, yang miskin seperti kita ini akan mencuri jika tidak dibantu.

SOMBONGNYA PEMIMPIN KITA.

Wednesday, November 11, 2015

Apakah Tawfik yang terhegeh hegeh jumpa Tun (?)

Mana satu nak percaya antara cakap seorang negarawan dengan desperado mantan ahli Parlimen Benut sepenggal dan nampak macam serabut...

Kalau dia dilantik ke kabinet Najib dan dijadikan Menteri - mungkin cakapnya selepas ini "boleh pakai"...


......

Bercakap dalam satu sidang media selepas membuat ucaptama di majlis anti-rasuah, Dr. Mahathir berkata, dia tahu Tawfik membencinya sekalipun anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu berlakon menyukainya.

Tawfik adalah anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman. Tun Dr. Ismail Abdul Rahman diketahui tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir.

"Saya tahu, dia tidak suka saya. Mengapa dia datang bersama-sama yang lain menemui saya, saya tidak tahu. Secara nyata, dia mempunyai niat yang tidak elok, dan orang jenis ini, kita tidak boleh percaya. Di hadapan saya, dia sangat baik. Malah dia sangat menyokong tetapi apabila di belakang saya, lain pula ceritanya," 


kata Mahathir menceritakan pertemuannya dengan Tawfik dan Kumpulan Moderat G25. 





# Kenapa agaknya dalam keadaan Negara tengah jerebu politik, yang muncul jenis serabut, berkarat mengusutkan lagi keadaan..
Tak ada ke yang jernih sikit..

Tuesday, November 10, 2015

APAKAH MAHATHIR MERUJUK KEPADA SAYA (?)

Gaya Hidup Mewah Cukup Jadi Bukti Rasuah, Kata Dr Mahathir


Mahkamah Malaysia perlu menerima gaya hidup mewah seseorang individu sebagai bukti wujud elemen rasuah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Negarawan bersara itu berkata, gaya hidup seperti memiliki banyak kereta mewah contohnya, merupakan satu petunjuk kepada rasuah, dan jika mahkamah mengambil tindakan berdasarkan itu saja, gejala rasuah akan berkurangan.

"Jika anda mahu mengesan rasuah di peringkat tertinggi, lihat pada gaya hidupnya," kata Dr Mahathir dalam ucaptama pada Simposium Peperangan Malaysia Menentang Rasuah 2015 di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, seseorang yang rasuah tidak akan mampu mengawal dirinya daripada membelanjakan wang itu, kerana "tidak seronok jika kumpulkan wang berkotak-kotak dan kemudiannya mati".

"Malangnya, jika anda pergi ke mahkamah undang-undang, bukti seperti itu tidak cukup. Mahkamah mahu lihat orang tampil ke depan dan berkata, 'dia mengambil wang daripada saya'.

"Mahkamah perlu menerima gaya hidup mewah sebagai bukti mencukupi untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang disyaki rasuah.

"Jika ini yang berlaku, akan kuranglah peluang mereka di tempat tinggi untuk menjadi rasuah,” katanya lapor The Malaysian Insider




"Jika Mahathir diseret ke mahkamah atas dakwaan memfitnah individu mencuri wang atau rasuah adakah teori ini akan menjadi fakta  membantunya (?)
Ertinya Mahathir kena senaraikan bukti kemewahan tersebut...wow very very intresting !!!





Jenuh juga lah individu tersebut menjawab dengan menafikannya itu bukan duitnya. 
Itu duit ahmad albab yang punya..
itu duit mak bapak saya...
itu duit hasil tabungan sejak kecil..
itu duit hasil jual sayur tanam belakang rumah..
itu duit derma..
itu duit nombor ekor haram..
itu duit menantu yang punya..

very very very intresting.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...