Monday, March 14, 2016

ADOIII GUAN ENG NI TAK SIUMAN AGAKNYA (??) MEMALUKAN PEMIMPIN UMNO. PAS DAN BERSIH

Lim Guan Eng tunjuk rasional, mulia dan ikhlas memaafkan Mahathir demi rakyat dan negara ketika Pemimpin Melayu Islam UMNO, PAS dan BERSIH senada kutuk Deklarasi Rakyat dan Mahathir ...

Tak perlulah nak spin DAP perangkap Mahathir sebab yang terperangkap sekarang adalah mereka yang bodoh sombong, bongkak dan tak sedar diri...

Mereka terkejut dan cemburu Mahathir dapat bersatu hati dalam isu undurkan Najib tanpa mengorbankan lain lain prinsip.

Cubaan melaga lagakan Mahathir dengan pemimpin pembangkang sangat gagal



APA YANG DIA BERANI (?)

Referendum antara "Baling gelas, kaca pun tak pecah" dengan "Pijak semut pun tak mati"..

Boleh juga diganti antara Asmah dengan Rosmah...

Antara Zahid dengan Muhyiddin

Kj dengan Mukhriz

Sharizat dengan Rafidah

Mat Sabu dengan Hadi


# Samada Najib undur atau Mahathir diam...
Sudah tentu Najib akan menang dengan mudah...cuma berani ke tidak (?)

Sunday, March 13, 2016

TANGGANG@BARUA POLITIK

Cerita tanggang moden, untuk dilihat bagus, mengharapkan pangkat dan jawatan, si anak sanggup jadi barua dan bangsat membasikan ibu bapa.

Anjing kurap pun masih ada maruah

Gambar Hiasan:





ORANG SARAWAK MEMANG TERBAAEEEKKK...


Orang Sarawak sokong dan rasa bangga ....Adenan pun boleh jadi KM sampai kiamat.


Saturday, March 12, 2016

DEKLRASI KBU SOKONG NAJIB HANYA KOSMETIK..

Deklarasi Rakyat pertamanya berasaskan satu hati satu matlamat untuk undurkan Najib secara undang2 dan aman tanpa mengira perbezasn ugama, bangsa dan negara.

Melihat kepada mereka yang bersatu hati ini agak mustahil dari segi ideologi, persengketaan lama, musuh tradisi dan berlainan latarbelakang.

Tetapi faktor pengaruh negarawan Tun Dr Mahathir dan keikhlasan masing masing menjadikan satu hati ini menjadi realiti. Malaysia beruntung kerana masih lagi ada pemimpin yang waras demi rakyat.

Busuk hati jelas ada di pihak satu lagi apabila cuba melagakan antara pemimpin yang menandatangani Deklrasi.

Pihak satu lagi cuba melabelkan sebagai agenda peribadi Mahathir.

Mereka pada awalnya memperlekehkan Deklarasi akhirnya panik sendiri apabila Deklrasi terus mendapat sokongan pelbagai pihak dan rakyat.

Deklarasi Rakyat cuba dilawan dan ditentang dengan Deklrasi NGO tetapi hambar dan terbaru Deklrasi Ketua UMNO Bahagian yang dicucuk hidung.

Hatta seluruh ahli UMNO sokong Najib pun, jumlah tersebut masih tidak mencukupi untuk membentuk kerajasn melalui pilihanraya.

Penubuhan GKCM sendiri membuktikan UMNO akan berhadapan dengan masalah dalam gerakerja pilihanraya. Lumpuh dan tidak betfungsi di peringkat akar umbi.

Cabaran Lim Kit Siang dan PAS untuk kerajaaan adakan pilihanraya segera langsung tidak berbunyi.

Berapa lagi saki baki ruang dan waktu untuk Najib dan partinya bernafas (?) .


AHLI CAWANGAN ADA DUA PILIHAN

Seperti kata Mukhriz dan yang sedang diviralkan, cawangan yang akan mula bermesyuarat 18hb March diarah tidak mengemukakan usul minta Najib berundur sebaliknya usul sokongan setia sampai mampuih.

Kemungkinan akan ada ahli yang meneruskan dan ini akan menimbulkan kekecohan bila ada penyokong pemakan dedak membantah dan menghalang.

Satu lagi kemungkinan yang lebih besar ialah mesyuarat tidak dapat diteruskan kerana diboikot, tidak cukup korum.

Deklarasi Rakyat difitnah diperlekeh sebagai agenda peribadi Mahathir dan dianggap tidak menjadi kudis kepada UMNO tetapi reaksi dan emosi yang ditunjukkan menggambarkan mereka sangat takut, cemas dan bimbang.

Satu parti dari satu bangsa yang sangat berbudaya, beradab dan sopan menjadi begitu rakus pada harta benda, pangkat, jawatan dan kuasa.

Islam hanya kosmetik untuk menyembunyikan wajah dan tembelang sebenar.


HANYA YANG MAKAN DEDAK SAHAJA TIDAK SOKONG DEKLARASI (?)




Satu tulisan dlm Sinar "Kita berdiri dipihak yg mana?" tulisan Dr.Awang Mat Puteh. Satu tulisan yg paling berani.

Katanya, "Tidak pernah terjadi dlm sejarah tanah air, baik sebelum merdeka maupun selepas kemerdekaan, dimana pemimpin yang dicemari pelbagai skandal dan jelik akhlaknya masih dijunjung tinggi melangit."

Katanya lagi,"Malangnya, bukan hanya pemimpin sebegini masih disanjung dan dipuji, malah mereka yang mengkritik akan dicerca, dihukum malah diheret ke mahkamah."

Malah Dr Awang, menegaskan "Mengapa org Melayu zaman moden yg hebat2 dan bijak pandai belaka ini, pada hakikatnya papa kedana, mundur pemikiran dan miskin nilai2 luhur dan mulia? Apakah org Melayu miskin keberanian?

Seterusnya ia menyatakan "Fenomena ini amat menakjubkan terutamanya untuk sebuah negara yg telah melahirkan ramai golongan cerdik pandai Melayu semenjak merdeka.

Tetapi sayang yg bersuara lantang bukannya teknokrat ataupun sarjana lulusan Oxford, bukannya pula mereka yg kuat menjerit "Hidup Melayu" pd perhimpunan agung tahunan parti politik, tetapi seorang negarawan 90 tahun dan srikandi muda dari Langkawi."

"Mana teguran alim ulama berjubah Arab yg lantang bersyarah siang dan malam dikaca televisyen mengenai amal maaruf nahi mungkar"

Dr Awang Mat Putih tidak mempunyai jawaban, katanya "mungkin ramai yg takut.Tetapi persoalanya, apa yg hendak ditakuti?Ingatlah kata Pramoedya Ananta Toer, dlm hidup kita cuma satu yg kita punya, iaitu keberanian.Kalau tidak punya itu, lantas apa harga hidup kita ini?

Ingatlah kata pujangga agung Usman Awang, "Anak Melayu, namamu telah diseru, jawablah, sebelum lidahmu jadi bisu."

Terbaik dari Dr.Awang Mat Puteh dan tahniah Sinar kerana berani memaparkan tulisan2 yg baik untuk tatapan rakyat Malaysia.

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...