Wednesday, April 13, 2016

BANTAH MUHYIDDIN

KEMASKINI:
RALAT: Jumlah yang hadir membantah sekitar tidak sampai 60 orang dari 3 cawangan yang mungkin mewakili KB Marsum Paing
Kesilapan typo- harap maaf.


TULISAN ASAL:

# Penyokong Najib kurang lebih 60,000 orang turun padang membantah Muhyiddin.

Diharap penyokong TSMY dapat menerimanya secara terbuka, berlapang dada dan faham demokrasi.


"JANGAN PECAH BELAHKAN PERPADUAN PARTI"

Bantahan Program TS Muhyiddin di Putra Perdana oleh Umno Cawangan2 di Putra Perdana,Puchong.

Berkumpul di depan b/stop Sekolah Agama Putra Perdana jam 5.45 ptg ini.

Contact person Azwan 0123566177




Tuesday, April 12, 2016

FOKUS KEPADA KEPALA....


MENJOLOK KEDUDUKAN MENTERI BESAR JOHOR BERERTI CUBAAN MENGGUGAT KEMUAFAKATAN BANGSA JOHOR.... 
APAKAH INI SATU AMARAN KEPADA BUGIS PEKAN...


Siapa yang memegang tampuk kuasa sekarang yang lazimnya akan mencorakan masa depan negara samada maju atau lingkup.

Siapa yang jadi ketua kerajaan sekarang yang menghayati dan akan membawa rakyatnya samada sejahtera atau sengsara.

Siapa Presiden parti yang mengetuai kerajaan sekarang untuk melaksanakan dan memenuhi perjuangan parti dengan melalui kerajaan sekarang.

Apakah hak rakyat hanya satu hari dalam 5 tahun iaitu hari mengundi dan rakyat tiada apa apa hak di sisi perlembagaan selepas dan sebelum 1 hari tersebut.

Adalah tidak logik, tidak masuk akal dan pariah untuk kita mengaitkan orang lain, menyalahkan orang lain, membangkitkan perkara silam untuk menutup kelemahan kerajaan sekarang, melindung dan mempertahan pemimpin tertentu lebih lebih lagi yang tidak berakhlak.

Jika hari ini rakyat bersikap kritikal terhadap kerajaan kepimpinan Najib, ia sesuatu yang normal, demokratik dan rasional.

Kritik, membantah, menegur dan menasihat adalah hak mutlak semasa dan sepanjang masa yang dibenarkan oleh Perlembagaan melalui pelbagai saluran.

Menangkap, menghukum, memecat dan menzalimi rakyat yang kritikal terhadap kerajaan, adakah ia selaras dengan Perlembagaan (?)

Apa yang rakyat lakukan sekarang adalah betul dan benar, jika pada 2019 ditakdirkan Najib bukan lagi PM, maka pada masa tersebut dengan serta merta mengkritiknya sudah tidak lagi rasional dan berfaedah.
Fokus harus diberi kepada kerajaan dan ketua kerajaan pada masa tersebut.

Do it now...



# Oleh itu tidak lagi relevan untuk mengaitkan pemimpin pemimpin terdahulu yang kini sudah tidak ada kuasa dan pengaruh dengan kepincangan sekarang.

Tolong jangan pamerkan tahap pemikiran rendah, songsang dan muflis idea di blog ini dengan memberi komen menyalahkan pemimpin terdahulu.

ADA JUGA CASH IS NOT ALWAYS KING..

Di mana boleh kita beli integriti, di gedung besar, kedai runcit atau di pasar malam..
Di udani carpet, jakel, tudung fareeda...
Di Italy, Singapore atau di mana...

Lebih sukar mencari integriti di kalangan bangsawan, rumah agam, rumah putih hatta di Putera Jaya...

Integriti tidak datang bersama pangkat dan kuasa, tidak pada nama, AG, PM, IGP, KSU, TPM, Teuku, Tengku, Ku....

Integriti tidak datang dalam jual atau beli, forex, bursa, skim cepat kaya...

Integriti datang dari pengorbanan walaupun ia sudah di mamah usia...

....


Assalamualaikum dan salam jumaat to my brothers and sisters, pejuang bangsa dan negara. Moga mendapat rahmat dan berkat Jumaat yg melimpah-limpah.

Sedikit perkongsian: Semasa menetap di UAE saya berpeluang solat jumaat setiap minggu di masjid English Abu Dhabi. Di sini perempuan ikut suami solat jumaat dan masjid menjadi tempat kami berkenalan dgn warga dunia. Qutbah diberi imam masjid seorang white American muaalaf. Isteri black American. Anak mereka berkawan dgn anak saya di sekolah. Mereka memeluk agama Islam ketika tinggal di Syria sebuah negara Islam moden yg masih kekalkan peradaban Islam zaman Umayyah,  Abbasiyah dan Ottoman. Syria pernah jadi sebahagian Rome dan peradapan mrk sangat tinggi.  Imam sekeluarga masih berulang belajar Islam ke Syria. He is a hafiz. MasyaAllah, dia terpilih oleh Allah dari seorang kafir, mendalami AlQuran dlm masa yg singkat dan menjadi imam umat Islam di sana.

Semasa perang saudara berikutan dari Arab Spring tahun 2011 saya masih ada di Timur Tengah. Sebenarnya, 5 tahun sebelum perang, US telah pun bertapak dan belajar budaya Syria btujuan campur tangan dlm ehwal socio-politic, termasuk meresapi dlm pentadbiran kerajaan. Arab Spring hanya tool utk memulakan perang.

Syria sebenarnya di target oleh barat utk diporak perandakan lama selepas Iraq, Libya dan Yemen.  Pemberontakan di api2kan oleh barat krn Syria sebuah negara maju.

Semasa dlm kerajaan, saya pernah membuat kajian bersama AT KEARNEY, consultant company US, pada tahun2 2005-2010, Syria adalah negara Islam ke 2 termaju di dunia selepas MALAYSIA!!.

Siapa sangka, perang akan menghancurkan Syria yg berkecuali dan tinggi dgn peradaban Islam dan barat!

Sahabat saya Imam sekeluarga terpaksa balik ke US semasa perang tersebut. Mereka tidak di senangi kerana ditakuti talibarut barat.

Tetapi mrk adalah Islam sejati. Saya kenal dan saya sekeluarga kerap ke rumah mereka terutama ketika Eid. Selalu dihidangkan dgn Ali Cafe 😀.

Pengajaran:
1. Dalam kita berpolitik dan bergaduh sesama kita, ingatlah hidup kita umat Islam amat terdedah dgn ancaman zionis dan kehancuran. MO barat ialah mengurangkan jumlah umat Islam dan mengambil kekayaan dunia. Sebab itu kanak2 diracun di Syria, rumah kaum keluarga di bom dan lelaki dibunuh di Iraq. Kekayaan dicuri di Libya yg sebenarnya sangat kaya dan Muammar Gaddafi disayangi rakyat. Assassination berleluasa selepas perang. Allahuakbar, ramai keluarga rakan2 saya yg terlibat. Mereka tidak dpt kembali balik negara dan kaum keluarga perished.

2. Tun Dr Mahathir ada lah satu2 pemimpin Islam yg berani menentang Zionis. Sebab itu dia sangat dikenali dan disayangi orang Arab. Pemuda Arab mengenali Tun dlm pembacaan mereka. Dalam lectures saya di Universiti, saya akan memasukkan Tun sebagai pemimpin agung Islam moden (abad 21). Justeru, ilmu kepimpinan di sana meletakkan Tun sebaris dengan pemimpin agung yg lain.

3. Kelemahan pemimpin amat mudah utk diambil kesempatan oleh US. Apatah lagi kalau pemimpin itu telah terpalit dgn skandal dan penipuan yg besar. Mereka jg dgn mudah akan meresapi dalam pentadbiran kerajaan.

Perjuangan kita ini bukan isolated. Ia saling berkaitan. Buka lah mata dan banyak membaca. Marilah kita kuatkan barisan menentang pemimpin zalim demi bangsa, agama dan tanahair.

Semoga kita semua dipelihara dan dilindungi Allah. Aamin ya rab.

MAS DARBY

Monday, April 11, 2016

PM kita yang tercinta akhirnya bersih...

Alhamdulillah...sejak PAC buat laporan...macam ada satu kelegaan, macam rasa semua perkara telah selesai..kita buka cerita di satu pihak...

Dah boleh buat kenduri pisang.
Laporan PAC yang begitu lama di olah, tangguh, jalan rehat. semput jalan semula (buying time) akhirnya selesai dengan satu laporan....

air keroh, jadi jernih, anak ikan pun nampak. bapak ikan tersengeh celah batu...

Selepas ini sudah tidak ada isu, yang sorak rosmah di stadium melawati semalam,  mungkin belum baca laporan PAC, belum baca utusan dan belum tengok tv3.

PAC langsung tak sebut pun nama Najib terlibat dalam segala bentuk kelemahan dan kekurangan.
Yang disebut hanya kambing hitam.

Minta maaflah seperti aku tak baca Deklarasi Rakyat, aku pun tak baca laporan PAC ini, tapi aku sudah bersetuju sejak azali lagi, Najib ini difitnah.

Aku puas haati betul, rasa bangga macam bapak berok dapat bunga bila orang tua 91 tahun itu dikutuk kaw kaw oleh kawan kawan kami pemakan dedak ( oooopppss sory termengaku lah pula, pecah lubang)...orang tua tu lepas ni tentu terus mebisu, aku harap sangat dia diheret ke mahkamah...
paling tidak kalau dia mati pun, takkan ada yang mengiring jeazahnya, takkan ada yang menangis.... malah ramai yang akan rasa lega dan boleh tidor lena selepas ini.

Lepas ini elok diburu semua yang sokong Pro Tun, tetapi aku tahu ramai yang dah lintang pukang menyembunyikan diri.

Dengan segala pembersihan ini, tentu esok sebelum ayam berkokok, berpusu pusu rakyat berator untuk masuk umno, parti keramat.

PRU, ini kalilah UMNO sapu  berrsih...

Sunday, April 10, 2016

Apakah Dr Tan Seng Giaw akan ikut jejak Lee Lam Thye



Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Dr Tan Seng Giaw membidas rakan DAPnya, Tony Pua berikutan pelbagai dakwaan Pua terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut laporan akhbar New Straits Times (NST), Tan berkata apa jua tuduhan diutarakan Pua perlu disokong bukti dan bukan sekadar cakap sahaja.

“Kalau anda tiada bukti untuk menyokong apa yang anda katakan, tak usah bercakap. Jika ada tuduhan, orang yang menuduh itu perlu kemukakan bukti,” katanya kepada NST semalam.

Dr Tan berkata wujudnya jawatankuasa itu adalah bagi mencari kebenaran bersandarkan bukti.

“PAC adalah mencari kebenaran. Jika ada sesiapa keluarkan kenyataan, tunjukkan bukti dan kita akan melakukan siasatan,” katanya.

Pua telah membuat pelbagai tuduhan terhadap 1MDB kononnya tidak telus dalam pelbagai urusniaga dengan kehilangan wang, pecah amanah dan penyelewengan. Pua, sebagaimana disebutkan Dr Tan, gagal mengemukakan sebarang bukti.

Ditanya mengenai pembocoran maklumat PAC kepada media asing, Dr Tan berkata Pua berdepan tindakan undang-undang jika dia melakukan kesalahan itu.

“Jika Pua melakukan jenayah, dia perlu didakwa di mahkamah,” katanya.

Selasa lalu, Dr Tan meminta bukti dikemukakan sebelum sebarang dakwaan dilontarkan terhadap anggota PAC kerana membocorkan maklumat PAC mengenai 1MDB.

Manakala 1MDB pula dalam kenyataan balasnya semalam, menggesa Dr Tan mengamalkan prinsip yang sama terhadap Pua.

“Tindakan Pua mencari populariti ialah mengitar semula segala tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB.

“Dan apabila jawapan diberikan bersama fakta, jelas dapat membuktikan tuduhan dilontar Pua adalah salah sama sekali.

“Tetapi Pua tetap tidak mengendahkan fakta, mengubah topik dan berdiam diri untuk seketika sebelum mengitar semula tuduhan yang sama tanpa asas,” jelas 1MDB.

1MDB turut mendesak Dr Tan untuk mengadakan siasatan terhadap tahap kerahsiaan maklumat pada dokumen PAC yang dibocorkan kepada media asing.- My Nation News








KESIAN, NAJIB KENA FITNAH LAGI...

Satu lagi pendedahan, diharap ia merupakan satu fitnah... dan laporan PAC akan jadi kertas bungkus nasi lemak..


# Kesempatan juga nak tanya pada Pro Najib dan Pro Tun, samada mereka nak:
1) Terus sondol mkn dedak @
2) Go fly kite.

Tolong angkat tangan...

SUARA AKAR UMBI DI PRINGKAT CAWANGAN



KEMASKINI:
## nk tnya sikit tlg beri pencerahan hri cawangan sy adakan mesyuarat agung cwngn dlm surat pekeliling masa mesyuarat dimaklumkn pd jam 04:30pm saya dtg seperti waktu yg dinyatakn dlm surat tu tapi bila saya dtg didapati mesyuarat da dipenghujung mesyuarat rupanya mesyuarat dijlnkn lebih awal dari masa yg dimaklumkn mohon penjelasan dan penerangan dari group apa tindakn yg saya boleh ambil atas mesyuarat tadi sbb x dimaklumkn perubahan masa mesyuarat mohon group tlg beri pandangan dan penerangan pd sy apa langkah yg boleh diambil trhdp mesyuarat itu:






1. Break from too much of POLITICING and stop washing all our dirty linen in public.

2. Go back to the PERWAkILAN of UMNO and let the PERWAkILAN decide who the want to leed tham into the next PRU 14 DSN UMNO or the new brand of UMNO.   lead by non other T S M.

3. Itulah yang terbaik..

4.Kita semua kena all out untuk PAU 2016
 itu saja pilihan yang kita ada..

5. Unfortunately..

6. Wakil pemuda negeri johor dlm ucapan mendesak perkara yg sma pd pau 2015..

7. Kj geleng kepala waktu tu

8. Sy ada dlm dewan wkt ucapan cikgu zaid

9. "Akar umbi perlu diberi hak menentukan ketua mereka utk pru 14..adakan pemilihan 2016 atau scpt yg mungkin"

10. Mna berani ....X de telor ..ckp berdentum dentam ..nak berhadapan dgn ahli umno PAU  ada pemilihan ja ...telor pun hilang ... itu lah pemimpin UMNO  hari ini ..

11. Lambang bagi pemimpin yang SIHAT dalam sistem democracy,sedia berdepan pada pemilihan bila2 masa..

12. Have a mesy. Agong to choose the new team. ASAP . The winner be alot to form the new team and no witch hunting allowed. 

13. We start afresh .That is the reason ,why UMNO  is party KERAMAT to the Malay.  "Period" Please Najib this is chance to kill two birds with one throw.

14. Yes....
Let's all out for that

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...