Tuesday, April 26, 2016

MR BEAN TANYA SAOLAN BODOH....TAPI MAUTTTT

Aku ketawa terbahak bahak, berguling di lobby parlimen bila dengar saolan dan statement Mr Bean yang dikatakan kurang cerdik tetapi terfikir pula di kepala otaknya untuk bertanya saolan maut.

sebiol biol otak si bean ini, tidak tercapai pula otak pemimpin kanan panglima bugis, sudah tentu tak bertelor untuk tanya saolan sebegini...




Kenyataan Media

ASSALAMMUALIKUM DATUK SERI NAJIB:DAH BAYAQ DAH KA FAEDAH HUTANG USD50 JUTA.

1.Assalammualaikum dan Selamat Petang Datuk Seri Najib.Dah genap 5 hari dah penanguhan bayar faedah hutang 1MDB sebanyak USD50 juta (RM195.03) juta.Saya difahamkan Datuk Seri dapat tempoh penangguhan (grace period) 5 hari untuk bayar faedah hutang tersebut selepas 19 apr 2016 yang sepatutnya tempoh sebenaq kena bayaq.

2.Hari ini hari yang patut kena bayaq USD50 juta (RM195.03) juta selepas Datuk Seri dapat tempoh penangguhan (grace period) 5 hari.Macam mana Datuk Seri boleh bayaq ka?.Ada duit ka nak bayaq?.Ambik duit mana nak pi bayaq?.Pinjam duit ka nak bayaq faedah hutang?.Pinjam kat sapa pula?.Kalau pinjam sapa pulak penjamin?.Kalau kerajaan penjamin,laku lagi ka jaminan kerajaan.Saya bukan apa Datuk Seri,macam saya kata 5 hari sudah.Seghiyau kami kut bawah ni.Takut dengan kami kami kena sita Kalau Datuk Seri tak boleh bayaq hutang.

3.Cuba Datuk Seri ceghita teghuih teghang kat kami.Takat la ni beghapa bilion RM dah yang keghajaan 1MALAYSIA jamin hutang 1MDB.Beghapa yang keghajaan keluaq surat sokongan (letter of support) untuk hutang 1MDB.Dalam buku laporan penyiasatan PAC di muka surat 48-57 menunjukan hutang 1MDB yang kerajaan jamin berjumlah RM13.56 Bilion (66.7%) yang kerajaan keluar surat sokongan (LOS) RM5.80 Bilion (28.6%) dan yang dalam bentuk Bantuan kewangan Kerajaan Persekutuan (standby credit) RM950 juta 4.7%.Tu dia banyak tu Datuk Seri.Naik takut kami sebab jaminan kerajaan tu jaminan negara dan rakyat.Bukan apa Takut telondeh seluaq.Kalau telondeh seluaq Datuk Seri tak pa la.Ni dengan seluaq seluaq kami pun telondeh sama.

4.Cuba ceghita sat kat kami.Apa jadi dengan duit yang 1MDB duk beghutang selama ni.Meniaga apa Datuk Seri sampai beghutang bayaq hutang ni macam tajuk lagu SALLEH YAAKUB "GALI LUBANG TUTUP LUBANG PINJAM WANG BAYAR HUTANG".tak untung ka meniaga.Aset jaminan hutang masih ada lagi ka.Tolong habaq mai sat kat kami pada semua soalan diatas.Pi bayaq dulu no hutang yang kena bayaq hari ni USD50 bilion (RM195.03) juta.

#UndurNajib

#RefomNegara
#SelamatkanMalaysia

DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
Taman AlWalid Alor Setar Kedah
3.00pm 25 Apr 2016/17 Rejab 1437H


# Aku simpati, kalau faedah hutang ini mampu dibayar sudah tentu peruntukan kepada pendedak tertangguh atau dikurangkan.
Sebab itu syorkan mana yang risau, elok segera berpindah ke kem ku li atau zahid.

Sebangang bangang blog aku ini seperti yang sering dilemparkan pecacai, akhirnya aku sendiri dah dapat tawaran !!!!
f

Monday, April 25, 2016

Singgah sat di kemamang... Nak Jumpa Shabery Chik..

Tak salah kot kalau nak kata, apa yang berlaku di Kedah, Allah bagi cash di Terengganu.

Penulis teks pula kali ini dipersalahkan. Ada tangan ghaib.

Aku ketawa terbahak bahak bila pecacai dan pendedak mengulas.





# Di Terengganu sendiri, pemecatan Ahmad Said sebagai MB juga agak drastik dan kecoh seketika.

KALAU BUKAN FAKTOR "NAJIB", BN DAH BOLEH SAPU BERSIH KETUSI PRN

Diperkatakan DAP dan PKR bertelagah sesama sendiri dan berlaku perebutan kerusi di PRN Sarawak.

Jika PAS masih bersama Pakatan sudah tentu ribut kecil ini menjadi lebih besar.

Keadaan ini menimbulkan tandatanya kemampuan Pakatan untuk tawan Negeri atau Pusat jika tidak harmoni.

Ini juga sepatutnya menjadikan BN Sarawak lebih kuat untuk sapu habis kerusi tetapi menjadi halangan jika isu utama, isu "Najib" dapat diheret oleh pembangkang dan mempersoalkan bagaimana Adnan boleh sokong satu ketua kerajaan pusat yang julung julung kalinya integriti tersangat kacau bilau.

Bagaimanapun jika dikaji semula tentang pertelagahan PKR dan DAP di Sarawak ia bukanlah perkara baru, lebih hebat berlaku di Semenajung di dua PRU lalu tetapi mereka tetap cemerlang menafikan 2/3 majoriti di era Paklah (ahli UMNO boikot dan Mahathir keluar UMNO) dan memalukan BN dengan kerusi cukup makan di era Najib (ahli UMNO bersatu semula dan Mahathir sokong Najib pada masa itu).

Apakah Satem akan terus pegang Ketua Menteri jika keputusan kali ini lebih teruk dari sebelumnya dan sebagai tebus malu apakah Satem akan muntahkan peluru dan salahkan Najib.

Jika ini berlaku, pertaruhan Sarawak sebagai fix deposit sudah jadi hutang along yang membawa masalah besar kepada Najib di Semenanjung menghadapi Deklarasi Rakyat.

Memang benar PRN Sarawak bukan isunya menang atau kalah buat BN tetapi lebih dilihat kepada besar atau kecil majoriti.

Jangan perlekehkan kematangan rakyat Sarawak tetapi lihat samada mereka cukup mahir dalam strategi politik untuk mencaturkan politik semenanjung.




Sunday, April 24, 2016

DAH TAK RAMAI NAK JADI PECACAI... MASING MASING DAH MULA CARI KEM BARU AGAKNYA...

Sudah ramai yang tarik diri jadi pecacai ke sehingga Setiausaha Akhbar PM terpaksa turun padang menyerang  (?)


Selain Mukhriz pernah ke tidak MB negeri lain cuba merebut jawatan Naib Presiden (?) sebelum ini. 

Apakah Naib Presiden jawatan untuk jadi PM atau jawatan untuk berkhidmat pada parti (?)

Yang kita tahu untuk jadi PM semestinya Presiden, pernahkah Mukhriz bertanding jawatan Presiden untuk beliau difitnah kemaruk sangat nak jadi PM (?)

Samada bercita cita atau tidak untuk jadi PM, saolan itu tampak bodoh jika ditanya pada Mukhriz (ADUN), lebih baik tanya Ku Li (MP) yang lebih layak, menunggu bola bergolek ke kaki...

UNTUK JADI PM, TANYA AHMAD MSELAN PUN DIA TIDAK AKAN TOLAK TETAPI TAKKANLAH AHMAD MASELAN SEGELOJOH ITU...
HAKIKATNYA UNTUK GANTIKAN NAJIB, SEKADAR STANDARD PM SEKARANG, RASANYA SEMUA ORANG BOLEH....

Hayati saolan dan ulasan kurang cerdik di bawah...







23 April 2016

1. Dato' Seri Mukhriz Mahathir dalam semua akhbar asing semalam berkata bahawa beliau tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Jadi kenapa beliau bertanding sebagai Naib Presiden UMNO pada tahun 2013?

2. Setiap orang dalam politik Malaysia tahu bahawa hanya seseorang yang mahu menjadi Presiden UMNO, sekaligus dilantik sebagai Perdana Menteri, akan menduduki kerusi sebagai Naib Presiden. Ia merupakan satu langkah utama untuk menjawat jawatan tertinggi tersebut.

3. Mungkin kerana beliau sudah kalah dalam pertandingan maka Dato 'Seri Mukhriz memilih jalan yang sebaliknya dengan berkata beliau tidak mahu menjawat jawatan tersebut. Atau mungkin kerana beliau telah diberitahu untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian oleh bapanya, Tun Mahathir Mohamad. Tetapi kita semua tahu bahawa beliau sendiri mahupun ayahnya mahukan beliau untuk menjawat jawatan tersebut, kerana beliau telah bertanding dalam pilihan raya sebagai Naib Presiden.

4. Semalam, Dato 'Seri Mukhriz juga berkata beliau akan menyaman saya jika saya tidak menarik balik komentar saya mengenai ayahnya menjanjikan Tan Sri Muhyiddin Yassin jawatan Perdana Menteri, dengan pemahaman bahawa beliau akan menyerahkannya kepada Dato' Seri Mukhriz .

5. Tetapi ada cara yang lebih cepat untuk Dato 'Seri Mukhriz dan bapanya untuk menghentikan semua spekulasi mengenai Tun Mahathir sedang 'membuka jalan' untuk anaknya. Tun Mahathir hanya perlu mengumumkan siapa yang beliau mahu sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Mengapa beliau selalu mengelak daripada menjawab satu soalan mudah tetapi penting ini? Kenapa beliau secara konsisten mengelak untuk menyatakan perancangannya bagi masa depan politik Dato 'Seri Mukhriz?

6. Jika Tun Mahathir mahu usaha untuk menjatuhkan Perdana Menteri mempunyai kredibiliti, beliau sekurang-kurangnya mesti memberi jawapan yang kukuh mengenai siapa yang layak untuk calon alternatif. Jika beliau masih enggan, beliau perlu menghentikan kekacauan seperti ini kepada Malaysia dan menjalani tempoh persaraan beliau sepertimana yang sepatutnya dilakukan oleh seorang bekas negarawan.

7. Ia adalah berkenaan semua rakyat, bukan hanya seorang lelaki, yang di letakkan di bawah Perlembagaan dan berhak secara demokrasi untuk memilih Kerajaan dan Perdana Menteri pada pilihan raya umum akan datang.


DATUK SERI TENGKU SARIFFUDDIN

SETIAUSAHA AKHBAR KEPADA PERDANA MENTERI

BENAR KAH CAWANGAN KENA UGUT...

Beberapa cawangan khususnya bukan di Johor tetapi berlaku di negeri lain, ahli cawangan yang membuat usul supaya Najib undur diugut oleh Ketua Bahagian atau Ketua Pemuda Bahagian...

Ku Nan kenalah pantau betul ke tidak sebab ini parti UMNO dan bukan parti Najib. Ahli telah menggunakan saluran yang betul, di mesyuarat agung untuk bersuara, kenapa mesti ada ugut dan halang...

Jangan nafikan dari kerusi empuk, turun padang, tanya akar umbi...

Di Mesjid Tanah, Ketua Cawangan cuba dipaksa membaca skrip dalam mesyuarat agung kutuk Tun Dr Mahathir.... nasib baiklah ketua cawangan tu cerdik, dia enggan..

Tetapi selepas itu dipanggil Ketua Bahagian dan Setiausaha Kerja UMNO, ugut dan marah...Ku Nan kena siasat.

Di Kulim, ahli juga kena ugut dengan Ketua Pemuda Bahagian kerana membuat usul Najib perlu undur... Ku Nan kena siasat juga.

Rupanya, tak lah solid ahli akar umbi sokong Najib.
Rupanya, 3 juta ahli UMNO bukan semuanya ba ha alip ba alip ha alip lol

Saturday, April 23, 2016

Terkini: Wakil Najib hilang gelaran...........Adnan Satem Dikejar hantui 1MDB (?)

TERKINI



Wakil Najib di peringkat Negeri, Adun Seberang Takir, Ahmad Razif Abdul Rahman kini tidak mempunyai sebarang gelaran kebesaran lagi selepas semuanya ditarik balik petang semalam, Jumaat 22 April, kata satu sumber dari Kuala Terengganu.

Ia akan memungkinkan beliau menjadi Menteri Besar paling singkat dalam sejarah Terengganu apabila beliau kini berkrisis dengan istana selepas tidak sampai setahun  dilantik menjadi menteri besar bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said Mei tahun lepas (2015).
Menurut sumber, Razif menyerahkan semua darjah dan bintang kebesarannya petang semalam (Jumaat) selepas dimurkai oleh pihak Istana ketika beliau mengiringi Tuanku Sultan Terengganu menunaikan solat Jumaat



1mdb kini menghntui Adnan Satem sehingga minta komromi isu tersebut serta isu isu nasional tidak dijadikan bahan brkempen PRU..


Kalau 1MDB itu manusia, bolehlah  juga Akta Imigresen menghalang kemasukannya ke Sarawak tetapi kalau 1MDB dan 2.6B itu sudah jadi hantu, Adnan Satem hanya setakat boleh merayu..

Jika itu maksudnya, apakah lawatan Najib ke Sarawak selama ini hanya lebih menjadi negatif dan ditolak oleh rakyat Sarawak (?)

Apakah sejarah akan berulang seperti di Rompin dan Permatang Pauh, poster Najib tidak akan kelihatan !!!

Sedangkan hakikatnya Sarawak adalah fixed deposit UMNOBN dan kali ini tentulah perutukan lebih besar bagi memastikan kemenangan yang sangat penting, hidup mati politik Najib !!!

Jika isu 1MDB, 2.6B memberi kesan kepada PRU di Sarawak, nyatalah dakwaan selama ini ia tidak menjadi kudis di PRU Semenanjung hanyalah syok sendiri - go fly kite..



PRN Sarawak: Adenan takut isu nasional jejas kedudukannya.

Oleh: NADIA HANAFI
KUALA LUMPUR 24 APRIL: Tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem mencabar pembangkang untuk tidak memainkan isu nasional dalam Pilihanraya Negeri Sarawak (PRN) akan datang jelas menunjukkan kegusaran beliau terhadap kegagalan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Pengarah Strategi KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu tahu sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus memainkan isu nasional terutamanya skandal 1 Malaysian Development Berhad (1MDB) sepanjang tempoh berkempen diadakan, ia akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang sokongan .DEMI SARAWAK
“Cabaran ini menunjukkan bahawa Adenan Satem takut.
“Isu 1MDB adalah isu besar yang akan menjatuhkan Najib, dan sudah tentu ia liabiliti kepada BN dan Adenan sendiri.
“Isu nasional terutama skandal berkaitan 1MDB contohnya adalah merupakan isu ‘good governance’ , ia jelas menunjukkan di bawah pentadbiran Najib memang tiada ketelusan,ia memang satu isu besar,” katanya ketika dihubungi.
Adenan dalam satu perjumpaan bersama pekerja pembalakan di Miri pada 20 April lalu dilaporkan menyuarakan cabaran agar pembangkang hanya berdepan dengan BN atas isu-isu mengenai rakyat Sarawak.
Beliau  mempertahankan Najib dan menyatakan sokongannya kepada Presiden Umno itu secara terbuka.
“Adenan sebenarnya tunduk kepada Najib untuk mendapatkan semua peruntukkan, duit dan jentera pilihanraya yang kebanyakkan datang dari Umno,” kata Ahli Parlimen Bayan Baru lagi mengulas tindakan Adenan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=68859

KITA DAH HAMPIR NAK DAPAT PM BARU...

Setiausaha Akhbar Najib menerjah songsang mahukan Tun Dr Mahathir namakan PM dan TPM pilihanraya.

Jelas, tuduhan mereka selama ini Tun hanya mahukan Mukhriz sebagai PM adalah fitnah dan propaganda, tembak angin tin kosong

Sebenarnya mereka pun tidak tahu, teringin sangat nak tahu perancangan Tun.
Harapan mereka kalau bukan Mukhriz, Tun ternyanyok namakan Tony Pua sebagai PM supaya kerja mereka memburukan Tun lebih jadi mudah.

Apakah setiausaha akhbar najib sudah terhidu masalah dalaman umno sesama mereka, di kalangan pendendak  mula bertunas...

Blongang pun rasa serba salah nak duduk kem mana (?)

Ku Li yang di khabarkan akan dilantik
TPM2 mengimbangi Zahid dan Muhyiddin..

Masa menetukan. ...

Alang alang TPM2, dah terlanjur, molek kalau Ku Li ganti tauke...

Isu anak KPN miliki syarikat senjata api yang dicadangkan SPRM siasat merupakan satu jabatan di bawah KDN..apakah ini strategi tekanan awal untuk Zahid (?)

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...