Saturday, August 27, 2016

SEORANG DOKTOR YANG ZALIM

Atas kudrat manusia, untuk menyelamatkan seorang pesakit kencing manis tahap kronik, seorang doktor pakar terpaksa memotong bahagian anggota tertentu dan manasihatinya untuk menjaga bukan sahaja tentang apa yang dimakannya termasuk halal dan haram tetapi juga sikap dan tingkah laku (akhlak) yang dituntut oleh ugama.

Tetapi kalau pesakit itu enggan,  berlagak pandai,  keras kepala,  ego,  sombong, bongkak .... Apa sangatlah doktor itu boleh lakukan.

Apapun rawatan alternatif tetap ada, sewajarnya juga pesakit perlu dibiarkan untuk membuat pilihan.

Keluarga dan rakan sekelilingnya sudah tentu boleh menasihatinya samada menukar doktor pakar, bersedia untuk menderita dan mati atau berpura pura dirinya tidak sakit.

Ya Allah,  Engkau Permudahkanlah Urusan Orang Yang Benar Di Jalan MU.
Aamiin.


NAJIB YANG MENEMPAH...





Apapula gelaran dan ayat yang sesuai selepas Najib bersara...

Tun Dr Mahathir telah meletakan dan mengangkat bangsa Johor,  bangsa Kedah,  bangsa Kelantan dan bangsa serta kaum  di semua negeri menjadi bangsa Malaysia dan Malaysia Boleh di peringkat dunia untuk dihormati dan disegani...

Sultan Johor  meletakan bangsanya di sekitar jajahannya...

Dan siapa pula yang menjahanamkannya di peringkat dunia hari ini...








Aktiviti haram MO1 dan Transgender tidak banyak bezanya,  saling memusnahkan negara...



Friday, August 26, 2016

MAC 2017

Pilihanraya dijangka Bulan Mac 2017, ITU tarikh yg terdekat... mohon semua shbt2 utk gandakan usaha ke arah pendaftaran pemilih dengan Kaedah:

1) Semakan Daftar Pemilih utk diri sendiri, Keluarga, Kawan2 dan Rakan2. Guna Link SPR utk semakan.. Tekan link INI untuk Semak.

http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/DaftarjBM.aspx

Jika X tersenarai walaupun dah hantar ic, Kena Ambik inisiatif Pergi Pejabat POS@SPR untuk Daftar Sekali lagi, X usah Tanya kenapa nama saya x lekat lagi walaupun dah hantar ic... Mohon Sungguh.. Suku Ke 3, ada lagi 1 bulan lebih utk bertindak..

*Jika pru bulan 3 2017, Mereka yg Daftar mengundi berakhir 30/9/2016 shj yg akan boleh mengundi*

Mohon Hebahkan

TANDA-TANDA SUDAH ADA BERSATU SEMAKIN HAMPIR DILULUSKAN... (?)

Sejak mula diumumkan penubuhan parti baru oleh Tun Dr Mahathir,  agaknya Obama pun berhenti main golf,  segala cerita dalam dunia agaknya tenggelam, semua fokus pada perkembangan...

Setelah dihantar untuk mohon kelulusan hinggalah ke hsri ini,  ribuan artikel dan ststement pemimpin dikeluarkan - tak ada satu pun kebaikan parti baru ini.

Pemimpin yang sudah tiada pengaruh, yang monopause, yang hilangupaya (akal)  tetapi menolak untuk sertai BERSATU tiba tiba ada nilai berita dan hero bagi mereka.

Apabila Tun memberi ulasan tentang bangsa Johor,  bertambah yakinlah mereka parti Tun tidak akan mendapat tempat di Johor dan Malaysia,  parti itu akan musnah...

Kesilapan, sepatutnya Tun menjadi penyamun, berskandal -  mungkin itu lebih dibangga,  diterima dan disanjung (???)...

Habis madu,  sepah dibuang sangat tepat untuk Tun..

Oleh itu adalah wajar,  parti yang tinggal nyawa nyawa ikan ini diluluskan segera.

Janganlah digambar,  digembur dan dipamirkan umno itu sangat takut pada sebuah parti yang sehalus kuman sedangkan umno itu segagah gajah...



Selepas zapin dipopularkan oleh Ghani,  Khaled patut memikirkan supaya silat pulut atau kuda kepang pula dimajukan... 

SENGAJA BUAT TAK FAHAM

Bila istilah "sujud" digunapakai dalam posting yang lalu,  ramai sangat hipokrik yang bercakap tentang ketuhanan tetapi dalam masa yang sama mereka kekal followers pendedak,  machais dan balacis...

Mereka kononya sangat janggal dengan istilah bahasa "sujud" tetapi rela hati dan sinonim kekal cium bontot..

#Ini selingan,  tak perlu komen.

MAHATHIR BUAT SATU NEGERI GEGAR..

Mengenangkan beberapa perkara, gelagat manusia,  aku boleh senyum sampai 2 tahun tak habis manisnya.

Sentuhan Mahathir,  kalau auranya ikhlas,  betul dan benar - bukit pun bergoyang.

Kadang kadang Mahathir komen sikit sahaja,  itupun pasal ditanya wartawan - kesannya satu negeri bergegar.

Bila dikritik,  Mahathir jawab - semua terlondeh, ada yang tak dapat tidor lena.

Baru hantar permohonan parti baru, belum lulus - dah kedengaran ada pihak nak percepatkan pilihanraya.

Baru baru ini ada pula yang uturn dari BERSATU dengan pelbagai alasan,  perjuangan taik kucing..
Takkan kita nak ikut mereka yang lemah...
Elok sangat berundur..

Tentang Mahathir,  ada yang baca di sini pun dah mendidih..
Apa masalah kau orang ni...


Bersambung....





Thursday, August 25, 2016

DULU DIPERLEKEH...KINI DAH RAMAI NAK SUJUD PADA BERSATU

Pandangan Ku Li Berasas, Masih Ingatkah Lagi Tragedi Sepang?

Kemuncak berpolitik, dalam konteks sebuah parti adalah di mana kedudukan parti itu selepas pilihanraya diadakan. Suka tidak suka, akhirnya rakyat juga yang akan membuat keputusan untuk memilih siapa yang layak untuk mentadbir negara. Begitulah amalan demokrasi di negara ini, yang terbukti berdasarkan sistem pilihanraya yang telus dan adil.
Nasihat orang lama, yang sudah terbiasa dengan sepak terajang politik seperti Ku Li tidak boleh dipandang enteng dan sebelah mata. Apatah lagi, beliau juga pernah berada bersama-sama Tun Mahathir di dalam parti dan kerajaan suatu ketika dahulu.
Ku Li tentu tahu bahawa Tun Mahathir masih mempunyai pengaruh di kalangan rakyat, di samping watak utama seperti Muhyiddin Yassin. Sedikit sebanyak, pasti mereka juga mempunyai pengikut-pengikut yang taksub.
Strategi Parti Pribumi jelas, iaitu “mengacau” kerusi-kerusi yang sebelum ini menjadi milik UMNO, khususnya di kawasan dimenangi oleh Barisan Nasional dengan majoriti tipis. Penulis berpendapat, mereka tidak akan bertanding di semua kerusi yang ditandingi UMNO, kerana perlu juga menjaga hubungan dengan parti pembangkang lain.
Mungkin mereka akan mengadakan tahaluf siyasi bersama PAS, dengan meletakkan calon mereka di kerusi yang turut ditandingi oleh PAS. Harapannya adalah untuk mencuri undi UMNO, lantas menjadi punca kekalahan UMNO di kawasan itu. Boleh jadi benar, begitulah strateginya, kecuali kerusi untuk anak Tun Mahathir yang mungkin akan diletakkan di kerusi selesa untuk menang, se selesa menaiki jet dari Kedah ke Kuala Lumpur. Mungkin juga terpakai sama untuk Muhyiddin jika beliau bertanding nanti.
Sejarah terukir dan terpahat di dalam memori kedukaan Barisan Nasional dan UMNO, apabila Parlimen Sepang menjadi saksi pada PRU yang lepas, bagaimana “warlord” UMNO Selangor yang dikenali sebagai Zin Badak, tumbang menyembah bumi apabila undi UMNO terbahagi diantara dirinya dan calon bebas, iaitu Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
Tercabut ego dan keangkuhan Zin Badak, yang sebelum itu mewar-warkan tahap keyakinan yang tinggi, bahawa dirinya akan menang dengan culaan kemenangan majoriti tinggi.
Pandangan Ku Li wajar diberi perhatian serius oleh pimpinan Barisan Nasional, khususnya UMNO dalam mencari cara dan metodologi untuk menangani ancaman Parti Pribumi sekaligus mengelakkan tragedi Sepang berulang kembali.

Jangan terpedaya dengan keyakinan yang tiada berasas, dan jangan terbuai dilambung pujian. Jangan sombong, jangan bongkak.

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...