Monday, September 12, 2016

KU NAN, MANA SENARAI TU (?) MAKIN RAMAI BEREBUT NAK JADI AHLI UMNO...

Aku percaya kalau senarai tu dapat ditunjukkan,  makin berebut orang nak join umno...








Hello Ku Nan




Kita bercakap bukan siapa dia Kadiaq,  actually we dont care,  tak kesah langsung samada dia somebody or haprak.

Kadiaq menulis bukan sehari dua,  lebih awal dari ku nan kenal umno.

Apabila tulisannya terkena. Ku nan rasa terpukul.

Kita fokus kepada apa yang dia cakap,  isi...  Bukan kuah.

Ku nan,  kerajaan dan umno kena jawab dan berhujah atas isi dan isu yang kadiaq utarakan, bukan corner kpd isu peribadi.

Ku nan sendiri tak berani declare harta,  its ok... Bila kerajaan lain terbentuk,  hang diwajibkan declare juga..

Seorang demi seorang meninggalkan umno. Jangan bimbang,  umno semakin kuat. !!!


Sunday, September 11, 2016

NAZRI DAH PANDAI TENGOK CERMIN....MCA MELUKUT TEPI GANTANG

Saranan blog ini supaya setiap parti,  ahli,  penyokong,  blogger prepaid, blongang ,pecacai,macai menumpukan perhatian kepada parti dan diri sendiri ada betulnya.

Kalau sendiri dah berkurap, jangan galak, gedik nak sebok dengan parti lain yang baru berkudis.

Sekurang kurangnya Nazri dah pandai tengok cermin...








BERSATU TAK PERLU BANYAK KERUSI



Umum mengetahui menang atau kalahnya BN di PRU akan datang bergantung kepada pembangkang.

Pembangkang berpecah berbalah, BN menang.
Pembangkang bersatu,  BN kalah.

Tidak ada rahsia,  tidak perlu strategi canggih,  formula yang mudah.

Pembangkang berbalah, sebahagian rakyat akan boikot keseluruhannya,  tidak keluar undi, biarlah ahli parti mereka sahaja mencorak jumlah undi.

Rakyat sudah bosan dengan kedua dua pihak.

BN sendiri akan menghadapi kegeseran pembahagian kerusi. Ini belum lagi diambilkira wakil rakyat yang tidak dipilih semula atau bakal calon harapan disingkir.
Akan ada yang belot dan berpaling  tadah.
Fenomeno biasa setiap kali pilihanraya cuma kali ini akan memberi kesan yang ketara.




Tidak dinafikan PAS akan menjadi penentu dan kacau daun tetapi dalam masa ysng sama akan terkorban.
Pilihan kepada PAS untuk menguasai beberapa negeri dan beberapa kerusi Parlimen jika bersama pembangkang atau geget jari jika kekal berdamping umno.

Samada pilihanraya diawalkan atau mengikut jadual tidak banyak membawa perubahan,  jika suasana dan persepsi umno akan kalah bertiup kencang dan dipertahankan, lebih ramai pemimpin yang umum keluar umno.

BERSATU sebagai parti baru seharusnya tidak meminta begitu banyak kerusi sebaliknya lebih berkompromi dan memberi keutamaan kepada parti lain untuk bertanding,  memadai menjadi penyatu kepada semua parti pembangkang.







MUHYIDDIN WAJAR MENGADAP TUANKU SULTAN UNTUK MOHON PERKENAN

Bagi rakyat biasa, adalah menjadi satu kebanggaan pada Bangsa Johor apabila TS Muhyiddin Yassin anak Johor menjadi Presiden BERSATU dalam Gagasan Selamatkan Malaysia.

Tidak ada satu sebab pun bangsa Johor untuk menolak Muhyiddin dan BERSATU malah sewajarnya diangkat untuk menjadi Nombor Satu.

Muhyiddin harus kembali je pangkuan Sultan Johor  sebagai anak dan bangsa Johor sepertimana beliau ditatang ke istana selepas dipecat TPM.

Malah sewajarnya BERSATU mengadap setiap Sultan dan Ketua Menteri bagi menunjukan rasa hormat dan menjalin perhubungan yang baik.


Saturday, September 10, 2016

BOLEHKAH KITA BERHENTI MEMBURUKAN LAWAN

Adalah lebih elok setiap parti,  setiap ahli dan setiap penyokong parti melihat cermin diri masing masing.

Memperbaiki mana yang lemah dan kurang,  mencantikan mana yang huduh dan memperkuatkan diri dengan akhlak terpuji.

Memburukan apalagi menfitnah musuh dan saingan melampau lampau bukan sahaja berdosa tetapi tidak menguatkan parti sendiri.

Hentikanlah adudomba yang berterusan,  memburukan Azmin tidak menjadikan Azizah cerdik dan bijak,  memburukan Zahid tidak akan membersihkan Najib, memburukan Lim Guan Eng tidak menjadikan Hadi Awang hebat,  memburukan BERSATU tidak menjadikan UMNO kuat....

Bolehkah kita berhenti dari memburukan lawan... Boleh, tetapi sukar.

CARILAH KEKUATAN SENDIRI

11/9/16 JAM 9-10PAGI-DI MANA KITA(?)

Assalamualaikum Wbt..

MARI KITA SOKONG DAN SAMBUT
 " *WORLD QURAN HOUR*"!!

*PADA 11 SEPT 2016 Seluruh UMAT ISLAM DIDUNIA AKAN BERIKTIQAF MEMBACA AL-QURAN SELAMA 1 JAM*

Pada 11 September 2016
Di Detik 0900 pagi sehingga 1000pagi

Hentikan segala aktiviti lain.
Ambil wuduk dan dampingi lah Quran selama 1 jam.

Aktivti yg patut dilakukan dalam 1 jam
i. *Baca Al Quran*
atau
ii *Baca terjemahan atau tafsiran* ( *kalau dah tatau baca quran*)
atau
iii *berbincang atau belajar tentang Al Quran dengan yang mahir*
atau
iv. *apa sahaja yang boleh kita memanafaatkan apabila berdamping  dengan AlQuran*.

Dalam setahun kita ada 8760 jam.
hanya 1 jam yang kita perlu untuk memberikan sokongan kepada kempen
 *WORLD QURAN HOUR*!!!

*Dampingi lah Quran*.
*Kasihi lah Quran*
*Hayati lah Quran*
*Jadikanlah Quran panduan*.

Mana mana yang dah lama sangat tinggalkan tu *JADIKANLAH* ini sebagai suatu *PERMULAAN*..

Bantu lah saya kongsikan ya demi kebaikan semua masyarakat terutamanya *UMAT ISLAM*

Jom kita gegarkan *SELURUH DUNIA DENGAN BACAAN AL QURAN*


Selamat Berpuasa

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...