Friday, September 30, 2016

SOKONG BERSATU, TOLAK DAP, TOLAK PARTI RASUAH (1)

Setiap pemimpin baru ada pemimpin lama, sebelum pemimpin lama itu menjadi lama dia juga baru.
Pemimpin baru sekarang pun akan jadi lama.

Tidak ada beza pemimpin baru atau lama.

Setakat diketahui tidak pula pemimpin lama itu diketahui mengeluarkan kata maki hamun barua,  bangsat, haramjadah samada kepada pemimpin baru atau lama, samada kepada rakyat atau peneroka.

Tetapi bagaimana dengan pemimpin baru?
Pernahkah dia melontar kata dan ayat tersebut?
Apakah itu prinsipnya dan yang diajar oleh Al Quran. (?)

Tetapi untuk pengetahuan pemimpin baru, tanggungjawabnya,  jika gagal, tidak perlu alih kepada pemimpin lama atau kepada orang lain.
Sepertimana dia selalu mendabik dada itu ini adalah kejayaannya.
Pertama,  apa kejayaannya (?)
Kedua,  jika ada,  kenapa kejayaan itu tidak dikongsi atas kebijaksanaan orang lain.

Yang maki hamun pemimpin baru saban saat,  minit dan jam bukannya pemimpin lama itu,  tetapi rakyat termasuk ahli umno.

Pemimpin lama hanya banyak bertanya, mengupas dan menjelaskan kepada rakyat perilaku dan sikap pemimpin baru.

Jika pemimpin lama berdusta dan fitnah,  samanlah.
Jika pemimpin lama pernah bermaksiat atau jenayah, siasat dan dakwalah.

Setidak tidaknya,  jawablah di belakang jika takut jawab berdepan.

SOKONG BERSATU, TOLAK DAP, TOLAK PARTI RASUAH...

STOP THE BLAME GAME.
YOU ARE THE CAUSE OF THE DIVISIONS.

Cukup cukup lah menggunakan Agama untuk menghalalkan cara.

Perpecahan tidak akan berlaku jika pemimpin tidak menyelami budaya rasuah & salahguna kuasa.

Siapa yang menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi? Anak siapa yang menggunakan duit rakyat untuk berjudi & membeli hartanah mewah.

Siapa yang menggadaikan aset aset strategik negara kepada negara luar?

Siapa yang menyalahgunakan undang-undang (SOSMA) untuk memenjarakan mereka yang tidak bersehaluan.

Siapa yang mengarahkan tindakan diambil ke atas aktivis-aktivis yang lantang bersuara?

Yang paling terkesan orang melayu-islam juga.
Yang hilang kerja/digantung-dibuang universiti kerana tindakan-tindakan "disiplin", orang Melayu-islam juga.
Yang tak dapat peruntukkan yang sepatutnya, orang Melayu-islam juga.
Yang dibatalkan biasiswa, majoritinya melayu-islam juga.

If you really want to use race & religion as a political tool, you'll notice that it will backfire more than it can help.

Syed Saddiq
1/7 Pengasas BERSATU

OLANG CINA PUN MASUK BERSATU MAA....






Hari ini kamal mencuba perkenalkan Pribumi kepada keluarga cina yang membuka perniagaan Bengkel Motosikal. Mula muqaddimah dengan menyapanya, nyonya nama saya kamal. 

Tujuan saya mahu kenalkan parti perbumi bersatu pada nyonya dan keluarga. Parti ini adalah parti politik baru tapi pemimpinnya orang lama. Siapa orang tu tanya nyonya cina ini. 

Dengan bangga kamal mengatakan orang itu Tun Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin. Terus sahaja nyonya itu memanggilkan suami dan 2 anaknya seorang lelaki dan seorang perempuan. Kalau Tun Mahathir sama Tan Sri Mahyuddin itu pagoh punya orang saya sokong mesti sokong. 

Kalau sekarang punya saya tak mau. Sini tipu sana curi cakap tak sama punya orang. Kita semua susah ma. Terfikir sejenak..cina ini mengadu susah dan terus isi borang satu keluarga hanya dengan pengenalan Tun Mahathir dan Tan Sri Mahyuddin. 

Usai mengucapkan tahniah nyonya ini bertanya, encik kamal kalau Tun Mari Sini saya sama family mau angkat foto sama Tun boleh ka? Dengan megah kamal menjawab saya akan bawa nyonya satu keluarga ambil foto sama Tun. Itu janji saya. Dengan senyum dan hormat nyonya mengata terima kasih encik. Syukur Alhamdulillah.

Banyak cara nk promosi, sebahagian besar rakyat sdh  menolak kepimpinan najib. kita blh cuba cara ini utk dptkan ahli bersatu.
Kamal ini seorang pendaftar keahlian parlimen rembau N9






Thursday, September 29, 2016

PEMUDA UMNO PUTERAJAYA JUGA KENA BANGKIT..


BEGITU JUGA... 
PEMUDA UMNO PEKAN.. 
PEMUDA UMNO PAHANG
PEMUDA UMNO MALAYSIA

PERLU PENGHIJRAHAN IMAN..
BERSUARA BENAR
JAUHI SONGKOLAN, SUBAHAT DAN DEDAKS.. 

KALAU DAP MAHU BERSAMA DENGAN UMNO BUKAN SATU YANG MENGEJUTKAN..

UMNO sekarang  dan DAP dulu dan selamanya tidak banyak perbezaan.
DAP menakutkan cina dengan Melayu UMNO dan UMNO menakutkan Melayu dengan cina DAP - dua dua cari makan.

Jika DAP kini kurang selesa dengan BERSATU sudah boleh dijangkakan, Melayu BERSATU tidak boleh diugut dan disuap untuk DAP gertak atau tanam budi. 
BERSATU sudah jadi macam UMNO dulu dulu, di era Mahathir dan sebelumnya.

Dalam keadaan DAP hilang kuasa dan pengaruh di kalangan parti pembangkang serta Lim Guan Eng dihujung tanduk, tidak mustahil ada kompromi di antara DAP dan UMNO.

Menghalang BERSATU, sudah tentu ada pihak yang sanggup bayar berapa sahaja kosnya.



KUALA LUMPUR: Penang Chief Minister Lim Guan Eng turned the tables against social activist Ambiga Sreevanasan at a conference and questioned why she was working with former premier Tun Dr Mahathir Mohamad.



Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau lebih rapat dengan DAP berbanding MCA kerana parti yang memerintah di Pulau Pinang itu memiliki sokongan masyarakat Cina.
Beliau berkata demikian sebagai menjawap bidasan ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyindir bahawa Nazri kelihatan lebih rapat dengan DAP di sebalik memenangi pilihan raya umum di bawah BN, yang dibantu oleh semua parti komponen termasuk MCA.








Kesimpulannya: Tun Dr Mahathir tunduk atau diperalat oleh DAP adalah pembohongan paling besar.

SEBOK MELAGAKAN ORANG SANA SINI...

Jangan sebok sangat dengan hal dalaman parti orang lain sedangkan kain sendiri yang dipakai koyak rabak, 
Jangan sebok dengan kudis orang lain, sedangkan kurap sendiri dah merebak seluruh badan.
Tak perlulah terlebih propaganda, hakikatnya setiap cakap dan janji bukan sahaja sudah tiada integriti tetapi mendengar sahajapun orang sudah tak mahu.
Jangan kuat kelepet dan yakinkan boss semua beressss..

Jangan melenting bila otai seperti Ku Li bercakap perkara yang benar...
Benda benda macam ini takkan keluar di Utusan, Bernama atau TV3 - bau bau hapak semua simpan bawah karpet deepak.



Wednesday, September 28, 2016

PROPAGANDA BUDAK BUDAK NAJIB LEBIH KELEPEK DARI BUAT KERJA..


UMNO YANG MENJADI TUNGGAK KERAJAAN SEPATUTNYA MELAKSANAKAN DASAR DAN PERJUANGAN PARTI YANG DISERAP DALAM PENTABIRAN KERAJAAN DAN BUKANNYA MENGIKUT NAFSU PERDANA MENTERI YANG GAGAL DIKAWAL PARTI. 
UMNO BAKAL DITOLAK KESELURUHAN KERANA MAJLIS TERTINGGI DAN KETUA KETUA BAHAGIAN JADI PAK TURUT MEMBUTA TULI HINGGA MENGENEPIKAN PERJUANGAN PARTI. 
APA YANG NAK DIBANGGAKAN UMNO HARI INI (?)
KALAU MAHU DIKENANG. ITU ZAMAN SILAM ERA MAHATHIR DAN SEBELUM. 
ERA SEKARANG TEMPEK DAN KELEPEK. 


BUDAK BUDAK NAJIB SEKADAR CAKAP BOLEH LAWA TAPI TIDAK DAPAT MEMADAMKAN FAKTA.. 







*Sebatang Tiang Seri Melayu*

#Luahan hati seorang anak kampung kepada UMNO.

Parti keramat aku, ayah, datuk aku tiada lain hanyalah Umno. Malah boleh dikatakan 90% orang Melayu di kampung memilih Umno sebagai wadah perjuangan politik setempat.

Dulu datuk pernah berkata Umno banyak berjasa kepada orang Melayu di Malaysia. Ketua Pemuda masuk ke kampung - kampung mencari dan mengumpulkan pemuda yang tidak berkerja, semua pemuda akan di carikan kerja didalam kilang ais dan pelbagai pekerjaan lain di sekitar kampung.
Pemimpin diatas sangup bergadai bergolok demi Perjuangan Agama, Bangsa dan Negara. Alangkah beruntungnya orang Melayu dahulu dipayungi oleh pemimpin umno seikhlas dan sebegitu sebaik. Memang selayaknya Umno menjadi pilihan semua masyarakat melayu di ketika itu.

Ayah aku juga ada menceritakan Umno ketika zaman *Tun Mahathir* juga tidak kurang atau lebih hebat menaiki nilai Bangsa dan Negara. Tanpa Tun Mahathir dan pemimpin seangkatan tiadalah KLCC, Litar Sepang, Putrajaya, Proton dan bermacam lagi pembangunan telah mereka lakukan. Tetapi paling menarik tentang cerita bagaimana Tun M dan rakan - rakannya *merampas kembali beribu - ribu hektar tanah ladang dari Syarikat Guthrie yang pada masa itu di miliki oleh England*.
Dengan jasa Tun M juga orang Melayu ramai yang berjaya, Malaysia dikenali seantero dunia. Selayaknya pemimpin zaman bapa saya di gelar *Bapa Pembangunan Malaysia*.

*TETAPI PALING MALANG ZAMAN SAYA SENDIRI, APA YANG HENDAK CERITAKAN KEPADA ANAK-ANAK SAYA TENTANG KELEBIHAN UMNO*.

Apa saya hendak jawab...?

*Jika anak saya bertanya tentang* :-
1. Betul ke zaman ayah banyak aset negara dijual...?

2. Betul ke zaman ayah banyak rasuah hingga negara jadi mundur semula...?

3. Betul ke zaman ayah negara Vietnam dan Indonesia mula mengatasi Malaysia dari segi pencapaian ekonominya...?

4. Betul ke zaman ayah orang Melayu mula era merempat di Tanahair sendiri...?

Wahai pemimpin kecil Umno dibawahan cukuplah gula - gulakan pemuda kampung dengan baju jersi bola dan BRIM $1.09 sehari itu.
Berilah mereka ilmu, bimbinglah mereka hingga berjaya berdikari mencari wang sendiri.

Wahai pemimpin cukup - cukuplah memberi sekampit beras.
Mana letaknya maruah orang tua Melayu yang kamu hina sebegitu.

Pada saudara - saudara seMelayu dengan aku bangunlah dari mimpi kita.
*Melayu... sudah tiada maruah*.
*Melayu... sudah tiada tanah*.
*Melayu... sudah tiada apa untuk dibanggakan*.

Melayu yang kita wakil mewakili suara maruah bangsa kita,
sudah menipu kita
sudah menjual maruah kita,
sudah menjual tanah kita...!

*Jika Hang Tuah, Tun Perak, Datuk Onn Jaafar hidup kembali, nescaya mereka akan menangis melihat keadaan bangsa kita kini*.

Oh ya...
Tun M masih ada,
Nasib baik kita masih lagi mempunyai seorang lagi
Tiang Seri Melayu untuk kita. Bangsa kita bertaut dari jatuh dalam lautan kehinaan.

Tun M,
tolonglah kami rencanakan kembali sinar gemilang Bangsa dan Negara. Sesungguhnya anak bangsamu tengah lemas dilautan penipuan.

Pada anak bangsaku hulurkan tanganmu, hulurkan secebis maruahmu.
Ayuh bangun bersama menongkah arus bersama Sebatang Tiang Seri Melayu agar kita semua selamat ke pantai, *BERSATU kembali memulakan jalur - jalur kehidupan yang lebih bermaruah*

*Hidup BERSATU*...
*Hidup BERSATU*...
*Hidup BERSATU*...

*PPBM Batu Gajah, Perak D. Ridzuan*.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...