Thursday, October 6, 2016

RAKYAT YANG MENGADA NGADA SEDANGKAN MALAYSIA THE BEST IN THE WORLD..

REALITI

Ini fakta!
Hukuman menyeberangi sempadan

1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan mendapat 12 tahun kerja keras.

2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.

3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak.

4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.

5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidak akan dilihat lagi.

6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dikenakan bayaran sebagai pengganas.

7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan sebagai mata-mata dan dihukum gantung.

8) Jika anda menyeberangi sempadan British secara haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.

9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke dalam penjara politik reput.

10) Jika anda  menyeberangi secara haram sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:

- Mykad sementara atau
- Status PR Penduduk Tetap
- Lesen Memandu
- Hak Mengundi
- Tempahan Kerja
- Keistimewaan Khas Bumiputera setelah fasih            
   berbahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat  
   melayu.
- Kad kredit
- Bolej buka akaun di mana2 bank
- Pendidikan Percuma
- Penjagaan kesihatan dgn kos minimal
- Jadii tauke kedai runcit.
- Jadi bos org tempatan
- Beli rumah
- Beli tanah free hold
- Kahwin orang tempatan
- Boleh dpt gelaran datok
   Dll.

Copy paste dari group wassap bangla,nepal myanmar.Indon..Kemboja..

SAOLAN TAMBAHAN (2)

Mana lebih bagus berkawan dengan DAP tanpa makan babi atau ambik rasuah berjuta juta, menjadi kroni raja segala penyelewengan.

ADUN JORAK SETIAUSAHA BERSATU

*Tahniah YB Datuk Dr Shahrudin atas perlantikan sebagai Setiusaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia*

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA

PELANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM)

Saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelantikan pegawai-pegawai kanan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) iaitu YB Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh sebagai Setiausaha Agung, YBhg. Dato’ Mohamed Salleh Bajuri sebagai Bendahari Agung dan YBhg Datuk Hj Kamarudin bin Md Nor sebagai Ketua Penerangan.

Pelantikan-pelantikan ini dibuat selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti.

Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kejuruteraan awam, Universiti Bradford, United Kingdom. Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik dan pentadbiran. Beliau merupakan mantan Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan (1998-1999), Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1999-2004), Setiausaha Politik Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2004-2008) dan Setiausaha Politik Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (2008-2009). Beliau juga merupakan mantan Naib Ketua UMNO Bahagian Pagoh dan kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak, Johor. Sebelum menceburi bidang politik, beliau adalah pensyarah di fakulti kejuruteraan awam UiTM Shah Alam dan pernah menjawat jawatan sebagai Rektor UiTM Johor di Segamat.

Dato’ Mohamed Salleh Bajuri merupakan lulusan Institute of Chartered Accountant, Ireland. Beliau adalah seorang akauntan bertauliah. Beliau bergiat aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dengan memegang beberapa jawatan dalam pertubuhan kebajikan. Antaranya Bendahari Persatuan Bekas Murid Sekolah Dato’ Abdul Razak (1980-2002), Pemegang Amanah Tabung Anak-Anak Melayu Pontian (1995-2011) dan Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan SDARA (1997-2002).

Datuk Kamarudin Md Nor adalah lulusan Ijazah Sarjanamuda Sastera Universiti Malaya. Beliau berpengalaman luas dalam bidang politik dan kemasyarakatan di Malaysia dan di peringkat antarabangsa. Beliau adalah mantan Exco Majlis Belia Malaysia (1971-1973), Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (1973-1985), wakil Himpunan Belia Islam Dunia (WAMY) bagi Asia Pasifik (1982-1992), Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pasir Puteh (1986-1987), Setiausaha UMNO Bahagian Pasir Puteh (1988-1993), Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Kelantan (1993-2008) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerak, Kelantan (1997-1999; 2004-2008). Sejak tahun 1990 hingga kini, beliau adalah ahli yang mewakili Asia Tenggara dalam Pertubuhan Kebajikan Islam Antarabangsa (IICO) yang berpangkalan di Kuwait.

Semua penjawat jawatan di atas memegang jawatan selama tempoh Majlis Pimpinan Tertinggi selaras dengan peruntukan Fasal 13.7 perlembagaan parti.

Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang telah dilantik untuk mengisi jawatan-jawatan kanan dalam PPBM dan berdoa semoga para penjawat parti yang baru dilantik ini akan dapat menyumbang tenaga dan fikiran dalam memastikan kelicinan perjalanan pengurusan dan pentadbiran parti.


TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

6 Oktober 2016


Wednesday, October 5, 2016

SAOLAN TAMBAHAN

Kerajaan Australia tidak akan campur tangan dalam sistem keadilan Malaysia, kata Menteri Luarnya, Julie Bishop ketika diwawancara sebuah stesen televisyen tempatan.


Polis menahan sembilan lelaki warga Australia kerana memakai seluar dalam bercorak Jalur Gemilang semasa menyaksikan Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia di Sepang, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kesemua lelaki yang berumur 25 hingga 29 tahun itu ditahan kira-kira pukul 5 petang dan direman selama empat hari bermula hari ini.

“Mereka merupakan pelancong yang masuk ke Malaysia untuk menonton perlumbaan F1.

“Siasatan awal mendapati mereka membeli seluar dalam itu di Australia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Aziz berkata kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan niat sengaja mengaibkan bertujuan untuk memecahbelahkan keamanan.

Beliau berkata mereka juga disiasat mengikut Seksyen 14 kanun sama iaitu berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Gambar sekumpulan lelaki memakai seluar dalam Jalur Gemilang viral di laman sosial sejak semalam dan menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Pengguna Internet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan kerana perbuatan itu menghina negara.

- Bernama



SAOLAN TAMBAHAN
Sesuai untuk latihan matematik di sekolah menguji kecekapan minda pelajar.

SPRM terpaksa mengambil masa 15jam dengan 30 kakitangan untuk mengira wang tunai berjumlah RM52juta dalam kes penangkapan rasuah di sabah minggu ini.

Berapakah masa yang diperlukan oleh SPRM untuk mengira wang tunai jika jumlahnya RM2.6B (?)

“Biggest corruption bust ever” more a reflection that MACC has yet to become an independent and professional anti-corruption agency to combat the scourge of corruption which has become a runaway problem tarring the country as “global kleptocracy”



Dalam beberapa akaun bank, jumlah wang tunai yang dirampas pula diberitakan berjumlah lebih RM60 juta. Jumlah wang yang dapat dirampas sehingga ini ialah RM112 juta.

Turut dirampas ialah puluhan kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lain-lain lagi.

Diberitakan  juga ada enam peti simpanan bank yang turut disita, tetapi cuma satu yang sudah diketahui isinya, manakala lima lagi masih menunggu beberapa prosedur dengan pihak bank yang perlu diselesaikan terlebih dahulu. 

Bermakna, kalau dicampurkan  - wang tunai, kereta mewah, barang kemas, geran tanah, beg tangan berjenama dan lima peti simpanan yang belum dibuka, jumlah keseluruhannya mungkin mencecah melebihi RM300 juta.

Setakat mana ia dikaitkan dengan UMNO Sabah seperti yang sudah mula diviralkan (?)

(10markah)

JAMAL MEMBANGKITKAN SEMULA SENTIMEN ABU



Aku tak tau setakat mana penerimaan orang umno atas sikap dan lagak Jamal ni.  Sekali tengok,  dia ni ada lebih gaya dan layak sebagai Ketua Pemuda umno.

Tengok lagi sekali.. Patut buka sarkas pusing Malaya.

Tindakan Jamal lebih mendorong kepada BERSIH 5 yang kurang sambutan kini mendapat publisiti yang lebih meluas. Asal Bukan UMNO (ABU)  kembali bergema kerana tindakan kasar dan ganas tidak mendapat kedudukan tinggi pada rakyat Malaysia. Api tidak boleh dilawan dengan minyak.

Kecualilah keganasan ini sudah memang dirancang untuk keperluan strategik lain!

Tuesday, October 4, 2016

Ada Yang Tercuit Walau Sekadar Sebutan...



PPBM yang lebih mesra disebut BERSATU di kalangan ahli dan penyokongnya turut dimuliakan dengan gelaran parti bunga oleh penyokong Najib dikatakan berkemungkinan dibatalkan ROS atas gundah gulana pihak atasan.

Singkatan BERSATU telah dilarang oleh pihak ROS tetapi setakat mana sahnya kuasa larangan tersebut?

Lagipun singkatan tersebut lebih kepada sebutan dari pihak penyokong amnya dan bukan disebut dan diguna secara rasmi oleh Presiden, Jawatankuasa dan Pengurusannya.

Elok ROS meng adakan undang undang dan peratoran supaya mana mana pihak,  kumpulan atau individu yang menyebut BERSATU boleh didakwa dan jika sabit, penjara tidak melebihi dua tahun dan denda tidak melebihi limapuluh ribu ringgit.

Sekurang kurangnya denda ini boleh digunakan untuk meringankan beban hutang negara.

Satu berita yang tidak diketahui setakat mana benar dan seriusnya. Tetapi kalau tiada monyet masakan pokok bergoyang.

Apakah monyet ini sudah gabra dan goyang sekadar aura sebutan ??
Atau apakah jumlah angka yang menyertai BERSATU membuatkan mereka goyang...

MR BEAN BUAT UMNO PEDIH MATA

Kenyataan Media

*TAHNIAH PAS SEDIA KERJASAMA DENGAN PKR DAN BERSATU YANG MENJADI RAKAN DAP DAN AMANAH*.

1. *Tahniah saya ucapkan kepada pimpinan Pas yang menyatakan sedia bekerjasama dengan PKR dan Bersatu dalam usaha untuk mengalahkan Bn dalam Pru14 akan datang*.Kenyataan tersebut yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pilihanraya Datuk Hj Mustafa Ali sudah tentu sebagai mewakili Pas secara rasmi.

2.Kenyataan tersebut sudah tentu dibuat dalam penuh sedar  *kerjasama dengan Pkr dan Bersatu adalah merupakan rakan kerjasama Dap dan Amanah yang dimusuhi Pas*.Kenyataan Presiden Pas sebelum ini menyatakan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan mana mana parti yang bekerjasama dengan Dap. *Kenyataan Mustafa Ali menunjuk yang Pas kini bakal kembali kepada mainsterim politik pembangkang*.

3.Saya percaya jika Pas boleh berubah dari tidak menerima parti yang menjadi rakan Dap dan Amanah untuk bekerjasama bagi mengalahkan Umno Bn pada pru14, *sudah tentu Pas juga akhirnya boleh menerima Dap dan Amanah untuk capai hasrat mengalahkan Umno Bn.Mungkin pimpinan Pas perlu mengambil masa bagi menerima kedua dua parti tersebut*.Kerana Pas pernah menerima dan bekerjasama pada pru 1990 dengan parti serpihan Pas iaitu Berjasa yang pernah bekerjasama dengan Umno pada pru 1978 dan membawa Pas tinggal batu nisan di Kelantan.

4.Berjasa sudah tentu boleh di anggap sebagai pengkianat Pas sehingga Pas tinggal batu nisan,tetapi *kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz menerima Berjasa dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah membawa kepada kemenangan besar pada Pas dalam Pru 1990 kekal hingga hari ini*.

*KERJASAMA DAN PENGAGIHAN KERUSI PRU14*.

5.Kesediaan Pas untuk bekerjasama dengan Bersatu sudah tentu dengan penuh sedar yang Bersatu adalah parti baru yang akan bertanding dalam pru14 nanti. *Sudah tentu akan berlaku penyerahan sejumlah kerusi yang selama ini ditandingi oleh Pas dan Pkr kepada Bersatu dan Amanah*.Inilah makna kerjasama politik yang akan membawa kepada situasi menang menang. Dalam erti kata lain *Pas akan bertanding dengan jumlah kerusi yang kurang dari pru13*.Moga pru14 ini akan melakarkan lanskap baru politik dan ekonomi Malaysia yang memberi kebaikan dan keadilan untuk rakyat.

6.Saya mengharap dengan kesediaan awal Pas untuk kerjasama ini akan membuka jalan kepada *mengwujudkan grand coalotion bersama parti parti Pembangkang lain termasuk Dap,Amanah dan parti baru dari Sabah pimpinan Datuk Shafie Apdal dan parti parti lain di Sabah dan serawak* bagi mengwujudkan Politik baru Malaysia tanpa Umno Bn.

#PascaPru14MalaysiaTanpaUmnoBn
#SelamatkanMalaysia


*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
6.30pm Taman AlWalid Alor Setar
4 Okt 2016/3 Muharam 1438H

# Apapun tafsiran yang dibuat ke atas Ezam yang keluar umno,  ia tetap menunjukkan umno makin hilang pengaruh.
Jika Ezam tidak penting,  kenapa emosi dan meledak sangat puak tu bagi komen,  macam tersangkut tulang ikan.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...