Wednesday, January 4, 2017

PRU NOVEMBER 2017

Risikan dari sumber ekonomi, PRU akan di adakan pada November 2017 samada selepas atau sebelum PAU

Tarikh tamat penggal sekarang, April 2018.

Cleansing akan dibuat mulai Ogos 2017 untuk memastikan cukup bajet dan laluan lancar.

Ambil kesempatan dan bersedialah bagi yang faham terutama sudut bisnes.

Tuesday, January 3, 2017

KALAU DAPAT MIRIP MIRIP PUN JADILAH



Pada suatu malam, ketika Khalifah Umar bin Abdul Aziz berada di ruang kerjanya, memeriksa catatan keluar masuk dana Baitul Mal terdengar ketukan pintu.

Ruang kerja diterangi lampu minyak sekadarnya, hanya cukup terang untuk membaca berdekatannya tetapi tidak terlalu terang untuk bercermin di kaca . Khalifah tidak pernah bercermin kecuali kepada keteladanan Rasullulah dan para sahabat Nabi .

"Siapa di luar?" tanya Khalifah tanpa membuka pintu .

"Saya , Ayah," terdengar suara seorang pemuda .

"Ada keperluan apa?" tanya Khalifah . 

"Saya disuruh ibu untuk membicarakan tentang beberapa masalah."

"Masalah apa?" 

"Buka pintu dulu,Ayah . Izinkan saya masuk," jawab anaknya mendesak ingin masuk .

"Terangkan dulu apa masalahnya? Soal keluarga, soal masyarakat, atau soal negara? tanya Khalifah masih tetap tidak membukakan pintu untuk anaknya . 

"Tentu sahaja urusan keluarga kita , Ayah," jawab anaknya kehairana melihat sikap ayahnya .

"Kalau begitu tunggu sebentar," sahut Khalifah dari dalam . 

Khalifah Umar bin Abdul Aziz kemudian bangun dari tempat duduknya mendekati satu-satunya lampu minyak di bilik itu, dan kemudian meniupnya sehingga padam . Ruang kerja itu berubah gelap gelita . Lalu Khalifah membuka pintu dan anaknya disuruh masuk .

Pemuda itu semakin hairan melihat tingkah laku ayahnya . Knapa berbicara dalam ruangan yang gelap seperti ini? Apakah ayahnya sudah bingung atau berubah ingatan? Apakah terlalu keras , 
tindakannya menjadi aneh di luar kebiasaan orang waras ? 
Dengan agak sangsi dan sedikit takut pemuda itu bertanya ingin tahu kepada ayahnya . 

"Ayah, di ruang ini cuma ada satu lampu, mengapa ayah padamkan? Apakah kita akan berbincang dalam gelap?" 

"Benar , kalu kita berbicara di dalam bilik ini, kita akan berbicara dalam keadaan gelap," jawab Khalifah . 

Mengapa, Ayah? 

"Apakah kau tahu bilik apa ini?" 

"Bilik kerja Ayah . 

"Siapakah Ayahmu?" 

"Amirul Mukminin , Khalifah seorang pemimpin negara," jawab anak muda itu semakin tidak mengerti . Bahkan dia menjadi semakin curiga ayahnya telah mabuk kekuasaan sehingga hilang akal sihatnya . 

Itulah jawapannya. Kerana ayahmu seorang pemimpin , maka kita akan berbicara tanpa lampu penerang di ruang ini." 

"Mengapa?"

"Yang akan kita bicarakan adalah masalah keluarga, sedangkan lampu itu minyaknya dibeli dengan wang negara, wang rakyat . Aku tidak mahu urusan keluarga hingga merugikan milik rakyat, kepunyaan negara . Ruang ini adalah bilik kerja untuk kepentingan rakyat dan negara . 

Tidakkah kau tahu bahawa kekuasaan adalah amanah yang akan diminta pertangungjawab oleh Allah kelak di Hari Pembalasan?"

Mendengar penjelasan ayahnya, barulah pemuda itu mengerti tentang apa yang dilakukan oleh ayahnya . Sebagai pemimpin, beliau wajib utamakan rakyat dan negara daripada urusan peribadinya. Wang dan harta rakyat tidak boleh digunakan atas urusan peribadi mahupun keluarga...

# Rasanya majoriti pemimpin kita macam ni... 

ISTIGHFAR DAN BERDOA SEMOGA PENCURI DITANGKAP



"Sepatutnya saya bersara 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia"

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkhidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pun tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat"

Fakta kes:

Kes SRC International ini bermula apabila pemindahan wang dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) ke RC RM4B.

Kemudian SRC: 
Transfer duit ke Gandingan Mentari RM50J.
Transfer ke Ihsan Perdana  RM46J

Diikuti:
Ihsan Perdana Transfer ke akaun peribadi Najib RM42J
42J digunakan untuk membayar 2 kad kredit peribadi

Ini hasilnya                                                                 








 Kenapa SPRM yang bersusahpayah menafikannya dan tidak tuan punya badan sendiri. 

MEMANG KAKI KENCING JUGA

Monday, January 2, 2017

BEBASKAN LAPORAN ODIT 1MDB DARI OSA UNTUK MERUNGKAI BEBERAPA PERSAOLAN

Tun Dr Mahathir menzahirkan pandangannya  BRIM adalah rasuah dan mengerjakan haji menggunakan wang 1MDB tidak menepati haji yang mabrur bukan merupakan satu perkara baru.

Pandangannya tentang BRIM adalah sejak dilaksanakan oleh kerajaan dan telah diberi pandangan dalam kategori nasihat,  tegur dalam siri pertemuannya dengan Najib sebelum ini.

Ia menjadi kritik terbuka selepas Tun keluar dari UMNO.  Oleh itu mengaitkan pandangan Tun ini untuk mengalih pandangan dari isu krisis di BERSATU tidak tepat.

Begitu juga dengan pandangan Tun tentang pemergian haji sumbangan dana tersebut bukan perkara baru.
Sudah disuarakan sejak Tun kritik 1MDB dan asasnya begitu mudah bahawa niat penubuhan, pengurusan kewangannya dan bagaimana ia dibelanjakan masih dalam status was was,  kabur, keraguan, tidak telus, ada unsur syubahat dan berbelit belit.

Jika itu asasnya,  bukan sahaja Haji,  apa sahaja yang dikaitkan dengan sumbangan dana tersebut perlu diteliti semua dan semula. Ia tidak terlepas dari asas hukum halal haram harus makruh sunat wajib.

Mereka yang mengerjakan haji tanpa tahu asas sumbangan dana 1MDB tidak wajar dipersalahkan tetapi sebaiknya mereka menerima kenyataan tersebut secara berlapang dada dan berserah kepada ketentuan Illahi.

Kenyataan pahit Tun Dr Mahathir harus diterima secara ilmiah kerana ia ada asas dan sewajarnya di muzakarah kan secara berhemah oleh pihak yang berilmu.

Rahmat dari pandangan tersebut, teserlah beberapa pandangan Menteri dan Mufti serta bijak ilmu ugama yang kita dapat menilai di mana sebenarnya mereka, asasnya dan ada gaya takut kepada Allah atau takut hilang jawatan dan cari makan.

Niat mereka nak tegak kebenaran atau melindung dan bersubahat dengan kemungkaran.

Menjawab pandangan Tun terhadap isu haji bukanlah dengan cara mempertikai atau cari kelemahan Tun dalam isu lain,  itu bukan cara jawapan dan penyelesaian.

Sebaiknya Laporan Audit Negara dibebaskan dari OSA untuk kita menilai kebenaran di atas.


APA KAYU UKURNYA UMNO SEMAKIN DITOLAK

Atau tang mana umno dikatakan makin diterima rakyat (?)

Sudah tentu ada petanda..

Sunday, January 1, 2017

INI BACAAN SPECIAL MADE TO DEDAKIANS



Kerana Bencikan DS Najib, Tun Mahathir Kata BR1M Adalah Rasuah Tapi Islam menilai Sebaliknya".
                    ○○○
Tanggungjawab kerajaan pimpinan YAB DS Najib paling utama adalah memberi keutamaan kepada kesejahteraan hidup (Well-Being) setiap rakyat dan memastikan tiada antara mereka hidup dibawah tahap dhaif.

Untuk tujuan itu, kerajaan  telah menyediakan pelbagai kemudahan dimana setiap rakyat dapat menikmati sekurang kurangnya kesejahteraan kebendaan (Material Well-Being) yang minimum (air, elektrik, jalanraya, kesihatan, makanan dan pendidikan) untuk membolehkan mereka mengekalkan maruah diri, menikmati kebebasan yang sebenar dan membangunkan kerohanian masing masing.

YAB PM Malaysia, DS Najib Tun Razak Berusaha Memastikan Setiap Rakyat Menikmati Faedah Kekayaan Kerajaan Secara Saksama.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah diberi tanggungjawab untuk menapis dan memilih rakyat Malaysia yang berkelayakkan untuk menerima hasil pendapatan negara melalui skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Melalui skim ini, tiada seorang pun rakyat Malaysia tercicir dari menikmati hasil kekayaan negara. Biarpun mereka berada di ceruk kampung atau di dalam gua sekalipun serta tidak dapat menikmati apa apa kelebihan pembinaan KLCC, KL Tower, Litar Sepang dan pelbagai lagi. Mereka tetap dapat merasai kekayaan pendapatan negara melalui skim BR1M.

*Di Mana Ada Usaha Kebaikkan, Pasti Ada Yang Tidak Menyukainya.*

Malangnya apabila mantan PM Malaysia yang juga sekarang ini merupakan seteru atau penentang kuat kepada DS Najib sebagai PM Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah kepada rakyat. Apa yang lebih teruk bila beliau sendiri mengesyorkan BR1M dihentikan.

Biarpun mantan PM Malaysia menghina BR1M dengan hinaan “rasuah” ataupun ada yang memanggil “dedak”, BR1M bukanlah satu skim yang membazir serta merugikan  atau pun satu bentuk rasuah mahupun kesalahan di sisi agama seperti kenyataan Tun Mahathir.

Dari segi tuntutan Maqasid Shariah, BR1M telah berjaya memenuhi salah satu dari 5 ciri Maqasid Shariah iaitu dalam urusan penjagaan “al-mal” (harta) di dalam dimensi “perolehan dan pengembangan harta”. Ianya bersumberkan dalil pada ayat 7, surah al-Hasyr yang bermaksud:

 “Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”

Malah ketika Saiyidina Umar Al-Khattab menjadi Khalifah Rasulillah kedua, beliau telah mewujudkan satu agensi “dìwãn”. Tujuan agensi ini ditubuhkan adalah untuk memilih rakyat ketika itu yang layak menerima bantuan tunai kerajaan Islam secara tahunan yang dikenali sebagai “Skim Pencen Tahunan”. Satu bentuk bantuan tunai dari  kerajaan Islam pimpinan Khalifah Umar kepada rakyat tersasar.

Disebalik kecaman dan hinaan mantan PM Malaysia terhadap BR1M agar rakyat terpengaruh, pihak kerajaan Thailand juga telah mula mengamalkan skim bantuan tunai dari kerajaan kepada rakyat yang menyerupai BR1M. Jika kerajaan pimpinan DS Najib memberi bantuan tunai maksimum berjumlah RM1200 setahun, kerajaan Thailand pula memberi bantuan tunai maksimum dimana jika ia ditukar dalam nilai Ringgit, bantuan tersebut sebanyak RM434 setahun.

Dan terbaru, Bloomberg telah melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi akan membuka pendaftaran kepada rakyatnya pada Februari tahun depan untuk memudahkan kerajaan memilih rakyatnya yang layak untuk di beri bantuan tunai seperti BR1M yang akan di bayar bermula Jun 2017.

Apa yang mampu kita berbangga sebagai rakyat Malaysia dibawah kepimpinan DS Najib ialah apabila pihak akhbar “The Guardian” telah melaporkan bahawa 35 pakar ekonomi British telah mengakui kelebihan dan menyokong skim BR1M yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan DS Najib. Disebalik tujuan BR1M untuk berkongsi hasil pendapatn negara dengan rakyat, skim Ini juga mampu meningkatkan ekonomi negara apabila bantuan tunai tersebut di belanjakan.

Maka idea BR1M hasil cetusan YAB DS Najib bukanlah satu bentuk skim yang sia sia, rasuah, menyalahi agama atau dedak. Walau apa pun kata hinaan dan nista mantan PM Malaysia dan penyokong pembangkang terhadap skim BR1M, hakikatnya dari sudut maqasid shariah, sejarah Islam, dasar yang ditiru di Thailand, Arab Saudi dan pengakuan 35 pakar ekonomi British sudah cukup menafikan segala bentuk hinaan dan tuduhan mantan PM Malaysia dan penyokong pembangkang. Maka di mana keperluan kita perlu percaya kenyataan Tun Dr Mahathir.

Tahniah kepada rakyat yang menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia cetusan YAB DS Najib dan tidak terpengaruh dengan provokasi, adu domba dan hinaan Tun Mahathir dan pemimpin pembangkang berkenaan BR1M.

Allahu al-mustaan.
Salam perjuangan,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor  /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Isnin 2 Januari 2016; 09:44hr;
Bukit Antarabangsa


# Kira blog aku ini yang selalu dicakap merapu,  tak ada isi..tapi dok mai selalu.. Masih open minded sajikan tulisan selera dedakians.
Aku terhibur membaca - cukup lawak,  bakal MB Selangor mamat ni..

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...