Sunday, January 1, 2017

INI BACAAN SPECIAL MADE TO DEDAKIANS



Kerana Bencikan DS Najib, Tun Mahathir Kata BR1M Adalah Rasuah Tapi Islam menilai Sebaliknya".
                    ○○○
Tanggungjawab kerajaan pimpinan YAB DS Najib paling utama adalah memberi keutamaan kepada kesejahteraan hidup (Well-Being) setiap rakyat dan memastikan tiada antara mereka hidup dibawah tahap dhaif.

Untuk tujuan itu, kerajaan  telah menyediakan pelbagai kemudahan dimana setiap rakyat dapat menikmati sekurang kurangnya kesejahteraan kebendaan (Material Well-Being) yang minimum (air, elektrik, jalanraya, kesihatan, makanan dan pendidikan) untuk membolehkan mereka mengekalkan maruah diri, menikmati kebebasan yang sebenar dan membangunkan kerohanian masing masing.

YAB PM Malaysia, DS Najib Tun Razak Berusaha Memastikan Setiap Rakyat Menikmati Faedah Kekayaan Kerajaan Secara Saksama.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah diberi tanggungjawab untuk menapis dan memilih rakyat Malaysia yang berkelayakkan untuk menerima hasil pendapatan negara melalui skim Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).

Melalui skim ini, tiada seorang pun rakyat Malaysia tercicir dari menikmati hasil kekayaan negara. Biarpun mereka berada di ceruk kampung atau di dalam gua sekalipun serta tidak dapat menikmati apa apa kelebihan pembinaan KLCC, KL Tower, Litar Sepang dan pelbagai lagi. Mereka tetap dapat merasai kekayaan pendapatan negara melalui skim BR1M.

*Di Mana Ada Usaha Kebaikkan, Pasti Ada Yang Tidak Menyukainya.*

Malangnya apabila mantan PM Malaysia yang juga sekarang ini merupakan seteru atau penentang kuat kepada DS Najib sebagai PM Malaysia, telah mengeluarkan kenyataan bahawa BR1M adalah satu bentuk rasuah kepada rakyat. Apa yang lebih teruk bila beliau sendiri mengesyorkan BR1M dihentikan.

Biarpun mantan PM Malaysia menghina BR1M dengan hinaan “rasuah” ataupun ada yang memanggil “dedak”, BR1M bukanlah satu skim yang membazir serta merugikan  atau pun satu bentuk rasuah mahupun kesalahan di sisi agama seperti kenyataan Tun Mahathir.

Dari segi tuntutan Maqasid Shariah, BR1M telah berjaya memenuhi salah satu dari 5 ciri Maqasid Shariah iaitu dalam urusan penjagaan “al-mal” (harta) di dalam dimensi “perolehan dan pengembangan harta”. Ianya bersumberkan dalil pada ayat 7, surah al-Hasyr yang bermaksud:

 “Apa yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu.”

Malah ketika Saiyidina Umar Al-Khattab menjadi Khalifah Rasulillah kedua, beliau telah mewujudkan satu agensi “dìwãn”. Tujuan agensi ini ditubuhkan adalah untuk memilih rakyat ketika itu yang layak menerima bantuan tunai kerajaan Islam secara tahunan yang dikenali sebagai “Skim Pencen Tahunan”. Satu bentuk bantuan tunai dari  kerajaan Islam pimpinan Khalifah Umar kepada rakyat tersasar.

Disebalik kecaman dan hinaan mantan PM Malaysia terhadap BR1M agar rakyat terpengaruh, pihak kerajaan Thailand juga telah mula mengamalkan skim bantuan tunai dari kerajaan kepada rakyat yang menyerupai BR1M. Jika kerajaan pimpinan DS Najib memberi bantuan tunai maksimum berjumlah RM1200 setahun, kerajaan Thailand pula memberi bantuan tunai maksimum dimana jika ia ditukar dalam nilai Ringgit, bantuan tersebut sebanyak RM434 setahun.

Dan terbaru, Bloomberg telah melaporkan bahawa kerajaan Arab Saudi akan membuka pendaftaran kepada rakyatnya pada Februari tahun depan untuk memudahkan kerajaan memilih rakyatnya yang layak untuk di beri bantuan tunai seperti BR1M yang akan di bayar bermula Jun 2017.

Apa yang mampu kita berbangga sebagai rakyat Malaysia dibawah kepimpinan DS Najib ialah apabila pihak akhbar “The Guardian” telah melaporkan bahawa 35 pakar ekonomi British telah mengakui kelebihan dan menyokong skim BR1M yang diamalkan oleh kerajaan pimpinan DS Najib. Disebalik tujuan BR1M untuk berkongsi hasil pendapatn negara dengan rakyat, skim Ini juga mampu meningkatkan ekonomi negara apabila bantuan tunai tersebut di belanjakan.

Maka idea BR1M hasil cetusan YAB DS Najib bukanlah satu bentuk skim yang sia sia, rasuah, menyalahi agama atau dedak. Walau apa pun kata hinaan dan nista mantan PM Malaysia dan penyokong pembangkang terhadap skim BR1M, hakikatnya dari sudut maqasid shariah, sejarah Islam, dasar yang ditiru di Thailand, Arab Saudi dan pengakuan 35 pakar ekonomi British sudah cukup menafikan segala bentuk hinaan dan tuduhan mantan PM Malaysia dan penyokong pembangkang. Maka di mana keperluan kita perlu percaya kenyataan Tun Dr Mahathir.

Tahniah kepada rakyat yang menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia cetusan YAB DS Najib dan tidak terpengaruh dengan provokasi, adu domba dan hinaan Tun Mahathir dan pemimpin pembangkang berkenaan BR1M.

Allahu al-mustaan.
Salam perjuangan,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor  /
Ketua UMNO Bahagian Subang
Isnin 2 Januari 2016; 09:44hr;
Bukit Antarabangsa


# Kira blog aku ini yang selalu dicakap merapu,  tak ada isi..tapi dok mai selalu.. Masih open minded sajikan tulisan selera dedakians.
Aku terhibur membaca - cukup lawak,  bakal MB Selangor mamat ni..

10 comments:

  1. Teman rasa kalau KD menulis tentu lebih padat.... padat dengan apa?..
    .. jwb sendiri. Bila manusia terasa paling hebat.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah dibagi peluang ikut selera, bersyukurlah...
      Inilah peluang untuk angguk angguk

      Delete
    2. Inilah pemimpin pujaan suharli masrop.
      Yg lidahnya senantiasa basah dgn wasatiyah.
      Tp xpernah miss bercuti luar negara dgn jet kerajaan tanpa peduli keadaan ekonomi negara.
      Inilah pemimpin yg ikhlas berjuang demi negara agama dan bangsa menurut akal suharli masrop.

      Jgn cerita psl 1mdb sebab suharli xtau apa. Ikot tv3 sume baik2 belaka.

      Delete
  2. Jadilah manusia yg memberi manfaat kos org lain....apa yg baik kita sokong dan yg tak baik kita tolak berdasarkan fakra yg benar dan bukannya dari sumber yang diragui...

    BR1M memang terbaik....duit subsidi yg dikurangkan, hasilnya dikembalikan kpd rakyat yg patut menerimanya...

    Syabas Najib....

    Hehe...jgn marah...

    ReplyDelete
  3. Bro KD,

    If your objective is clear, keep writing regardless the contras (the pros will be with you, we'll back you up but, if you wish to decline, say so and we'll leave it at that)....you don't have to be so accommodating, especially to the Pirates' side, period.

    Write to rattle them and ponder at their reactions, however amusing. As for us, we'll soldier on until our goal is achieved ie. SELAMAT kan MALAYSIA TANAH AYER KITA.

    To the chickens rooting for the world renowned-KLEPTOCRATIC-PM01, latest revelations on documents supposed to be ECRL agreement that factored-in 1MDB's interest payment scheduled seem to be another blatant theft-to-be which has been covered as 'rationalisation plan'....??? All we can ask is to get all the chicken-feed-fed rooters to ask the PM01 on the 'DEVILS is in the DETAILS' on his China trip....what entails in full....albeit we're not that hopeful if PAC & Auditor's General Report could be redacted!

    Whatever, cheers 2017 (since we had just make the 2017 New Year here!) to all the brothers and sisters, aunties & uncles, friends and acquaintances that have been working hard to right the things that were so very wrong pretty much for the whole of 2016 and prior.....lets keep at it and we'll slog till GE14! Lets give Tun M and PPBM a much helping hand...pity a 91 year grand old man still at it on his grave concerns with the current state of the country, what more us, 30-40 years younger?

    Salam 2017 from

    MLN

    ReplyDelete
  4. brim amat baik dan bukan rasuah, cuma diurus oleh parti politik pemerintah semasa pemberian. yang lain kerajaan urus. persamaan brim dan 1mdb, semuanya memberi kepada yang layak. brim untuk orang yang layak mendapat subsidi dan tak sepatutnya berbunyi barang dan minyak naik harga. tak patut rakyat yang dapat brim mengadu kenaikan harga. orang kampung tak layak sebut harga barang meningkat kerana subsidi telah disalurkan terus kepada mereka. patutnya yang kat bandar, orang bergaji lebih 3k sahaja yang layak berbunyi barang naik harga kerana tak dapat brim. kerajaan hanya gagal untuk maklumkan dan memahamkan rakyat penerima brim bahawa barang tidak naik harganya kerana kenaikan itu telah dibayar oleh kerajaan kepada mereka secara berperingkat.

    1emmdibi pulak pemberian syarikat kepada penasihat syarikat. sama seperti brim, semuanya hutang tapi pemberian ini hanya untuk sorang sahaja iaitu MO1. esarsi juga beri duit kat mof sebanyak 42 juta tanpa pengetahuan penerima. oleh itu pengarah tak perlu masuk pejabat untuk bekerja, pak puleh siasat guna bunyi burung pulak. memang bagus najib ni. tak sampai 10 tahun dah berjaya meletakkan kejayaan yang terbaik diantara pm malaysia terutama kepada dedakman.

    ReplyDelete
  5. Aku dah baca dan tetap kata rasuah sbb Najib yg bagi...bukan kerajaan. Malah penulis tu beriya2 mahu menonjolkan "kebijaksanaan" boss dia betapa prihatin umno nie sampai tak kisah 7 billion abis diberi secara percuma tanpa perlu bekerja....bodo la sapa2 yg percaya. Seperti biasa dalil2 agama akan digunakan utk mengelabukan mata rakyat seolah2 Tun M dipihak jahat yg cuba menganiaya rakyat walhal bahana penerima BR1M yg meningkat saban tahun menunjukkan kebodohan kerajaan sendiri utk memakmurkan kehidupan mereka. Sampai bila mau BR1M?? Kenapa majoriti melayu yg banyak ambil BR1M termasuklah graduan2 universiti yg menganggur mahupun sudah bekerja?? Jgn samakan dgn negara2 lain atau semasa zaman Saidina Umar RA sebab najib adalah penyamun tegar...yg tersohor dan tidak layak sama sekali nak bercakap berkenaan memajukan negara selagi diri masih dikotori dgn skandal2 yg cuba diselindungi oleh puak2 dedak tegar mcm si penulis sendiri. UMNO boleh pergi jahanam!

    ReplyDelete
  6. Ekonomi negara baik...

    Buktinya..

    Kos hidup naik..
    Dividen asb turun..
    Minyak naik..
    Peruntukan kesihatan dan pendidikan turun..
    Hutang makin naik..
    Menteri2 cuti2 di oversea belaka..
    Bla bla bla

    Baik la sangat. Pemakan2 dedak haram teruskan la sokong ye..bagi anak bini korang makan sumber haraaaaam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dead on 4:10 am

      However one can only see a very good indicator from 2012 to 2016 when you overlapped 2 gradients in a graph for the same period :

      1 - RM slides from 2012 - 2016

      2 - FGV Slides from 2012 - 2016

      These 2 slides are very good indicator how a KLEPTOCRATIC government taking the country led by the No. 1 Thief in the World!

      Delete
  7. Yg najib mencuri tu umno tak nak ulas ke?

    ReplyDelete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...