Tuesday, January 24, 2017

TUN DR MAHATHIR GULA POLITIK

Muhasabah diri kita.....

Dalam minuman KOPI pada dasarnya terdiri dari 3 unsur, yaitu:
1. Kopi
2. Gula
3. Rasa

Jika kopi terlalu pahit
Siapa yang salah?

Gulalah yang di salahkan kerana terlalu sedikit hingga "rasa" kopi tu pahit.

Jika kopi terlalu manis
Siapa yang disalahkan?

Gula lagi, kerana terlalu banyak gula hingga "Rasa" kopi tu terlalu manis.

Gula sekali dipersalahkan jika yang terkena Kencing Manis.

Jika kandungan kopi & gula seimbang, kopinya enak.

Siapa yang dipuji...?

Tentu semua akan berkata..
Kopinya mantaaap..!!!

Kemana gula.. yang membuat "rasa" kopi menjadi mantaaapp?

BEGITULAH HIDUP,
Orang tidak pernah mengingat dan menghargai kebaikanmu.
Orang hanya melihat kelemahan-mu.

Walau demikian, tetaplah menjadi Baik sampai ke Akhir..

Kebaikan tidak memerlukan Pengakuan.
Orang Baik tidak perlu Membuktikan apa2.
Orang Baik itu Berpegang pada Kejujuran Hati Nurani sendiri.

Tidak perlu menjelaskan Apa dan Siapa Dirimu.
Sebab Orang yang Memahami kamu, tidak perlu penjelasan itu.
sedangkan Orang yang Hatinya iri dan Dengki, Tetap tidak akan percaya penjelasan mu itu.

Tetaplah.,istiqamah menjadi Baik sampai Akhir...

Tak perlu menunjuk2 dalam melakukan apa2 pekerjaan....

Cukup dengan Allah.., Dia yang mencukupkan segalanya..Aamiin...





# Kalau tiba tiba kes lama muncul dengan hikayat dongengnya memburukan Tun, fahamilah mereka bukan sahaja kehilangan key warrior tetapi juga muflis idea. 

Tak perlu risau sangat,  kaki auta, kaki kencing orang dah kenal siapa. 

BERITA BAIK BUAT PENYOKONG UMNO





CIA DEDAHKAN TUN MAHATHIR TERLIBAT SKANDAL BILION RINGGIT
http://www.tv14.my/2017/01/24/cia-dedahkan-tun-mahathir-terlibat-skandal-bilion-ringgit/



SELAGI MASIH ADA PPBM, SELAGI ITULAH PEMBANGKANG BERCELARU
http://www.tv14.my/2017/01/25/selagi-masih-ada-ppbm-selagi-itulah-pembangkang-bercelaru/



Dah banyak kali tajuk tajuk yang hampir serupa ditemui tetapi sejauh mana ia berintegriti dan berkesan di minda rakyat.

BERSATU telah menguasai politik Malaysia dan menjadi tajuk utama dan keutamaan untuk dibualkan dalam sarapan pagi, makan tengahari,  makan malam dan sampai terbawa dalam mimpi... 

BERSATU hanya perlu setapak dua lagi memperkemaskan jenteranya termasuk berada dengan berkesan dalam kelompok orang kampong dan felda. 

Tidak mungkin umno dan pas lebih selesa dari sebelum ini. 

Perhimpunan RUU355 yang ingin dijadi titik tolak "memulihkan semangat" umno fan pas sudah terhidu awal akan gagal. 

Amaran dan bantahan MCA yang dibuat buat untuk meniup semangat Melayu dan Islam disambut longlai. 

INI JE KE STANDARD JAWAPAN. MENTERI

No wonder tinggal 6.6%


ZAHID HAMIDI BAKAL JADI MANGSA BERCAKAP BENAR..







Pendedahan Zahid tentang cyber trooper yang tertinggal jauh,  hanya 6.6% yang menyokong umno,  kerajaan dan pemimpin sangat pahit untuk diterima, memalukan dan menghina kepimpinan Najib.

Kalau dibuat kajian mendalam,  mungkin 6.6% tu pun ada lah orang yang sama dengan identiti berbeza,  jangan sampai 2.6%


Mana nak letak muka beb!!!!
Sembang kencang rupanya orang yang sama,  copy paste.

Walaupun ada yang nak hiburkan hati sendiri kononnya wake up call dari Zahid,  hakikatnya itu adalah panggilan maut.

Mungkin ini adalah serangan balas Zahid kepada gang Kepala Ikan Busuk yang cuba sabotajnya.

Amaran awal oleh Zahid.

Monday, January 23, 2017

MAHATHIR BERKAWAN DENGAN LIM KIT SIANG ISLAMIC KE TIDAK?

Malas dah nak tulis panjang panjang. Itu je saolan bodoh aku untuk saki baki pendedak yang tinggal 6 5% tu.

Kalau tak Islamic, minta dalil.

Kalau Islamic, minta hentikanlah putar belit, auta, temberang fitnah kau orang tu.

HIMPUNAN 355 PERLU KE (?) ....KENAPA SEMASA GST/MKN TIDAK DIANJUR...

Yang terlibat secara langsung adalah PAS dan UMNO.
Usul asal RUU355 dibentangkan oleh PAS dan akan diambilalih oleh kerajaan untuk membentangnya March depan.

So,  apa isu nak buat perhimpunan (?) Nak tunjuk kuat?  Nak popular?  Hakikatnya lulus atau tidak akan dibuat oleh Ahli Parlimen.

Ertikata lain kebijaksanaan hujah dan fakta perlu dibuat oleh Ahli ParlImen BN dan PAS  di dalam persidangan Parlimen untuk mendapat sokongan majoriti.

Tidak ada kaitan langsung dengan rakyat,  tidak relevan langsung perhimpunan RRU355 tersebut.

Kenapa tidak semasa pembentangan GST dan MKN, perhimpunan tidak dianjurkan untuk sokongan rakyat (?)

Pemimpin kalaupun dah rasa tidak disokong, lemah.....janganlah cuba raih sokongan secara jelik.

Jangan pula cuba menghukum dosa kalau tak sokong atau tak datang perhimpunan..



Motif RUU355 sama senasib hudud, jadi pukulan gendang menjelang pilihanraya untuk meraih undi Melayu bodoh.






life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...