Monday, July 31, 2017

JIKA ADA SUARA SUARA DARI DALAM UMNO MINTA ZAHID BERUNDUR ATAU DISINGKIR BUKAN SESUATU YANG MENGEJUTKAN..

Tidak kah Zahid tersilap jolok sarang tebuan ..







Atau diarah untuk kamikaze? 



PILIHANRAYA NOVEMBER 2017??

ENAM INSENTIF UNTUK VETERAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) DIUMUM YAB PM



01: BANTUAN BAKTI NEGARA (BBN); Bagi veteran ATM tidak berpencen yang akan dijadikan sebagai bantuan permulaan. KHAS dari kerajaan bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka.

02: Penambahbaikkan SKIM PERKHIDMATAN ATM yang akan dikenali sebagai SKIN ANUITI VETERAN (SAVe).


03: Penambahbaikkan Skim Pencen Hilang Upaya bagi veteran ATM dan bekas anggota Wataniah sepenuh masa yang berkhidmat KURANG dari 10 tahun DAN TIDAK MENERIMA pencen perkhidmatan .

04: Bagi mereka yang mengalami kelainan upaya selepas bersara :
a: PVATM mewujudkan insentif Veteran Kelainan Upaya RM500 setahun dari kutilan Tabung Hari Pahlawan.
b: RM500 lagi ditambah daripada peruntukan kerajaan menjadikan sejumlah RM1000 setahun.

05: Kouta Haji bagi Veteran ATM ditambah sebanyak 400 mulai 2017 berbanding 100 sebelum ini.

06: Menyalurkan RM5 juta untuk Tabung Pahlawan 2017.


Sunday, July 30, 2017

ZAHIRNYA UMNO KUAT, TETAPI PETI NYAWA HADI PEGANG..

Sudah banyak keadaan dan statement yang menggambarkan ketakutan kerajaan umno sejak pengumuman Tun sebagai Pengerusi PH.

Sudah banyak kali cubaan dibuat bagi menggambarkan susunan struktur organisasi tidak ikhlas dan tidak hormoni,  bukan sahaja tidak berjaya malah perkuatkannya lagi. 

Begitu juga sebuah forum Mahathir Agen Perubahan Atau Agen Pemusnah turut di adakan,  bermula dengan luahan yang kurang senang tetapi berakhir dengan pemahaman berkesimpulan antaranya kehadiran Mahathir, pembangkang telah berjaya menembusi kubu kuat umno dan diterima oleh masyarakat luar bandar yang selama ini gagal dilakukan oleh pembangkang. 

54 kerusi parlimen yang datang dari felda bukan lagi selamat untuk umno, sebagai tindak balas,  pelbagai insentif diumumkan oleh kerajaan,  damage has been done,  saham fgv merudum,  felda rugi, elaun penerola lewat... sayang semuanya sudah terlambat.. 

Bagai serba tak kena,  setiap tindakan dan kenyataan umno dibalas semula dengan hujah yang menimbulkan lagi banyak persaolan.. 

Senjata tradisi,  menakutkan melayu dengan DAP tidak lagi berkesan. Bukan orang Melayu sudah percaya pada DAP tetapi orang Melayu lebih mengutamakan musuh yang lebih dasyat dan paling merbahaya untuk kemajuan orang Melayu masa hadapan iaitu umno. 

Membenarkan umno terus memerintah akan mendedahkan kepada keberhutangan yang lebih besar kepada lintah darat, mengakibatkan langsung atau tidak langsung penjajahan bentuk baru dari kuasa ekonomi dunia. Akan ujud kerajaan boneka. 

Bolehkah Melayu dan Islam bersuara dan menerajui negara pada masa itu (?) Bukankah itu lebih merbahaya dari DAP yang sekadar menggugat secara domestik dan boleh ditangani. 

Umno pada zahirnya dilihat kuat tetapi hakikatnya sedang nazar,  icu.. Peti nyawa pada PAS.
Umno sudah mengorat PAS bukan rahsia lagi.. Dalam alam bercinta.. Tersepak tunggul pun...PAS ditatangi.. Sayang sungguh.. 
Tetapi untuk melamar.. Umno tahu banyak karenah dan masalah.. PAS ADALAH SEBUAH PARTI YANG BERMASALAH,  BANYAK TERMA DAN SYARAT,  BERUBAH UBAH, BERDOLAK DALIK,  SIMPANG SIUR.. Jalan terbaik,  terus sahaja intim,  bermesra,  ringan-ringan.. 

Tidak ada kepastian kerjasama yang macamana akan terbentuk di ambang PRU.. Hadi dan Tuan Ibrahim ada calon dan pengaruh masing-masing. 
PAS Negeri akan punya pendirian tidak seiring keputusan ibupejabat PAS bukan suatu yang terasing.. Masing2 mengutamakan periuk sendiri.. Parti boleh hidup sendiri secara sesumpah. 

Umno juga akan berdepan dengan pemimpin yang dikekalkan,  calon yang digugurkan,  calon yang dipilih dan calon yang tidak dipilih.. 

Ulasan zahid supaya tidak ada pemimpin yang melobi sebagai calon kerana dia dan PM sudah mempunyai senarai,  sangat meragukan.. 
Keputusan dan senarai pasti ada di tangan Najib,  yang mungkin dirujuk sudah tentu Hishamuddin,  bukan zahid secara total. 

Usaha ikrar setia zahid berulangkali kepada najib agak keterlaluan kecuali zahid merasakan kedudukannya bagai telur dihujung tanduk atau sudah diberi katadua. 

Serangan zahid kepada Tun dengan melibatkan keturunan sangat tidak baik untuk imej TPM,  tapi peduli apa,  jawatan TPM bukan boleh dipecat oleh rakyat. 
Hishamuddin sendiri walaupun sudah terjamin dan dalam proses bersedia untuk peralihan perlu juga serang Mahathir walaupun dangkal dan tumpul. 

Untuk minta pemimpin umno angkat bendera putih tentu tidak masuk akal,  tetapi hakikatnya satu demi satu pemimpun umno gugur dengan membunuh diri sendiri sebelum pun perang sebenar berlaku. 

Sudah banyak pemimpin umno kini jadi "bundle" dan arkib,  tidak terkecuali,  next adalah zahid hamidi. 


Hahahaha zahid stress..

Seluruh dunia dah tahu Tun Mahathir itu ada darah India tetapi hati budinya lebih Melayu dari Melayu. Kalau Tun tidak jadi PM aku rasa Melayu masih duduk atas pokok. 



Orang umno betul betul muflis idea nak kenakan Mahathir sehinggakan perkara yang puluhan tahun semua orang tahu,  hal personal pun diperkatakan untuk dipersendakan. 

Lebai lebai pas patut nasihatkan zahid,  apabila mati,  malaikat tak tanya apa darah kamu,  malaikat akan tanya kenapa kamu jadi saksi yang bohong!!! 





RAKYAT PERLU DIINGAT SUPAYA TAKUT DENGAN NAJIB DAN BN

Rakyat perlu bimbang GST akan naik lagi selepas PRU14 jika BN menang dengan segala keajaiban. 

Rakyat perlu bimbang jika wang rakyat dilanun lagi secara terang terangan jika Najib kekal PM dengan segala keajaiban. 

Rakyat perlu bimbang sistem perundangan bukan lagi tempat pergantungan rakyat untuk mencari keadilan. 

Rakyat perlu bimbang kesucian Islam dan peradaban Melayu akan dipersendakan secara global apabila ulama terus dibisukan. 

Rakyat perlu bimbang,  kerajaan cakap tak serupa bikin. 





Saturday, July 29, 2017

SELEPAS MEMPERDAYA PAS KENAPA TIDAK MENJEMPUT DAP SERTAI BN


Atas kesedaran BN memerlukan undi dari penyokong DAP,  zahid mempelawa pengundi cina kembali kepada BN sambil menempelak tsunami pengundi cina PRU12 dan PRU13 memilih DAP atau Pakatan Rakyat sangat tepat pada masanya.

Zahid dan seluruh pemimpin umno sedar MCA hampir pasti tidak akan menang di kawasan majoriti pengundi cina dan termasuk juga majoroti pengundi Melayu.. Jika umno pun sudah tergugat,  tidak mungkin mca dan mic mampu bertahan. 

Apa istimewa agaknya mca dan umno sehingga perlu pengundi cina kembali kepada BN, apakah sokongan pemimpin umno dan mca kepada jho low boleh dijadikan alasan (?)

Apakah beberapa jho low lagi boleh dilahirkan jika pengundi cina kembali kepada BN (?)

Apakah akan ujud Forest City di setiap negeri bagi memeriahkan lagi pertempatan warga China di negara ini.  Apakah akan ujud beberapa lagi Petaling Street mengiringi Forest City (?)
Sebagai ucap terima kasih saranan Zahid,  apakah MCA akan sokong RU355 (?)

Sayangnya saranan Zahid itu dibuat bukan di hadapan pengundi cina,  sebaliknya sekadar di hadapan ahli umno semasa merasmikan Perwakilan Umno Kota Melaka di Bandar Hilir. 



# Kenapa Zahid tidak sarankan RCI untuk 1MDB jika umno mahu tawan undi cina dan melayu,  tawan undi seluruh rakyat. 



KAMU BOLEH LARI TETAPI KAMU TIDAK DAPAT BERSEMBUNYI...


Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...