Sunday, July 30, 2017

ZAHIRNYA UMNO KUAT, TETAPI PETI NYAWA HADI PEGANG..

Sudah banyak keadaan dan statement yang menggambarkan ketakutan kerajaan umno sejak pengumuman Tun sebagai Pengerusi PH.

Sudah banyak kali cubaan dibuat bagi menggambarkan susunan struktur organisasi tidak ikhlas dan tidak hormoni,  bukan sahaja tidak berjaya malah perkuatkannya lagi. 

Begitu juga sebuah forum Mahathir Agen Perubahan Atau Agen Pemusnah turut di adakan,  bermula dengan luahan yang kurang senang tetapi berakhir dengan pemahaman berkesimpulan antaranya kehadiran Mahathir, pembangkang telah berjaya menembusi kubu kuat umno dan diterima oleh masyarakat luar bandar yang selama ini gagal dilakukan oleh pembangkang. 

54 kerusi parlimen yang datang dari felda bukan lagi selamat untuk umno, sebagai tindak balas,  pelbagai insentif diumumkan oleh kerajaan,  damage has been done,  saham fgv merudum,  felda rugi, elaun penerola lewat... sayang semuanya sudah terlambat.. 

Bagai serba tak kena,  setiap tindakan dan kenyataan umno dibalas semula dengan hujah yang menimbulkan lagi banyak persaolan.. 

Senjata tradisi,  menakutkan melayu dengan DAP tidak lagi berkesan. Bukan orang Melayu sudah percaya pada DAP tetapi orang Melayu lebih mengutamakan musuh yang lebih dasyat dan paling merbahaya untuk kemajuan orang Melayu masa hadapan iaitu umno. 

Membenarkan umno terus memerintah akan mendedahkan kepada keberhutangan yang lebih besar kepada lintah darat, mengakibatkan langsung atau tidak langsung penjajahan bentuk baru dari kuasa ekonomi dunia. Akan ujud kerajaan boneka. 

Bolehkah Melayu dan Islam bersuara dan menerajui negara pada masa itu (?) Bukankah itu lebih merbahaya dari DAP yang sekadar menggugat secara domestik dan boleh ditangani. 

Umno pada zahirnya dilihat kuat tetapi hakikatnya sedang nazar,  icu.. Peti nyawa pada PAS.
Umno sudah mengorat PAS bukan rahsia lagi.. Dalam alam bercinta.. Tersepak tunggul pun...PAS ditatangi.. Sayang sungguh.. 
Tetapi untuk melamar.. Umno tahu banyak karenah dan masalah.. PAS ADALAH SEBUAH PARTI YANG BERMASALAH,  BANYAK TERMA DAN SYARAT,  BERUBAH UBAH, BERDOLAK DALIK,  SIMPANG SIUR.. Jalan terbaik,  terus sahaja intim,  bermesra,  ringan-ringan.. 

Tidak ada kepastian kerjasama yang macamana akan terbentuk di ambang PRU.. Hadi dan Tuan Ibrahim ada calon dan pengaruh masing-masing. 
PAS Negeri akan punya pendirian tidak seiring keputusan ibupejabat PAS bukan suatu yang terasing.. Masing2 mengutamakan periuk sendiri.. Parti boleh hidup sendiri secara sesumpah. 

Umno juga akan berdepan dengan pemimpin yang dikekalkan,  calon yang digugurkan,  calon yang dipilih dan calon yang tidak dipilih.. 

Ulasan zahid supaya tidak ada pemimpin yang melobi sebagai calon kerana dia dan PM sudah mempunyai senarai,  sangat meragukan.. 
Keputusan dan senarai pasti ada di tangan Najib,  yang mungkin dirujuk sudah tentu Hishamuddin,  bukan zahid secara total. 

Usaha ikrar setia zahid berulangkali kepada najib agak keterlaluan kecuali zahid merasakan kedudukannya bagai telur dihujung tanduk atau sudah diberi katadua. 

Serangan zahid kepada Tun dengan melibatkan keturunan sangat tidak baik untuk imej TPM,  tapi peduli apa,  jawatan TPM bukan boleh dipecat oleh rakyat. 
Hishamuddin sendiri walaupun sudah terjamin dan dalam proses bersedia untuk peralihan perlu juga serang Mahathir walaupun dangkal dan tumpul. 

Untuk minta pemimpin umno angkat bendera putih tentu tidak masuk akal,  tetapi hakikatnya satu demi satu pemimpun umno gugur dengan membunuh diri sendiri sebelum pun perang sebenar berlaku. 

Sudah banyak pemimpin umno kini jadi "bundle" dan arkib,  tidak terkecuali,  next adalah zahid hamidi. 


21 comments:

  1. KD ko dh hlg akl ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kah kah kah..
      Panjang2 KD tulis ko xle nk hadam ke..

      Delete
    2. Bukan KD yang hilang akal justru bapak kau yang hilang akal

      Delete
  2. Kesian Gang PPBM & PAN Imayam aka DAPigs punya barua! nak juga salahkan PAS tu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh paul ni belum habis..
      Siapa yang salahkan pas???
      Baca pun tak faham ka

      Delete
    2. Hang lagi bodoh sebab buat bodoh untuk perkara bodoh!

      Delete
    3. Baggio nama kamu pun maknanya bodoh????tu dlm bahasa Jawa kuno....huhubu

      Delete
  3. Jika aku nak mengundi aku akan buat perbandingan dari segi jasa. Aku rasa jasa bn/umno sehingga kini kepada pembangunan/kemajuan/pembinaan infrastruktur negara lebih banyak dari pembangkang, jadi kesimpulannya bn/umno juga tetap yang terbaik dan menjadi pilihan ku kan3, kik3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1021, jasa lanun sudah tentu lebih banyak..
      Hp dia bagi
      Dedak pun dia bagi

      Jasa pembangkang
      Apapun tak bagi

      Delete
  4. Hari ni due date nak kena bayar IPIC USD602,000,000. Duit mana 1MMDB nak cekau tu

    ReplyDelete
  5. tak paham apa yg nk disampaikan. melalut. kejap psl umno, lepas tu pas. lepas tu psl zahid.

    ReplyDelete
  6. Sama la dengan Pakatan Harapan..... peti nyawa DAP yang pegang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tukang pegang peti nyawa terkial-kial kena buat cec semula. macam mabuk ketum sungguh geng tu.

      Delete
  7. Lepas PRU14 nanti kalau tumbang BN..mereka semua akab di lelong oleh penasihat 25% (90 juta). Bak kata Husin Lempoyang.."jual manusia lebih untung dari jual unta"

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau ph tombang, nak lempar kemana?.....bagi pree siapa la yg hendak..

      Delete
  8. Anak-Anak Mahathir cukup kaya berkat menabung dari TADIKA

    Forbes 3/1/17 menyenarai Mokhzani sebagai salah sorang Melayu terkaya di Malaysia ( atas sikit pada saya ) dgn USD 700 juta ( RM2.52 bil). Alhamdulillah berkat menabung dari kecil masa dok Titi Gajah lagi. Banyak nya syarikat Tuhan saja yg tahu. Yg tersenarai je Kosmo Tech , Inch Kenneth, Opcom, Ajiya , M Ocean ,Reliance, Dataprep , THB Industries , Sharp Roxy, Sang Kee Feedmills, Celcom Resources, YTL Energy, Presteriang , Maxis Berhad. Tapi yg banyak duit Sapura Kencana, Tongkah, Pantai Holdings yg dapat kontrak selenggara hospital macam Radicare. Prime Granite dapat kontrak supply jubin untuk KLCC , tak lah besor sekitar RM400 juta .Tongkah dan Pantai pulak ada 28% pegangan dalam Phileo Land ( Asset Avenue ) yg menguasai Phileo Allied yg dibagi lesen Phileo Allied Bank ( tempat Shamsidar isteri Jemin kerja ). Phileo Allied Bank dijual kat Maybank RM1.3 bil walau pun Maybank tak mau. Phileo Allied pulak tetiba ambil alih Pos Malaysia hanya dgn harga RM800 juta , RM550 juta tunai baki bayar 5 tahun dalam bentuk bon kerajaan dgn kadar 5% setahun. Kita bangga Melayu kaya tapi jangan lah pak dia kata dia tak tahu apa apa , anak dia punya kepandaian sendiri. Tapi Tok Najib baik , sikit pun tak kacau berbanding pak dia dulu , habis business geng S46 depa tarik.

    Di Ciplak dari wall Dato Roslan Latif

    #KadiaqManaKadiaq

    ReplyDelete
    Replies
    1. JO LOE TAIK lagi kayaaaaa drp mokzani......kamu tak sedar ke wahai Dato Roslan latipah?????

      Delete
    2. Jo loo taik lagi kaya dan cepat kayaaaaa sebab dia meniaga dgn 1MDB.....kamu sedar tak wahai Dato latiffffahhh....huhuhu

      Delete
    3. Bila mokzani Dato Latifah jelesss....bila jooo loooo taik Datu Latifah tak jelesss kotttttt.....dedakian kotttttt.....

      Delete
    4. biasalah melayu mana suka tengok orang lain kaya dgn meniaga tapi kalau kaya gunakan toyol ar kau serba serbi diangkatnya.

      Delete
  9. siapakah yang dikatakan orang yang muflis diakhirat?
    orang yang muflis di akhirat adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan pahala yang banyak tetapi dia muflis kerana di atas dunia dia kutuk orang, keji orang, fitnah orang, aniaya orang kerana itu semua adalah maruah orang dan dia akan bayar dengan pahalanya di akhirat. bila pahala telah diberikan kepada orang yang telah dianiaya dan sudah habis maka dosa orang itu pula kaan dipikulnya.

    tazkirah untuk rakan2 blogger, pengulas isu dari blog serta diri saya sendiri. semoga menjadi panduan untuk menyampaikan pandangan dan pendapat dengan lebih berhemah.

    ReplyDelete

6ANGKA