Thursday, December 21, 2017

NEGARA ISLAM MUNAFIK !!!

Kejujuran negara Islam terhadap perjuangan Baitulmuqaddis dipersoal dipertikai dipersenda..apakah anjuran soladaritas itu sangat berkesan kerana dari awal lagi Israel menyatakan dia tidak akan terkesan dalam segala bentuk kecaman. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Pendapat Korea Utara ada betulnya dan dunia akan memberi perhatian jika negara² Islam menyahut cabaran tersebut dan alangkah baiknya jika Malaysia menjadi negara pertama bersekutu dengan korea utara selaras dengan pengakuan Hishamuddin untuk menghantar pesawat pejuang.

Sangat hina jika ada yang mengambil solidaritas untuk political mileage regim masing².


Apakah anda rasa Malaysia bebas bersuara tanpa syarat atau terpaksa tunduk pada kemahuan  kuasa besar, sahabat Israel, amerika dan china ?????






Wednesday, December 20, 2017

BERSYUKURLAH TIDAK DUDUK DI SRI LANKA...




Ini yang sedang diviralkan regim umno, tiada detail motif?

Cuma lupa nak tanya berapa kadar rasuah mereka sebulan, bilangan dan volume serta berapa billion duit masuk dalan akaun peribadi  PM Sri Lanka...

MAT JENIN, LUNCAI TIDAK PERNAH PUPUS...

Dulunya ada, sekarang bertambah ramai..
Bezanya..

Kedaifan mereka dulu tidaklah sampai menyusahkan rakyat.. Jenaka mereka sekadar memberi kesedaran kepada masyarakat, tidaklah pula mengkhianati bangsa dan negara.. Cakapnya lurus, tak ada flip flop..

Mereka bukan pandai ugama, tetapi lebih penting mereka tidak memperalat dan menjual ugama untuk kepentingan diri.




PERNAHKAH KITA MENCURI...








Syarat Taubat Seorang Pencuri

Mencuri adalah termasuk menzalimi orang lain pada hartanya dan memakan harta orang lain cara zalim. Hukumnya haram dan berdosa dan pelakunya di dunia menjadi fasiq dan di akhirat mendapat azab neraka.

Firman Allah swt :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

artinya : “Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil." (An-Nisa : 29)

Dalam ayat yang lain Allah swt berfirman :

إِنَّمَا السَّبِيلُ عَلَى الَّذِينَ يَظْلِمُونَ النَّاسَ وَيَبْغُونَ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

maksudnya : “Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim akan manusia dan melampaui batas di atas muka bumi tanpa hak. Mereka itu ialah orang-orang yang akan mendapat azab yang pedih.” (As-Syura : 42)

Pencuri adalah orang jahat di sisi agama dan masyarakat. 

Rasulullah saw bersabda :

المسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المسْلِمُوْنَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ 

artinya :“Seorang Islam yang baik ialah orang yang selamat orang-orang Islam dari kejahatan lidah dan tangannya." (Hadith Syaikhain)

Syarat-syarat bertaubat dari dosa mencuri ada empat :

1. Berhenti mencuri

2. Menyesal kerana telah mencuri

3. Berazam sunguh-sungguh tidak akan mengulangi mencuri

4. Memulangkan kembali harta yang dicuri.

Ada pelbagai keadaan harta curian, cara mencuri dan tuan punya harta curian.
Kawan mencuri harta kawan dan saudara mara, pekerja mencuri wang majikan, pemerintah mencuri wang rakyat, rakyat mencuri wang pemerintah, penjaga amanah mencuri harta yang diamanahkan kepadanya, merompak, menyamun, meragut dan sebagainya.
Semuanya wajib dikembalikan dengan segera dan jika empunya harta sudah mati maka hendaklah dikembalikan kepada warisnya. Jika harta curian sudah rosak atau hilang atau seumpamanya maka wajib menggantinya dengan nilai harga harta tersebut. Bertaubat tanpa memulangkan kembali wang dan harta yang dicuri itu adalah tidak sah taubatnya.

Maka jika telah melakukan syarat-syarat tersebut Allah pasti akan mengampunkannya dan di akhirat nanti dia termasuk orang-orang yang beruntung.

Firman Allah swt : 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ

artinya: "Wahai orang-orang yang beriman bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah dengan taubat yang sebenar. Pasti Tuhan kamu akan menutupi kesalahan-kesalahan kamu itu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai." (At-Tahrim : 8)

Bertaubat hendaklah dengan segera dan jangan sekali-kali menangguh ke waktu yang kita tidak pasti masih bernyawa atau sudah menjadi mayat.

Firman Allah swt :

وَسَارِعُوٓا۟ إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمٰوٰتُ وَالْأَرْضُ

artinya : Dan bersegeralah kamu semua kepada memohon ampun dari Tuhanmu dan syurga-Nya itu seluas langit dan bumi." (Ali-Imran : 133)

Apabila pencuri sudah bertaubat dengan taubat nasuha maka dia tidak lagi berada dalam kemurkaan Allah bahkan sudah tergolong dalam orang-orang yang baik..

Rasulullah saw pernah bersabda :

كلُّ بَني آدمَ خطَّاء، وخيرُ الخطَّائين التوَّابون

artinya : Setiap anak Adam (cenderung) melakukan kesalahan. Dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat." (Riwayat Jama'ah)

Kepada semua pencuri, perompak, penyamun dan yang seumpamanya diluar sana marilah kita segera bertaubat kepada Allah dengan sungguh-sungguh mudah-mudahan segala dosa dan kesalahan diampuni olihNya.

Akhir sekali Nabi saw bersabda :

من كانت عنده لأخيه مظلمة فليتحلله اليوم قبل أن لا يكون دينار ولا درهم إن كان له عمل صالح أخذ من حسناته بقدر مظلمته فإن لم يكن له حسنات أخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه

artinya : “Barang siapa yang ada sangkut paut berbuat zalim dengan saudaranya samada berkaitan kehormatan diri atau lainnya maka mintalah dihalalkan daripadanya pada hari ini. Sebelum tiba hari (kiamat) yang tidak laku lagi wang ringgit. Jika dia mempunyai pahala amal solih, pasti akan diambil pahala itu lalu diberikan kepada orang yang dia zalimi. Maka jika dia tidak mempunyai pahala amal lagi maka akan diambil dosa orang yang dia zalimi lalu dipikulkan ke atasnya.” (Hadith Bukhari)

wallahua'lam

RYANNAZERI.... dan NAJIB "JANJI KOSONG" SELASA TAPI TUN YANG "TUNAIKAN"


Puak umno ni pantang lepa..
Pantang nampak lubang..
Bab umrah..agak² le sikit nak bagi kapir urus..
Takkan dah tak kesah hukum hakam..

Benda salah..
Akhirnya aib tersingkap..

http://www.sinarharian.com.my/mobile/nasional/gambar-nazri-bersama-ryan-loh-tular-1.772519





Tuesday, December 19, 2017

DESPERADO GABAN: BANGKRAP ISU: MAHATHIR DIFITNAH DERHAKA..

Untuk mensucikan dosa......kena insaf dan bertaubat..
Yang khianat dan tidak amanah...sila berundur
Tidak ada istilah mensucikan dosa, menghalal cara dengan memburuk dan fitnah pihak lain..

Terdapat usaha dijalankan sesetengah pihak dengan memetik ucapan Tun kononnya mengajak rakyat menderhaka Sultan..

Niat mereka supaya Tun ditangkap kononnya bukan atas motif politik.



Keterangan detail dan tarikh ucapan tidak dimaklumkan.



PUNCANYA




CRIMINAL MINDS

Penjenayah yang sedang dalam perhatian, suspek, sedang diburu, licik dan belum dibawa ke muka pengadilan..

Berbanding...

Dengan seorang penjenayah yang sedang menjalani hukuman..

Agak² korang, mana satu yang layak sebagai PM (?)

BILA DUIT NAK MASUK

*Bila Duit Nak Masuk ?*  Saya berkongsi diatas beberapa perkembangan terkini QM . InsyaAllah payment akan dibayar . Ada 3 kemungkinan bila p...