Tuesday, June 5, 2018

WOII MELAYU, UMNO MALULAH DENGAN LIM GUAN ENG...

Satu demi satu skandal lim guan eng korek - Melayu Umno juara  !!!

Ahli umno kalau masih ada maruah. ..Tinggalkanlah umno tanda anda tidak sokong korup.. 

Monday, June 4, 2018

BANYAKNYA DUIT DEPA, TUKARGANTI LOYAR MACAM TUKARGANTI SABUN...


https://dinmerican.wordpress.com/2018/06/05/malaysia-murder-case-cover-up/

Masa kempen PRU Tun kata Najib telah lakukan 60 kesalahan,  kata Tun lagi,  ada orang kata ada lebih 100 kesalahan... 

Satu demi satu mula dikeluarkan,  ada asas walaun pun rule of laws kata belum bersalah selagi dibuktikan bersalah oleh mahkamah.. 

Justice of rakyat..  Rakyat telah membuat keputusan di PRU lepas. 

KEPUTUSAN O GST MALAYSIA MEMBERI TEKANAN KEPADA KERAJAAN SINGAPURA (?)


APAKAH APANDI AKAN BERHADAPAN DENGAN TUDUHAN MELINDUNGI JENAYAH (?)

Kegagalan Apandi mengheret Najib ke mahkamah atas syor SPRM merupakan kegagalan besar yang disengajakan kepada sistem keadilan dan perundangan mengakibatkan negara rosak teruk hingga sekarang kerana dibiarkan pada tangan yang salah. 

Apandi menjadikan dirinya sebagai mahkamah untuk membuat keputusan "tidak bersalah ke atas Najib" tanpa mengambilkira gesaan persekitaran dan tanda bukti² di luar negara, sangat tidak bertanggungjawab malah menolak kerjasama dengan badan kehakiman Switzerland dan Amerika. 

1mdb dan Jho Low berulangkali dalam sebutan di mahkamah Singapura juga tidak diambilkira oleh Apandi dalam pertimbangannya membuat keputusan. 

Harapan rakyat, Tommy Thomas wajar mendahulukan situasi Apandi kemuka pengadilan untuknya mempertahankan diri. 



HUBUNGAN PERIBADI DYMM SPB YPA DENGAN PM SECARA LANGSUNG MESTI DILIHAT MESRA

Hubungan Istana dengan Kerajaan semasa sentiasa di jajaran dua hala hormat menghormati. Sultan memberi pandangan kepada negeri.  MB menasihati Sultan.

Rakyat akan sokong mana² pihak yang memegang prinsip rule of laws. Proses kematangan dan kuasa rakyat sudah bermula.

Mudahnya Malaysia.

BERI RUANG UNTUK ANWAR DAN RAFIZI BERCAKAP


Kebebasan seperti pihak lain, memberi pandangan samada positif atau negatif, membina atau merosakan kerana pandangan mereka dinilai oleh audience yang tidak lagi "can buy" dengan mudah APA KATA DAIM DI SINI dan kerajaan sekarang cukup bersedia mendengarnya.

Anwar dan Rafizi mempunyai saluran langsung yang lebih dekat dengan kerajaan tetapi jika tidak berkesan mungkin mereka lebih suka membuat teguran terbuka seperti pihak lain atas nama check and balance ke atas kerajaan.

Rafizi mengulangi bahawa perlantikan kabinet Tun tidak melalui perundingan dengan PKR (?) apa maksud sebenarnya?  Tidak melalui Anwar,  tidak melalui Wan Axizah atau tidak melalui Majlis Presiden (?)
Azmin dan Zuraidah dilantik secara menyerah diri atau melalui pintu belakang (?)

Ini dianggap masalah dalaman PH yang rakyat biasa kurang berminat.

Rakyat ingin melihat Rafizi dan Anwar bercakap soal dasar² perlaksanaan kerajaan yang mengutamakan negara dan rakyat berjalan dengan lancar.

Kebenaran tetap disokong.  Rakyat tolak politik yang berlebihan.








............

 ðŸ‡²ðŸ‡¾ BEKAS Ketua Hakim Negara Zaki Azmi berkata dari segi undang-undang, Yang di-Pertuan Agong perlu melaksanakan syor kerajaan agar melantik peguam kanan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara (AG).

"Yang di-Pertuan Agong tidak sepatutnya enggan atau melewat-lewatkan memberi perkenan baginda...Saya yakin kerajaan sudah membuat pertimbangan tentang peribadi Thomas sebelum mencalonkan namanya bagi jawatan itu," katanya hari ini

Zaki berkata beliau mengenali Thomas sejak sekian lama dan pernah mengendalikan kes mahkamah bersama-sama peguam terkemuka itu.

Memandangkan tiada khabar daripada Istana tentang pemilihan AG oleh kerajaan, Raja-raja Melayu dijangka membincangkan perkara itu, esok.

Zaki, yang pernah menjadi peguam sebelum dilantik menjadi presiden Mahkamah Rayuan dan Ketua Hakim Negara, berkata demikian apabila diminta memberi pandangan tentang cadangan pelantikan Thomas sebagai peguam negara baharu.

Sementara itu, peguam terkenal, N. Sivananthan pula berkata sebagai seseorang yang berada '’di luar sistem'’, Thomas merupakan pilihan terbaik untuk mengisi jawatan itu kerana beliau akan mempunyai perspektif berbeza tentang perkara yang sedang dihadapi.

"Beliau memiliki kelayakan yang cukup hebat dan lebih lurus daripada pembaris. Secara umumnya, beliau tidak terlibat dengan politik dan amat menghormati  kedaulatan undang-undang. Saya rasa beliau adalah seorang yang tidak boleh dibuli atau dipengaruhi supaya melakukan sesuatu yang tidak beretika atau menyalahi undang-udang oleh sesiapa jua," katanya.

Sivananthan berkata pengetahuan Thomas tentang undang-undang sukar ditandingi dan komen yang mengatakan beliau tidak fasih tentang undang-undang jenayah adalah mengarut kerana beliau boleh mengeluarkan perintah kepada peguam swasta untuk mendakwa sesuatu kes bagi memastikan pertuduhan  dilakukan secara adil dan bebas daripada tuduhan bersifat berat  sebelah kerana peguam swasta yang mengendalikan kes itu tidak mempunyai sebarang ikatan  kesetiaan dengan peguam negara.

"Tidak dapat dinafikan beliau adalah seorang litigator yang mahir dan saya berpendapat beliau adalah pilihan paling tepat untuk menjadi penasihat undang-undang kepada kerajaan dan secara jujur, mujurlah saya tidak dikehendaki memikul tugas berat dan besar yang perlu beliau pikul itu (sekiraya dipilih menjadi  AG)," katanya sambil menjelaskan bahawa seseorang yang menerima jawatan itu perlu memiliki keinginan yang amat mendalam "untuk memperbetulkan keadaan".

Peguam perlembagaan Malik Imtiaz Sarwar pula berpendapat Thomas merupakan pilihan sesuai kerana beliau seorang peguam yang cukup berpengalaman serta memahami secara mendalam tentang perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Tiada calon lain yang lebih ideal. Orang ini perlu mempunyai kekuatan dalaman seperti diharapkan serta memiliki integriti yang tiada taranya," kata beliau. – *Bernama, 4

PEMUTIHAN NEGARA


Dalam isu lantikan AG,  mereka yang menyokong kerajaan majoriti merujuk kepada peruntukan Perlembagaan. disamping menolak fahaman sempit yang menggunakan sentimen "ugama dan bangsa".

Yang tidak menyokong kerajaan sudah tentu bersandar kepada sentimen ugama dan bangsa. 

Dalam isu ini,  kenapa sentimen bangsa dan ugama dipergunakan sedangkan merujuk kepada Perlembagaan ia tidak disebutkan. 

Perlembagaan adalah satu akujanji,  dan sekarang ada yang tidak mahu patuh? 
Di Perlembagaan juga ada peruntukan tentang hak istimeea orang Melayu,  apa perasaan kalau bangsa lain kata "NO". Pandai pula melenting. 

Melayu lah yang lebih tidak menghormati perlembagaan? 
Melayu keras kepala? 
Melayu emo? 

Fahaman racist dan pelampau ugama ini,  yang tidak menyokong kerajaan sekarang dalam isu AG ini adalah regim yang sama sebelum PRU, dari umno dan pas.  

Alasan ugama dan bangsa sekadar sandaran lanjutan kecewa dan marah kerana kalah khusus pada Tun. Hatta Tabung Sedekah pun mereka tentang kerana Tun. 

Hukum bersedekah atau menderma ini apa?  Ini anjuran ugama mana? Panjang lagi soalan kalau nak tanya... 

Manipulasi,  macam mereka manipulasi pasal RUU355..
Seolah Islam ini yang beriman,  yang tebal - mereka yang tentukan. 

Sudah banyak alasan² regim ini ditangkis. 


Ada juga minoriti penyokong PH turut tidak bersetuju dengan langkah Tun. Ini sudah tentu keputusan kabinet,  keputusan Majlis Presiden.

Mempertahankan konon kerana melanggar manifesto satu alasan yang lemah kerana apabila kerajaan mengambilalih kerajaan lama,  situasi dijangka sekadar panau dan kudis tetapi rupanya kurap dan kanser. 

Kalau dulu ingat panadol dah cukup ok tapi rupanya kena sumbatkan drug yang lebih kuat untuk stabil dan kawal. 

1MDB bukan setakat Najib. Lebih dari itu!!! 

Ingatkan dulu,  lencing manis setakat potong jari,  rupanya dah tahap 4, potong tangan. 

Apa yang dipertahankan akan janji awal hanya akan jadi kemudaratan dalam situasi sekarang. 

Kena ingat siapa yang sokong Tun - rakyat di belakangnya,  dunia di belakangnya. 
Kekuatan Tun bukan berapa kerusi BERSATU yang dia ada dalam PH,  tapi kekuatannya kerana isu (kebenaran,  benda betul)  yang dibawanya akan disokong lebih ramai dan lebih kuat dari sebelumnya oleh rakyat. 

Kena cari betul² sebab why Thomas? 
Kena cari betul² sebab why Thomas? 

Kena ada keyakinan kepada pendirian Tun? 
Benda tersirat lebih jelas kalau kita terus gali. 
Kenapa tidak dikekalkan AG sekarang? 
Sebab musabab sudah dihidu?

Once media luar tahu. Akan tersebar.. Ia makin sukar dibendung kesahihannya... 

Missi memperbaaiki imej negara kena menyeluruh. Imej pemimpin korup,  rakyat korup,  negara korup tidak memadai tangkta jaws² yang sudah lemah tetapi memburu lebih dari itu. 
Inilah perjuangan Islam sebenarnya,  perangi tanpa kira status walaupun rintangannya juga mencabar. 

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...