Monday, June 4, 2018

PEMUTIHAN NEGARA


Dalam isu lantikan AG,  mereka yang menyokong kerajaan majoriti merujuk kepada peruntukan Perlembagaan. disamping menolak fahaman sempit yang menggunakan sentimen "ugama dan bangsa".

Yang tidak menyokong kerajaan sudah tentu bersandar kepada sentimen ugama dan bangsa. 

Dalam isu ini,  kenapa sentimen bangsa dan ugama dipergunakan sedangkan merujuk kepada Perlembagaan ia tidak disebutkan. 

Perlembagaan adalah satu akujanji,  dan sekarang ada yang tidak mahu patuh? 
Di Perlembagaan juga ada peruntukan tentang hak istimeea orang Melayu,  apa perasaan kalau bangsa lain kata "NO". Pandai pula melenting. 

Melayu lah yang lebih tidak menghormati perlembagaan? 
Melayu keras kepala? 
Melayu emo? 

Fahaman racist dan pelampau ugama ini,  yang tidak menyokong kerajaan sekarang dalam isu AG ini adalah regim yang sama sebelum PRU, dari umno dan pas.  

Alasan ugama dan bangsa sekadar sandaran lanjutan kecewa dan marah kerana kalah khusus pada Tun. Hatta Tabung Sedekah pun mereka tentang kerana Tun. 

Hukum bersedekah atau menderma ini apa?  Ini anjuran ugama mana? Panjang lagi soalan kalau nak tanya... 

Manipulasi,  macam mereka manipulasi pasal RUU355..
Seolah Islam ini yang beriman,  yang tebal - mereka yang tentukan. 

Sudah banyak alasan² regim ini ditangkis. 


Ada juga minoriti penyokong PH turut tidak bersetuju dengan langkah Tun. Ini sudah tentu keputusan kabinet,  keputusan Majlis Presiden.

Mempertahankan konon kerana melanggar manifesto satu alasan yang lemah kerana apabila kerajaan mengambilalih kerajaan lama,  situasi dijangka sekadar panau dan kudis tetapi rupanya kurap dan kanser. 

Kalau dulu ingat panadol dah cukup ok tapi rupanya kena sumbatkan drug yang lebih kuat untuk stabil dan kawal. 

1MDB bukan setakat Najib. Lebih dari itu!!! 

Ingatkan dulu,  lencing manis setakat potong jari,  rupanya dah tahap 4, potong tangan. 

Apa yang dipertahankan akan janji awal hanya akan jadi kemudaratan dalam situasi sekarang. 

Kena ingat siapa yang sokong Tun - rakyat di belakangnya,  dunia di belakangnya. 
Kekuatan Tun bukan berapa kerusi BERSATU yang dia ada dalam PH,  tapi kekuatannya kerana isu (kebenaran,  benda betul)  yang dibawanya akan disokong lebih ramai dan lebih kuat dari sebelumnya oleh rakyat. 

Kena cari betul² sebab why Thomas? 
Kena cari betul² sebab why Thomas? 

Kena ada keyakinan kepada pendirian Tun? 
Benda tersirat lebih jelas kalau kita terus gali. 
Kenapa tidak dikekalkan AG sekarang? 
Sebab musabab sudah dihidu?

Once media luar tahu. Akan tersebar.. Ia makin sukar dibendung kesahihannya... 

Missi memperbaaiki imej negara kena menyeluruh. Imej pemimpin korup,  rakyat korup,  negara korup tidak memadai tangkta jaws² yang sudah lemah tetapi memburu lebih dari itu. 
Inilah perjuangan Islam sebenarnya,  perangi tanpa kira status walaupun rintangannya juga mencabar. 

29 comments:

  1. Kd,

    Tun mahathir sering kali mengaku yg dia selalu tersalah dlm memilih org..

    Dalam hal pemilihan AG ini aku bdiri teguh di belakang majlis raja-raja..

    Jika kita beranggapan bahawa ada sebab kenapa tun memilih tommy thomas.. maka, begitu juga lah aku beranggapan ada sebab kenapa agong tdk perkenankan pemilihan tommy thomas selaku AG yg baru..

    Anyway, aku sentiasa bdiri teguh dan menyokong penuh akan keputusan tun mahathir.. cuma dlm hal AG ini sahaja aku mengambil sikap berbeza..

    Kita boleh berikan nama individu muslim lain sbgai pengganti nama kpd tommy thomas dan AG yg sedia ada..

    Mungkin ada hikmah disebalik kesemua kesulitan ini.. ANYWAY, MAHATHIR STILL PERDANA MENTERI TERBAIK MALAYSIA!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena gali missi Tun why Thomas?

      Kena refer semula kes imuniti Raja2, How its start..
      Turning point yg menyebabkan Tun terus bertindak..

      Soal Tun silap lantik?
      Bersetuju embebasan kpd Anwar juga silap?
      Lantik LGE pun silap?
      Lantik KP SPRM pun silap?

      1 dalam 1000 memang akan ada kesilapan.

      Delete
    2. Aku tak mempertikaikan ko kd.. aku pun tak mempertikaikan tun..

      Tetapi pd masa aku sentiasa sokong tun.. ada kala nya aku kena bercakap apa yg aku rasa tdk betul.. teguran dibuat atas rasa tanggungjwb kpd agama, bangsa dan negara! Tidak lebih dari itu..!

      Kita bukan maksum.. ada kalanya baik utk kita dan parti tetapi tdk baik utk agama, bangsa dan negara..!

      Anyway, keputusan muktamad adlh pd tun dan badan2 yg berkaitan..

      Dan aku pasti akan menyokong keputusan muktamad tersebut!

      Semoga tindakan dan keputusan muktamad tersebut adlh betul dan tepat utk kesejahteraan kita bersama..!

      Selamat berbuka puasa..

      Delete
  2. bro kd..this time aku tak setuju samada dgn kau atau sesapa.

    ingat kes kalimah Allah?

    kalau ingat then kenapa perlu kita setuju dia jadi AG?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yang merepek ni?
      Siapa AG masa tu?
      Dan setakat mana peranan AG?
      Keputusan siapa yang buat?

      Sekali lagi AG juga tertakluk kepada dilantik dipecat bawah bidangkuasa PM.

      What so worry.

      Delete
  3. Jangan marah aku keluorkan komen aku di lain blog di sini -

    The issue is the YDP Agong normally acts on the advice of the PM but there is the Rulers' Council to whom he may refer when having any doubt in giving his assent.

    No where is stated that the AG must be a Malay but his appointment needs assent by the Agong.

    Maybe stretching the point too far to think or talk about amending the Constitution. The easiest way out is appoint a Malay.

    Pandi may be a doddy but there are so many Malays qualified for the post out there.

    We need to bear in mind that Malays constitute about 60% of the population.

    It's not riding rough shods but as a non-Malay nominee appears to be problematic, it's very justifiable to nominate a Malay now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yang lebih besar?
      Perlembagaan negara ke Melayu 60% ?

      Perlembagaan negara ditulis tika Melayu 90%..otak Melayu tak sempit pun masa tu?

      Delete
    2. Ye KD... Anda tepat. Soalannya siapa 90% Melayu pada masa itu? Ada sesiapa yg berani berkata jujur?

      Delete
    3. Tak setuju, KD. Banyak boleh di tulis dan akan di tulis jika blog anda tidak guna sistem komen2 di moderated.

      Pahal pun, itu your prerogative as a blog owner.

      Thanks for allowing in my comments earlier on.

      Delete
    4. Masa tu otak melayu tertutup...ikut saja ape kata pemimpin...sehingga pemimpin dan anak beranak kaya raya hentam hasil negara...majoriti miskin..60 tahun dibodohkan...

      Tun diakui bijak tapi tak semua tindakan beliau mesti disokong babi buta...tun dah buktikan banyak kerugian puluh billion akibat keputusan beliau...jadi hakikatnye tun pon manusia biasa yg ade jugak kelemahan...

      Delete
    5. Kalau tak moderate, komen sampah masuk..

      Aku malas nak baca, tak enjoy, tak santai..

      Perbezaan pendapat, biasa

      Delete
  4. Tidak di sebut dalam Perlembagaan AG mesti Melayu atau bukan Melayu. Tapi sebab negara ini lk 60% Melayu penduduk nya, aku sokong pendapat yang mahukan AG Melayu.

    ReplyDelete
  5. Saya sokong ape pon pilihan tun kerana tun lebih tahu kenapa dia pilih seseorang...

    Tetapi bila Agong menyatakan tidak bersetuju saya akur dgn keputusan payong negara kerana tiada melibat kepentingan diri Agong....

    Tentu kita ade second best yg tak jauh bezanye dgn first best dan mampu perform...

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gunakan ruang utk ckp benda baru..bukan yg brain di kepala lutut.

      Racist tu simpan utk anak cucu

      Delete
  7. Melantik AG Kristian di Malahsia umpama Ratu England's melantik AG beragama Islam untuk menasihati beliau dalam hal2 berkenaan Kristian di United Kingdom?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan MELARANG seorang AG daripada mencampuri hal-hal berkaitan Mahkamah Syariah... !

      Tugas menasihati Agong atau Sultan-Sultan dalam hal-hal Syariah ialah TUGAS MUFTI !

      Tolong jangan buat analogi yang umpama Ratu England lantik seorang AG Islam pulak. Tak relevan langsung!

      Delete
  8. Kd.siapa peguam yg menasihati agong?dia pun org india kristian dn sekarang masih jadi lawyer keluarga najib!jadi xde slh pun tun nk lantik india sebagai ag.

    ReplyDelete
  9. Bimbang isu ini Ada kaitan dgn 1mdb jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seorang bloger diluar negeri ada menulis seseorang yang diatas telah menerima durian runtuh dari cash is king la.. ni tengah menggigil kot?

      Delete
  10. 1. Bila bn kalah dipru14, ulasan najib, yang dipertuan agong akan tentukan siapa yang layak menjadi pm.
    2 tun terus umum yang ph telah menang majoriti dan beliau telah mendapat persetujuan secara bertulis untuk jadi pm
    3 lama juga tunggu di istana hingga ke malam, selepas ketua polis negara buat pengumuman baru disempurnakan watikah.
    4. Sekarang tommy thomas pulak ditolak, alasan lantik AG yang bukan islam dimana akan menganggu soal-soal yang membabitkan islam.

    PERSOALANNYA..
    Adakah masih ada "kuasa" yang berada dibelakang tirai yang mahu memastikan lantikkan AG baru mestilah "mirip" apandi ali.
    Jika AG islam diambil kira, apakah semasa apandi ali menjadi AG, kes-kes melibatkan islam telah memihak kepada islam dan mengembirakan orang islam? Contohnya dakam soal anak dan agamanya....

    ReplyDelete
  11. Maaf tuan admin lari tajuk sikit....dengar2 ceritanya Rafizi mengaum pulak hari ni!!...

    ReplyDelete
  12. AG bukan kuasa mufti pun. Apa yg be yai sgt.
    Nak ubat Malysia ker tak mau?
    Majority, semua kaum, tidak ambil hal suapa AG. Perlembagaan toada hal, siapa AG.
    Habis? Siapa yg ada hal, siapa AG?
    Tak lain tak bukan, kaum yg ingin mimik Zionist. Mcm Zionist, mereja ini tak ramai, tp kuat bising tak bertempat.
    Satu lg geng kuat bising adalah yg terpalit Taek Low.
    Tau takut dgn sg buloh pulak, masa songlap joli tak hingat donia alhirat.
    Moga Tun berjaya dlm misi murni.
    Rakyat dibelakang Tun M.
    Allah merestui ketja baik.
    Siapa cacai, nk bangkang?
    Zionist Melayu?

    ReplyDelete
  13. Di kebanyakkan negara, sesetengah jawatan penting melambangkan identiti negara berkenaan. Malaysia tidak juga berkecuali. Jawatan sprti PM atau TPM juga terbuka kepada semua kaum, tetapi cubalah buat lawak melantik TPM atau PM dan tengok reaksi org2 melayu islam bagaimana! Mmg tidak menjadi kesalahan utk melantik AG dri kaum bukan melayu islam, tetapi perlukah kita utk menyemarakkan bara api kerisauan org2 melayu islam dlm keadaan negara masih lagi panas dgn bahang perkauman yg ditiup oleh rejim umno semasa pru yg lepas. Ianya seperti mengiakan apa tohmahan mereka tentang kemungkinan terhakisnya ketuanan melayu sekiranya PH mengambilalih kerajaan dan jawatan AG adalah salah satu jawatan penting yg memberikan identiti malaysia sebagai negara demokrasi berperlembagaan dimana islam adalah agama rasmi dan pemegang jawatan tersebut nampak bersesuian disandang oleh melayu islam!

    Seperkara lagi perlu diingat bahawa malaysia masih lagi mempunyai AG secara sah yg dilantik dan diperkenankan oleh Agung dan beliau belum lgi berhenti secara rasmi. Perkara yg perlu didahulukan adalah menamatkan perkhidmatan Apandi Ali, dan disusuli oleh tindakan seterusnya. Ini mungkin juga penyebab AG baru tidak dpt dilantik!

    100 hari pertama adalah masa yg kritikal bgi PH dimana semua mata sedang memerhati kebolehupayaan PH melunaskan janji2 manifesto yg dibuat semasa pru lepas. Sekiranya tidak perlu, elok dihindarkan dri perkara2 yg boleh menjejaskan keyakinan rakyat terhadap PH dan musuh2 sentiasa mencari ruang dan peluang utk menyerang!

    ReplyDelete
  14. The real reason why they want a limp AG is to let Najib go.

    He has too much on them and will spill the beans if he is convicted.

    Mahathir is waiting for the US to charge him first.
    They have the evidences more organized.
    That's why Najib has top notch lawyers readied there.

    We need a Tommy Thomas to hold a watching brief there,
    work with the US authorities and perform in a real tough professional manner.

    Our man has to confront the best litigators there.
    If ever the Malaysian AG is called to take the stand,
    they will tear him or her apart.

    The people who don't want T Thomas know this.

    Switzerland will also charge Najib.
    And so will Hong Kong.

    Najib is in for the long haul
    And we need a good AG to follow this through.

    If people understand that the real reason for this blocking of AG is not racial or religious but to cover incriminating evidence there will be better support for Thomas as AG

    C&P
    faham tak game sebenarnya? Tak faham,nk translate.
    Apa nehh, kata terror, kehebatan , ketangkasan minda kancil melayu ?
    Jgn sirat, surat pun tak faham? Hampehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo amerika yg dakwa ape kena mengena dgn AG malaysia yg sebagai pemerhati sahaja...kalo cukup bukti dan saksi mana2 pendakwa boleh dakwa di malaysia...

      Delete
    2. wahai rakyat malaysia.. knp perlu lantik peguam yg bagus seperti thomas.. sebab kita nk tuntut wang 1mbd.. najib dan kroni akan ambil peguam terbaik amerika, peguam trump, malaysia perlu bersedia utk peguam yg terbaik dan mahir dlm kes imbd.

      Mau duit balik ker tak nehh? Tgk big picture bro

      Delete
  15. Manusia cuma merancang, tapi perancangan allah lah yg menentukan

    ReplyDelete
  16. Anuar...cepat ckit bertanding..duduk dlm kabinet..jadi tpm..lantik AG yg betul2 telus..itu guana eng kasi sumbat dalam...itu fizi ganti menteri kewangan

    ReplyDelete

6ANGKA