Saturday, June 30, 2018

JADI PRESIDEN TAK JADI PM - KAMBING TERSENYUM

Tempat "Presiden" adalah tempat yang sudah ditempah oleh sepupu kepada sepupu jika masih berkuasa,  sepatutnya sudah ada peralihan kuasa ang pupu kepada adik pupu sebelum PRU,  tetapi oleh kerana sepupu abang laki bini berdegil konfiden menang,  sepupu adik berputih mata.. 

Bila kalah,  sepupu abang letak jawatan,  sepupu adik hanya mampu tengok,  merajuk pun ada,  kecut pun ada,  dunia sudah kiamat.. Tutup buku politik yang selamanya makannya disuap. 

Siapa yang kena kencing dengan dua pupu?? 

APA LANGKAH PERTAMA ZAHID SEBAGAI PRESIDEN? 
Bubar umno dan daftar semula.. 
Buang semua sandaran,  bayangan dan legacy umno era Mahathir,  Paklah dan Najib.. 
Jadi Presiden Pertama dan Pengasas parti UMNO BARU .. Ada beran.. 


MALAM INI TIDOR GENERE, ZAHID HAMIDI PRESIDEN UMNO

Friday, June 29, 2018

ASAL BUKAN ZAHID?

Kalau ahli umno masih sayangkan parti...






Persidangan pagi berjalan agak pudar,  selepas tengahari,  rehat,  solat.. Jam 3..perwakilan belum muncul²???

RESTRUCTURE MANIFESTO DAN SELAMATKAN MELAYU.

Ketika rakyat membuat undian PRU14, ia hanya bersandarkan kepada satu faktor utama,  HASRAT RAKYAT singkirkan Najib. 
Faktor kedua,  nasi tambah, kerana Tun bakal dinobat PM,  rakyat melihat masalah negara mampu di atasi hanya jika Tun kembali sebagai PM atau Anwar jika berada di luar penjara. 
Sekurang kurangnya itulah faktor yang mendorong tambahan undi Melayu termasuk undi ahli umno sendiri.

Faktor Tun telah berjaya menambah atau menampung undi yang telah ditarik keluar oleh PAS dari PH. 

Faktor Manifesto PH keseluruhannya juga dilihat menarik kerana mendekati kepada kehendak rakyat keseluruhannya. 

Hari ini majoriti yang menyokong PH kekal sokong dan tidak merungut sangat tentang janji manifesto kerana keseluruhannya secara purata tertunai atau dalam proses ke arah itu. 

Rakyat lebih teruja dan kenyang dengan tindakan kerajaan yang membongkar segala bentuk skandal, korupsi dan salahurus kerajaan lama,  Penyingkiran ribuan lantikan politik kerajaan lama DIALU-ALUKAN. 

Pendedahan ini membawa maksud apa yang dikatakan dulunya bukanlah fitnah,  tetapi kebenaran dan hari ini bukan setakat bongkar benar tetapi sudah ke tahap "melampau" dan "kerja gila" yang jika terus digali,  ia akan makan masa 2-3 tahun untuk selesaikannya. 

Majoriti yang kesal mengundi umno, rasa tertipu oleh umno sangat besar dan yang membebel soal manifesto hanyalah segelintir penyokong tegar umno yang masih sakit hati dan tidak berpijak dibumi nyata. 

Meteka kutip info longkangan untuk cuba dijadikan isu nasional,  untuk menutup keabaikan parti mereka. 

Kerajaan perlu rasa bimbang tentang manifesto 100 hari yang tidak mampu dilaksanakan sepenuhnya tetapi integriti yang ada membolehkan kerajaan membuat pengakuan dan akujanji baru yang lebih jitu dan telus selepas memahami kedudukan ekonomi negara... Penggal ini merupakan penggal ujian bagi Kerajaan PH menunjukan kemampuan mengurustabir negara dengan lebih baik.. 

Selain tindakan ke atas kumpulan individu yang salahlaku,  parti umno juga perlu dibatalkan jika sah melanggar undang² dan sekaligus menyelamatkan Melayu dari terus diurus oleh orang yang "salah". 


PERLU KE AHLI DAN PEMIMPIN UMNO DIHALANG MASUK BERSATU TERUTAMA MEREKA YANG SANGAT TIDAK TERLIBAT DENGAN NAJIB SECARA LANGSUNG.

Sewajarnya mereka diberi tempat bagi membolehkan penghijrahan yang lebih amai. Halangan ini wajar dilucutkan selepas 100 hari bagi mengelak Melayu terlalu banyak politiking. Rakyat wajar diberi kebebasan memilih. 


BIARLAH NAJIB BERTEKA TEKI

BUKTI KUKUH SAHIH UTK DAKWA NAJIB

Pihak Kerajaan Malaysia telah menerima sebahagian kertas siasatan DOJ dan FBI, kita percaya resit dan rekod transaksi bank adalah tulin dan secara rasional transaksi bank adalah asli @ "genuine" kerana tiada sesiapa pun di dunia boleh mengubah atau memalsukan informasi yang dikendalikan oleh database dalam network banking.

Berdasarkan resit dan rekod perbankkan itu adalah disahkan wang RM2,6billion itu didapati dimasukkan ke akaun peribadi Najib oleh Tanore Finance Corporation yang dimiliki oleh Jho Low.

Penafian Najib bahawa wang tersebut adalah derma keluarga Diraja Arab dapatlah disimpulkan "rayuan terakhir" untuk mempertahankan dirinya yang sebenarnya tidak boleh dipertahankan lagi.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Tun M, dengan penuh keyakinan memberitahu wartawan, bahawa kes Najib, adalah jelas, punya bukti yang kukuh serta dokumen yang berkaitan.

*Persoalan yang bermain di fikiran rakyat ialah, kalau dah ada bukti yg kukuh, kenapa masih belum di bawa ke mahkamah?*

Untuk pengetahuan semua, proses mendakwa Najib bukan lah seperti mendakwa seorang pencuri motorsikal.

*Walaupun bukti yang di kumpulkan telah cukup jelas  tetapi keputusan Peguam Negara yang lalu , Mohd Appandi yang memutuskan Najib tidak bersalah perlu dibatalkan dahulu sebelum memulakan prosiding dakwaan kepada Najib.*

*_Untuk membatalkan keputusan bekas Peguam Negara itu, bukanlah perkara mudah, dalam perlembagaan negara 145(3) setiap keputusan Peguam Negara adalah muktamad dan tidak boleh di ulang bicara atau di buka kes baharu dimana mana forum._*

*_Ini bermaksud, Najib tidak lagi boleh didakwa keatas kes ini, namun, kita melantik TT bukan kerana racist, bukan kerana memandang rendah bangsa lain, tetapi beliau seorang peguam yang mahir dan tahu selok belok Perlembagaan, kerana itu org yang berkemahiran sebegini dipertanggungjawabkan untuk membatalkan keputusan yang lalu, tambahan pula TT adalah antara peguam yang tersenarai antara 500 laws pratisional terbaik dunia._*

Walaupun perkara ini yang sgt rumit dan teknikal yang mungkin tidak dapat dilihat oleh orang yang berada diluar kompenan perundangan, tetapi TT sedang dalam proses terakhir untuk mencabar keputusan Appandi itu dan pasti akan berjaya membuka kembali kes 1 MDB ini. 

Rakyat yang begitu ghairah bertanya dan tidak sabar melihat Najib di bicarakan diminta bersabar, bukan niat Kerajaan Malaysia sengaja melenggahkan kes ini tetapi kita perlu melalui berbagai proses teknikal untuk mengugurkan keputusan Appandi dahulu.

Persoalannya, bila? Dan bagaimana? Jawapan secara am dapat saya katakan, hanya beberapa minggu sahaja lagi Najib akan bawa kemuka pengadilan.

Bagaimana kalau TT tidak berjaya mengugurkan keputusan AG yang lalu? Perkara ini tidak akan berlaku, walaupun sudah termaktub dalam perlembagaan kehakiman negara, ada ruang yang luas dan peluang yang cerah utk membatalkan keputusan Appandi kerana melibatkan intergriti bekas AG terdahulu dan biasness yang melanggar prinsipal nature of justice. 

Kesimpulannya..Najib tak akan terlepas dan jangka masa beliau di dipenjarakan kemungkinan mencecah 10 ke 20 tahun atau lebih.

Anda boleh share atau copy bagi menjelaskan duduk perkara sebenar kalau ada sesiapa yang bertanya. 

Selama ini saya hanya membaca dan berdiam diri dengan soalan soalan dari rakyat kerana beranggapan mereka yang bertanya adalah orang awam yang tidak mengetahui proses perundangan.

Tkasih.
Dr. Halim.J

APAKAH MAT SABU MASIH PEMBANGANG... ?





Alasan meneruskan LPKN oleh Menteri Pertahanan sangat lemah dan memalukan,  tidak memahami semasa jadi pembangkang sekadar menunjukan diri sendiri yang daif. 

Apakah juga bermaksud yang selama ini,  apa yang dibangkang adalah membuta tuli dan langgar tembok termasuk 1MDB? 

Sewajarnya LPKN dikaji semula dan diberhentikan,  begitu banyak ketirisan berlaku dan matlamat tidak pun tercapai,  mana semangat patriot remaja.. Malah sesetengahnya menyumbang kepada gejala sosial termasuk melibat segelintir kakitangan pusat latihan?  Apakah di sana bersih korup? 

Remaja harus difokus kepada pendedahan dan tingkat kemahiran dan tanamkan semangat patriotik secara sampingan dan selari dalam course. 




......................

DALAM SATU PERKEMBANGAN LAIN... 



*✍️ 🇲🇾 Bekas menteri dan ahli politik veteran Umno Tan Sri Syed Hamid Syed Jaafar Albar hari ini mengumumkan keluar dari parti itu selepas bersama selama beberapa dekad.*

*Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata Umno bukan lagi parti yang pernah dikenalinya suatu ketika dulu.*

*Bercakap kepada Malaysiakini Syed Hamid berkata juga berhasrat untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia.*

 *"Malah BERSATU Kota Tinggi juga sudah meminta bantuan saya," katanya*

*Menjelaskan alasannya meninggalkan Umno, Syed Hamid berkata parti itu sekarang pertubuhan yang mementingkan diri sendiri dan hanya mengutamakan kelangsungan peribadi berbanding mengambil berat hal rakyat.*

*Menurut bekas pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat itu menambah, beliau dilahirkan dalam keluarga pejuang Umno*.

*Justeru Syed Hamid melihat arwah ayahnya berkorban serta kecintaan terhadap parti dan negara menjadikan beliau benar-benar yakin kepada parti berkenaan*

*Selama beberapa dekad katanya lagi sebahagian besar hidupnya dihabiskan untuk Umno.*

*"Ini adalah parti yang benar-benar mengambil berat orang Melayu dan pada masa sama melayan bangsa lain secara sangat seimbang, adil dan pemurah.*

*"Parti ini bukan saja memperjuangkan orang Melayu tetapi begitu prihatin terhadap kepentingan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama," katanya.*

*Enggan berpura-pura*

*Malangnya kata Syed Hamid sifat itu tiada lagi dalam Umno.*

*Walaupun perit, katanya, beliay terpaksa mengaku ideologi serta falsafah parti tersebut sudah diselewengkan, menyebabkan ia tidak lagi dapat bertolak ansur, mementingkan diri sendiri, malah lebih parah - tidak demokratik.*

*Syed Hamid yang mempunyai latar belakang undang-undang serta pernah berkhidmat sebagai menteri menambah, pemimpin Umno sekarang menjadi elit dan terpisah daripada realiti rakyat*.

*Lebih buruk, katanya, pemimpin yang sama itu menunjukkan sikap penafian yang melampau, mengetepikan ketelusan serta kedaulatan undang-undang untuk kepentingan peribadi.*
🛂 
 *"Kepemimpinan Umno sejak beberapa tahun kebelakangan ini memusnahkah imej, reputasi dan nama baik parti apabila membenarkan amalan salah guna kuasa serta rasuah," katanya*.

*Untuk rekod Syed Hamid ialah anak kepada seorang tokoh terkenal, Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Hassan Albar, yang digelar Singa Umno.*

 *Dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Syed Hamid pernah menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno. Beliau juga diberi kepercayaan menjadi menteri di bawah tiga perdana menteri iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak dan Tun Dr Mahathir Mohamad.*

*Syed Hamid digugurkan daripada kabinet pada 2009.*

*Kata Syed Hamid, 74, selepas berpuluh tahun prinsip yang dipegangnya itu masih kekal di dalam dirinya.*

*Ironinya kata Syed Hamid keadaan itu menyebabkan beliau menyedari bahawa tidak ada sebab lagi untuknya kekal meneruskan perjuangan itu dalam Umno.*


*"Tidak pernah terlintas dalam kepala bahawa pada satu hari saya akan meninggalkan Umno, tetapi melihat apa yang ada pada hari ini, masalah yang sengaja diadakan, saya tidak mampu berpura-pura kononnya keadaan adalah terkawal," katanya*.

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...