Monday, July 16, 2018

HADAM, kalau belum...

Ada dua situasi yang mahu dipertontonkan. .

Situasi pertama..
Seorang pemimpin sedang mengimami jemaah dalam salah satu solat wajib sehingga selesai dengan sempurna.
Semasa berwirid dan berzikir, imam telah kentut kuat dan berbau busuk,  imam turut sedar apa yang sedang berlaku,  dia meneruskan zikir .. Makmum telah menegur imam..
Jemaah A: Saya dengar imam kentut
Jemaah B: Saya tercium bau busuk selepas imam kentut
Jemaah C: Saya perhatikan imam juga sedar apa yang berlaku
Jemaah D mengulangi teguran ABC kepada imam...

Apa jawapan imam?
Kentut membatalkan wudhuk tetapi tidak membatalkan zikir.
Zikir tanpa wudhuk bukan satu dosa,  cuma pahalanya berkurangan
Solat tadi masih kekal sah

...

Situasi kedua
Seorang pemimpin sedang mengimami sebuah solat wajib berjemaah. Di dalam solat dia terkentut dengan sedar tetapi meneruskan solat hingga selesai diikuti dengan zikir...
Dalam situasi tadi,  ada makmum yang mufarrakah,  ada yang tidak. .
Makmum telah menegur imam selepas semuanya selesai..
Jemaah A: Saya dengar imam kentut..
Jemaah B: Saya tercium bau busuk selepas imam kentut..
Jemaah C: Saya perhatikan imam juga sedar apa yang berlaku..
Jemaah D: Mengulangi dan mengingatkan imam apa yang berlaku dan teguran ABC..

Apa jawapan imam?
Saya kentut tetapi saya rasa tiada bunyi..
Tadi tu saya istilahkan buang angin bukan kentut
Kalau saya batalkan solat,  tentu menyusahkan makmum,  saya sayang makmum semua..
Saya pernah tanya pak arab,  kata mereka,  awak pemimpin yang baik,  berjiwa rakyat,  memadai bayar dam dan  hantar jemaah menunaikan haji,  mereka sedia maafkan..

Jemaah yang menegur,  ABC saya belanja awak makan selepas ini..
Bagi Jemaah D yang tidak bersetuju dan masih membantah,  saya pecat awak dari AJK Masjid..

Atas jawapan dan keadaan tersebut..
Jemaah ABC pun memberitahu jemaah yang lain..
Tadi tu bukan kentut, tapi bunyi bunyian,  bunyi batuk versi unit,  versi baru..
Yang busuk tu sendawa..
Takkanlah imam nak kentut dalam solat..
IIi semua persepsi dan niat jahat imam tua untuk melantik anaknya menjadi imam.


Hadam.

Rengkas cerita..
Imam kaki kentut,  kaki kencing, kaki sogok dipecat,
Sekarang imam tua..
Apakah solat tanpa kentut, tidak sah semata mata dia tua?

Hadam.








Sunday, July 15, 2018

PERSEPSI RAKYAT, NAJIB TIDAK KEBULOR ATAU PAPA KEDANA SEBALIKNYA SEMUA MASALAH KEWANGANNYA SUDAH SELESAI?

Jika amalan menabung sejak kecil dibuat,  jualan cd yang dapat permintaan tinggi,  ramai kenalan jutawan.. sudah tentu tiada kekeringan yang berlaku... 








Sekurang kurangnya itulah yang diviralkan!!!  

PEMBANGKANG MAKIN TERDESAK MENJELANG 100 HARI, PH MAKIN MENJADI KERAJAAN YANG KUAT, MAHATHIR MASIH PM..

100 hari rupanya menjadi malapetaka kepada umno kerana belum ada halatuju perjuangan yang jelas,  kanan atau tengah.

Perlantikan apandi sebagai ahli MT dan kemudiannya ditolak mendatangkan kemaluan besar pada Zahid dan menunjukan betapa tandusnya umno mencari pemimpin yang berintegiriti.

Anuar musa dan ku nan yang diberi peranan setiausaha agung dan bendahari adalah recyle kereta lembu sedangkan umno perlu marathon untuk bangkit semula.  Zahid mungkin selesa jika disekelilingnya slow learner.

JANJI 100 HARI BISING NAK RAK, YANG 64 TAHUN GAGAL TU MANA NAK SOROK???

ORANG ISLAM DIGERUNI DIHORMATI KERANA ILMU AKHLAK DAN AMANAH






Saturday, July 14, 2018

TEPAT, PANDI TOLAK PERLANTIKAN...





Sebagai bekas AG Melayu terakhir di era kerajaan umno, Zahid perlu memikirkan satu jawatan yang lebih tinggi dan sesuai kepada Pandi,  bukan sekadar Ahli Majlis Tertinggi, standard Lokman Adam. 

UMNO boleh mengikut jejak PAS dengan mengujudkan jawatan Mursyidul atau ikut jejak PKR dengan mengujudkan Penasihat Umum atau Pengerusi seperti BERSATU. 

APA PERJUANGAN MELAYU PH?

Sebelum memperkatakan tentang apa perjuangan Melayu PH,  apa pula perjuangan Melayu pembangkang? 

Setakat ini belum nampak dasar perjuangan umno dan pas kecuali satu dua pemimpon mereka yang melahirkan kebimbangan,  tidak lebih dari itu. 

Kebimbangan apa saja yang disuarakan oleh kaum India dan Cina, sebenarnya itu bukan perkara baru,  perkara lama sejak umno perintah, pasa dasarnya tidak ada apa perubahan pun,  tidak ada keputusan,  masih dalam pertimbangan. 

Dalam soal perlantikan bukan Melayu dan Islam dalam beberapa jawatan,  ia juga ada merit,  kebimbangan pembangkang sekadar mengambil kesempatan politik untuk buat kecoh. 

Hakikatnya tidak mengancam sedikit pun kesejahteraan dan keselamatan negara,  hatta selepas ini pun jika Ketua Polis Negara,  Panglima ATM,  KSN juga bukan Melayu Islam,  adakah anda fikir Melayu dan Islam akan bungkus? 

Apakah Melayu seperti Tun,  Anwar,  Azmin,  Muhyiddin,  Mat Sabu dan ramai lagi merupakan Melayu yang lemah dan boleh di perkotak katik? Adakah pada masa itu Zahid dan Hadi hanya bertepuk tangan....

Berbalik kepada perjuangan Melayu PH,  adalah tidak sesuai mereka juga melaungkan apa jua tuntutan dengan keras dan strstegi untuk Melayu dan Islam, kalau boleh berbisik dengan Tun apa guna menjerit hingga musuh tahu. 

Dan tidak ada yang lebih besar perjuangan Melayu PH hari ini adalah mengembalikan status berakhlak dan beramanah. Hanya Melayu yang tidak korup boleh menjamin masa depan Melayu,  Islam dan Negara. 

Sebab itu tindakan terhadap pengkhianat² negara dalam apa jua bentuk mesti disiasat,  ditangkap,  didakwa dan dihumban ke dalam penjara supaya menjadi pengajaran dan dapat membersihkan semula melayu yang terkorup di dunia. 

Bukankah itu lebih afdhal. 

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...