Saturday, July 14, 2018

APA PERJUANGAN MELAYU PH?

Sebelum memperkatakan tentang apa perjuangan Melayu PH,  apa pula perjuangan Melayu pembangkang? 

Setakat ini belum nampak dasar perjuangan umno dan pas kecuali satu dua pemimpon mereka yang melahirkan kebimbangan,  tidak lebih dari itu. 

Kebimbangan apa saja yang disuarakan oleh kaum India dan Cina, sebenarnya itu bukan perkara baru,  perkara lama sejak umno perintah, pasa dasarnya tidak ada apa perubahan pun,  tidak ada keputusan,  masih dalam pertimbangan. 

Dalam soal perlantikan bukan Melayu dan Islam dalam beberapa jawatan,  ia juga ada merit,  kebimbangan pembangkang sekadar mengambil kesempatan politik untuk buat kecoh. 

Hakikatnya tidak mengancam sedikit pun kesejahteraan dan keselamatan negara,  hatta selepas ini pun jika Ketua Polis Negara,  Panglima ATM,  KSN juga bukan Melayu Islam,  adakah anda fikir Melayu dan Islam akan bungkus? 

Apakah Melayu seperti Tun,  Anwar,  Azmin,  Muhyiddin,  Mat Sabu dan ramai lagi merupakan Melayu yang lemah dan boleh di perkotak katik? Adakah pada masa itu Zahid dan Hadi hanya bertepuk tangan....

Berbalik kepada perjuangan Melayu PH,  adalah tidak sesuai mereka juga melaungkan apa jua tuntutan dengan keras dan strstegi untuk Melayu dan Islam, kalau boleh berbisik dengan Tun apa guna menjerit hingga musuh tahu. 

Dan tidak ada yang lebih besar perjuangan Melayu PH hari ini adalah mengembalikan status berakhlak dan beramanah. Hanya Melayu yang tidak korup boleh menjamin masa depan Melayu,  Islam dan Negara. 

Sebab itu tindakan terhadap pengkhianat² negara dalam apa jua bentuk mesti disiasat,  ditangkap,  didakwa dan dihumban ke dalam penjara supaya menjadi pengajaran dan dapat membersihkan semula melayu yang terkorup di dunia. 

Bukankah itu lebih afdhal. 

7 comments:

  1. Perjuangan melayu pembangkang?

    Pisang emas dibawa belayar,
    Masak sebijik diatas peti,
    Emas ahli bergolok gadai,
    Asal rosmah dpt emas dihajati

    ReplyDelete
  2. Perjuangan melayu yg keciwa kalah perang....hilang segala2 nye dlm sekelip mata...

    Perjuangan pembangkang umno hanye memutarbelit fakta dan menyerang kelemahan kecil kerajaan...
    Umno baru belajar jadi pembangkang...

    Kerajaan dibawah pimpinan PH telah menampakkan kesungguhan memulihkan kerosakan yg ditinggalkan oleh umno...menteri2 kabinet dan exco2 kerajaan PH dgn rela hati bersetuju memotong gaji 10% setiap bulan untuk meringankan beban kewangan kerajaan yg dipandang remeh oleh pembangkang...exco kerjaan pembangkang tidak pon memotong gaji mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putarbelit umno tabong harapan mengutip derma dari rakyat hanye untuk menutup kelemahan kerajaan tidak mempu penuhi manipesto PH kerana sifarkan gst..manipulasi hutang kerajaan
      1 trillion...hutang kerajaan termasuk membayar hutang 1 mdb berjumllah 700 billion... Jaminan bayar hutang pinjaman swasta 300 billin...hutang 1 mdb dijamin oleh kerajaan sekarang jadi tanggongjawab kerajaan...jaminan yg lain 300 billion kerajaan mesti bersedia dgm kewangan yg kukuh walopun bukan hutang langsung kerajaan....

      Manipesto PH telah menyatakan projek mega di kaji semula..pembangkang umno menuduh kerajaan tidak batalkan HSR dan ECRL...

      Delete
  3. KJ: Pelantikan Apandi mengecewakan, pusingan U memalukan

    14 Jul 2018, 10:49 malam (Dikemaskini 14 Jul 2018, 11:09 malam)

    A A
    Tidak sampai 12 jam selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, bekas peguam negara itu kemudian menolak pelantikan berkenaan.

    Mohamed Apandi sebelum ini berkata penolakan itu adalah kerana dia bimbang pelantikannya akan menimbulkan persepsi negatif yang akan dikaitkan dengan keputusan yang dibuatnya ketika menjadi peguam negara.

    Menanggapi perkara itu, bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan ia sebagai sesuatu yang memalukan.

    "Pelantikan awal mengecewakan. Yang ini (penolakan pelantikan Mohamed Apandi) memalukan.

    "Kita perlu menjadi pembangkang yang mempunyai kredibiliti," katanya melalui kenyataan di Twitter.

    Khairy Jamaluddin sebelum ini menolak tawaran untuk menjadi setiausaha agung Umno dengan alasan ingin menumpukan tugas sebagai anggota parlimen dan bebas bersuara.

    Kenyataan terbaru Khairy Jamaluddin itu dilihat turut ditujukan kepada pemimpin tertinggi Umno.

    Awal hari ini, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Mohamed Apandi sebagai salah seorang daripada 11 yang dilantik menyertai 25 anggota MT Umno yang lain.

    Bagaimanapun, beberapa pihak dilihat tidak senang dengan pelantikan Mohamed Apandi termasuklah Pemuda Umno Kedah.

    Sebelum menolak pelantikannya, Mohamed Apandi dilapor berkata dia mempunyai hak untuk terlibat dalam politik kerana bukan lagi peguam negara.

    Malah Apandi juga menyifatkan kepulangannya kepada Umno ibarat ikan pulang ke lubuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alasan penolakan menerima jawatan oleh Apandir secara tidak langsung menunjukkan Apandir mengaku telah melakukan kesalahan semasa pegang jawatan AG...

      Apandi tahu kesalahan dan kelemahannyev sedang dikorek siasat...kes kekalahan pulau batu putih telah didedahkan Thomas bahawa kelemahan Apandi dlm perbicaraan tuntutan pulau batun putih...Apandi dituduh oleh tun sembunyikan fakta 1 mdb

      Delete
  4. Perjuangan umno seblm pru mempertahan najib...selepas pru perjuangan mempertahankan najib masih diteruskan...

    Kununnye najib di zalimi..kununye najib tak mampu bayar ikat jamin kena kutip derma...kos loyar berjuta...adekah kutip derma lagi...kenapa tak kutip sekarang...

    Ini baru kes pertama...bagaimana plak kes penyelewengan 1 mdb yg lebih besar,...wayang akan dimainkan oleh umno...

    ReplyDelete

6ANGKA