Thursday, July 19, 2018

NAJIB PUN DAH RAJIN BERKICAU, UMNO SERASI JADI PEMBANGKANG....ELOK PEGANG 4-5 PENGGAL.. .

Semasa jadi kerajaan,  soalan di parlimen banyak yang tak boleh dari boleh. 

Najib jawab di parlimen pun berpilih pilih,  majoriti lain ditanya lain dijawab. 

Di media,  soalan pada Najib,  yg tolong jawab hamlau² kiri kanan. 

Lepas hilang kuasa,  pemimpin umno jadi jantan gurun,  kepanasan,  semua nak dijawab,  ada yang tersasul boleh pula beri amaran pada PH,  kepala bapak dia.. Macam dia ada kuasa lagi. 

Tapi malang,  kebanyakan yang dipersoal balik kepada batang hidung sendiri,  dalam lain perkataan,  kenapa semua yg dicadangkan itu tidak dilakukan semasa mereka berkuasa,  terutama soal ketelusan.

1mdb kenapa tak buat RCCI, kes altaltantu misalnya,  kenapa tidak dibuka semula.  Dan lebih teruk soalan 1mdb tidak boleh bertanya atas alasan sudah dijawab. 





Hari ini apa yang mereka enggan buat,  PH laksanakan kerana itu kehendak rakyat.  

Tak perlu spin 100 hari,  najib sudah ditangkap,  selesai. 

SERABAI FOLLOW SERABUT??

DILEMA MELAYU 
SIRI 733 MP UMNO, PAS JANGAN JADI Luncai TERJUN DENGAN MIMPI-MIMPIMU

Keluar dewan Parlimen macam kambing berjanggut mengikut  kambing jantan pondan bukanlah tanda pejuang berjiwa rakyat. Seluruh dunia tahu Najib, penyamun kelas cakrawala dan hanya menunggu masa untuk bersemayam di Sg Buloh dengan beberapa juak-juak koruptor yang lain. 

Rakyat Malaysia juga tahu Najib takut bersemuka dengan Tun Mahathir. Dua kali forum 'Nothing to Hide' (Tak ada nak disembunyikan) dia tak  hadir. 

Lucu bin pelek dia kulluhumkan UMNO, menyerah kalah dalam PRU 14, gugur dengan sendirinya seperti buasir tua sebagai presiden UMNO yg super uzur dibenci rakyat, tiba-tiba dia berkokok kembali seperti ayam jantan pondan sebagai jurubicara UMNO yg kulluhum. 

Si bomoh Ponorogo yang jadi presiden UMNO kulluhum membisu seperti ayam betina mengeram telur yang tak menetas.

Kabilah MP PAS juga membuntuti UMNO seperti kaldai lapar dedak. Mereka merhaban dengan puaka-puaka munafik yang mencangkul atas penderitaan rakyat. Malu tiada, maruah lupus, jatidiri kosong, Islam dijaja seperti menjual keropok lekor di tepi pantai. Batu Buruk.

Apakah manusia jenis ini yang menjadi jurubicara rakyat yang menjadi wakil rakyat? 

Sewajarnya para penduduk dari 51 kawasan yg dimenangi UMNO dan 18 oleh PAS membuat protes, tunjuk perasaan depan rumah wakil-wakil rakyat yg super korup dan munafik itu, desak mereka menunaikan tanggungjawab sebagai pemegang amanah rakyat dan Allah. Kalau terus dengan protes bodoh itu desak mereka lepaskan jawatan.

Sebenarnya sebahagian besar wakil rakyat UMNO dan PAS itu terlibat dengan rasuah, makan dedak haram. SPRM dan PDRM patut bertindak  tegas dan cepat soalsiasat mereka ini,  remand dalam lokap dahulu, dan  selepas itu heret ke mahkamah. 

Besar kemungkinan mereka akan memberi tazkirah kepada nyamuk dan agas, cicak dan mengkarung di Sg Buloh kelak.

Tapi ada suatu jalan untuk menyelamatkan mereka yang korup dan takut masuk penjara berbelas tahun. Mereka pilih masuk BERSATU menjadi wakil rakyat parti Bumiputra ini. 

Ada syaratnya,  ada pengkeras politiknya. Awas wakil rakyat UMNO yang tergolong  perompak kelas jerung dan paus jangan diterima dalam mana-mana parti dalam PH. 

Tempat mereka sudah ditempah di Sg Buloh. Dikatakan  sebahagian besar dari 18  wakil rakyat PAS juga terlibat dalam rasuah menerima angpau dari Najib Razak. 

Kalau mau selamat ikat serban pada dahan yg kuat dan bergayut keluar dai PAS menyertai BERSATU atau AMANAH kalau mau selamat. 

Sekiranya mau berdakwah, bertazkirah pada cicak, mengkarung, nyamuk dan agas di Sg Buloh maka tunggulah waktunya inta akan diheret ke mahkamah kelak.

Kalau MP UMNO dan PAS memperbodohkan para penduduk kawasan masing-masing dengan sikap yg memalukan mereka sendiri mungkin usia politik mereka  di ujung tanduk kerbau pawah yang buta. 

Nah, sekarang Allah memperlihatkan betapa tololnya mereka sebagai wakil rakyat yang hilang maruah, hargadiri tanpa kewibawaan dan integriti. 

Patutlah beruk di hutan pun geleng kepala mereka  Beruk pun ada maruah dan tahu malu, serta  tahu tanggungjawab mereka terhadap kaum mereka.

Yahaya Ismail 
PJ

Wednesday, July 18, 2018

DPPM PECAH TEMBELANG UMNO NAJIB - FAUZI HASSAN



https://m.malaysiakini.com/news/434835


Melayu akan terus ditipu dulu kini dan selamanya, kerajaan dulu dan kerajaan kini (?)

MASA SEKARANG NAK SOKONG SIAPA? PEMBANGANG ATAU KERAJAAN?

Bersyarat atau tidak?

Kalau anda ahli parti,  ada pendapat anda tetap kena sokong parti,  itulah yang sekarang Kj kena kecam sebab tidak mengikut arahan dan cara parti berpolitik.

Bagi Kj dia ada sebab, walaupun keputusan konsensus, bagi kj kalau keputusan itu tolol,  kepelbagaian pendirian perlu dihormati. .

Now,  terpulang pada parti..
Tindakan disiplin...
Atau ulang kerja "tolol" - pecat.

Kalau anda bukan ahli,  sekadar penyokong,  atas pagar,  silent supporter atau sesiapa shj secara sukarela, sewajarnya sokong atau bangkang atas isu.

Setiap kerajaan dan mana² kerajaan akan berhadapan dengan banyak isu  dan hanya berjaya bukan kerana betul tetapi bagaimana ia diuruskan dengan baik.

Bolehkah kita berlapang dada.

Sudahkah pembangkang selesaikan masalah mereka? Menjauhi dari menyokong kemungkaran,  perompak dan lanun...
Tidak perkauman melebihi had dan pandangan ugama yang sempit.. .



# Tugas pembangkang di parlimen ialah berhujah hingga berjaya mengubah keputusan atau menegak kebenaran.  Kalau boikot dan keluar dewan boleh capai matlamat itu,  dikira win.
Kalau keluar dewan bantah Speaker tak sah tapi masuk semula angkat sumpah depan speaker tak sah,  itu dikira bangang. Kenapa tidak boikot sehingga kerajaan mengalah,  rakyat tentu sokong kalau betul.



Tuesday, July 17, 2018

KENAPA MASIH BEBAS?

https://www.change.org/p/tun-dr-mahathir-mohammad-ramasamy-timb-ketua-menteri-penang-wajib-dipecat-kerana-beliau-pengganas-ltte-terrorist/psf/share?after_sign_exp=default&just_signed=true&share_abi=1



Jom sign petition ini meminta agar P. Ramasamy disingkirkan dari menjadi Timb. Ketua Menteri Pulau Pinang ke 2 kerana dia bersetongkol dengan pengganas dari Sri Langka iaitu LTTE.

https://www.change.org/p/tun-dr-mahathir-mohammad-ramasamy-timb-ketua-menteri-penang-wajib-dipecat-kerana-beliau-pengganas-ltte-terrorist/psf/share?after_sign_exp=default&just_signed=true&share_abi=1

LOKMAN ADAM SILA DUDUK TAK PERLU DEMO.





Satu lagi publisiti murahan lokman adam gagal???

Rasanya elok polis batalkan kalau yang datang bekas² sarkas di Mahkamah hari itu. Ada baiknya dibatalkan dengan kehadiran dingin, tak berbaloi dan memalukan kaum kalau berarak sekadar boleh dibilang dengan jari.

Kebebasan bersuara dan bertanya apa sahaja di parlimen menunjukan Tun sangat terbuka sekaligus menggambarkan lokman bukan sahaja  salah tetapi berbohong..


Monday, July 16, 2018

SILA DUDUK JANGAN LARI.......... NAJIB DAN TUN ELOK BERDAMAI, YANG MUDA PI JUMPA YANG TUA, SIMPAN MULUT, FOKUS DI HADAPAN... MELAYU SELESAI



......
Politik serba mungkin.. 

Cukuplah 4 pertuduhan atau tambahan pertuduhan atas merit,  jangan mencabar,  jangan menganjing dan bukan lagi political will,  rakyat perlu bertenang dan serahkan pada pihak berkuasa. 
Najib kena face his own music. 

Hadi jumpa Tun,  kena bincang elok², Islam hanya satu. Tiada liberal tiada hadhari... 
Cukuplah dengan yang 4 imam muktabar dan berlapang dada dengan syiah selagi tidak menggugat. 
Allah lebih mengetahui.. 

Banyak lagi saranan dan gagasan perpaduan yang perlu dianjurkan,  cari titik pertemuan,  bukan titik perbalahan. 

Boleh kot. 

life Science - Anda Sedang Dialisis (?)

  Berita baik untuk mereka yang dialisis dan 3 Serangkai, Produk dari Farmasi Jepun akan berada di pasaran Malaysia mulai Jun 2024. Kemampua...