Tuesday, August 14, 2018

KERUSI TERBANG BIAR SETAKAT DALAM RUMAH SENDIRI...

Rakyat berpuashati apabila Anwar kunjungi Tun salam suasana mesra dan berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi PKR meminta calon, teaM calon, penyokong calon dalam pemilihan PKR supaya kunci MULUT dan berdisiplin, jangan libatkan.pihak luar dalam pertandingan dalaman.

Bertanding dan menanglah cara JANTAN, budiman dan bukan nyah dan fitnah.

Andai nak bertumbuk, kerusi terbang, patah riuk biarlah di kalangan mereka sahaja..

Haaah apa lagi, tepukkkk...lah

ANAK BUAH MULUT JAHAT, PAK SHEIKH MENGADAP TUN...?




Monday, August 13, 2018

MUJAHID PERLU DIPANGGIL UNTUK DIBERI PERINGATAN DAN AMARAN SERTA MENDENGAR PENJELASANNYA...

"SAY NO TO LGBT"

"LGBT DILARANG MASUK TANDAS AWAM"

"LGBT ANCAMAN KEPADA LELAKI DAN WANITA"


Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah meneliti pelbagai isu dan juga pendapat para ulama dan cendiakawan serta pengamal undang-undang, kami berpendapat seperti berikut:

Perlunya rayuan dibuat dan kesungguhan dari semua pihak untuk mendaulatkan hukum dan fatwa yang telah diputuskan sementelahan lagi ianya berdasarkan nas syarak yang sarih lagi nyata. Alhamdulillah, tahniah kepada badan-badan yang terlibat hingga mampu mempertahankan Islam.

Memuliakan syara’ dan mematuhinya hendaklah mengatasi segala-galanya. Ia sekali-kali tidak boleh dihukum kepada hukum syara’ kerana ia datang daripada Rabb al-‘Alamin.

Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan. Hikmah Allah dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.

Beralasan dengan penyakit tertentu tidaklah boleh diterima dengan begitu mudah apatah lagi ia merupakan kesongsangan jiwa dan watak yang sepatutnya dihalang untuk menjadi golongan yang ketiga dalam masyarakat.

Kami berharap agar rasa takut kepada Allah dan perasaan dalam hati untuk mentaati perintah Allah SWT dengan sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami taat) hendaklah sentiasa terpahat di dalam sanubari setiap umat Islam.

Hukum bukanlah diasaskan kepada logik akal semata-mata atau merasakan sebagai kebebasan hak setiap manusia tetapi dalam Islam hendaklah berpandukan wahyu Ilahi dan hadyun nabawi (petunjuk nabi). Inilah yang mesti difahami oleh umat Islam.

Jangan sesekali mencabar fatwa yang diputuskan oleh para ulama kerana mereka bukan mengeluarkan hukum sesuka hati mereka dan juga mahu kepada pengaruh atau harta benda dunia tetapi fatwa yang diberikan mempunyai asas sandaran dan sumber yang muktamad daripada Al-Quran, al-Sunnah, qiyas dan juga ijma’.

Menghormati para ulama adalah salah satu daripada ciri muslim dan mukmin yang baik. Kalaulah kita tidak menghormati ulama maka siapa lagi yang patut kita hormati.


Saya berharap dengan keputusan yang telah dikemukakan, marilah sama-sama kita menginsafi diri dengan melihat bahawa ini bukanlah lagi isu menang atau kalah tetapi sama-sama menghayati nas Ilahi dan Nabawi mengikut neraca syara’. Semoga dengan ini, hati kita dapat tunduk dan patuh kepada perintah-Nya dengan penuh keredhaan dan berjanji setia dengan kalimah karamah sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami patuh).

Semoga kenyataan ini menjadikan kita bermuhasabah sebagai seorang mukmin yang taat dan patuh kepada perintah Allah. Marilah sama-sama kita mencari mardhatillah.



Akhukum fillah,

S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

http://www.muftiwp.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=1820:siri-5-isu-transgender-tasyabbuh-atau-penyerupaan-hukumnya-edisi-kemaskini&catid=82&Itemid=408&lang=ms

MAHATHIR SEKOLAHKAN PEMIMPIN.PKR




Pemimpin PKR kena ingat, Mahathir bukan macam NAJIB..

NAJIB kalau ditanya tahun.ini, tahun depan baru dia jawab..
Tun akan jawab spontan, sharp shooter..sekarang kau orang terkangkang nak jawab balik.

KITA TUNGGU DAN LIHAT..NASIB PARTI TERAS MELAYU

Umno masih sayang dan dukung lanun..
AMANAH ada Menteri pro lgbt..
PKR kemaruk kuasa, berpuak, berbunuhan, rasa hebat..
BERSATU lembek..
PAS..pendirian lalang..hukum diubah ikut selera pemimpin..


# Aku sarankan pemimpin bukan Melayu di PKR keluar dan SERTAI DAP untuk pemimpin Melayu sedar diri sikit...

Nak selamat..letak kepercayaan dan berdiri teguh belakang Tun untuk satu HALATUJU Melayu dan Islam yang bermaruah..

Tun tidak sempurna tetapi masih ANTARA yang terbaik, Tun juga hanya sementara, sedetik dua..

Bukan soal Tun yang jadi isu dan masalah, tetapi keutamaan, masih sempatkah Melayu dan Islam berdiri di belakangnya untuk BERSATU dan mendapat tunjuk ajar membina anak bangsa secara bermaruah..

Tidak adA Melayu selepasnya boleh mempersatukan kita dan rakyat Malaysia untuk hidup harmoni, hormat menghormati dan berkongsi kuasa dan ekonomi..


# Anwar disokong menjadi PM selepas Tun tetapi perlu berada sabar dan setia di belakangnya, dan bukan melalui pintu lain...

Sunday, August 12, 2018

POLITIK KOTOR PKR


KOTOR..

POLITIK dalaman PKR, KENAPA perlu libatkan pihak luar terutama melibatkan komponen.

Apakah Anwar sudah lemah hingga memerlukan sandaran nama² tokoh yang lebih hebat darinya untuk dilihat masih kuat.

Apakah team Rafizi kehabisan isu dalaman hingga perlu menyeret isu luar?

Apakah mereka mula sedar, kekuatan Azmin bukan sekadar pandai, setia dan ampu Anwar tapi rekod dan prestasinya sebagai politician dan pentadbir negeri dan negara tidak mampu ditandingi sesiapa pun dari PKR itu sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, Azmin masih muda dan tidak melakukan apa² aktiviti yang memudaratkan tulang belakang, sudah tentu mampu bertahan sebagai Timbalan Presiden.

Ingat lagi pembohongan Rafizi?
PAS kalah teruk di Kedah dan akan dapat 3-4 kerusi Parlimen sahaja di PRU14 - Realitinya?

Cukuplah bersyukur tidak disumbat ke Sungai Buluh, dan janganlah kecewa tidak dilantik ke kabinet kanan - kamu masih punya masa depan, bertandinglah sebagai seorang akauntan dan bukan secara perjudian.

Masa depan Anwar sebagai PM bukan di tangan Mahathir.
Tun sebagai PM pun bukan atas percaturannya.
Tetapi asbabnya kerana sabar atas keperluan situasi dan masa.

Anwar jangan cuba dahului masa, gopoh dan terperangkap dengan teori dan desakan budak hingusan seperti Rafizi.
Malaysia tidak memerlukan seorang PM yang mengurus negara dari katil hospital atau kerusi roda.


Azmin kalah atau menang, punya masa depan politik yang cemerlang kerana sosok tubuhnya jauh lebih baik dari Anwar dan Rafizi.


# Jika Tun Daim terlibat, ia bukan bermaksud menghalang Anwar sebagai PM tetapi lebih kepada menghentikan niat segelintir dalam PKR yang mahu bersekongkol dengan beberapa pemimpin umno untuk membersihkan nama NAJIB sebagai politik dendam kepada Mahathir (?)

# Rakyat akan meletakan kepentingan negara MENGATASI lain² perkara, parti atau tokoh.
Pengaruh parti dan tokoh sudah tiada - salah jalan, silap langkah - rakyat akan tunjuk jalan keluar.

ANTARA SEORANG MAKNYAH DENGAN SEORANG KLEPTOKRACY...

ANTARA sekumpulan lgbt yang menyundal sesama mereka DENGAN sebuah kerajaan yang zalim dan pemimpin² bersekongkol mengkhianati rakyat... 


Dua dua HAPRAK tapi MANA satu
MANA YANG LEBIH HAPRAK..
MANA YANG LEBIH HAPRAK..

PAS SIBUK DENGAN ISU JANTINA MANAKALA PH SIBUK LAWAN RASUAH

PAS sibuk dgn isu aurat pramugari, hakikatnya pasukan bola sepak Kelantan sejak 1990 lagi *TIDAK TUTUP AURAT*

PAS sibuk sokong kawin bawah umur hanya nak tutup kemaluan rakyat negeri Kelantan yg kawin bawah umur

PAS sibuk isteri2 mereka yg perlu juga dapat KWSP sedangkan bila dah kawin lebih tu maksudnya dah mampu la dari segi ekonomi, so kenapa nak minta bantuan kerajaan lagi.

PAS sibuk isu LGBT/TRANSGENDAR, hakikatnya masalah sosial ini yg tinggi di Kelantan juga.

PAS sibuk isu khilafiyah, TRANSGENDAR nak masuk tandas yg mana hakikatnya tentu saja ada pertentangan pendapat dalam isu ini. 

PH pula sibuk isu lawan rasuah, ini kerana mudarat rasuah meliputi kesannya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Dimana PAS dalam isu rasuah dan Kleptokrasi?

1. Isu 1MDB
2. Isu saluran gas yg projek baru jalan 13%, namun bayaran dah bayar 90%
3. Isu kerajaan lama dalam diam dah bayar 7 billion hutang 1MDB
4. Isu hutang negara 1 Trillion
5. Isu input tax 18 billion yg hilang
6. Isu duit Iksim yg gunakan sumber zakat / dana MAWIP namun lebih 7 juta digunakan tanpa rekod.

Hakikatnya setakat itu saja mentaliti lebai UMNO-PAS-ISMA-IKSIM




Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...