Tuesday, August 14, 2018

SIAPA DALAM.PKR YANG JADI BARUA UMNO..

Mudah sahaja untuk kenalpasti..

Kalau penegasannya menjurus serang Tun dan melagakan Anwar Mahathir itu tidak lain dan tidak bukan itulah barua umno.

Untuk menjadi barua umno memang tidak lagi perlu ddak tetapi cukuplah JIKA ada habuan selepas itu.

Tidak kurang juga pengaruh umno dalam PKR, seolah ada amalan dedak, walau sikit, dedak tetap dedak.

Sejarah NAJIB, apabila dia diserang, siapa yang jadi tukang mempertahankan, antaranya annuar musa dan ahmad mazlan.

Hari ini kedua dua mereka muncul senada meminta Anwar jadi PM SELAMATKAN bangsa dan UGAMA?? UMNO sudah tidak mampu...

Ada budak hingusan pkr sudah terpesona dengan umno???

KERUSI TERBANG BIAR SETAKAT DALAM RUMAH SENDIRI...

Rakyat berpuashati apabila Anwar kunjungi Tun salam suasana mesra dan berterima kasih kepada kepimpinan tertinggi PKR meminta calon, teaM calon, penyokong calon dalam pemilihan PKR supaya kunci MULUT dan berdisiplin, jangan libatkan.pihak luar dalam pertandingan dalaman.

Bertanding dan menanglah cara JANTAN, budiman dan bukan nyah dan fitnah.

Andai nak bertumbuk, kerusi terbang, patah riuk biarlah di kalangan mereka sahaja..

Haaah apa lagi, tepukkkk...lah

ANAK BUAH MULUT JAHAT, PAK SHEIKH MENGADAP TUN...?




Monday, August 13, 2018

MUJAHID PERLU DIPANGGIL UNTUK DIBERI PERINGATAN DAN AMARAN SERTA MENDENGAR PENJELASANNYA...

"SAY NO TO LGBT"

"LGBT DILARANG MASUK TANDAS AWAM"

"LGBT ANCAMAN KEPADA LELAKI DAN WANITA"


Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Setelah meneliti pelbagai isu dan juga pendapat para ulama dan cendiakawan serta pengamal undang-undang, kami berpendapat seperti berikut:

Perlunya rayuan dibuat dan kesungguhan dari semua pihak untuk mendaulatkan hukum dan fatwa yang telah diputuskan sementelahan lagi ianya berdasarkan nas syarak yang sarih lagi nyata. Alhamdulillah, tahniah kepada badan-badan yang terlibat hingga mampu mempertahankan Islam.

Memuliakan syara’ dan mematuhinya hendaklah mengatasi segala-galanya. Ia sekali-kali tidak boleh dihukum kepada hukum syara’ kerana ia datang daripada Rabb al-‘Alamin.

Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan. Hikmah Allah dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsia-Nya kepada makhluk seperti manusia.

Beralasan dengan penyakit tertentu tidaklah boleh diterima dengan begitu mudah apatah lagi ia merupakan kesongsangan jiwa dan watak yang sepatutnya dihalang untuk menjadi golongan yang ketiga dalam masyarakat.

Kami berharap agar rasa takut kepada Allah dan perasaan dalam hati untuk mentaati perintah Allah SWT dengan sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami taat) hendaklah sentiasa terpahat di dalam sanubari setiap umat Islam.

Hukum bukanlah diasaskan kepada logik akal semata-mata atau merasakan sebagai kebebasan hak setiap manusia tetapi dalam Islam hendaklah berpandukan wahyu Ilahi dan hadyun nabawi (petunjuk nabi). Inilah yang mesti difahami oleh umat Islam.

Jangan sesekali mencabar fatwa yang diputuskan oleh para ulama kerana mereka bukan mengeluarkan hukum sesuka hati mereka dan juga mahu kepada pengaruh atau harta benda dunia tetapi fatwa yang diberikan mempunyai asas sandaran dan sumber yang muktamad daripada Al-Quran, al-Sunnah, qiyas dan juga ijma’.

Menghormati para ulama adalah salah satu daripada ciri muslim dan mukmin yang baik. Kalaulah kita tidak menghormati ulama maka siapa lagi yang patut kita hormati.


Saya berharap dengan keputusan yang telah dikemukakan, marilah sama-sama kita menginsafi diri dengan melihat bahawa ini bukanlah lagi isu menang atau kalah tetapi sama-sama menghayati nas Ilahi dan Nabawi mengikut neraca syara’. Semoga dengan ini, hati kita dapat tunduk dan patuh kepada perintah-Nya dengan penuh keredhaan dan berjanji setia dengan kalimah karamah sami’na wa ata’na (kami dengar dan kami patuh).

Semoga kenyataan ini menjadikan kita bermuhasabah sebagai seorang mukmin yang taat dan patuh kepada perintah Allah. Marilah sama-sama kita mencari mardhatillah.



Akhukum fillah,

S.S. Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

http://www.muftiwp.gov.my/v4/index.php?option=com_content&view=article&id=1820:siri-5-isu-transgender-tasyabbuh-atau-penyerupaan-hukumnya-edisi-kemaskini&catid=82&Itemid=408&lang=ms

MAHATHIR SEKOLAHKAN PEMIMPIN.PKR




Pemimpin PKR kena ingat, Mahathir bukan macam NAJIB..

NAJIB kalau ditanya tahun.ini, tahun depan baru dia jawab..
Tun akan jawab spontan, sharp shooter..sekarang kau orang terkangkang nak jawab balik.

KITA TUNGGU DAN LIHAT..NASIB PARTI TERAS MELAYU

Umno masih sayang dan dukung lanun..
AMANAH ada Menteri pro lgbt..
PKR kemaruk kuasa, berpuak, berbunuhan, rasa hebat..
BERSATU lembek..
PAS..pendirian lalang..hukum diubah ikut selera pemimpin..


# Aku sarankan pemimpin bukan Melayu di PKR keluar dan SERTAI DAP untuk pemimpin Melayu sedar diri sikit...

Nak selamat..letak kepercayaan dan berdiri teguh belakang Tun untuk satu HALATUJU Melayu dan Islam yang bermaruah..

Tun tidak sempurna tetapi masih ANTARA yang terbaik, Tun juga hanya sementara, sedetik dua..

Bukan soal Tun yang jadi isu dan masalah, tetapi keutamaan, masih sempatkah Melayu dan Islam berdiri di belakangnya untuk BERSATU dan mendapat tunjuk ajar membina anak bangsa secara bermaruah..

Tidak adA Melayu selepasnya boleh mempersatukan kita dan rakyat Malaysia untuk hidup harmoni, hormat menghormati dan berkongsi kuasa dan ekonomi..


# Anwar disokong menjadi PM selepas Tun tetapi perlu berada sabar dan setia di belakangnya, dan bukan melalui pintu lain...

Sunday, August 12, 2018

POLITIK KOTOR PKR


KOTOR..

POLITIK dalaman PKR, KENAPA perlu libatkan pihak luar terutama melibatkan komponen.

Apakah Anwar sudah lemah hingga memerlukan sandaran nama² tokoh yang lebih hebat darinya untuk dilihat masih kuat.

Apakah team Rafizi kehabisan isu dalaman hingga perlu menyeret isu luar?

Apakah mereka mula sedar, kekuatan Azmin bukan sekadar pandai, setia dan ampu Anwar tapi rekod dan prestasinya sebagai politician dan pentadbir negeri dan negara tidak mampu ditandingi sesiapa pun dari PKR itu sendiri.

Bukan setakat itu sahaja, Azmin masih muda dan tidak melakukan apa² aktiviti yang memudaratkan tulang belakang, sudah tentu mampu bertahan sebagai Timbalan Presiden.

Ingat lagi pembohongan Rafizi?
PAS kalah teruk di Kedah dan akan dapat 3-4 kerusi Parlimen sahaja di PRU14 - Realitinya?

Cukuplah bersyukur tidak disumbat ke Sungai Buluh, dan janganlah kecewa tidak dilantik ke kabinet kanan - kamu masih punya masa depan, bertandinglah sebagai seorang akauntan dan bukan secara perjudian.

Masa depan Anwar sebagai PM bukan di tangan Mahathir.
Tun sebagai PM pun bukan atas percaturannya.
Tetapi asbabnya kerana sabar atas keperluan situasi dan masa.

Anwar jangan cuba dahului masa, gopoh dan terperangkap dengan teori dan desakan budak hingusan seperti Rafizi.
Malaysia tidak memerlukan seorang PM yang mengurus negara dari katil hospital atau kerusi roda.


Azmin kalah atau menang, punya masa depan politik yang cemerlang kerana sosok tubuhnya jauh lebih baik dari Anwar dan Rafizi.


# Jika Tun Daim terlibat, ia bukan bermaksud menghalang Anwar sebagai PM tetapi lebih kepada menghentikan niat segelintir dalam PKR yang mahu bersekongkol dengan beberapa pemimpin umno untuk membersihkan nama NAJIB sebagai politik dendam kepada Mahathir (?)

# Rakyat akan meletakan kepentingan negara MENGATASI lain² perkara, parti atau tokoh.
Pengaruh parti dan tokoh sudah tiada - salah jalan, silap langkah - rakyat akan tunjuk jalan keluar.

3/5/2024 Hq Meeting Updates

 3/5/2024 Hq Meeting Updates Payment Update  - QM will begin to make payment from 10th May onwards up to July. ✅ - QM is committed to settle...