Monday, June 9, 2014

JOHOR OH JOHOR....luaskan kuasamu

Apabila rang undang2 LPHJ diluluskan oleh DUNJsemalam walaupun diminta tangguh oleh beberapa pihak kini timbul persaolan:
Kenapa ia tidak boleh ditangguhkan?
Bukankah penangguhan satu cara untuk menegakkan kebenaran, berani kerana benar.
Penangguhan juga membawa makna sedia menjadi pendengar yg baik dan tidak ada yg tersirat mahu disembunyikan.
Kenapa perlu tergesa-gesa diluluskan terutama bila ada bantahan, apa yg nak dikejarkan?
Wakil rakyat pas juga turut mengundi setuju - sesuatu yg tidak normal, apakah persetujuan wakil rakyat pas itu diperlukan sebagai pengesahan apa yg dilakukan kerajaan umno itu betul?!!! sejak bila!

Memperhalusi  LPHJ tidak ada cacat celanya tetapi kenapa sebahagiannya membantah, apa dan di mana yg tak kena? Dalam ketika "kerajaan sekarang" kurang dipercayai, tindakan tergea-gesa tentunya sesuatu yg tidak wajar.

Apa reaksi najib - dilaporkan najib sudah memaklumkan kpd khaled ia harus selaras dengan perlembagaan negara.
apa reaksi muhyiddin - tidak dilaporkan atau saya yg tidak mengesannya.

Apapun nasi sudah masak, rang undang2 LPHJ telah diluluskan, tunggu diwartakan dan tunggu jika ada yg mengheretnya ke mahkamah.
ini kali, melayu akan berhujah lagi, bertelagah, berpecah...

Pemimpin mungkin tidak perlu dengar keluhan rakyat buat masa ini walau sebesar mana, lu siapa? paling keramat bahasa jampi serapah "demi rakyat" dipertaruhkan, disandar sebagai tangkal rakyat walaupun rakyat kurang faham butiran jampi serapah tersebut.



Semuanya kerana pilihanraya masih jauh lagi !!!

# bukankah khaled nordin antara mb yg diwar-warkan sebelum ini akan digugurkan spt md said? perkembangan terbaru menunjukkan khaled dalam zon selamat.

15 comments:

  1. uniknya johor, uniknya menteri besar yang bukan orang muor ini. setakat pas menyokong sahaja tidak begitu menakjubkan, kerana dijangkakan dap pun turut menyokong enakmen yang dibentangkan. banyak keuntungan politik jangka panjang untuk mereka jadikan modal pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  2. Isu tanah kat johor ni jadi kritikal sejak pertengahan tahun 2008 lagi. Rakyat johor dan org2 yang tggl kat johor mesti tau punya. Faktor2 yg jadi isu, pemilikan yg terlampau byk dari org2 singapore, kenaikan harga yg ekstrim, jurang2 populasi kaum yg tinggi di kawasan bandar, monopoli syarikat2 besar untuk kawasan elit dan....mcm2 lagilah.

    ReplyDelete
  3. Kita mengharapkan yg terbaik, terutama dari segi perlaksanaannya dan sebagai contoh kpd yg lain. Jika tidak, johor berganda musnah ditangan warga asing terutama negara jiran.

    ReplyDelete
  4. biar orang johor yg selesaikan masalah johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org johor sedang diberi gula gula dan janji manis pemimpin, org luar nampak org johor dlm risiko kencing manis acute..

      Delete
  5. Kluangdiamond...khaled adalah org paklah yg masih dikuasi oleh kroni2 paklah dari singapork. Jika khaled betul orgnya dari awal, kenapa perlu buat pindaan sebelum rang undang2 itu diluluskan.

    Sultan diheret untuk terlibat bersama supaya mudah untuk mereka jadi "raja".

    ReplyDelete
  6. DAULAT TUANKU!

    Sebenaqnya sistem Raja Berpelembagaan (Constitutional Monarchy) dibahagi dua iaitu “Executive Monarchy” (Raja mempunyai kuasa sosial-politik) dan “Ceremonial Monarchy” (Raja hanya sbg. SIMBOL Adat) – dan di TANAH MELAYU pusaka nenek moyang kita ni, Kesultanan Melayu BUKAN hanya sbg. “Ceremonial Monarchy” (palsu dilapurkan si Wikipedia tu– di http://en.wikipedia.org/wiki/Constitutional_monarchy , Executive monarchy versus Ceremonial monarchy), tetapi Kesultanan Melayu kita juga mempunyai kuasa besar “Executive Monarchy” (walau tidak mutlak), mengikut Perlembagaan Persekutuan - Perkara-Perkara 3 [3(1), 37 (1), 39, 40, 41, 42, 44, 153 dan banyak lagi ; yg. ada di antara kuasa ini sebenaqnya berlansungan dr. sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS laknat lagi! KEBENARAN ini sebenaqnya mahu diSEMBUNYIkan oleh loyar-loyar-LONGKANG si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM – seolah Perlembagaan Persekutuan hanya berasaskan undg-undg si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS secara mutlak, terutamanya dari Parlimen British-ZIONIS (Westminster system)!

    Lihat di - http://zanas.wordpress.com/kembalikan-kekuatan-orang-melayu-62-tahun-yang-lalu/artikel-153-perlembagaan-malaysia/ :

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia:

    Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia......

    Dan lihat artikel yg. sungguh BERNAS ini yg. membuktikan begitu jelasnya PENGIKTIRAFAN pelansongan kuasa EKSEKUTIF Raja/Sultan Melayu dari sebelum PENJAJAHAN British-ZIONIS; semasa Perlembagaan Persekutuan digubal, bukan sekadar “hiasan Adat“ – sepatutnya PENASIHAT-PENASIHAT mcm Haji Mahamad Naser bin Disa, Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Dewan Amal Islami (DAMAI) - di lantik sbg. PENASIHAT TULEN dlm MT UMNO, Utusan Melayu dan JPM (ketiganya yg. disyaki sudah dikuasai si LIBERAL-plg-merbahaya) !

    Lihat artikel BERNAS ini di - https://akarimomar.wordpress.com/tag/perlembagaan-persekutuan/ :

    Hijrah Minda: Agenda Transformasi Islam

    Haji Mahamad Naser bin Disa[1]

    7 April, 2012

    Islam Agama Negara: Undang-undang Tertinggi Negara

    Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi di Negara ini memartabatkan Islam sebagai Agama Negara – Fasal 1 Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan – “Islam adalah agama bagi Persekutuan;” atau dalam teks asalnya “Islam is the religion of the Federation;”[2] Jika diterjemahkan ke bahasa Arab ia bermaksud – “Al Islam deen alDawlah”. Bersandar kepada ketinggian kedudukan Islam sebagai Agama Negara ini, Fasal 1 Perkara 37 Perlembagaan Persekutuan mewajibkan Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong untuk membuat satu komitmen atas nama suci Allah dengan melafazkan sumpah – wallahi; wabillahi; watallahi untuk memelihara agama Islam pada semua masa. Lafaz sumpah ini dilakarkan secara khusus di dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.

    Atas sifat dan kedudukan Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara (The Supreme Head of Federation), semua pihak yang ada hubung kait dengan pemerintahan Negara ini juga terikat untuk melaksanakan sumpah berkenaan kerana segala urusan pemerintahan dalam Negara ini bersumberkan kepada kuasa eksekutif Baginda sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan. Justeru, berpaksikan kepada kedudukan Islam sebagai Agama Negara dan komitmen Ketua Utama Negara, segala agenda Negara sama ada dalam bentuk dasar mahupun perundangan semestinya berpaksikan kepada prinsip Islam dan tidak boleh sama sekali menyanggahi atau menjejaskan ketinggian dan kedaulatan Agama Negara…..(TERUSkan MEMBACA)

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete
  7. Apa benda yg ko sembang ni bebb....

    Bende baikk ni.... patut rakyat berbaris panjang kat pantai lido sampai ke istana bkt serene utk ucap tahniah pd tuanku dan terima kasih...

    Kesiann org johor yg berotak pembangkang... mudah digula2kan kit siang....

    Draf ni dah dibuat lama....dan dah dihalusi cuma last minute amendment.....sbb kump peguam johor x mau ambil risiko...dan nak elakkan konflik

    Kalau bwak ke mahkamah pon gerenti bleh mng punya sbb enakmen ni selari dgn pelembagaan persekutuan dan tubuh negeri johor...

    Cuma rakyat saja yg terpinga2 nak dengar yg mana satuu...

    Redbin cuma tunggu kat fb sajaa....sbb redbin tau org mlayu cari maklumat di fb sajaa...

    Lepas tu habis laa sekor2 org melayu kene semelih di fb... pemikiran dah kene doktrin dan racun dah meresap satu bdan...

    Sbb tu x npk bende baik walo dah terhidang dpan mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello brader, kalau dalam negeri Johor ini, pemimpin yang setuju sebahagiannya kerana itu boss mereka, sebahagian yang tidak setuju kerana mereka tak dapat apapun, jeles dan sebagainya, sebahagian lagi merasakan sesuatu 'fishy' sedang berlaku.

      Kenapa perkara ini tidak berlaku di zaman Ghani - apakah Ghani tidak sebijak Khaled atau Ghani bersekongkol?

      Tetapi apabila ada individu dan pihak di luar sana bersuara, dengan fakta - bukan auta. orang Johor kena buat pertimbangan, justifikasi dan kewarasan.
      Mereka bersuara walaupun mereka tidak berkepentingan - tak perlulah emosi orang johor macam emosi tengok JDT kalah bola !!!

      Delete
  8. Daulat Tuanku

    Terdapat tanah di kawasan patik di antara Sg Punggor ke Sg Tongkang ,Batu Pahat ..tanah rizab melayu telah bertukar tangan ke tangan cinabeng. Patik mohon agar tuanku perintahkan pej tanah batu pahat siasat perkara ini.
    Patik pacal yang hina ...menaruh harapan semua tanah rizab melayu tidak bertukar tangan dengan permainan silap mata pihak berkuasa adanya...Tanah tersebut telah di lapangkan utk projek yang tidak di ketahui tuanku.

    ReplyDelete
  9. Tembelang Khaled bertaburan - Tanpa Utusan Malaysia tampil kehadapan dengan langkah tegas mengumpul kekuatan rakyat dari berbagai lapisan dan menyampaikan perasaan,bantahan dan suara berani mereka , maka tidak akan berlaku suatu pindaan yangdrastik yang mencantas kembali kuasa multlak yang hendak diberikan kepada raja.

    Betapa besar dan dahsatnya kuasa Raja untuk campurtangan dalam pentadbiran negeri dapat dirasakan oleh setiap orang yang membaca setiap pindaan ketas Rang Undang- Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor yang telah digubal dan disiarkan sepenohnya oleh Utusan Malaysia dan lain lain akhbar/

    ReplyDelete
  10. Feudalism Out You Go said...
    Orang Johor bukan bodoh. Tindak tanduk Khazanah Nasional, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor dan Istana berlumba-lumba menjual tanah Johor kepada syarikat-syarikat asing adalah rahsia terbuka yang menyebabkan rakyat menyampah dengan kerajaan Negeri, kerajaan Persekutuan dan institusi istana. Rakyat tak perlu dihasut lagi, rakyat dah memang meluat.

    Janganlah buat-buat terperanjat apabila rakyat meletakkan Umno dalam tong sampah dalam pilihanraya akan datang dan memilih parti lain yang tidak komited untuk mempertahankan Melayu dan institusi raja-raja Melayu sebab sejarah selalu membuktikan harapkan pagar, pagar makan padi.

    ReplyDelete
  11. Pemimpin Umno negeri dan persekutuan digesa bersatu dalam usaha memberi penerangan secara terperinci kepada rakyat sehingga ke akar umbi‎ mengenai penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) yang memberikan kuasa multak kepada Sultan Johor kata Tun Musa Hitam (gambar) lapor New Sunday Times.

    Bekas timbalan presiden Umno yang berasal dari Johor itu berkata, penting bagi parti memberi penerangan yang jelas kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keadaan bertambah teruk.

    "Pemimpin Umno negeri dan persekutuan mesti turun padang berhubung dengan rakyat untuk menyelesaikan kemelut itu atau ia akan bertambah kritikal," katanya seperti yang dipetik daripada akhbar berbahasa Inggeris itu hari ini.



    Beliau berkata, kerajaan tidak boleh menghalang rakyat mempersoalkan pelaksanaan penubuhan LPHJ terutama apabila pelaksanaan itu dikatakan akan memberi kuasa eksekutif kepada Sultan.
    "Rakyat berhak tahu adakah ‎benar dakwaan pembentangan Rang Undang-undang LPHJ akan memberi kuasa eksekutif kepada Sultan dalam hal melibatkan pengurusan perumahan dan hartanah.

    "Mereka tidak boleh menjangka rakyat berdiam diri kerana ia juga membabitkan rakyat," katanya.

    Selain itu, bekas timbalan perdana menteri itu juga mendakwa terdapat sesetengah pihak yang dilihat mengambil kesempatan di atas kekeliruan isu berkenaan.

    "Sesetengah mereka ada yang cuba mengambil kesempatan menambahkan lagi kekeliruan maka menjadi tanggungjawab kerajaan dan parti menjelaskan polemik ini," katanya.

    Pada masa sama Musa turut mengulas kritikan pakar perundangan yang turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri itu.

    Katanya pakar perundangan mendesak enakmen tersebut ditangguhkan kerana ia bukan sahaja membabitkan negeri malah seluruh negara.

    "Jika dakwaan itu benar maka ia akan menjejaskan konsep asas Raja Berperlembagaan ‎dan Demokrasi Berparlimen," katanya.

    Hasrat kerajaan negeri Johor untuk membentangkan rang undang-undang penubuhan LPHJ mendapat kritikan hebat termasuk pemimpin Umno sendiri.

    Malah ia turut mendapat liputan meluas melalui akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia yang dilihat begitu lantang mengkritik tindakan tersebut.

    Mengulas mengenai hal itu, Musa berkata kerajaan Johor juga tidak terkecuali memberikan penerangan kepada pemimpin Umno.

    "Sesetengah pemimpin termasuk Umno tidak mendapat maklumat betul, pasti ada sesuatu yang tidak kena sekiranya dakwaan itu benar‎," katanya.

    - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/umno-perlu-jelaskan-pelaksanaan-lphj-kata-musa-hitam#sthash.MMikT92f.dpuf

    ReplyDelete
  12. A Kadir Jasin
    RANG Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN). Semua 38 Adun Barisan Nasional menyokong dan semua 18 Adun Pakatan Rakyat dilaporkan “tidak mengundi”.

    ReplyDelete
  13. Isu kritik Sultan, Umno dan Utusan buat semua tak apa
    KUALA LUMPUR 10 JUN: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan NGO pro-Melayu lain tidak melenting walaupun Umno melalui lidah rasminya, Utusan Malaysia mengkritik Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014.
    “Jika Umno dan Utusan buat, tak apa. Jika kita yang buat, mereka akan terus bertindak dan Isma akan melenting,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
    Beliau merujuk kritikan disuarakan pemimpin Umno dan akhbar itu ke atas rang undang-undang yang pada awal memberi kuasa pentadbiran kepada Sultan Johor dalam lembaga perumahan.
    Rang undang-undang itu diluluskan di DUN Johor semalam dengan pindaan menggugurkan kuasa sultan.
    “Apa yang mendiang Karpal Singh kata mengenai Sultan (sehingga didakwa mengikut Akta Hasutan) lebih ringan berbanding apa yang Utusan dan Umno lakukan,” kata Anwar dipetik Malaysiakini.

    ReplyDelete