Saturday, November 15, 2014

UMNO Selangor Kena Belajar dengan UMNO Johor

KONVENSYEN UMNO 2014
14-15 November 2014
Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru

Intipati Ucapan Dato Seri Khaled Nordin
● konvensyen ini menjadi platform perbahasan
● tema disini lahirnya UMNO menjadi tema dan suntikan perjuangan
● UMNO bukan sahaja politik namun ia adalah sebuah perjuangan pengislahan bangsa melayu
● 6 dekad UMNO berjaya mendepani cabaran dgn bijaksana
● cabaran masakini tertumpu pada malaysia dan dunia global
● 2 cabaran UMNO adalah kemunculan global politik dan kebudayaan kepercayaan terhadap institusi politik
● dunia digital menguasai dunia politik dan jumlahnya ramai khususnya golongan muda dalam pelbagai aspek
● UMNO perlu hadapi realiti politik dalam dunia yg mencabar
● ketidakpercayaan UMNO semakin membarah apabila tidak melihat
● generasi kini telah mengubah struktur tradisional
● 3 pilihan iaitu menentang perubahan namun kita akan kecundang, kedua mengambil sikap tidak indah ia akan menyebabkan kita terasing dan tidak relevan dan pilihan ketiga adalah merancang dan mengurus dgn ilmu dan bijaksana akan membawa kepada pengislahan serta nafas baru pd UMNO
● 4 pendekatan UMNO iaitu pertama lakukan transformasi dan diurus dgn pendekatan sederhana, kedua gigih berikhtiar pd generasi muda utk meyakini UMNO, ketiga perlu mekanisme baru dgn kedinamikan semasa spt penggunaan teknologi media sosial dan keempat ialah beroperasi menerusi perkhidmatan sivik iaitu sindrom mengharapkan orang lain
● ikrar UMNO Johor berikrar utk lakukan misi perubahan dengan membina politk moden, berprinsip dan inklusif
● sebelum PRU 14, 4 agenda strategi akan dilakukan iaitu pertama pengukuhan kuasa orang melayu tanpa meminggirkan bangsa lain, kedua memperkukuhkan BN menerusi formula perkongsian kuasa dgn menghormati parti lain dan mereka perlu menghormati islam dan Melayu, ketiga ialah berusaha memastikan kemenangan semua kerusi pada PRU 14, keempat UMNO Johor tidak akan jadi parti dihujung usia, ia akan dipimpin oleh orang muda, susuk peribadi yg kamil, berilmu, berjiwa pejuang, UMNO akan cari pemimpin berwibawa dan berbakat dalam mengungguli parti UMNO
● UMNO memerlukan kepimpinan sofistikated dan pemikiran bernas, pendekatan moden dan inklusif
● UMNO Johor mewujudkan institusi penyelidikan bagi membantu 3 perkara iaitu badan pemikir dan strategi yg sesuai, kedua sebagai forum terbuka utk beri idea yg besar dan ketiga mengadakan seminar pendidikan dan latihan bagi parti UMNO Johor

INTIPATI DATUK SERI NAJIB
● Julung kali diadakan dibawah kepimpinan UMNO Johor
● ucapan MB amat tepat sekali, pengislahan, moden, inklusif, melayu dan islam, tanpa mengenepikan kaum lain yang mana ia adalah gerak langkah yg UMNO perlu lakukan, maka proses kebangkitan telah bermula di Johor sebagai tunjang kekuatan
● kelangsungan UMNO adalah bumi Johor sebagai benteng utama
● bumi Johor akan terus kekal akar tunjang kubu kuat BN
● isyarat telah diberikan supaya perlu kita lakukan realiti check, isyarat itu telah diterima menerusi proses munasabah
● pengislahan perlu dilakukan dengan bermula dpd realiti check atau muhasabah serta berani melakukan perubahan
● demokrasi terbuka atau "its a game of numbers" iaitu menambahkan lagi tahap sokongan BN yg perlu diterjemahkan dalam bilangan kerusi
● bagaimana perlu kita mencapai iaitu bermula pada diri kita sebagai core group sebagai langkah kebolehpercayaan dengan memperlihatkan rasa cinta pada parti kita, dulu miskin material namun kaya semangat namun kini kaya material tetapi miskin semangat. Hari ini apa yang penting adalah aku, perjuangan parti bukan soal peribadi.
● kalau nak cari talent " dalam UMNO kena cantas, blok, sepak " bagaimana orang muda nak masuk UMNO
● apa guna jawatan ketua bahagian tapi parlimen kalah, ketua bahagian hanya jaga 70% utk menang ketua bahagian, bagaimana yg lain
● kalah bola sepak tidak mengapa tapi jangan kalah UMNO
● kita perlu kaya daya juang dan semangat parti
● strategi utk mengubah UMNO dengan bermula motivasi pada diri, bersedia utk menerima bahawa dunia telah berubah maka sesiapa yg ada keunggulan idea ia akan menang dalam dunia hari ini dan berjaya dalam komunikasi dan terakhir buka UMNO secara inklusif dgn cari talent baru hatta terpaksa berundur walaupun pada usia yg senja
● membawa semangat UMNO ke peringkat antarabangsa

Ishak
UMNO Batu Pahat

1 comment:

  1. Aku sokong diadakan Akademik UMNO utk org UMNO di negeri lain belajar utk menjadi lebih baik....

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...