Google+ Followers

Saturday, November 12, 2016

KONVENSYEN PAKATAN TERLAJAK TARAF..

Kalau dulunya PAU dilihat sebagai satu pejumpaan politik yang paling gah seenterio dunia, Tetapi atas dasar "pekak, tuli dan bisu" dilaksanakan di era Transformasi, maka gegak gempitanya hanya tinggal copy paste angguk. - kalau sejarah itu boleh terhakis, bukanlah mustahil dan pelik sangat umno tewas tersungkur di PRU akan datang.

Kini yang mendapat tempat dan perhatian adalah Konvensyen Pakatan Harapan yang julung kalinya di adakan untuk satu permuafakatan yang dirancang. Muafakat atau tidak, kena tunggu, wait and see.

Tanpa PAS yang jual mahal menolak kehadiran mereka di atas rasa diri lebih suci dan betul, konvensyen ini sedikit kekurangan. Dengan dengar khabar Muhyiddin meminta penangguhan masa untuk menandatangani Permuafakatan, maka akan timbullah satu lagi isu baru.

Tidak perlu menaruh harapan yang tinggi pada sebuah konvensyen pertama yang mengumpul pelbagai ideologi dan fikiran politik yang bersegi segi untuk diadun menjadi bulat dan mulus. Biarlah ada perbezaan yang belum selesai atas kesuntukan masa tetapi boleh diperbaiki dengan sedikit lagi ruang dan masa.

Itu lebih baik dari bersetuju dan kemudiannya bersetuju untuk tidak bersetuju.

4 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Awai lagi dah kena panchong. Kadang2 elok memberi Ehsan.

    ReplyDelete
  3. apasal pandangan keris berayon asyik kena remove aje ni kd. ekstrim sangat ke atau lari tajuk atau tak tahan dengan sindiran? bukan pakai 'anon'pun. lepaskanlah, biar ada pandangan berbeza. pembaca juga ada otak untuk berfikir, mana yang betul, mana yang auta, mana yang tertelan dedak dan mana yang mengampu. ni asyik main pancung. taulah blog awak bro, tapi untuk respon dan pembacaan orang lain bukan. bukan sendiri buat blog sendiri baca...kan kan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Usin, kalau tak tahan sindir, tutup je blog.

      Berhujahlah dengan kelainan walaupun berbeza pendapat.

      Kalau setakat nak ulang kahak lendir kahak lendir, copy paste, lebih baik pakai nama "budak tak cukup akal".

      Kalau keris berayon-ayon, biarlah hujah ada class sikit.

      Delete