Sunday, December 25, 2016

TIADA TEMPAT BAGI PERJUANGAN INDIVIDU DALAM BERSATU

Demi rasa kasih dan sayang kepada negara, Kak Midah terpanggil utk menumpang menyumbangkan khidmat kepada sebuah perjuangan yg diasaskan oleh parti tersayang kita Parti Pribumi Bersatu Malaysia..

Berbekalkan pengalaman berjuang di dalam dunia politik yg mana ianya sudah hampir mencecah 35 tahun, Kak Midah yakin sedikit sebanyak Kak Midah boleh menbantu parti..

Namun kebelakangan ini, Kak Midah diserang secara bertubi-tubi di atas sebab yg Kak Midah sendiri tidak tahu kenapa. Walaupun ini adalah perkara yg lumrah di dalam dunia politik tetapi Kak Midah terpanggil utk membuat sedikit penjelasan utk menjernihkan keadaan....

Kak Midah dituduh oleh adik2 yg baru menceburi bidang politik konon nya Kak Midah mahu menjadi Ketua Srikandi Malaysia. Dik....adalah sesuatu yg mustahil Kak Midah yg telah dilantik menjadi Naib Presiden mahu memegang dua jawatan Naib Presiden dlm masa yg sama. Ini tak mungkin akan berlaku, mustahil sama sekali. Parti tak akan membenarkan situasi ini terjadi.

Kemudian dituduh pula Kak Midah mahu mencatur adik Kak Midah iaitu Hamizura Osman sebagai Ketua Srikandi. Ini juga tak mungkin menjadi kenyataan. Mana mungkin dua beradik menjadi  Naib Presiden dalam masa yg sama seolah olah parti ini kami yg punya. Tambahan pula Hamizura masih mentah dan tidak cukup pengalaman politik untuk membimbing Srikandi Malaysia. Untuk pengetahuan, Hamizura menolak utk memegang apa apa jawatan di dalam sayap Srikandi samada di Peringkat Bahagian mahu pun PDM.

Ada juga adik2 menyebut kononnya Kak midah songlap duit Tekun semasa jd Pengerusi Tekun. Kak midah ingin mencadangkan jika ada bukti, adik2 buatlah laporan kepada pihak Berkuasa. Sudah pasti pihak berkuasa sangat berminat dengan laporan seperti ini.

Begitu juga dgn fitnah yg dilemparkan kononnya anak anak Osman mahu menguasi PPBM juga sangat mustahil.
Kita masih ada Ayahanda Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yasin dan DS mukhriz yang mempunyai cukup ilmu dan pengalaman dalam menentukan dan membuat keputusan untuk parti dan siapalah kami berbanding mereka.

Dik...Politik perjuangan dlm PPBM ini sangat besar makna nya kepada negara dan kehidupan kita. Gunakan lah pentas ini sebaik mungkin dan berjuang lah kerana agama bangsa dan negara. Jangan di ikut perasaan dan nafsu kerana dibimbangi ianya akan menyebabkan kita tergelincir dari landasan perjuangan yg sebenar.

Mari lah kita Bersatu...Bersatu kita teguh, Bercerai kita roboh. Kak Midah percaya....adik2 mempunyai semangat yg cukup tinggi untuk menjayakan hasrat parti bg membentuk Malaysia yg baru dan gemilang serta menentang kemungkaran Najib Razak.

Jom sama sama kita berganding bahu mengumpul kekuatan demi perjuangan parti tersayang kita.

Ayuh kita usahakan untuk jadikan Malaysia hebat semula!

Kak Midah.

44 comments:

  1. Risau jugak yg masuk PPBM nie ada yg berniat utk menguasai kedudukan, saling menikam dan bukan ikhlas nak berjuang. Mungkin ada baiknya diwujudkan entiti check and balance drp kalangan ahli2 biasa secara giliran supaya tidak ada unsur2 warlord atau little napoleon seperti yg terjadi di dalam UMNO. Kita tidak mahu parti PPBM nie menjadi medan mengumpul pengaruh dan kuasa sehingga bakal dimiliki oleh individu sebagaimana yg terjadi kepada UMNO. Biar la PPBM menjadi milik org2 melayu selamanya.

    ReplyDelete
  2. x smpai setahun dh mcm kena dilanda garuda haha. semua nk berebut kuasa. rakyat ntah kemana. mcm bodoh je sapa yg jd penyokong termasuk KD huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum setahun lagi...camne najib Dah jd president umno berapa lama? Knp sanggup diperbodohkan sekian lama?siapa yg bodoh?

      Delete
  3. Alhamdulillah, dalam sebakul mana ada yg bervirus elok di asingkan untuk yang lain terus harmoni.

    Jangan jadi parti satu lagi tu, sebakul penuh dengan bangkai, sudah terlewat di asing asingkan, elok dengan bakul bakulnya dibuang sekali, sudah bernajis.

    ReplyDelete
  4. http://mymassa.blogspot.my/2016/12/video-pensyarah-dan-mahasiswa-bengang.html?m=1

    link atas.....tuhhhh... tuiiiiiiii

    Kak midah ... cuba fikir masak masak pasal BERSATU pluralist murtad ini

    ReplyDelete
  5. Harap Dato Hamidah tidak lemah dengan anasir2 jahat seperti itu.Banyak penyangak2 yang cuba sabotaj parti BERSATU ,kerana sejak dari awal2 lagi ramai orang yang dengki dan cuba mengagalkan penubohan parti BERSATU.

    ReplyDelete
  6. Tidak mustahil ada individu yang pada awalnya cukup ikhlas dalam perjuangan di BERSATU tetapi kemudiannya menemui tekanan dan kesulitan.
    Tidak hairan, di pertengahan jalan akan terpengaruh dengan tawaran demi kelansungan hidup.

    Jangankan individu, kita nampak PAS sendiri sebagai satu parti boleh berubah sekelip mata.

    ReplyDelete
  7. Tidak ada individu yg boleh mengatasi parti, kekalkan prinsip itu.

    Jangan jadi macam parti najis

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://mymassa.blogspot.my/2016/12/video-pensyarah-dan-mahasiswa-bengang.html?m=1

      pada kak minah... kak pipah.. kak timah debab... kak bedah janda dan kakak sekelian



      link kat atas tuhhhh.... tuuuiiiii

      kakak sekelian situ ade video... kakak fikir la sendiri.... kikikikiki....

      Delete
  8. Kikikiki.... parti berprinsip... prinsip mmmmmm... let's me check first. ... kikikikiki... ooohh yaa saya mudah lupa pulakk... prinsip ya.... mmmm ... let's me check again.... mmmmm... prinsip yaa... eehhhh ... lupa plak... apasal sllu I sllu nk check lagi ni... opss lupa balikkk... mudah nya lupa ..kikikikiki. .

    ReplyDelete
  9. http://bidaman.blogspot.my/2016/12/anina-akan-lebih-dihargai-dalam-dap.html?m=1


    terbaru paling gempar... bukan rekaan...

    cawangan bahagian pun tak ada... dah brrgaduh sesama sendiri.... bodooo bodooo. .... bodo x bole di ajar... pandai mme x ujud ponn.... cmno nak perintah negara...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno buat cerita,umno buat huruhara, Umno pulak buat terkejut.. Nampak itu lah sikap ko ni.

      Delete
    2. Apa hal Kejora menggelatat macam beruk kena belacan tak tentu pasal? Sedar tak saya sekarang kurang muncul di alam siber kerana bekerja keras kempen bagi mendapatkan ahli Bersatu dari kalangan belia & ahli2 UMNO. Kita bukan jenis 'Lip Serice' or 'No Action Talk Only'.

      Delete
    3. Kikikiki.... suman kerojer kuat ooo... teruskan... dah tubuh cawangan ka blom...? Jomlah ahli dah bape jota skg.... dolu dolu tarik ahli pakai online jer... ari ni ke hulu hilior dak suman... kikikikiki... teruskan perjuangan bersama pakatan putus harapan.... kikikiki.. moga2 jadi calon.... calon cai masuk bakul...

      Delete
  10. terberak dalam seluar sendiri pun masih nak salahkan umno.itu lah bukti bahawa cerita2 menjahatkan umno sebelum ini sebenarnya adalah terbit dari hati kamu yang hitam legam yang bodo dan jahat yang berganda-ganda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangai sama taktik sama,jgn ingat org taktau..Hanya ko yg bodoh terima alasan najib dapat derma Arab..Ada akai la?

      Delete
  11. Maaf lari tajuk... Kini rakyat heboh membandingkan ketokohan Allahyarhan Tun Razak & Najib.

    Khabarnya ketika Allahyarham Tun Razak bernazak sebelum meninggal dunia, beliau menelefon Tun Tan Siew Sin (Menteri Kewangan) memintanya menghantar keluarga Tun Razak ke London. Tun Tan Siew Sin akur tapi tidak menyalah guna kuasa atau tidak melanggar peraturan menggunakan duit perbendaharaan bagi kos penerbangan anak2 Tun Razak. Menurut peraturan, hanya Toh Puan Raha saja yg layak mendapat pembiayaan perjalanan, tapi tidak untuk anak2, hatta anak2 Perdana Menteri pun. Tun Tan Siew Sin ketika itu meminta bantuan teman2 rapat mengutip derma bagi menampung kos perjalanan anak2 Tun Razak.

    Begitulah amanahnya Menteri Kewangan & Perdana Menteri dulu...tidak seperti PM sekarang yang malah menggunakan jet mewah kerajaan & membiayai kos perjalanan duit perbendaharaan untuk menampung kerja2 peribadi (shopping, bercuti & kenduri kahwin) bagi isteri, anak sendiri & juga anak tiri.

    Najib dah jauh menyimpang & langsung tidak amanah seperti ayahandanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bezanya Tun Razak dan Najib

      Tun Razak berjuang untuk Ugama , Bangsa dan Negara
      Najib = Penyamun harta Negara , memalukan Ugama dan Bangsa

      Zaman Tun Razak
      UMNO = United Malay National Organisation
      BN = Barisan Nationail

      Zaman Najib :
      UMNO = United Macai Najib Organisation
      BN = Barisan Najib

      Delete
  12. Maap la yooo.... lari dari tajuk haah..... oops tak lari dari tajuk... sikit yo .... masa 22 tahun dulu suma mamak sebut ari ni dia jilat balik.... maap la yooor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahyarham Tun Razak wujudkan Felda untuk memberi peluang rakyat jelata memiliki tanah kerajaan. Tapi, Najib memusnahkan Felda hingga menjadi 'FAIL DAA'.

      Allahyarham Tun Razak perkenalkan DEB untuk memberi peluang kaum Bumiputera bersaing tempat dalam perekonomian negara & Tun Mahathir pula menambah baik dgn dasar penempatan Bumiputera dalam struktur organisasi syarikat2 swasta & awam.
      Tapi sayang... Najib memusnahkannya gara2 keimanan Liberal Satu Malaysia & Meritokrasi yg kononnya menyetarakan hak2 semua kaum tanpa membezakan pribumi & pendatang.

      Delete
    2. Negara dah bangkrap ka blommmm. ..?

      Delete
    3. BUKTI FELDA DAH JADI 'FAIL DAA':

      FGV adalah syarikat GLC kedua yang diilhamkan oleh Najib selepas 1MDB. Seperti 1MDB, masalah FGV bermula dari saat ia ditubuhkan kerana nawaitunya tidak lurus dan tidak telus. Niatnya lebih berupa pengisian ego & nak tunjuk pandai sebagai PM Transformasi dan mencari pulangan jangka pendek menjelang Pilihan Raya Umum 2013.

      Ketika ini harga sahamnya jatuh hampir enam peratus kepada RM1.53. Ini adalah antara tahap paling rendah dideritai FGV sejak disenaraikan di Bursa Malaysia pada 28/6/12. Pada kadar harga RM1.53 itu, nilai saham FGV telah merudum tiga kali ganda daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55 pada tahun 2012. Dari keuntungan sebanyak RM980 juta pada tahun 2013, pencapaiannya merosot kepada RM306 juta (2014), RM117 juta (2015) dan rugi RM98 juta sehingga suku ketiga tahun ini.

      Margin keuntungan merosot daripada 7.8 peratus pada tahun 2013 kepada 1.9 peratus (2014), 0.7 peratus (2015) dan totak 0.8 peratus sehingga suku ketiga tahun ini. Dividen yang memuncak pada kadar 16 sen sesaham pada tahun 2013 merudum kepada hanya 4 sen tahun lalu.

      Pemimpin Khianat & Tak Amanah memang menjahanamkan negara. Musibah bertali arus menimpa negara & keaiban tak terbanding seluruh dunia adalah balasan & bukti Najib & Rosmah tidak dapat barakah malah kini dihimpit kemurkaan dari Allah SWT & juga rakyat jelata.

      Delete
    4. Kalau harga saham jatuh, apa kesannya pada felda? Kurang ke tanah2 ladang? Kurang ke pengeluaran minyak sawit? Ada ke peneroka tak boleh jual hasil? Cuba jawap.

      Margin keuntungan jatuh? Dari mana sumber kamu? Kamu nak aku bagi laporan terbaru dari mkini tentang fgv?

      Inilah sifat anjing2 mamak...menipu tapi bodoh. Hanya jilat sampai licin segala lendir dan kahak.

      Delete
    5. Masa zaman mamak macam yg kau tulis tu ke? Kahkahkahkah....berapa org melayu yg jadi billionaire macam ytl, berjaya dan ananda krishna masa zaman mamak?

      Yg mamak bgtau kpd org melayu masa tu...melayu mesti ikut cina. Jadi kuli. Makan komisen 5%. Dalam glc pun siapa yg ada? Glc mana yg untung kecuali petronas? Bakun je dah hampir mufliskan sime darby. Pkfz je dah gulung tikar. Duit kwsp je dah buat bayar bail out anak dan kroni...


      Apa sumbangan mamak??? Kahkahkah...apa yg tak rugi zaman mamak? Jgn lupa jugak perwaja yer....cecite....

      Delete
    6. Happy Keris Miss Beruk Hayun.

      Apa dah jadi dengan teori anda pada paper asset/unit yg bernilai berbilyon-bilyon...???

      Delete
    7. Happy Keris Miss Beruk Hayun/
      Dah kena the POWER of BIJAN

      Delete
  13. Anina tersingkir kerana sebab2 peribadi...tak melibatkan lembu, condo dan sebagainya. Sekurang2 nya terbukti PPBM tidak pilih bulu dan mementingkan maruah parti drp individu. Penubuhan PPBM adalah bermatlamat mengganti UMNO lama yg berprinsip utk membela melayu dan menjadi milik rakyat yg dijamin oleh perlembagaan parti itu sendiri. Tugas kita ialah menyokong pemimpin2 yg berwibawa dan memastikan yg lemah, korup atau bermasalah diturunkan supaya kepimpinan parti sentiasa bersih, cekap dan amanah. Cuba najib try pecat shahrizat...silap2 kena sondol dgn lembu2 dia beramai2...atau shahrizat cakap najib korup depan2..hmmmm...mau mati tertimbus duit berbillion2.

    ReplyDelete
  14. Kihkihkih....kak midah yg gila kuasa tu nak sumbang bakti? Ke nak sumbang satu lagi kesumbangan dalam cap bunga? Kahkahkahkah...

    Satu persatu skandal si mamak and the gang dipecahkan. Semlm malaysia today dah siarkan "the third force"....si mamak dan jidin terkedu tak terkomen. Hanya ulang2 skrip lama 1mdb Najib itu dan ini. Tapi mana buktinya?

    Perjumpaan soros dan mamak serta anjing2 sekalian telah pun didedahkan dalam malaysia today...bila mamak dan jidin nak nafikan? Sadis ni....kihkihkih....berita dalam Malaysia je pun. Bila nak saman?


    22 tahun dah kikis harta negara utk anak beranak dan kroni....mati muntah darah la si mamak kalau tak sempat bertaubat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy Keris Miss Beruk Hayun/

      Apa dah jadi dengan teori anda pada paper asset/unit yg bernilai berbilyon-bilyon...???

      Delete
    2. Happy Keris Miss Beruk Hayun/
      Dah kena the POWER of BIJAN

      Delete
    3. Padahnya bila orang rumah macam si Rosmah menyibuk dalam pentadbiran negara. Belum pernah tercatit dalam sejarah dunia, jawatan menteri kewangan diPEGANG KEKAL oleh ketua negara atau pm, kecuali Tun Dol & Najib. Di sini kita boleh lihat kedurjanaan akibat kegelojohan mereka laki bini untuk terus menguasai kuasa politik & perbendaharaan/kekayaan negara. Buktinya.....

      PM MENJAWAT MENTERI KEWANGAN:
      Tun Hussein Onn (memangku 1974-1976)
      Tun Mahathir (memangku 1998-1999)
      Tun Mahathir (memangku 2001-2003)
      Tun Dol (menjawat 2003-2009 hingga letak jawatan)
      Najib Rosmah (memonopoli sejak 2009 hingga terkini)

      Sampai bila Najib mahu terus menjawat Menteri Kewangan...berapa ramai lagi Menteri Kewangan II asyik ditukar-ganti oleh Najib...adakah tak seorang pun berjelayakan dari puak BN...????

      Sempena sambutqn Xmas, HAPPY KERIS-MISS BERUK BERHAYON......!!!

      Delete
  15. Keris berayon...baik ko sula je keris ko kt bontot sendiri. Kalau benar la 22 tahun mamak yg ko kata tu rembat berbillion2...apa lagi..kasi tangkap la. Dah berbuih tuan punya badan dok cabar gomen suruh bawak mahkamah tapi tak berani smpai skrg. Kes 1MDB tu mmg real...mmg dah bawak mahkamah pon..dah ada bilis2 yg kena jail. Sabar aje la kalau nak heret jerung2 pon sbb yg paling besar terlalu berkuasa lantaran dibela oleh melayu2 bodo mcm ko. Apa2 hal pun satu Malaysia dah terkena bau pekung mamat sekor dan kuncu2 umno haprak dia smpai satu dunia dok gelakkan msia.

    ReplyDelete
  16. Keujudan keris berayon ini sebagai petanda BERSATU memang berkesan dan mula berpengaruh.

    Kalau BERSATU tak hebat, takkanlah keris berayon dengan muka tebal masuk blog ini menjual maruah sampai tiga empat kali siang malam.
    Kalau BERSATU tidak memberi ancaman, tak ujud le kaum pendedak ini, apa kerja mereka nak buat, jual bontot gamaknya atau jadi tukang cuci bersihkan kahak dan lendir sendiri.

    Keris berayon sepisis langau atau lalat hijau datang dari celah timbunan najis. Kalau kebodohan mereka tidak ujud susah juga kita bezakan antara yang bangang dengan yang cerdik

    ReplyDelete
  17. Apa la sangat ancaman si cap bunga ni? Cawangan pun sunyi sepi...jin2 aje yg meramaikan majlis....

    Kamu nak bukti kerakusan mamak? Cuba baca kes2 bmf, pkfz, maminco, forex dsbnya. Itulah bukti2 yg telah samada disabitkan kesalahan mahupun di OSA kan oleh si mamak. Bila dah masuk bab OSA ni...al maklum...senyap je la.

    Kebanyakkan saksi pun dah tak ada lagi. Senang2 je si mamak spin sana sini termasuk kes memali dan berkenaan megat junid.

    Dah dapat pun TUN....camne nak dakwaa dia? Punya la bodoh anjing2 si mamak ni.

    Kihkihkih....mana la maruah kamu....kahak dan lendir pun sanggup dijilat demi si mamak tua kutuk tu....

    kahkahkahkah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy Keris Miss Beruk Hayun.

      Apa dah jadi dengan teori anda pada paper asset/unit yg bernilai berbilyon-bilyon...???

      Delete
    2. Happy Keris Miss Beruk Hayun/
      Dah kena the POWER of BIJAN

      Delete
  18. Langau memang jenis senang dipanggil, dianjingkan sikit, datanglah dia jual maruah..

    Tun lee liong sik pun kena dakwa, tidak ada kebal. Yang kebal hanya Dato Sri Penyamun parti najis.

    Cerita lama tak minat dah, cerita basi, cerita membohong.. Kita nak cerita baru, orang gi umrah dengan duit penyamun

    ReplyDelete
  19. Yang sedihnya siKhairuddin Abu Hassan duk buat hal pulak!!...mengambil kesempatan diatas kesukaran yang sedang PPBM dan Tun hadapi.Jujur saya sanggat2 simpati dengan apa yg sedang Tun hadapi kini.Pada Khairuddin saya berpesan jadi2lah kamu menyusahkan Tun dan TS Mahayiddin,kamu tak sokong PPBM tak apa ,tetapi janganlah pula kamu menyusahkan orang2 yg ikhlas untuk berjuang dalam parti ini..kamu tu pun bukannya siapa2 ,ada tak ada pun tak memberi apa2 faedah....melukut ditepi gantang aja,ingat tu!!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap pemimpin yang mampu menimbulkan masalah pada pembangkang akan mendapat perhatian utama dari ds najib dan BN. Dalam keadaan terdesak, manusia akan melakukan apa saja demi kelangsungan hidup mereka. Segalanya berkemungkinan berlaku...

      Delete
  20. Kenapa la individu2 terpalit dgn skandal dan yg menimbulkan skandal dlm PPBM nie beriya2 nak bukak pekung kt dada? Tak boleh ke bincang dlm kelambu...at least respect la kt Tun M yg bersusah payah nak rally semua org menumbangkan najib. Musibah terbesar adalah skandal najib. Sepatutnya anina jgn mengeruhkan keadaan dgn membabitkan presiden dan timbalan presiden. Si khairudin ni pun satu...dia yg beriya2 nak tumbangkan najib...lagi mau kasi petrol kasi bakar PPBM yg satu2 nya harapan kita utk tumbangkan umno. Patut senyap je la dulu...kasi semua org bertenang dan letak matlamat bersama sebagai agenda terpenting. Bincang dlm kelambu dan apa jua keputusan mesti la berasaskan kepentingan parti. Kalau aku la jadi Tun M, dah lama aku tendang keluar si anina dan puak2 yg sebar skandal peribadi nie sbb nampak sgt pentingkan diri tanpa memikirkan akibat kepada PPBM dgn telatah diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam PPBM pun mungkin ada trojan seperti parti politik yang lain. Hanya pemimpin yang bijak saja akan mampu tangani permasalahan dengan penuh keyakinan.

      Delete
  21. Tuhan bayar cash... cash sikit jer belum big amount lagi tu..... dah la parti 6 bulan tunggang langgang cawangan bahagian belum ujud dah pecah belah... nnti fitnah itu suma kerja orang umno tu... skandal srikandi .... setakat seriksndi mcm tu tak heran... klu sesak sesak bole la try seround... kalau lah bunting srikandi tu esok UMNO gak yg disalahkan nnti... kikikjkiki.... ni la permaiinan mamak kitty... suka buat fitnah batuapi skg parti yg tak beberapa nak jadi dah haru biru....

    ReplyDelete
  22. Kudin tu dah bangkrap... terdesak... gelabah.. cemas.. tercungap cungap kelemasan dan hanyut diarus deras... tunnggu nak mati kelemasan... sesapa yg bagi pelampung dia sebat ajerrr... lepas bagi pelampung dia akan bagi pelempang pada musuh2 tuan yg menyleamatkan si kudin... nak fakta..?

    ReplyDelete
  23. Pati PPBM ni jadi tunggang langgang bukan disebabkan oleh pemimpin dan ahli PPBM, tetapi telah dikacau dari luar oleh seseorang yang tak ada sangkut paut langsong dengan PPBM.Makhlok ini yang tidak beakhlak dan jauh sekali dari ikhlas telah cuba mengambil kesempatan dari sedikit kekusutan yang timbul untuk mengeruhkan lagi keadaan.Dan makhlok ini memang berniat jahat.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...