Monday, April 24, 2017

PAS WAJAR MINTA 80 KERUSI DARI ABANG KAWASAN

Berdasarkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar,  calon PAS dan AMANAH mempunyai kekuatan seimbang dari jumlah undi yang diterima tetapi jika dicampurkan pun,  masih tidak dapat mengatasi jumlah undi yang diterima oleh calon umno. 

Ertinya,  pembangkang kena kerja keras tiga kali ganda jika mahu menang dan dalam keadaan sekarang,  pembangkang masih tidak tersusun dan kerenah PAS akan menggagalkan dan memusnahkan segalanya. 

Tidak ada kemenangan jika parti utama pembangkang tidak bekerjasama dan keinginan pas untuk hanya calonnya di 80 kawasan adalah permintaan orang kurang siuman. 

Berdasarkan situasi Kuala Kangsar dan Sungai Besar juga,  Kalaupun dipersetujui PAS bertanding di 80 kawasan,  kemenangan hanya terjamin jika undi penyokong DAP menyebelahi PAS. 

Mahukah PAS menerima undi penyokong DAP tanpa segan silu tetapi begitu sombong untuk kerjasama antara parti dengan parti.  Mustahil orang beriman muflis idea dan cara untuk bekerjasama dengan orang kafir di sebuah negara realitinya majmuk. 

Jika kesesuaian ini pun tiada pada PAS,  jangankan negara,  negeri pun tidak mampu dikuasainya lagi selepas ini,  selepas tertubuhnya AMANAH dan BERSATU. 

Hakikatnya di Malaysia tiada satu parti pun boleh berdiri sendiri tanpa kerjasama dengan parti lain walaupun akhirnya kerusi Melayu menjadi majoriti. 

Adalah lebih baik PAS yang sedang bernafsu tinggi dengan integriti dan pengaruh kuat Hadi ke atas Najib membuat permohonan yang sama (80 kerusi) kepada umno,  biarlah kali ini dua penjuru di 80 kawasan antara PAS dengan Pakatan Harapan sahaja. 

PAS ganti umno,  itu lebih masuk akal. 



4 comments:

  1. Oleh itu hendak lah diperbanyak kan lagi parti-parti melayu supaya lepas ni kita pakat-pakat berebut kawasan.Biar menjadi tidak ada satu parti melayu pun yang benar-benar dapat berdiri sendiri baik dalam hal memerintah negara,negeri hatta satu parlimen atau Dun sekali pun.....seronok tengok parti-parti melayu yang baru muncul sekarang ini,saling tak tumpah macam cendawan yang baru tumbuh di kandang babi.

    ReplyDelete
  2. betul.. pas patut minta semua kerusi di pahang dari umno..baru boleh tawan pahang.. ada berani ke tok lebai hadi..

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...