Google+ Followers

Saturday, September 30, 2017

KENAPA TIADA DERMA UNTUK KJ BAYAR ANWAR

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon sumbangan orang ramai untuk membantu beliau menyelesaikan bayaran ganti rugi sebanyak
RM300,000 dan kos lain berkaitan saman fitnah National Feedlot Corporation (NFC) terhadapnya.
Anggota parlimen Pandan itu mengumumkan beliau telah mengutip sejumlah RM1,585,014.49, iaitu lima kali ganda daripada jumlah yang sepatutnya dibayar.
Sumbangan itu katanya diterima daripada pelbagai pihak.
"Daripada 5,135 orang penyumbang, 1,575 merupakan orang Melayu, 2,903 Cina, 348 ialah orang India, 40 bumiputera Sabah dan 91 ialah bumiputera Sarawak.
"Lebih kurang 2,300 orang penyumbang tidak diketahui memasukkan wang ke mesin deposit tunai yang kami tidak dapat kenal pasti mereka," tambah beliau.
Rafizi berkata terdapat juga anggota parlimen PAS yang menyampaikan sumbangan ketika di Dewan Rakyat walaupun hubungan renggang antara PKR dan PAS.
"Ketika ceramah di Temerloh, seorang wanita tua memberikan wang RM20 yang dikepilkan bersama nota mengucapkan sokongan," tambahnya dalam satu kenyataan.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/390808#hjvItUODX25jbSLQ.99




# Walaupun kita tahu secara peribadi Kj mampu bayar kerana memang sejak kecil menabung, tetapi pungutan derma boleh menunjukkan kemiskinan orang umno secara keseluruhannya dan boleh juga sebagai kayu ukur populis 

PENANG SELANGOR JOHOR MELAKA NEGERI SEMBILAN PERAK KEDAH PUSAT




We must set our sights higher for we must aim not only at a new Pakatan Harapan Federal Government in Putrajaya and ensure that Penang and Selangor remain firmly in the hands of Pakatan Harapan.
We also want to establish new Pakatan Harapan state governments in Johor, Malacca, Negri Sembilan, Perak and Kedah.
[Speech (2) at the launch of Johor Pakatan Harapan at Taman Dahlia, Tampoi, Johor Baru on Friday, 29th September 2017 at 9 pm]

BAGAIMANA PULA YANG INI PUN JAWAB TAK TAHU..

Alasan Najib tandatangan tanpa baca dokumen, bodoh – Muhyiddin

 | April 16, 2016
Najib tidak boleh terlepas dan perlu bertanggungjawab terhadap kelulusan transaksi wang dalam 1MDB
MUAR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas kenyataan Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun bahawa tandatangan Perdana Menteri pada dokumen 1MDB adalah semata-mata memenuhi keperluan tadbir urus korporatnya justeru beliau tidak bersalah.
Muhyiddin menyifatkan alasan bahawa Datuk Seri Najib Razak tidak semestinya mempunyai pengetahuan dalam menandatangani dokumen 1MDB sebagai kenyataan ‘bodoh’.
“’Bodohnya peguam… kalau saya, saya tidak akan memilihnya jadi peguam saya, kerana akan kalah. Mana boleh kita tanda tangan dokumen transaksi penting sambil lewa?
“Najib perlu mendalami segala dokumen yang ditanda tangan dan bukannya meluluskan sesuka hati,” katanya di forum ‘Pidato Selamatkan Malaysia’ yang dihadiri 1,000 peserta di sini semalam.
Forum itu dianjurkan oleh badan bukan kerajaan, NGO Gabungan Selamatkan Malaysia.
“Semua dokumen dalam transaksi 1MDB perlu kelulusan Perdana Menteri (Najib). Mana poleh tandatangan sahaja seperti ‘sign’ buta?
“Najib tidak boleh terlepas kerana dia individu yang membuat kelulusan. Perkara itu juga telah disebut di dalam laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC),” katanya lagi.
Terdadulu, Hafarizam berkata majlis menandatangani dokumen tidak semestinya bermaksud perdana menteri mempunyai pengetahuan mengenainya atau membuat keputusan mengenai perkara berkaitan 1MDB.
Ekoran itu, Muhyiddin sekali lagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan jawatannya berikutan tindakannya menandatangani dokumen berkaitan 1MDB tanpa membacanya.
Katanya, Najib tidak boleh terlepas dan perlu bertanggungjawab ke atas segala tindakan itu yang telah menyebabkan syarikat di bawah kementerian kewangan itu menangung beban hutang yang banyak.
Perkara 117 dalam memorandum dan artikel penubuhan syarikat (M & A) menyatakan bahawa Perdana Menteri perlu menandatangani semua keputusan penting.

Friday, September 29, 2017

BERAPA BANYAK TAK INGAT DAN TAK TAHU..

# Aziz terlibat secaca lansung tetapi masih banyak tak ingat dan tak tahu..Ianya kadangkala logik sebab peristiwa tersebut sudah lama berlaku..


Kalau ada yang tidak terlibat secara langsung dan tidak diberitahu menjawab TIDAK TAHU. Jawapan itu tersangat sangatlah logik..


RCI Forex: Bank Negara Malaysia Rugi RM31.516 Bilion Pada 1991-1994

Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian urusniaga mata wang asing diberitahu bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian berjumlah RM31.516 bilion dalam urusniaga mata wang asing bagi tempoh 1991 hingga 1994.
Bekas Pengurus Akaun BNM Abdul Aziz Abdul Manaf berkata angka kerugian itu dinyatakan dalam akaun penyata tahunan untung/rugi bank pusat berkenaan.
Abdul Aziz, 64, berkata maklumat itu diperoleh ketika beliau menyiapkan laporan mengenai kerugian BNM dalam urusniaga mata wang asing bermula dari 1989 hingga 1994 selepas diarahkan oleh bekas Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pada 2007.

“Jumlah kerugian yang dicatatkan bagi tempoh 1988 hingga 1989 adalah sebanyak RM3.031 bilion,” katanya yang merupakan saksi pertama pada prosiding suruhanjaya siasatan diraja itu.
Abdul Aziz, yang membaca pernyataan saksi pada prosiding itu, berkata beliau tidak dapat mengingati sama ada arahan untuk menyiapkan laporan terbabit diterima secara lisan atau melalui surat daripada Zeti Akhtar.
“Zeti Akhtar meminta saya mengumpulkan semua maklumat mengenai semua urusniaga mata wang asing BNM pada tempoh itu dan saya menyiapkan laporan itu pada 18 April 2017 dan kemudian menyerahkan kepada beliau,” katanya.
Abdul Aziz berkata selepas tugas itu diselesaikannya, beliau tidak mengetahui apakah tindakan susulan yang diambil oleh Zeti Akhtar berhubung laporan itu.

Katanya beliau tidak ingat kaedah atau dasar perakaunan yang diterima pakai oleh BNM berhubung urusniaga mata wang asing.
“Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan dalam laporan ‘Accounting Treatment of Losses Arising From Active Reserve Management 1988-1994’ bertarikh 18 April 2007, saya tidak pasti sama ada berlaku penyediaan perakuan berhubung urusniaga mata wang asing di luar kebiasaan kerana saya tidak terlibat dalam penyediaan akaun tahunan BNM pada masa itu,” katanya.
Abdul Aziz juga berkata beliau tidak pasti sama ada terdapat polisi bertulis mengenai urusniaga mata wang asing di BNM ketika itu.
Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin, 54, pula memberitahu suruhanjaya siasatan diraja itu bahawa beliau menerima arahan daripada pihak atasan pada April 1993 untuk menyiapkan laporan bagi menyiasat punca kerugian yang dialami BNM.
Saksi kedua itu, yang ketika itu berkhidmat sebagai Auditor Dalaman BNM, berkata tujuan laporan itu disediakan bukan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab sebaliknya mencari langkah seterusnya bagi mengatasi masalah terbabit.
Beliau berkata berdasarkan audit yang dijalankan, terdapat polisi bertulis mengenai urusniaga mata wang asing di BNM pada ketika itu tetapi beliau tidak mengingati butirannya secara terperinci.

“Sistem daripada aspek ‘check and balance’ yang ada di BNM berhubung pelaksanaan urusniaga wang asing oleh BNM wujud tetapi tidak mencukupi,” katanya.
Ahmad Hizzad berkata pemerhatian audit terhadap ‘processing section’ di Jabatan Akaun BNM antaranya mendapati adanya fungsi pemprosesan yang tidak mencukupi, kemungkinan laporan tidak lengkap berhubung keuntungan dan kerugian daripada operasi pertukaran mata wang asing serta bank tidak menilai semula urus niaga pertukaran wang asing ke hadapan dari masa ke semasa.
Katanya beliau difahamkan terdapat ‘External Reserve Committee (ERC)’ ditubuhkan dalam BNM untuk mengawal selia dan memantau urusniaga mata wang asing yang dibuat oleh BNM.
Beliau berkata ‘dealers’ diberikan had tidak melebihi US$125 juta manakala tiada had ditetapkan untuk ‘adviser/pengurus’ dalam Jabatan Bank, BNM berhubung urusniaga mata wang asing yang dibuat oleh BNM.
Pada 21 Jun lepas, Kabinet bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat kerugian AS$10 bilion dalam tukaran mata wang asing BNM pada 1990-an.
Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja itu, yang diketuai Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan, bersambung Khamis ini.

Thursday, September 28, 2017

MANA SATU YANG BETUL NI..

Selepas menyepi politik hampir 7 tahun kerana kecewa dengan kepimpinan paklah pada masa itu,  lebih sebok dengan dunia seni, dengar politik dari jauh, cuma baru enam bulan lepas menjenguk semula dengan politik, membaca dan bergaul semula dengan orang politik dengan kedua dua pihak.

Dari segi isu, begitu banyak isu berat yang menimpa umno dan gagal ditangani dengan baik. Hatta PM dan TPM sendiri terjebak dalam bahan jenaka.

Berbeza dengan zaman Mahathir dan Anwar, campurtangan atau statement mereka merungkai dan meredakan semua pihak, selesai, back to normal.

Bagaimanapun untuk menang PRU satu perkara lain, agak sukar.
Menang di hati rakyat, sokongan majoriti rakyat tetapi tewas dengan pelbagai teknikal dan taktikal umno di peti undi.

Pembangkang kalaupun tidak boleh tawan Puterajaya tetapi boleh menambah atau fokus menang di Johor dan Kedah.
Menang di Johor lemahkan umno - menang di Kedah lemahkan PAS, jika ini berlaku automatik Puterajaya dan beberapa negeri lain dapat ditawan.

MCA dan MIC boleh hilang semuaya kerusi jika Melayu Bangkit menentang pengkhianat dan lanun.

SATU PERKARA YANG JELAS POLITIK KOTOR BN ADALAH




??? umno kata DAP akan dominan, Mahathir diperalatkan oleh lim kit siang
??? mca kata Lim kit siang jadi puppet Mahathir...

APA PULA STATUS JHO LOW DI KACAMATA UMNO DAN MCA???

Realiti itu menyebabkan umno sedar kali ini Melayu sokong PH secara langsung dan sokong DAP secara tidak langsung akan bertambah berbanding era paklah dan berbanding era awal Najib sebagai PM.

Bagaimanapun majoriti pengundi kurang lagi tersentuh dengan isu kaum sebaliknya memilih pemimpin yang baik, berakhlak, tidak korup untuk memaju dan jadi ketua negara.

Memburukan Mahathir satu yang "seronok" dan membantu tetapi hakikatnya suatu yang silap besar apabila semua perancangan backfire.



Orang Melayu Islam umno harus mempunyai satu ingatan, yang mereka lawan, musuh mereka bukanlah Mahathir tetapi diri mereka sendiri yang berbohong pada diri sendiri, berbohong kepada pemimpin bawahan, berbohong kepada akar umbi berbohong kepada rakyat.

Bukan setakat berbohong, ada juga menipu.
Rakyat angguk segala janji manis, propaganda, spin, fakta auta yang mereka lontarkan tetapi di hati lain bicara. Ramai yang mahu jadi pemusnah senyap umno di peti undi.

Tidakkah mereka sedar rakyat sedang menonton lakonan  mereka....Rakyat sedar pemimpin tahu hakikat sebenar, pemimpin mengeluh sesama mereka tetapi hipokrik di depan rakyat...
Mereka Lebih kenal dan tahu sesama mereka.

Akuilah akan silap, salah, tamak dan haloba yang sedang mereka bawa dan apa yang mereka pertahan dan kejar???

Siapa yang jadi saksi mereka.





Mustakim Adli
SKUDAI KIRI

MARDHATILLAH



Sekalung tahniah buat Ust Dato'Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan zaujah Datin Nik Zulaili Nz Ny Nzny...serta anak-anak.

Sebenarnya sudah lama saya dan sahabat2 mengagumi cara, uslub serta  pendekatan pendidikan anak-anak mereka.
TEGAS DALAM SANTAI🌸🌸

Terbaharu , anaknda sulungnya Anas, kini mahasiswa Uiam,  telah dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Yayasan Islam Kelantan sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri dan pada hari ini dianugerahkan Pelajar Mithali YIK 2017.

Semalam 3 putera mereka menerima anugerah tertinggi kecemerlangan dalam setiap peperiksaan awam sempena Mesyuarat Agong PIBG & Penyampaian Hadiah di Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong.

Hari ini putera-putera mereka turut menerima Anugerah Khas Kecemerlangan dalam setiap peperiksaan sempena Hari Yayasan Islam KelantaN.

Pada 4 April 2017 artikel saya bertajuk Al-Quran Penyuluh Kecemerlangan dalam ruangan Ibrah di Utusan Malaysia tentang rahsia kejayaan Amir yang  diangkat sebagai Pelajar Terbaik SPM 2016 kerana memperoleh 12A .

Ringkasan rahsia didikan hebat pasangan Ust. Dato' Dr Hj Abdul Basit Abdul Rahman dan Datin Nik Zulaili :
💚 Solat jemaah di masjid setiap waktu
💚 Membaca dan mengulangi hafazan al-Quran sekurang-kurangnya 3 juzuk sehari
❤ Menjadikan rumah sebagai taman ilmu dengan mewujudkan perpustakaan dipenuhi dengan buku sebagai teman
❤ Rumah tiada televisyen bagi mengelakkan lagha dan leka
🌹 Gajet dibenarkan tetapi dengan kawalan masa dan suasana
🌹 Menghidupkan budaya ilmu dan menghormati guru
🌻 Sejak kecil dilatih menjadi imam dan didedahkan sebagai pendakwah
🌻 Restu ayahbonda dan doa menjadi azimat mengiringi keberkatan usratun saiedah...

Buat sekian kalinya, syabas untuk kedua-dua ibu bapa mithali ini dalam merintis kejayaan menuju mardhatillah...

https://www.facebook.com/maznah.mukhtar.5/posts/1461416960572171


Wednesday, September 27, 2017

1MDB DIDENDA 115.5J SALAH TADBIR USD 1.83B (??)

KERUGIAN URUSNIAGA FOREX BNM, KERTAS PUTIH DIBENTANG, PEGAWAI TERLIBAT DIKENAKAN TINDAKAN..
SALAH TADBIR 1MDB DIDENDA 115.5J, TIADA SESIAPA PUN DIKENAKAN TINDAKAN (??)



Apandi mengumumkan keputusan Jabatan Peguam Negara untuk tidak mengambil tindakan lanjut terhadap 1MDB yang membuat pendedahan tidak tepat kepada bank pusat bagi mendapatkan kebenaran pelaburan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat walaupun bank pusat membuat rayuan untuk semakan semula, kerana tidak wujud sebarang bukti tambahan - 13/10/2015




“Saya akan membuat satu laporan polis minggu hadapan untuk membolehkan Bank Negara menyiasat Datuk Seri Najib sebagai pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, ahli-ahli lembaga pengarah 1MDB, dahulu dan sekarang serta pengurusan kanan 1MDB dahulu dan sekarang di bawah fasal 234(5),”- wAN aZIZAH 27/9/17


Thursday, 28 September 2017





1MDB SAH ADA KESALAHAN, SIASATAN PELBAGAI AGENSI PENGUATKUASA LAIN WAJIB DIBUKA SEMULA



PAKATAN HARAPAN GESA BANK NEGARA GUNAKAN SEPENUH KUASA AMBIL TINDAKAN KE ATAS INDIVIDU TERBABIT DI DALAM 1MDB - SHAHBUDIN.COM



Bank Negara tiada kuasa bertindak ke atas 1MDB, kata Zeti


 | June 24, 2017


Bekas gabenor BNM, Zeti Akhtar Aziz berkata, siasatan kes 1MDB adalah tugas paling sukar ketika beliau mengetuai bank pusat itu.
PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) tiada kuasa mengambil tindakan lanjut, selain mendenda “badan dan institusi kewangan berkaitan” yang melanggar peraturan berkaitan kes 1MDB.
Pengakuan itu dibuat bekas gabenor BNM, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang dipetik Sin Chew Daily sebagai berkata, mengendalikan kes 1MDB adalah tugas paling sukar ketika beliau mengetuai bank pusat itu.
“Walaupun pihak luar mempunyai jangkaan sangat tinggi terhadap Bank Negara, namun ia tiada kuasa untuk mendakwa.
“Bank Negara mempunyai undang-undang paling komprehensif, termasuk Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 untuk melindungi integriti, kestabilan dan fungsi sistem kewangan sihat.
“Jadi, kami boleh keluarkan surat kompaun pentadbiran kepada badan dan institusi kewangan melanggar peraturan Bank Negara dalam kes 1MDB. Denda yang dikenakan itu mungkin yang tertinggi dalam sejarah,” katanya sambil menjelaskan keseluruhan perkara itu diselesaikan dengan bayaran denda.
Beliau berkata, objektif utama BNM dalam menangani kes 1MDB adalah memastikan integriti sistem kewangan negara.
Pada Mac 2016, BNM berkata, ia akan memulakan “langkah sewajarnya” terhadap kegagalan 1MDB mengemukakan bukti ia menggunakan AS$1.83 bilion untuk pengurusan dan penstrukturan semula hutang di luar negara. 1MDB pada mulanya menyatakan 2 sebab apabila ditanya kenapa wang yang dikirim ke luar negara itu tidak dikembalikan ke Malaysia.
BNM kemudian mendenda 1MDB pada 28 April 2016 dan memberi tempoh sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun itu. 1MDB membayar denda itu pada 25 Mei dan gabenor BNM baru, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, siasatan bank pusat ke atas 1MDB selesai.
Denda itu antara tindakan terakhir diambil Zeti sebelum beliau bersara pada 30 April 2016 dan digantikan timbalannya, Muhammad pada keesokannya.
Zeti juga enggan menyentuh ketidakupayaan kedudukannya dalam mengambil lebih banyak tindakan berhubung kes 1MDB.
Beliau mempertahankan peranannya dengan berkata, sebagai gabenor BNM, beliau tidak dibenarkan mempunyai pandangan peribadi berhubung isu itu kerana ia dapat mengalihkan tumpuannya.
“Tidak seperti orang lain, kami perlu belajar tumpu perhatian kerana hasil kerja kami adalah demi rakyat dan sektor perniagaan, bukan perasaan peribadi.
“Saya juga seorang manusia dan mempunyai perasaan, tetapi saya perlu mengetepikannya. Saya sedar akan tanggungjawab saya. Kami tahu Bank Negara sangat penting untuk negara ini. Kami tidak mahu lihat ia dimusnahkan dan itu salah satu pertimbangan saya,” katanya.
Sebelum siasatan ke atas 1MDB dan mendenda sayap pelaburan strategik kerajaan itu, BNM mengambil tindakan terhadap AmBank dengan denda RM53.7 juta kerana melanggar undang-undang anti pengubahan wang haram dan peraturan transaksi kewangan memerangi keganasan.



Akhbar Australia pada November 2015 melaporkan AmBank membayar denda itu selepas BNM mendapati ia melanggar undang-undang anti pengubahan wang haram dan peraturan transaksi kewangan memerangi keganasan berhubung “orang terdedah kepada politik”. Laporan itu menyatakan pelanggaran itu dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Zeti kemudiannya menyertai Iclif, sebuah organisasi ditubuhkan dan dibiayai BNM sejak 2003. Beliau ialah pengerusi organisasi itu yang merupakan pusat antarabangsa berpangkalan di Asia yang didedikasikan untuk pendidikan eksekutif, penyelidikan, latihan dan perkhidmatan perundingan dalam bidang pembangunan kepimpinan, Keberkesanan organisasi dan tadbir urus korporat.

“Banyak pihak berharap BNM boleh melakukan lebih banyak, namun kuasa BNM terhad kerana tidak mempunyai hak untuk melakukan pendakwaan.
"Tetapi BNM sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana institusi yang boleh melakukannya,” katanya dipetik dalam temu bual eksklusif oleh akhbar Sin Chew Daily.

AZMIN DIFITÑAH

Sultan Selangor merupakan Ketua Ugama Islam NegeriSelangor Darul Ehsan.

Sewajarnya  jika Azmin dalam urustadbir kerajaan negeri mengabaikan Islam, umno Selangor tidak wajar membuat tuduhan melulu sebaliknya segera membuat aduan rasmi kepada Baginda Sultan.


Perlu juga merujuk terlebih dahulu kepada Exco Ugama Selangor (PAS) dan MAIS.


BERIKUT PERNYATAAN UMNO SELANGOR KETUA PENERANGAN

Para ulamak telah memberikan panduan untuk umat islam dalam menilai baik buruknya sesuatu perkara. 

Dalam ilmu usul fiqh, antaranya terdapat kaedah yang dikatakan "apabila terdapat 2 kemudharatan maka pilihlah mudharat yang lebih ringan kesannya". 

Menjelang PRU 14 yang akan datang, saya suka mengajak rakan-rakan untuk sama-sama kita menilai antara 2 pihak yang akan menjadi pilihan pengundi iaitu BN @ PH. 

Jika dahulunya rekod pentadbiran hanya ada pada BN tidak pada parti-parti pembangkang, namun kini tidak lagi. Kerajaan Negeri Sgor telah 2 penggal ditadbir oleh Pakatan. Begitu juga Kelantan & P Pinang.





Sebegai rakyat Selangor, saya lebih berminat untuk memperkatakan tentang kemudharatan di Negeri Selangor. Antara perkara yang mestidipandang serius oleh para pengundi di Sgor ialah:

1. Kegagalan kerajaan Negeri dalam menjamin kesucian akidah & syariat islam di Negeri Sgor. Buktinya sepanjang 2 penggal menjadi kerajaan tidak ada sebarang pindaan berkaitan penambahbaikan kedudukan Islam dilakukan oleh kerajaan Negeri. Ini mendedahkan kita kepada bahaya penyelewengan akidah seperti Syiah, Wahabi, Liberalisme Pluralisme yang semakin berkembang.


2. Tindakan YAB MB tidak menyekat pesta arak yang ingin diadakan di Sgor jelas menunjukkan yang beliau tidak menjunjung syariat islam. Arak adalah ibu segala maksiat. Membenarkan pesta arak umpama membesarkan kemaksiatan. Apa akan jadi dengan akhlak serta moral masyarakat jika kerajaan bersikap sambil lewa dalam isu yang sangat besar & serius seperti ini.




3. Kerajaan pimpinan DS Azmin Ali jelas menjadi "kuda tunggangan" kepada kafir DAP. Kerana itu tidak adanya agenda Islam dalam pentadbiran. Tidak adanya agenda melayu dalam pembangunan.

4. Penghinaan terhadap syariat Islam semakin menjadi-jadi semenyak Pakatan membentuk kerjaaan Negeri. 

5. Pemimpin politik dari kalangan orang bukan Islam semakin "kurang ajar" tidak menghormati kedudukan Islam & syariat Islam. Mereka pernah desak supaya zakat diagihkan kepada bukan Islam. Mereka menuntut kebebasan beragama bagi orang Islam. Mereka mencemari Masjid & surau. Mereka mendesak azan diperlahankan. 

Banyak lagi kemudharatan yang akan berlaku jika rakyat terus memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk mentadbir negeri apatah lagi negara. Justeru marilah kita meringankan kemudharatan itu dengan terus mengekalkan BN menerajui kerajaan persekutuan dan mengembalikan Negeri Sgor kepangkuan BN menjelang PRU akan datang. 

Tolak Pakatan demi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar lagi merugikan!

Ikhlas dari,
Dato' Hj Zein Isma Hj Ismail
Ketua Penerangan UMNO Selangor
Rabu 27 Sept 2017; 20:56hr

Asking for the money back will have to wait for a future prime minister.


Apakah bermaksud lawatan dan perjumpaan PM dengan Trump tidak membawa apa² perubahan..
Pandangan Malott adalah sebelum berlaku pertemuan di atas.


Surat terbuka dari bekas Duta Amerika ke Malaysia.
What has happened to governance in Malaysia ? "A letter to the Malaysian People"

John Malott :

Some people were surprised when I said that the US government's seizure of assets - condos, mansions, hotels and art work - all of which were purchased with money stolen from 1MDB and the Malaysian people - was only the beginning.
It's true. There's lots more to come.

There will be criminal indictments coming, most likely including Riza Aziz and Jho Low, who both are very closely connected to Prime Minister Najib Razak.
There will be a mention in a future criminal prosecution of an "unindicted co-conspirator", who now is widely known as "Malaysian Official 1". When he no longer is in office, he will be indicted in th US.

Here are some thoughts about what happens next on the US side. The US government already has seized these assets, or asked other governments, such as Switzerland and the UK, to seize them.
They have been blocked.


Under US law, the next step is for Aziz, Jho Low and others to try and prove in a court of law that the assets that were seized from them truly were purchased with their own money - and not from funds stolen from 1MDB.

Of course, they cannot prove that. The Federal Bureau of Investigation (FBI) and the Department of Justice (DOJ) filing was meticulous, thorough and totally professional. The evidence is all there. It even includes the transcripts of wiretapped phone calls of a panicked Jho Low talking to his bankers.

Thanks to the FBI and the DOJ, it is so clear. We know where the money came from. It was stolen from the Malaysian people through 1MDB.

Your money, not ours.

As US Attorney-General Loretta Lynch and the others pointed out many times, the money was stolen from the people of Malaysia. The assets belong to them.
So the US government will hold all of the seized assets - the real estate, the paintings, the rights to "Wolf of Wall Street" etc - in trust on behalf of the people of Malaysia, from whom the money was stolen.

The assets will not belong to the US government.
(How ironic that the US attorney general seems to care more about this thievery than the Malaysian attorney-general does..)

In the meantime, the US government will rent out Aziz's condo in New York and his Beverly Hills house. It will take over the management of the hotels in New York and Beverly Hills that were purchased by Jho Low with the stolen money.

The US government will collect the profits from all future sales of the DVDs and TV rights of "The Wolf of Wall Street". The Monet and Van Gogh paintings will go on exhibition somewhere, so everyone can enjoy. And so on.

And all of the profit that is earned will be held in trust by the US government on behalf of the Malaysian people. It is your money, not ours.
What about Rosmah's son, Riza ?

Young Riza will soon be homeless. The US government has seized his homes.
In order to save itself and the films it has in production (including a new film about George Washington, starring Leonardo DiCaprio), I predict that Red Granite Pictures will get rid of Aziz.

So Aziz will be jobless too.

When the US government files criminal charges against Aziz (and I am sure they will), they will ask the court to seize his passport so he cannot leave the US.

The Malaysian Embassy in Washington may try to defraud the US government and issue a new passport to Aziz, with a new number, so he can leave the country. At that point, we will see how efficient the US government is at catching this.

If the Malaysian government asks for the seized assets to be transferred back to them, the US will do so.

But will Najib do that ? No. If Najib asks for the money back, it means that he is admitting that the money was stolen from the development fund that he headed, that the stolen money went to his stepson and his "advisor" Jho Low, and that he has been lying about this to the Malaysian people for years.

So, of course he will never do that.

Asking for the money back will have to wait for a future prime minister.

And why would Najib want to ask "for the money back" when he and his family and cronies already have it - or have spent it ?

An international pariah.
From an international viewpoint, this is the end of Najib. He is an international pariah. The world now thinks he is a crook. He is a fraud. The world will want nothing to do with him. He will not be welcomed anywhere. When he speaks to the United Nations General Assembly next fall, there will be only 30 or so people in the room, mostly Malaysians.

Other leaders will be embarrassed to be seen with him, to shake his hand, to be photographed with him.

As for Rosmah, her credit at Hermes and Tiffany's and elsewhere is now cut off. Those luxury stores now know the money was not hers. it was stolen from the Malaysian people. They do not want to be complicit in international money laundering. They have their own reputations to protect.

That is how the world will react. But how will the Malaysian people react ? Will Najib get away with this, back in Malaysia ?

I fear that the answer is yes. If so, it means that Malaysia is now in Mugabe-land.

The inspector-general of police (IGP) says that the US government never asked for cooperation from the Malaysian government in their investigation. Yet both the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and teh FBI have said that they cooperated with each other in this investigation. The IGP knows the truth, so why did he say otherwise ? Why did he lie ?

The Malaysian AG says that this is all 
speculation and innuendo, and that there is no proof of the US government's charges. Yet the US government has issued a very thorough, professional and detailed 136-page filing evidence with th court. It i there for the AG to read. Instead, why did he choose to insult the integrity of the US government ?

Why did he lie ?

As long as Malaysia's IGP and AG continue to deny the truth in the face of the overwhelming facts, we know where this is going.

How ironic it is, that is the US government - the FBI and the US Attorney-General - who are doing the job that the IGP and Malaysian AG should be doing.
As US AG Lynch said, this is the Malaysian people's money. It is not America's.
We want to give it back to you.

JOHN MALOTT is a former US ambassador to Malaysia,

Tuesday, September 26, 2017

MASALAH UTAMA DI NEGARA INI APA? BANGSA? UGAMA?




PENDIRIAN MALAYSIA DIKETEPIKAN ASEAN

Tanpa ketokohan dan kewibawaan PM dan Menteri Luar Negara, begitu mudah pendirian Malaysia dipinggirkan.






GST Getah Sawit Turun.. ORANG KAMPONG DAH ZIKIR SIANG MALAM

GST
Getah Sawit Turun
Sudah jadi viral pada orang kampong, tak susah untuk mereka faham dan hadam kesan GST, kehidupan yang lebih sempit ketika harga Getah Sawit Turun.



Monday, September 25, 2017

SIAPA YANG PATUT JADI MATA DAN TELINGA RAKYAT UNTUK TOLAK KERAJAAN ZALIM...

Kerajaan ada di seluruh dunia..
Kerajaan Persekutuan BN di Malaysia..
Kerajaan Negeri Pulau Pinang..
Kerajaan Negeri Selangor .
Kerajaan Negeri Kelantan..





Salah satu istilah kerajaan sekarang ZALIM, bukan Tun yang kata, kawan kamceng Najib yang kata... Dia kata lagi " GST ADALAH KONSEP YANG ZALIM MENGIKUT ISLAM"


TOLAK KERAJAAN ZALIM






Jika ketua kerajaanya orang kapir (contoh Pulau Pinang) kalau zalim - wajib tolak - gantikan.
Jika ketua kerajaannya orang Islam (contoh Malaysia) kalau zalim - wajib tolak - gantikan.

......

Definasi zalim sangat luas..
Fahami lah mengikut konsep dan ilmu masing²..
Ia bermula, dengan menzalimi diri sendiri. Diikuti menzalimi pihak lain..

Bagi sebuah kerajaan...
Adakah pemimpin anda berakhlak seperti Rasululullah..
Se amanah Khalifah Omar Al Khatab..

.......

Sistem Malaysia demokrasi dan raja berpelembagaan..
Pada prinsipnya:
Rakyat boleh mengekalkan kerajaan sekarang dengan mengundi BN.
Atau rakyat boleh pilih AMANAH, PKR, BERSATU membentuk kerajaan baru.

DAP bebas memilih menyokong mana mana parti (Kerajaan BN atau Kerajaan Baru) tetapi kekal minoriti dan bukan dominan.

......

Tanda tanda pemerintahan zalim..

Apabila tersedar dosa menipu dan menzalimi rakyat, pemerintah dihujung kuasa akan cuba memberi tekanan kepada pesaingnya secara ugutan, tangkapan, pemenjaraan jika pujukan (dengan mulut) dan bujukan (merasuah) tidak berkesan.

Pemerintah juga kelihatan cemas dan meluru ke setiap penjuru negara atau terbang ke serata negara untuk menagih sokongan.

Mereka juga akan menangkap kambing² hitam untuk menutup kurap panau mereka sendiri dan pihak penguatkuasa diminta melakonkannya.

Pemerintah juga secara tiba² menjadi pemurah kepada rakyat dengan pelbagai insentif dan tawaran percuma.

Rakyat berhak menerimanya tetapi mungkin sudah terlewat membalasnya dalam bentuk sokongan dan undi.

Kebiasaannya rakyat tidak memaafkan sebarang bentuk kezaliman dan meminta yang bersalah diseret ke muka pengadilan.

.......

Bagi penyokong pemerintah yang zalim ini pula (mereka gelarkan diri mereka sendiri sebagai pecacai) apabila kehabisan ilmu dan hujah akan kelak mendapat penyakit kusta, penyakit hati dan gangguan saraf sel otak untuk berfungsi akan mula memaki hamun dan menuduh lawan mereka kapir atau ke neraka.

Hakikatnya mereka sendiri belum dijamin masuk syurga kerana terlilit dengan fitnah dan dedak.

Semoga Allah masih memberi mereka dan kita semua taufik dan hidayah, kembali ke ihdinass sirotolmustaqim.

Wallahua'alam.


........