Sunday, September 17, 2017

ANTARA JENAYAH KORUP DAN JENAYAH BUNUH



Cubaan untuk membuka rahsia jenayah dalam keadaan tertentu dianggap jenayah.

Undang² menghukum si penjenayah dan undang² juga boleh digunakan untuk melindung jenayah dan si penjenayah.




Isu anak-anak Tahfiz: 

Tamparan hebat buat ibu bapa dan sistem pendidikan negara. 

12 tahun dah positif SYABU oiiii!! 

Diulangi...

12 tahun positif SYABU!!! Allahuakhbar!!!
Bukan kategori biasa-biasa punya masalah tu.πŸ€’πŸ€’πŸ€’πŸ€’πŸ€’

Budak-budak yg melakukan jenayah ini katanya masih kecil.
Tidak matang, tidak tahu apa-apa.
Di bawah pengaruh dadah. 

Tapi bagi saya, modus operandi mereka cukup MATANG mcm org dewasa punya kerja.
Terbaik punya perancangan baii! 
Plan yg mereka buat bukan mcm akal budak2, lebih dari pembunuh bersiri!

Siap angkat tilam naik tgkat 3, beli petrol, curah minyak depan pintu masuk asrama.
Curi tong gas dr PPIM (bangunan sebelah) dan angkat ke tingkat 3 (bangunan tahfiz). 
Cucuk guna lidi kepala gas supaya gas keluar hala ke arah pintu, kunci pintu bilik dgn spanar dr luar. Ya Allah..

Xhebat lg ke planning tu??
Itu mmg btl2 berniat nk membunuh lah hingga xde jalan keluar lain utk mangsa selamatkan diri lgsung!

Pada pendapat saya dr kaca mata seorg guru, sudah tiba masanya kementerian pendidikan mengembalikan semula "hak" merotan dan mendidik pelajar kpd semua guru. 

Biarlah mak ayah melihat tapak tangan anak berbirat kemerahan dari menangis melihat tangan anak bergari masuk lokap!

Tidak matinya setakat rotan di tangan atau tapak kaki bermula darjah 1. Jika ibu bapa trlalu sayangkan anak-anak, blh ajar anak-anak sendiri di rumah ikut acuan sendiri. 🀷🏻‍♀️

Tuan-tuan dan puan-puan,
Utk pengetahuan kalian.

Hari ini, guru-guru di sekolah hanya boleh mengajar sahaja.
Sambil terkejar-kejar dgn tugas sampingan yg bertimbun-timbun.
Pertandingan, kursus, sistem online dan dasar-dasar yg perlu diikuti dan berubah setiap masa. 

Diselitkan pula SYARAT ketat iaitu TIDAK BOLEH menghukum pelajar dgn apa cara  hatta MEMBEBEL sekalipun.

Lalu bagaimana?

Bak kata Tuan Fdaus Ahmad  "Padan muka kita! Allah tarik anak-anak Tahfiz, Allah tinggalkan anak-anak Syabu"

Ejek Vs Bakar Orang. 

Anak-anak kita makin tenat😰

Cikgu Suraya yg xdapat tidur,
12.58 am.
Miri, Sarawak.

#SHARE

#SAYAIZIN

57 comments:

  1. Allah tarik pemimpin2 baik, Allah gantikan dgn pemimpin korup.

    Padan muka kita

    ReplyDelete
  2. Boleh tak sekejap lari dari isu politik wahai anony 1:37. Siang malam dok kait dengan politik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn masuk blog politik wahai cacai si najis

      Delete
  3. Penyelesaiannya senang je.

    Salahkan sistem
    Salahkan kerajaan
    Salahkan najib & umno.

    Mak bapak tak perlu risau apa-apa tentang anak mereka.
    Tugas mengajar anak mereka... Guru
    Tugas mendidik anak mereka.... Guru

    Tugas mak bapak?

    ReplyDelete
  4. Tugas mak bapak memilih pemimpin yang berakhlak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh KD ni..

      Memilih pemimpin yg berakhlak??
      Lepas pilih? Lepas tangan??? Salahkn pemimpin pulak?? Senangnya bahlol ni main kata kata..
      Klau mak bapak jenis sokong agenda LGBT.. PLURALISME.. MURTAD.. COMANGO.. HINA ISLAM.. HINA RAJA RAJA.. KRONISME.. PERJUDI HASIL NEGARA SESUKA HATI.. BANGKRAPKN BYK COMPANY DN GLC.. DLL.. Cmne tu? Mak bapak yg cmni berakhlak ke?

      KD.. Tunjukkn yg kau ni tak bodoh dgn bg criteria cmne yg berakhlak tu mengikut definasi?

      Dan bg satu je contoh pemimpin yg berakhlak dr puak kau?

      Ada berani??





      Delete
    2. Memilih pemimpin yg berakhlak??
      Lepas pilih? Lepas tangan??? Salahkn pemimpin pulak?? Senangnya bahlol ni main kata kata..
      Klau mak bapak jenis sokong agenda LGBT.. PLURALISME.. MURTAD.. COMANGO.. HINA ISLAM.. HINA RAJA RAJA.. KRONISME.. PERJUDI HASIL NEGARA SESUKA HATI.. BANGKRAPKN BYK COMPANY DN GLC.. DLL.. Cmne tu? Mak bapak yg cmni berakhlak ke? - Kena ambil kira pandangan ni..... kita nak gantikan yang cenderung menyokong semua perkara ni?

      Delete
    3. Memilih pemimpin yg berakhlak??
      Lepas pilih? Lepas tangan??? Salahkn pemimpin pulak?? Senangnya bahlol ni main kata kata..
      Klau mak bapak jenis sokong agenda LGBT.. PLURALISME.. MURTAD.. COMANGO.. HINA ISLAM.. HINA RAJA RAJA.. KRONISME.. PERJUDI HASIL NEGARA SESUKA HATI.. BANGKRAPKN BYK COMPANY DN GLC.. DLL.. Cmne tu? Mak bapak yg cmni berakhlak ke? - Kena ambil kira pandangan ni..... kita nak gantikan yang cenderung menyokong semua perkara ni?

      Delete
    4. bila mencuri,mmg tak berakhlak le..budak2 pun tahu en suharli..lebih2 lagi org yang berkuasa, org yang diberikan amanah

      Delete
  5. BREAKING NEWS!!!!

    Maaf KD, ot jap.

    Inilah BIG NEWS yang Najib nak announce kat korang....HEHEHE
    Mat Taib buat U-turn for the 3 times!!!!

    https://www.malaysiakini.com/news/395481 Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib hari ini kembali ke pangkuan Umno.

    Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi.

    Muhammad berkata, keputusan itu dibuat selepas merasakan perjuangan pembangkang adalah sia-sia.

    Beliau menyertai PAS pada April 2013, sebelum menyertai PKR dua tahun kemudian.

    ReplyDelete
  6. Buaya pulang ke...? Pemimpin berakhlak macam ni lah kita mahu.

    Trump kata "Drain the swamp" tapi Najib bawa buaya masuk semula ke "swamp". Itulah pengajaran diperolehi dari lawatan ke Washington. Tak mau buat RCI kes Mat Tyson ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu dia u-turn balik baru buat RCI..skrg semua o.k..

      Delete
    2. Kot ada YB nk lompat parti. Kena ada jambatan nk sambung ...

      Delete
  7. Kahkahkah.. Kahkahkah..sidang media cuma nk umum mat taib sertaii umno semula..memang parah ko jibbbb...πŸ˜‚πŸ˜ƒπŸ˜„πŸ˜…πŸ˜†πŸ˜œπŸ˜

    ReplyDelete
  8. "Bak kata Tuan Fdaus Ahmad  "Padan muka kita! Allah tarik anak-anak Tahfiz, Allah tinggalkan anak-anak Syabu""

    Perumpamaan yg sama boleh kita ambil jika anak2 tahfiz itu adalah mereka2 yg memperjuangkan yg hak dan menumbangkan yg batil.

    Contoh terbaik adalah skandal 1mdb, terang dan nyata najib rompak dan samun 2.6 billion, wang masuk dlm akaun peribadi, seluruh dunia mengetahuinya.

    Anak2 syabu pula,samalah seperti ahli2 umno yg mengharapkan habuan hasil rompakan najib terhadap 1mdb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana bukti Najib samun RM2.6 bilion?

      Nanti macai2 kata dah buat laporan polis tetapi polis tak bertindak. Bukankah laporan2 itu palsu sebab tiada bukti.

      Dah buat pengaduan di Switzerland, Singapura dan Hong Kong, tetapi setakat pegawai2 BSI Bank saja yang dihukum kerana itu adalah penyelewangan wang BSI Bank sendiri, bukannya 1MDB. AG Apandi pun tak nak layan AG Swiss kerana itu adalah kes dalaman BSI Bank yang tak ada kena mengena dengan 1MDB.

      Dah dua kali buat pengaduan di DoJ, dua-dua pengaduan itu diumumkan dan dihebohkan ke seluruh dunia, malangnya tak ada bukti. Jejak wang pergi ke IPIC. IPIC pula tak nak buat pengaduan sebab melibatkan keluarga sendiri. Akhirnya kedua-dua saman DoJ tu terus senyap tak bunyi2 lagi.

      Lebih malang lagi, ia mencetuskan siasatan jenayah ke atas Clinton Foundation yang terlibat dengan pengubahan wang haram yang dananya datang daripada wang curi IPIC dan wang sogokan daripada Asia Tenggara. Tunggu sajalah hasil jenayah tersebut.

      Macai2 juga kata Najib takut sebab mengOSAkan laporan audit dan PAC. Tetapi bukan ke 5 wakil pembangkang dalam PAC dapat akses sepenuhnya kepada laporan2 tersebut. Bukankah laporan2 tersebut sudah menjadi rahsia umum?

      Oleh kerana pembangkang kata Najib sangat degil dan kuat berdalih, apa kata pembangkang usul dan mohon perkenan YDPA untuk penubuhan RCI ke atas 1MDB. Bila RCI sudah ditubuh laporan2 yang diOSAkan tak akan menjadi rahsia lagi dan Najib tidak boleh lagi mengelak dan berdalih untuk berhadapan dengan panel siasatan.

      Jika terdapat ada bukti2 jenayah yang nyata, dakwalah Najib di mahkamah untuk diadili dan hukumlah beliau jika didapati bersalah.

      Jadi apa lagi macai2, mulakanlah langkah pertama jika macai2 ada bukti2 yang nyata Najib menyamun 1MDB. Jangan hanya bercakap kosong saja.

      Delete
    2. Betul tu x curi, salah masuk akaun jer! Ala cin cai cin cai jer la! Derma pun derma lah! Nak jadi bodoh pun lantakla labu!

      Delete
    3. Mmg betul tak tau, salah Nor Yaakup jer! Ala cin cai cin cau je la! Lenjan lenjan la sesukahati rizab negara wahai Nor Yaakup.. Aku kata x tau je.. Dh macai aku semua mmg bodoh... Lantak la.. Yg penting mereka setia menyalak menghalalkan setiap kebejatan aku...

      Delete
    4. Pembangkang dok canang ke seluruh dunia bahawa Najib takut ke luar negara terutama Amerika sebab kononnya akan ditangkap oleh DoJ dan FBI dan dipenjarakan di Amerika kerana kononnya terlibat dengan wang curi 1MDB padahal itu sebenarnya wang IPIC.

      Najib telah membuktikan sebaliknya, beliau pergi ke Amerika dan balik ke Malaysia dengan selamat tanpa ada masalah apa2 dengan DoJ dan FBI. Malahan pemergian beliau ke Amerika atas jemputan khas Presiden Trump sebagai seorang sahabat. Beliau tidak pergi ke Amerika melalui pelobi seperti yang dilakukan oleh PM 1981-2003 dulu untuk bertemu dengan Presiden Bush. Malah di satu majlis makan beliau bersama Presiden Trump, majlis itu turut dihadiri oleh Jeff Sessions dan Christopher A. Wray.

      Jadi Najib telah membuktikan kepada dunia, beliau berani kerana benar. Beliau ada bola sebagai seorang lelaki sejati.

      Jadi macai2, ada bukti ke tak ada bukti? Ada bola ke tidak ada bola? Lelaki sejati ke atau eunuch?

      Delete
    5. Anon 8:00

      Apa kata kita suh macai macai PELIHARAAN DAPig's ni buat deklarasi rakyat agar Wang KWSP dn apa ape pelaburan keluar negara diharamkan sama sekali dn semua duit tu wajib kita perjudikan secara leluasa dn sesukahati bermain Forex.. Amacam.. Setuju?

      Delete
    6. "kononnya terlibat dengan wang curi 1MDB padahal itu sebenarnya wang IPIC."

      Kalau wang ipc kenapa sampai ke mahkamah?

      "Najib telah membuktikan sebaliknya, beliau pergi ke
      Amerika"

      Dua perkara bersaingan sahabat baik trump tidak bermakna najib tidak boleh di dakwa di mahkamah us


      "Jadi Najib telah membuktikan kepada dunia, beliau berani kerana benar."

      Kalau berani najib sudah pasti tak kepit dan klepet.

      "ada bukti ke tak ada bukti?"

      Bukti? Media barat cakap najib is a crook, malu la skit.





      Delete
    7. 8.08

      Apakata kita minta pekerja kwsp buat undian samada bersetuju atau tidak najib "nak perkasakan ekonomi us dengan menggunakan duit simpanan pekerja malaysia?"

      Ada berani?

      Delete
    8. "Bukankah laporan2 itu palsu sebab tiada bukti."

      Ko dah prkena ketum ke blum?

      "tetapi setakat pegawai2 BSI Bank saja yang dihukum kerana itu adalah penyelewangan wang BSI Bank sendiri,"

      Pergi tanya jho lo dan al bijani.

      "malangnya tak ada bukti. Jejak wang pergi ke IPIC"

      Bukti ada terselit kepit al bijani.

      "Lebih malang lagi, ia mencetuskan siasatan jenayah ke atas Clinton Foundation"

      Apa crita macai? Kalau kat mahkamah kes tertumpu perkara berkaitan.


      "Macai2 juga kata Najib takut sebab mengOSAkan laporan audit dan PAC."

      Tu pasal rafizi dihadapkan ke mahkamah.

      "pembangkang usul dan mohon perkenan YDPA untuk penubuhan RCI ke atas 1MDB"

      Kasi settle laporan polis terhadap 1mdb.

      Macai2 najib semua, ingatlah setiap spin kamu tu direkod di akhirat, seperti kamu tulis jugalah...

      Berani kerana benar...kalau sempat kita jumpa di dunia la ye.

       




      Delete
    9. Laporan Newsweek sama seperti WSJ dan juga Sarawak Report, hanya laporan spekulasi tanpa bersandarkan bukti-bukti yang benar-benar bukti. Kalau ada sudah tentu DoJ dan FBI sudah bertindak ke atas Najib.

      Sebab tu Najib tak menghiraukan segala apa laporan yang dibuat oleh media-media barat yang dikuasai Yahudi, yang pro-Hillary Clinton dan yang diupah oleh musuh politik beliau sebab media-media tersebut menuduh tanpa bukti.

      Mahkamah! Mahkamah mana di luar negara yang mendakwa Najib?

      Delete
    10. Peguam BNM memohon keterangan secara tertutup untuk 2 orang pegawai BNM yang menjadi saksi dalam RCI BNM Forex kerana dokumen2 BNM yang berkaitan forex telah diOSAkan. Tetapi permintaan tersebut telah ditolak oleh ketua panel RCI dengan alasan dokumen2 berkenaan boleh dirujuk dan digunakan dalam RCI.

      Delete
    11. "hanya laporan spekulasi tanpa bersandarkan bukti-bukti yang benar-benar bukti."

      Kalau spekulasi saman je la, najib takder maruah kami semua dah tau, tapi nama negara tercemar, kenapa nak palitkan nama malaysia?

      "Kalau ada sudah tentu DoJ dan FBI sudah bertindak ke atas Najib."

      Sekurang kurang dah masuk ke mahkamah us, mesia bila lagi?


      "Sebab tu Najib tak menghiraukan segala apa laporan yang dibuat oleh media-media barat yang dikuasai Yahudi"

      Najib jumpa trump kenapa? Trump semasa kempen kiblat dia yahudi gak.


      "pro-Hillary Clinton dan yang diupah oleh musuh politik"

      Kes mahkamah US berbentuk non partisan, faham ke macai?

      Mahkamah mana di luar negara yang mendakwa Najib?

      Kertas dakwaan DOJ merujuk MO1 adalah najib, rahman dahlan dah sahkan macai oi,

      ko nak spin kebenaran ko jawabla di dunia dan akhirat macai...



      Delete
    12. Clinton Foundation kini disiasat oleh senat, DoJ dan FBI atas pengubahan wang haram termasuk dalang-dalangnya sekali iaitu Hillary, Loretta, adik beradik Comey, McCabe dan beberapa orang lagi termasuk Khadem Abdullah Al-Qubaisi dan Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

      Terungkainya kes ini akan mendedahkan bahawa bukan wang 1MDB yang hilang tetapi sebenarnya adalah wang IPIC.

      Delete
    13. Tak payahlah nak putarbelitkan kenyataan Rahman Dahlan.

      Memang Loretta ada bawa kes saman sivil DoJ yang pertama ke mahkamah tetapi selepas Loretta ditamatkan perkhidmatannya pada 20 Jan 2017, kes tersebut senyap. Ada tak pendakwaan ke atas Najib?

      Saman sivil DoJ yang kedua diumumkan oleh Sandra pada 15 Jun 2017. Sandra ialah seorang Pemangku Peguam AS yang akan ditamatkan perkhidmatannya sebelum 20 Jan 2018. Ada tak pendakwaan ke atas Najib?

      Delete
    14. Macam kaldai 11.07 pun ade ulang berkali kali,

      "Clinton Foundation kini disiasat oleh senat, DoJ dan FBI.."

      DOJ dan FBI sifatnya non partisan faham tak?

      "Terungkainya kes ini akan mendedahkan bahawa bukan wang 1MDB yang hilang tetapi sebenarnya adalah wang IPIC."

      Kenapa ipic tuntut wang dari 1mdb di mahkamah london?


      "Tak payahlah nak putarbelitkan kenyataan Rahman Dahlan. "

      Betul atau tidak rahman dahlan ada buat kenyataan ini?

      "kes tersebut senyap. Ada tak pendakwaan ke atas Najib?"

      Kes senyap? Dah buang kes ke macai? pendakwaan ke atas najib masih lagi berjalan.

      "Saman sivil DoJ yang kedua diumumkan oleh Sandra pada 15 Jun 2017. Sandra ialah seorang Pemangku Peguam AS yang akan ditamatkan perkhidmatannya sebelum 20 Jan 2018. Ada tak pendakwaan ke atas Najib?"

      Memang ada dan masih berjalan, terbaru kes riza aziz anak tiri najib.

      Ko nak spin kes riza aziz gak ker? Dipersilakan, spin dari fakta sebenarnya adalah satu fitnah macai.





      Delete
    15. Samada Najib nak saman ke tak itu adalah hak mutlak beliau.

      Tetapi yang pastinya tiada mahkamah samada di Amerika, England, Switzerland, Singapura, UAE, Hong Kong atau mana-mana mahkamah di luar negara yang mendakwa Najib atas sebab kononnya terlibat dengan kehilangan 1MDB berdasarkan samada laporan Sarawak Report, WSJ atau Newsweek.

      Kalau ada sila bagi tau...

      Sebab itu kalau macai-macai ada bukti yang kukuh Najib menyamun wang 1MDB, Najib menggunakan polis, Akta Rahsia Rasmi dan Peguam Negara, aku syorkan macai-macai mengusulkan dan minta perkenan untuk penubuhan sebuah RCI ke atas Najib dan 1MDB.

      Delete
    16. Adakah kes di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London itu masih berjalan??

      Delete
    17. Kalau syarikat Riza Aziz menerima pinjaman daripada Aabar-BVI dan IPIC, itu bukan dana 1MDB tetapi adalah dana Aabar-BVI dan IPIC sendiri yang tiada kaitan dengan 1MDB.

      Delete
    18. Untuk Mudahkan otak ko tuk hadam, 1mdb perlu settlekan, bayar tuntutan ipic....otak ko berhubung tak? atau ko nak spin dari fakta kebenaran, ko nak cipta fitnah?

      Delete
    19. "Aabar-BVI" ciptaan sape? Jho lo atau ipic? Macai? Ko nak spin ka faham ker? atau keje spin nak larikan dari kebenaran?

      Jawab dulu? Jho lo atau siapa punya aabar bvi?

      Delete
    20. Senat, DoJ dan FBI memang non-partisan dan mereka bertindak berdasarkan bukti nyata bukan bukti yang dicipta oleh Sarawak Report, WSJ dan Newsweek tanpa ada asas.

      Tetapi adakah ada bukti dan seterusnya pendakwaan ke atas Najib atas pertuduhan beliau mencuri wang 1MDB dan mengubah wang tersebut di Amerika?

      1MDB menegaskan tiada wangnya yang hilang tetapi IPIC ada. Jejak wang dalam saman sivil DoJ menuju ke arah Aabar-BVI dan IPIC. Jadi apa kena mengena Najib dan 1MDB dengan kehilangan wang Aabar-BVI dan IPIC.

      Macamana DoJ dan FBI nak bertindak sebab yang hilang duit IPIC bukannya 1MDB?

      Delete
    21. Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC.

      Delete
    22. "Tetapi yang pastinya tiada mahkamah samada di Amerika, England, Switzerland, Singapura, UAE, Hong Kong atau mana-mana mahkamah di luar negara yang mendakwa Najib atas sebab kononnya terlibat dengan kehilangan 1MDB berdasarkan samada laporan Sarawak Report, WSJ atau Newsweek."

      Dah baca kertas dakwaan DOJ tak? Doj mensabitkan mo1 dan mo1 telah disahkan sebagai najib oleh rahman dahlan.

      Ada tak kenyataan spin atas ni?

      Delete
    23. "Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC"

      Pergi la baca kertas dakwaan doj macai oi, ko jgn nak spin sarawak report plak.

      Delete
    24. "1MDB menegaskan tiada wangnya yang hilang tetapi IPIC ada. Jejak wang dalam saman sivil DoJ menuju ke arah Aabar-BVI dan IPIC"

      Kalau 1mdb takder hilang duit, kenapa plak hutang 1mdb dah 50 billion? Cer citer?

      Delete
    25. Susulan pertikaian deposit USD3.5 bilion, IPIC telah membatalkan perjanjian pertukaran aset-liabiliti dengan 1MDB dan meminta 1MDB memulangkan semula wang yang diberi kepada 1MDB pada Jun 2015 sebanyak USD1.2 bilion berserta kadar faedah dalam 2 pembayaran.

      1. USD0.6 bilion pada 31 Julai 2017 (telah dibayar),

      2. USD0.6 bilion pada 31 Disember 2017.

      Delete
    26. 12.09 ko nak citer ape? Copy paste aje lah, nak tunjuk kejujuran ko? Kah kah kah kah...

      Delete
    27. Selain USD0.6 bilion yang perlu diberi balik kepada IPIC, 1MDB cuma ada 4 hutang jangka panjang yang berjumlah RM27 bilion yang dipadankan dengan aset bernilai RM31 bilion.

      Delete
    28. Kalau aset 31 billion, hutang 50 billion tak sepadan tuh, aset plak hanyalah anggaran....

      Delete
    29. Kertas dakwaan DoJ yang pertama dan kedua adalah berdasarkan kepada laporan WSJ yang tak ada asasnya. Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC.

      1MDB memiliki dokumen-dokumen dan pegesahan daripada peguam-peguam yang membuktikan Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC. Dokumen-dokumen dan pengesahan ini juga yang digunakan di Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London sehingga IPIC membuat keputusan untuk menyelesaikan kes tersebut secara terus dengan 1MDB.

      Delete
    30. Sebelumnya aset RM51 bilion, hutang RM47 bilion.

      Selepas pembayaran hutang jangka pendek.

      Kini aset RM31 bilion, hutang RM27 bilion.

      Delete
    31. "Kertas dakwaan DoJ yang pertama dan kedua adalah berdasarkan kepada laporan WSJ yang tak ada asasnya. Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC."

      Kalau camtu buat penat ajelah, DOJ Dan FBI buat siasatan berlandaskan sistem elektronik perbankan, email yg dipintas, perbualan dirakamkan?

      Delete
    32. "1MDB memiliki dokumen-dokumen dan pegesahan daripada peguam-peguam yang membuktikan Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC."

      Tahniah peguam! 1mdb Tak payah bayar ipic la kan3 ?

      Delete
    33. Aset IPP, trx, tudm, hanyalah anggaran, betul tak? Dan bukan milik umno Najib, betul tak?

      Delete
    34. Yang pastinya Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC berdasarkan dokumen-dokumen yang ditandatangani oleh IPIC sendiri dan pengesahan peguam-peguam.

      Dan yang pastinya tiada mahkamah samada di Amerika, England, Switzerland, UAE, Singapura, Hong Kong yang mendakwa Najib.

      Delete
    35. 1MDB hanya perlu memulangkan wang IPIC sebanyak USD1.2 bilion yang diberi IPIC pada Jun 2015.

      RM0.6 bilion sudah dibayar. Tinggal bakinya RM0.6 bilion akan dibayar pada 31 Disember 2017.

      Delete
    36. Nilai aset-aset 1MDB semakin tinggi nilainya dari semasa ke semasa.

      Aset-aset tersebut adalah milik 1MDB yang merupakan syarikat pembangunan strategik Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

      Delete
    37. Aset 1mdb asal milik siapa? Umno najib ke? Najib cakap penubuhan 1mdb untuk kebaikan rakyat, hari ini apa dah jadi?

      Delete
    38. Tak kira daripada mana asalnya aset-aset tersebut ia kini dimiliki oleh 1MDB, Kementerian Kewangan, Kerajaan Malaysia untuk rakyat Malaysia.

      Memang 1MDB berjasa kepada rakyat Malaysia:

      1. Beribu-beribu pelajar telah dan sedang mendapat tajaan biasiswa daripada 1MDB.

      2. Beribu-ribu jemaah haji telah dan sedang mendapat tajaan daripada 1MDB.

      3. Perjanjian PPA yang pertama yang menyebabkan kerugian wang rakyat dianggarkan sebanyak RM100 bilion dapat dihentikan dengan penubuhan 1MDB.

      4. Perjanjian PPA kedua berasaskan yang pertama dapat dihalang dengan penubuhan 1MDB. Perjanjian kedua ini boleh menyebabkan kerugian wang rakyat sebanyak RM200 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang.

      Delete
  9. Ye pilih pemimpin berahlak yg mn setiap mlm jumaat ank2 tahfiz baca yassin kt rmh ds Najib.. Drpd pilih pemimpin yg dulu tu sibuk nk tutup sek Agama bantuan pun disekat.. Apanama nk heran la ni penyokong kuat comongo.. Kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke anak2 tafhiz dijadikan mangsa untuk "mensyurgakan" najib setiap mlm jumaat?

      Kah kah kah kah, ini memang betul2 lawak chai!

      Delete
  10. Pangil anuar musa.isa samad.usop koruak.sharizat.pak lah..dan last skali ..mat taib.mampus la .aii umno ni camna kalah jer..kirs calon bole menamg la ni.mai tambah zahid .nazri .hisamudin .khairy..ni kira gabungan .kuat la kira yer calon bole mensng la ni...nak gelak pun ada..

    ReplyDelete

6ANGKA