Saturday, September 9, 2017

PH MENANG: LIM KIT SIANG PM

Berita ini atau perkara ini serta isu ini jika kita bercakap dengan lembu, lembu pun tak percaya,  geleng kepala..


Lembu pun pelik, ada ke yang percaya, ada lagi ke yang lebih bahalol dari aku (lembu) di luar sana.

Sebenarnya memang ada..






SINGKIRKAN DARI MINDA 
UMNO ITU MELAYU PAS ITU ISLAM
 - AKHLAK MEREKA SUDAH TIDAK RELEVAN.

*📮KEMPEN DAFTAR PEMILIH DAN SEMAKAN DAFTAR PEMILIH📮*

Assalamualaikum


*Berbaki 26 Hari Sahaja lagi Untuk Pendaftaran Pemilih Untuk Suku  3 2017 yang berakhir 25/9/2017* 

📢 *Pendaftaran bagi suku ke 3 2017 (Julai-September)*  akan berakhir Pada *#25/09/2017*

Sesiapa yang masih *BELUM@SUDAH* mendaftar sebagai pengundi, *Wajib SEGERAKAN*❗

_*APA PERLU ANDA BUAT ?*_

👨‍👩‍👧‍👦 *Wajib Semak *DIRI ANDA &Kawan2 dan Anak2 yang lahir pada tahun *1977 - BULAN 9 1996 * yang *SUDAH DAFTAR @BELUM DAFTAR*

💻 *Wajib*Buat *SEMAKAN* status *MENGUNDI ANDA*, layari :
📮 http://daftarj.spr.gov.my/DAFTARJ/defaultbm.aspx

*Jika Belum DAFTAR, Segerakan Daftar Melalui*

1) PERGI DAFTAR DI *PEJABAT SPR* 
2) Pergi DAFTAR Di *Pejabat POS*


*Mohon sebarkan kpd bakal2 semua Pengundi-Pengundi*
♡♡♡

*❗Jika PRU bulan Jan-Mac 2018, Mereka yg MenDaftar mengundi Sebelum berakhir 30/09/2017 shj yg akan LAYAK boleh mengundi*

📡Mohon Hebahkan 📡


*#JomDaftarPemilih*
*#Sebarkan*


😎 *MAKLUMAN UMUM* 😎

36 comments:

  1. Segalanya mkin.. Perlembagaan blh diubah.. Kalau takpun pm boneka kn ada.. Teringat kerajaan bwh pokok beringgin nizar mb boneka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang jadi boneka,orang orang bawah PAS ,tapi bawah Tun , insaallah kot

      Delete
  2. Missi perjuangan rakyat harus berteraskan kepada PM Yang Tidak Rasuah dan bukannya soal bangsa.

    Kalau Najib bukan PM Yang Rasuah - kekalkan dia.

    ReplyDelete
  3. Najib masih belum dibicarakan jadi secara undang2 najib masih belum bersalah, sebab itu Trump pun menjemput najib ke usa kan3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau najib belum bersalah,bagi lah kami rakyat nak baca laporan Audit 1MDB, jangan osa kan. Trump pun anti islam. Elok lah tu.

      Delete
    2. Betol tu kafir amti Islam memsng suka berkawan Islam yg rasuah dan Kleptokratic

      Delete
    3. Trump anti-Islam sebab dia jahil dengan kebenaran dan kebaikan agama Islam.

      Kenapa Trump dan sebahagian besar orang-orang Amerika anti-Islam? Sebab media-media yang dikuasai Yahudi seperti Washington Post selalu menggambarkan Islam itu sebagai agama yang ganas. Itu adalah untuk mewajarkan Yahudi menegakkan negara Israel atas tanah orang Palestin serta menghalau orang Palestin daripada tanah-tanah mereka sendiri.

      Tulisan-tulisan media Yahudi ini sejak dulu lagi telah mempengaruhi pemikiran orang-orang Amerika untuk benci dan anti-Islam.

      Kalau dilihat Trump menyatakan anti-Islam secara terang-terangan jadi kita tau dia anti-Islam dan boleh diberi penerangan seperti apa yang DS Najib telah dan sedang lakukan. Tetapi orang-orang Yahudi seperti Hillary Clinton dan Soros yang berpura-pura baik adalah sebenarnya musuh Islam yang berniat jahat dan berusaha untuk menghancurkan Islam.

      Delete
    4. Kalau diperhatikan perkembangan terkini, nada anti-Islam Trump sudah mengendur dan hilang dan wujud usaha Trump untuk berbaik-baik dengan negara-negara dan orang-orang Islam.

      Delete
    5. 5 orang wakil pembangkang mempunyai akses yang sepenuhnya kepada laporan audit ke atas 1MDB. Kemungkinan juga mereka ada membuat salinan dan catatan dan menyebarkan maklumat tersebut di kalangan mereka. Jadi laporan audit tersebut sudah menjadi rahsia umum.

      Kalau tak berpuashati juga, pakat ramai-ramai untuk memohon sembah dan perkenan YDP Agong ke atas penubuhan RCI untuk 1MDB.

      Kalau DS Najib, UMNO dan BN yang mengusulkan, nanti dikatakan pula ada satu konspirasi.

      Bila RCI ditubuhkan, segala dokumen yang di Akta Rasmi Rahsia (OSA) kan akan menjadi tidak rahsia seperti dokumen-dokumen BNM berkenaan BNM Forex.

      Delete
  4. Kalau dulu Tun M semasa menjadi PM boleh sekat kuasa raja2, sekarang sekadar nak ubah perlembagaan bagi Cina jadi PM rasanya Tun M tak de masaalah.... itulah kan Tun M mudah lupa, sebab apa.. sebab dia orang Melayu, kan dia tulis buku Melayu Mudah Lupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia umur la lanjut. Harus jugak mudah lupa. Tapi bila dia belum jadi pelupa, dia memang bijaksana mentadbir Malaysia sampai pengganti-pengganti dia tak puas puas kutang hasil mahsul Malaysia.

      Dia sekat kuasa & privilege Raja Raja Melayu ada sebab. Ini tahun 2017. Punca sekat ni 1980'an. Ada yang tak tahu ni tapi nak bersuara jugak. Pergi la tanya tok nenek. We cannot have a Sultan who acts above the Constitution.

      Delete
    2. Memang benar dia bijak sehingga setiap tahun dalam puluhan tahun pemerintahannya ada saja kerugian.

      Kalau kerugian itu sekali dua, bolehlah dikatakan kerugian urusniaga. Kalau banyak kali dan setiap tahun pasti menimbulkan kemusykilan dan ada sesuatu kejahatan yang dilakukan dan diselindunginya.

      Dengan penubuhan RCI BNM Forex, diharap menjadi pemangkin untuk RCI-RCI yang lain.

      Delete
  5. Lembu pun boleh geleng kepala kalau baca artikel KD ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu, kau tgh geleng kepala la tu!

      Delete
    2. Some well calculated ricochet from Macy....that bull-4:03 didn't even knew what hit them.

      Kalau dah lembu lembu lah jugak kan?

      Delete
  6. Kalau kita imbas kembali kerajaan bawah pokok nizar lambai, lembu pun tumpang sedih melihat MB melayu itu DIPERLEMBUKAN oleh Ngeh dan Ngoh.

    ReplyDelete
  7. Anon 6:50PM......mentaliti macam inilah yang menghancuskan Melayu sebab tak peka tapi pekak dg apa yang terjadi dahulu. Kau tak baca sejarah kut macam orang orang Amerika yang tak tahu sejarah negaranya sendiri. Kau tahu tak peranan orang Cina dan parti politik Cina semasa peristiwa 13 Mei 1969? Apabila dia menang besar dlm pilihanraya semua orang Melayu di KL dihalaunya.
    Ini pulak nak jadikannya PM negara ini. Senang senang lah dia melaksanakan agenda politik tersembunyi nya. Sekurang2nya orang Cina boleh kembali ke tanah besar China, Taiwan atau HongKong. Orang Melayu nak merempat ke mana kalau Malaysia ditadbir oleh orang Cina, nak jadi macam orang Melayu Singapura ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Engkau ni dungu la
      Terdaya ke orang Cina nak mengahalau segala-segala orang Melayu dari Tanah Melayu ni ?
      Yang boleh terjadi sebegini kalau orang Melayu sendiri menggadaikan tanah tumpah darah mereka kepada bangsa lain.
      Orang Melayu tak boleh dihalau dari Malaysia la, bengap. Sebelum cakap tu fikir puas puas logik tak apa yang engkau nak cakap.

      Dah tak ada langsung ke orang Melayu di Kuala Lumpur setelah dihalau dek orang Cina masa 13 Mei 1969 ? Dia orang boleh menjerit halau orang Melayu tapi realiti nya boleh ke tidak ?

      Jawab soalan senang ni.

      Eh bahalol,
      Orang Cina rakyat Malaysia pun tak ada niat nak balik ke tanah besar Cina. ALL of them who live in Malaysia today dah beranak-pinak bercucu-cicit and they are all rakyat Malaysia with blue ic too like you and me. They may opt to go to other developed countries. Itu hak dia orang la.

      Sekarang engkau bukak mata engkau besau besau tengok sendiri apa orang Melayu kleptocrat buat kepada orang Malaysia. Engkau nak terus biaukan kerakusan umno ni menghancurkan Malaysia ?

      Setengah daripada rakyat Malaysia ni orang Melayu. Boleh kena halau ke ?

      Engkau baca sejarah. Memang bagus. Fahamkan isi nya sekali. Kebijaksanaan orang Melayu dapat mengendurkan kebangkitan 13 Mei ni. Keganasan tidak berterusan. Malaysia kena berterima-kasih dengan Tun Dr.Ismail yang maha tegas (the best Menteri Dalam Negeri Malaysia has had). Zahid dan Hishamuddin ni menteri KDN yang paling tak layak.

      Delete
    2. Good job 1:09...syabas!

      Delete
    3. 11:17pm

      Aku memang geram dengan orang yang bercakap sebelum berfikir.

      Delete
  8. Dah tak ada idea nak cakap...cakaplah apa pun..ahli2 ameno angguk je

    ReplyDelete
  9. Sokong kenyataan KD yang menggesa singkirkan daripada minda bahawa ‘UMNO itu Melayu’.

    Sebenarnya UMNO bukan Melayu tetapi UMNO adalah merupakan satu wadah perjuangan dan kebajikan orang Melayu dan Bumiputera. Salah satu perjuangan UMNO adalah supaya orang Melayu dan Bumiputera dapat berkongsi kekayaan di bumi bertuah ini dengan lebih adil dan saksama. Hak-hak yang telah dinafikan oleh penjajah British selama beratus-ratus tahun lamanya.

    Pada 1970 terlancarnya DEB cetusan ayahanda DS Najib iaitu Tun Razak. Sebahagian kekayaan negara mula diagihkan kepada orang Melayu dan Bumiputera tanpa menafikan hak-hak warganegara yang lain yang bukan Melayu dan Bumiputera. DEB mendapat tentangan yang hebat daripada pembangkang di waktu itu. Pengagihan kekayaan negara yang menyeluruh kepada semua orang Melayu dan Bumiputera berjalan lancar sehinggalah DEB melalui zaman gelapnya di mana ‘cronyism’ dan ‘favouritism’ menjadi amalan sehingga perlakuan rasuah bermaharajalela sehingga sukar dibendung. Wujudnya PMU dipersoalkan. Hanya anak-anak, kroni-kroni dan macai-macai yang terpilih sahaja menikmati sebahagian besar kek ekonomi yang lazat dan lumayan. Sehingga menerbitkan perasaan ketidakpuashatian dikalangan orang bukan Melayu dan Bumiputera bahkan orang Melayu dan Bumiputera itu sendiri.

    Berapakah peratuskah jumlah pemilikan ekuiti atau harta orang Melayu dan Bumiputera sebelum dan selepas pemerintahannya?

    Adakah benar berlakunya rasuah secara meluas di zaman itu?

    Adakah benar berlakunya kecurian yang disamarkan oleh kerugian?

    Adakah benar kekayaan waris-waris itu adalah hasil mutlak perniagaan-perniagaan yang sah?

    Adakah benar banyak projek-projek mewah diagihkan secara terus kepada kroni-kroni dan diberikan kemudahan kredit?

    Maka penubuhan RCI-RCI yang diperkenan oleh YDP Agong lah yang boleh menjawab persoalan-persoalan tersebut dan mengesahkanya. Jika berlaku jenayah dan adanya bukti-bukti perlakuan jenayah yang timbul daripada RCI-RCI tersebut, bolehlah diheret pelaku-pelakunya, rakan-rakan subahatnya dan macai-macai alibabanya ke muka pengadilan. Keadilan mesti ditegakkan dan wang rakyat mesti dikembalikan.

    Syabas Lim Kit Siang dan Syabas DS Anwar kerana usaha penat lelah mereka berdua berjuang bagi penubuhan RCI BNM Forex selama puluhan tahun akhirnya berhasil dan diperkenankan YDP Agong.

    Itulah satu contoh pepatah Melayu ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’. Bila pula pembangkang nak usulkan dan persembahkan kepada YDP Agong bagi penubuhan RCI untuk 1MDB?

    ReplyDelete
    Replies
    1. United Malays National Organisation or United Malay Nationalist Organisation = UMNO....Tang mana Melayu nya ekkk?

      Delete
  10. ‘THOSE UMNO GUYS ARE SPIN MASTERS’

    ‘A drowning man will clutch at a straw: it means a desperate person will do anything to save himself or herself even to the extent of implicating others that have nothing to do with him or her.’

    Mari kita kaji…

    1MDB telah melabur dana tunai sebanyak USD1.830 bilion dengan Petro Saudi International. Pelaburan itu menguntungkan di mana 1MDB mendapat pulangan sebanyak USD2.340 bilion dalam unit dana.

    Daripada jumlah USD2.340 bilion:

    1. USD1.400 bilion telah ditunaikan untuk pembayaran deposit dua bon yang bernilai USD3.5 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2012 dan dijamin oleh IPIC. Pembayaran deposit dimasukkan ke akaun anak syarikat IPIC, iaitu Aabar-BVI.

    2. Baki USD0.940 bilion kekal dalam bentuk unit dana Brazen Sky dan dijamin oleh IPIC melalui anak syarikatnya, Aabar Investment PJS.

    1MDB juga telah melabur dana tunai melalui anak syarikatnya 1MDB-GIL ke dalam BSI Bank sebanyak USD1.560 bilion yang dijamin oleh IPIC melalui anak syarikatnya, Aabar-BVI. BSI Bank adalah salah sebuah bank yang terkemuka di Switzerland.

    Selepas dana tunai itu dimasukkan ke dalam BSI Bank maka tanggungjawab ke atas keselamatan dana tersebut adalah terletak sepenuhnya di bawah BSI Bank. BSI Bank juga bebas memilih dan melantik mana-mana pengurus dana untuk menguruskan dana tersebut.

    Jika terjadinya pecah amanah, kehilangan dan penipuan terhadap dana tersebut, yang telah menjadi tanggungjawab BSI Bank, samada di ibu pejabatnya di Switzerland atau di cawangannya di Hong Kong atau di Singapura, itu adalah hal dalaman BSI Bank.

    Maka betullah tindakan BSI Bank yang telah mendakwa pegawai-pegawai banknya yang terlibat seperti pegawai BSI Bank Singapura Yeo Jiawei yang dihukum penjara empat setengah tahun. Yang salahnya ialah mengaitkannya dengan DS Najib dan 1MDB. Itu merupakan satu pembohongan yang nyata. Mungkin juga yang mengeluarkan dana tersebut melalui satu penipuan adalah Aabar-BVI, iaitu anak syarikat IPIC yang merupakan penjamin kepada dana tersebut, tanpa pengetahuan 1MDB.

    Jadi yang kehilangan wang ialah BSI Bank atau IPIC bukannya 1MDB.

    Di sinilah timbulnya isu wang BSI Bank sebanyak USD0.481 bilion (RM2.6 bilion jika dikira USD1.00 bersamaan dengan RM3.810) yang dikatakan hilang dan cuba dikaitkan dengan DS Najib dan 1MDB.

    Adakah BSI Bank cuba melepaskan tanggungjawabnya untuk tidak memulangkan wang tersebut kepada 1MDB dengan mengadakan cerita bahawa wang tersebut hilang?

    Jadi betullah tindakan AG Apandi yang tidak menghiraukan permintaan AG Swiss yang mungkin saja bersekongkol dengan BSI Bank.

    Jadi betullah kenyataan DS Najib yang wang itu berpunca daripada Raja Arab.

    Jika pembangkang tidak mahu menerima penjelasan DS Najib dan 1MDB, kenapa tidak saja mereka memohon menghadap Raja Arab dan minta perkenan diperjelaskan duduk perkara berkenaan dana tersebut?

    Adakah ada udang di sebali batu?

    Adakah ia menyebabkan dalang-dalang pelaku sebenar tersingkap pengenalan diri mereka yang menyebabkan fitnah itu musnah?

    Kebenaran itu pahit dan amat pahit. Sama-sama kita tunggu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa perlu mengadap raja arab? Satu perkara yg boleh najib buat ialah keluarkan odit dari OSA supaya semua org puas hati. Kenapa perlu akta rahsia rasmi digunakan utk melindungi sebuah syarikat yg hanya menjalankan perniagaan hartanah? Mmg kebenaran itu amat pahit, kalau x mana berani najib mendedahkan apa yg cuba disembunyikan? Logik?........

      Delete
    2. 5 orang wakil pembangkang mempunyai akses yang sepenuhnya kepada laporan audit ke atas 1MDB. Kemungkinan juga mereka ada membuat salinan dan catatan dan menyebarkan maklumat tersebut di kalangan mereka. Jadi laporan audit tersebut sudah menjadi rahsia umum.

      Kalau tak berpuashati juga, pakat ramai-ramai untuk memohon sembah dan perkenan YDP Agong ke atas penubuhan RCI untuk 1MDB.

      Kalau DS Najib, UMNO dan BN yang mengusulkan, nanti dikatakan pula ada satu konspirasi.

      Bila RCI ditubuhkan, segala dokumen yang di Akta Rasmi Rahsia (OSA) kan akan menjadi tidak rahsia seperti dokumen-dokumen BNM berkenaan BNM Forex.

      Delete
    3. Yop,

      Ater apasal tak lquidate aje fund unit brazen sky tu nak bayar ipic kali kedua ?
      Sanggup pulak memalukan negara tak boleh jelaskan bayaran in time sampai kena mintak tempoh ? Apa dah jadi dengan bayaran yang pertama ? Siapa yang terima bayaran tu soalan untuk speculation lain. Bila bayar kepada payee selain daripada payee di dalam perjanjian, bukan FRAUD ke nama nya tu ? Kenapa boleh lalai ? Kenapa tiada tindakan nak recover ? Kenapa kalah arbitation ? Kenapa kena bayar kali kedua ?

      Cukup le tu, yop

      Melabur ni perkara bagus. Tapi kalau 1mdb ni melabur dalam tangible assets, tak ada masalah. Bila melabur dalam questionable assets dengan questionable vehicles and motives ini invite banyak speculation.

      Mintak perkenan raja arab ? apasal mo1 tak mintak ? Ini boleh clear nama dia.

      Pergi la bodek umno kamu tu puas puas.

      Delete
    4. Jika sanggup hantar macai2 ke Amerika membuat aduan kepada DoJ, bukan sekali tapi 2 kali, mengapa tidak boleh pergi menghadap Raja Arab atau wakilnya yang Najib kata punca wang tersebut?

      Padahal kedudukan Arab Saudi itu lebih dekat dengan Malaysia daripada Amerika. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

      Delete
    5. Betul! Nak seribu daya , x nak seribu dalih, mcm mcm dalih nak tutup pekong 1mdb, dari pecat ag, bubar task force, tukar pac members, tukar pgawai sprm, dan berbagai lagi termasuk OSAkan odit.

      Delete
    6. Jika DS Najib berdegil dan berdalih, langkah tepat yang perlu diambil adalah dengan mencadangkan penubuhan RCI untuk 1MDB kepada YDP Agong. Jika diperkenankan, segala dokumen yang di OSAkan akan menjadi terbuka sebab titah perintah YDP Agong lebih berkuasa.

      Adalah perlu pihak yang menuduh DS Najib yang mengusulkan penubuhan RCI untuk membuktikan bahawa mereka ada sebab-sebab yang munasabah kepada pertuduhan tersebut.

      Jadi tak perlulah nak beri pelbagai alasan untuk tidak memohon perkenan YDP Agong ke atas penubuhan RCI 1MDB tersebut.

      Delete
    7. Nak jawab kelentong nih panjang buang karan lah....tapi sikit ler...tang kerajaan kena bayar IPIC 1st Instalment US$603 Million US DOLLAR with penalty for late payment...?

      Total US$1.2 billion...nak temberang 1MDB bikin DUIT?

      Dah SONGLAP...kata SONGLAP...nih belum cerita Aabar BVI, GoodStar...dan banyak lagi...Justo belum mati dan belum kena beli...

      Kelentong lebai-malang PAShit boleh ler....tunggu PRU14 kita tebar habis habisan dan ulang sampai rekod rosak pun tak apa asal orang melayu-Muslim sedar songlap, curi, gelap, tipu, temberang, kelentong, sengat, ambil, rompak Wang melalui 1MDB, SRC dan apa apa lagi...tetap salah dari hukum ISLAM....baca nih...,

      LCIA - London Court of International Arbitration...ring a bell?

      Teruskan lah menipu lebai lebai 90 juta....lawyer hebat Shafie pun masih belum ada statement 9 juta tuh...macam kes nak saman WSJ SI Lanunajibugisonglapenyamun gertak kosong saman SELASA...

      Satu lagi Article 117...instead of all roads lead to Rome...all bucks stop with Najib, period! Tukang sign Wei!!!

      Delete
  11. Perjanjian Pertukaran Aset-Liabiliti 1MDB Bersama IPIC

    ASET 1MDB:
    1. Pada 2012 deposit pertama ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD1.400 bilion.
    2. Pada 2012-2014 deposit kedua ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD2.100 bilion.
    3. Unit dana Brazen Sky yang dijamin oleh Aabar Investment PJS (anak syarikat IPIC), USD0.940 bilion.
    4. Unit dana GIL yang dijamin oleh Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD1.560 bilion.

    Liabiliti 1MDB yang dijamin oleh IPIC:
    1. Pada 2012, 1MDB menerbitkan dua bon bernilai USD3.5 bilion yang dijamin oleh IPIC.
    2. Jaminan faedah ke atas bon-bon tersebut oleh IPIC, USD1.500 bilion.
    3. Pada Jun 2015, IPIC mengesahkan kewujudan akaun Aabar-BVI dan jaminan ke atas bon-bon bernilai USD3.5 bilion dengan membayar 1MDB USD1.0 bilion untuk mengimbangkan nilai aset dan liabiliti 1MDB yang ingin ditukarkan.

    11 April 2016, IPIC tiba-tiba menafikan Aabar-BVI adalah anak syarikatnya.

    12 April 2016, 1MDB mengemukakan dokumen-dokumen yang mengesahkan Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC.

    Jun 2016, IPIC memfailkan tuntutan ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London UK.

    24 April 2017, IPIC dan 1MDB telah mencapai satu persetujuan untuk satu penyelesaian ke atas kes yang dibicarakan di Mahkamah Timbang Tara.

    Terma-terma penyelesaian:

    1. IPIC membatalkan perjanjian pertukaran aset-liabiliti dengan 1MDB. 1MDB perlu memulangkan wang yang telah dibayar oleh IPIC pada Jun 2015 beserta kadar faedahnya sekali sebanyak USD1.2 bilion. Pemulangan wang tersebut akan dibuat sebanyak dua kali: (a) USD0.6 bilion pada 31 Julai 2017 (selesai), (b) USD0.6 bilion pada 31 Disember 2017.

    2. Mengadakan perbincangan mengenai deposit USD3.5 bilion yang dimasukkan 1MDB ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC) sepanjang 2012-2014. Perbincangan akan dimulakan pada awal 2018 dan mesti diselesaikankan sebelum atau pada akhir 2020.

    3. Pada perjanjian awal pertukaran aset-liabiliti, deposit USD3.5 bilion akan dipulangkan oleh IPIC kepada 1MDB setelah bon-bon mencapai tempoh matang pada 2022. IPIC akur untuk mengekalkan jaminan sehingga persetujuan dicapai pada akhir 2020.

    4. Kedua-dua pihak memberi persetujuan untuk menghormati keputusan perbincangan tersebut.

    ReplyDelete
  12. Tuam 3:20am,

    Engkau tak pernah baca ke IPIC bertegas Aabar BVI bukan anak syarikat IPIC ? Tulis berjela-jela tak guna. Buang karan.. google boleh jumpa

    ReplyDelete
  13. 3:05am

    Najib cakap 2.6b derma raja arab.
    Ramai rakyat Malaysia kurang nak pwrcaya. Kes DoJ publish money trail 2.6b dicuci berkali-kali dan akhir nya jadi 681 American Pies.

    Jadi bila rakyat Malaysia dah was-was, orang yang claim 2.6b ni derma raja arab, tunjuk la bukti. Kalau tak money trail DoJ tumjuk 2.6b berasal dari bond issue 1mdb. Rebut la..

    Kita pun nak mo1 perjelaskan perkara ni. Kalau dia asyik no comment aje memang kita tafsir dia mengiyakan tuduhan.

    Ada faham ?

    ReplyDelete

6ANGKA