Monday, September 11, 2017

SIAPA YANG TIDAK SEMPAT BACA SAMPAI HABIS..

PERTARUNGAN MAUT ITU BERADA DI ANTARA USIA 60 TAHUN HINGGA 70 TAHUN.*
                   
Tidak banyak orang yang hidup hingga mencapai usia 60 tahun. Jika kita mencapainya maka waspadalah, kerana  inilah saat yang menentukan akhir perjalanan seorang manusia. Akhir yang baik (Husnul Khatimah) atau akhir yang buruk (Su'ul Khatimah).

ALLAH SWT juga mengingatkan hamba-Nya yang mencapai usia 60 tahun sebagaimana tersirat dalam firman-Nya dalam Al-Fathir ayat 35 -  37 berikut ini :

"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari neraka), niscaya kami akan mengerjakan kebajikan, yang berlainan dengan yang telah kami kerjakan dahulu."

(Dikatakan kepada mereka), "Bukankah Kami telah memanjangkan umurmu untuk dapat berfikir  bagi orang yang mau berfikir, padahal telah datang kepadamu seorang pemberi peringatan ? Maka rasakanlah (azab Kami), dan bagi orang² zalim tidak ada seorang penolongpun."                                                        

Sahabat Ali R.A., Ibnu Abbas R. Anhumma dan  Abu Hurairah R.A. menjelaskan firman ALLAH SWT di atas (yang artinya) :

"Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir," bahwa artinya sampai mencapai usia enam puluh tahun.

Sedangkan yang dimaksud 'pemberi peringatan' dalam ayat di atas menurut para ulama adalah adanya uban di rambut kepala dan 'Sang Pemberi Peringatan' yaitu Nabi Muhammad SAW.

Rasulullah SAW juga bersabda menguatkan ayat di atas (yg artinya) :

"ALLAH SWT memberi uzur kepada seseorang yang diakhirkan ajalnya, hingga sampai usia 60 tahun." (HR Bukhari no. 6419).

Ibnu Hajar Rah mengatakan : "Makna hadits" bahwa uzur dan alasan sudah tidak ada, misalnya ada orang yang mengatakan, 'Andai usiaku dipanjangkan, aku akan melakukan apa yang diperintahkan kepadaku'.

Dengan usia yang mencapai 60 tahun, maka tidak ada yang layak untuk dia lakukan selain istighfar, ibadah keta'atan dan KONSENTRASI PENUH UNTUK AKHERAT ... !

Rasulullah pernah bersabda bahwa usia umatnya adalah berkisar di antara 60 - 70 tahun !

Sedikit yang berhasil melewatinya."
(HR Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Dan, "Pertarungan maut itu berada  di antara usia enam puluh tahun hingga usia tujuh puluh tahun."
(HR Bukhari).

Imam Fudhail bin Iyadh (Ulama Besar zaman Tabi' Tabiin)  memberikan tausyiah : Barang siapa yang meyakini  perjumpaan dengan Allah, ia harus sedar bahwa ia akan ditanya.
Dan siapa yang yakin hal ini, ia harus menyiapkan jawabannya,"  jelas Fudhail.

"Lalu bagaimana jalan keluarnya" ?  "Caranya mudah."  Lalu Imam Fudhail  menjelaskan tentang  teori bertaubat:

"Beribadah dan beramal Shalihlah di sisa usiamu, kerana ALLAH SWT sangat menyayangi terhadap hamba-Nya yang mau menghabiskan sisa usianya untuk lebih mendekat kepada-Nya, INSYAA  ALLAH,
ALLAH SWT akan ampuni dosa² yang telah lalu dan ALLAH SWT berikan keselamatan serta kebahagiaan di dunia, di kubur hingga di Akhirat-Nya ALLAH SWT."

Disaat kita sudah berumur 50 tahun atau apalagi sudah menginjak usia 60 tahun atau bahkan lebih, maka  biasakan berDo'a memohon perlindungan dari ketidak-berdayaan, malas, fitnah dan dijauhkan dari  siksa kubur :

“Allahuma Inni A’udzubika Minal ‘Ajzi Wal Kasali Waljubni Walharam Wa A’udzibika Minal Fitnatil Makhya Wamamati Wa A’dzubika Min ‘Adzabil Qabr”...)

Artinya :  “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah & malas, penakut & tua.  Aku berlindung kepada-Mu dari fitnah hidup & mati, aku juga berlindung dari siksa kubur".

Neraka Jahannam sepanjang hidup,  Surga  sepanjang hidup

Jangan merasa aneh, inilah kehidupan.  Hakikatnya tak ada yang memberimu manfaat selain shalatmu.

Alam itu  aneh ???,

Jenazah disusul dengan jenazah....,
Kematian disusul dengan kematian berikutnya.
Berita tentang kematian terus bermunculan... ada yg mati kerana  kecelakaan,   ada krn sakit, ada yang tiba2 mati tanpa diketahui sebabnya.  Semuanya tinggalkan dunia ini dan mereka semua akan dikuburkan,  itu pasti.

Hariku dan harimu pasti akan tiba,  persiapkanlah bekal untuk perjalanan yang tak dapat kembali.

Wahai orang yang menunda Taubat dengan alasan kerana  masih muda,
Kuburan bukanlah tempat untuk orang dewasa saja, kuburan tempat manusia segala usia..

Sungguh Dunia itu hanya 3 hari :

Hari Kemarin: kita hidup disitu, dan tidak akan kembali lagi

Hari ini : kita jalani namun tak berlangsung lama

Besok: kita tidak akan tahu apa yg akan terjadi.

Maka saling memaafkanlah antara  Saudara dan sesama, bersedekahlah..., Kerana aku engkau dan mereka pasti akan pergi meninggalkan gemerlapnya dunia ini untuk selamanya ...

Ya Allah kami memohon keridhaannmu  husnulkhatimah dan beruntung dengan mendapatkan surga dan selamat dari api neraka...

Barangsiapa yang hidup dalam suatu kebiasaan maka ia akan mati dengan kebiasaan itu.

Dan barangsiapa yang mati dalam suatu keadaan maka ia akan dibangkitkan dalam keadaan tersebut

Jika kau sudah membaca tulisan ini kau sudah mendapatkan pahala nya, namun bila kau menyebarkannya dan orang lain mendapakan manfaat juga maka akan dilipat gandakan pahala mu,

'Tahniah kalian telah membacanya sehingga habes...'
Ramai yg xhabes bca kerana pendek umor.

 In syaa Allah..

36 comments:

  1. Dah takdir terima lah, nak buat macam mana

    ReplyDelete
  2. Panjangnya Kluang...........HEHEHEHE.
    Tapi saya baca sampai habis. Terima kasih. Usia kita setiap hari meningkat.
    Tak boleh fikir hal duniawi saja, kena fikir juga pasal persiapan kita untuk menmuiNYA.

    ReplyDelete
  3. Bagus dan sangat bermanfaat bagi mereka yang mahu berfikir dan mahu berubah kepada yang lebih baik. Insya Allah. Terimakasih KD.

    ReplyDelete
  4. Bertaubatlah macai2 najib sekalian,

    Kalian semua mengetahui bahawasanya, najib adalah pemimpin yg menyamun wang dan harta negara, menjual aset negara melalui rundingan berat sebelah merugikan rakyat dan negara.

    Skandal 1mdb sudah disahkan oleh DOJ, disiasat sekurang kurang 6 negara dan singapura telah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah 1mdb.

    Ianya adalah jenayah penyamunan paling besar dinamakan kleptokrat terbesar direkodkan dalam sejarah dunia.

    Bagaimana pula dari sudut islam?

    Menyokong dan bersubahat pemimpin penyamun bernama Najib aka MO1 adalah sama besar kesalahannya di akhirat.

    Inikan pula yg penerima2 habuan dari najib, seperti contoh macai2 yg selalu
    Menulis mengipas najib.

    Kepada Pengundi, jangan pula kita turut sama bersyubha, bersubahat dengan pemimpin penyamun dan parti2 yg bersekutu dengannya.

    Mari kita hayati ayat berikut;

    Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga. (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod . Para perawi salah satu sanad al-Bazzar dan Ahmad adalah para perawi Sahih al-Bukhari)

    "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda "Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman." 
    (Hadis riwayat Muslim) 

    Keterangan ayat diatas jelas, terang dan amat mudah difahami...

    Persoalannya, adakah macai2 najib sanggup merangkak, berguling guling diatas bara api menggila maraknya?

    Sanggupkah macai memohon maaf kepada setiap rakyat malaysia diatas setiap kesalahan dilakukan oleh mereka?

    Adakah macai2 najib boleh sekadar mengucapkan maaf zahir batin apabila najib tidak berkuasa lagi?

    Maaf juga dari kami rakyat yg tidak mengetahui perbuatan macai2 najib ini, kerana setiap permohonan maaf macai harus diisytiharkan,dinyatakan apakah tulisan2 perbuatan mungkar mereka telah lakukan.

    Jika 5 tahun mereka bersubahat, maka setiap tulisan 5 tahun itulah mereka perlu keluarkan dan nyatakan sebelum boleh memohon maaf kepada kami.

    Kepada Allah kami beserah setelah kami cuba menasihati macai2 najib atas perbuatan keji mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjual agama 12.53.. Nasib ko pun blm thu kt sana cibai

      Delete
    2. Apabila kami cuba menasihati 2 04, inilah yg kami terima, seperti zaman jahiliyah plak.

      Delete
    3. Nasihat blh mcm posting kd.. Tp jgn hukum org mcm kita gerenti ke surga

      Delete
    4. Ko duduk sblh sana mmg la nmpk Najib slh.. Ko thu ke selok belok pentadbiran dia.. Buat nti yg menuduh tu salah ko plk merangkak cari Najib kt sana..

      Delete
    5. Nasihat je tu, nasihat ke jalan yg baik bukan suruh merompak dan menyamun.

      Delete
    6. Kami atas pagar, rakyat yg bakal mengundi,JIKA SALAH tidak mengira pemerintah atau pembangkang kami tidak akan sokong inikan pula yg bersyubha dan pencacai2nya.

      Delete
    7. Kami merangkak minta maaf dengan najib? Camni je lah, suruh najib saman DOJ, singapore dah jatuhkan hukuman dan media2 antarabangsa yg menyebarkan fitnah 1mdb dan jangan lupa DAP yg memecahbelahkan umat islam negara ini.

      Dipersilakan SAMAN mereka2 ini kerana ianya amat mengaibkan.

      Delete
    8. Ko igt najib ada masa lyn benda sampah.. Baik dia pikir majukn negara

      Delete
    9. Benda sampah tu yg najib x terjawab, tu pasal dia selamba kemut kepit je tu, apasal takut sampai takder teloq?

      Delete
    10. 2.59am

      Ko tak rasa pelik ke? Benda sampah macam ko kata tu lah yg paling najip takuti.

      Kalau dah benda sampah pun dia takut. Dari mana datangnya keberanian dia untuk membela hidup rakyat dan memajukan negara?

      Delete
  5. Tp Najib blm dibuktikn slh mn2 mahkamah.. Jd umno bn ttp pilihanku

    ReplyDelete
  6. Tp kes 1mdb dan najib aka mo1 dah masuk ke mahkamah amarika, Yg buat laporan di mesia kena tangkap tanpa sebarang pertuduhan camner plak?

    ReplyDelete
  7. Najib selamber mkn kuaci g amarika.

    ReplyDelete
  8. Najib selamba atau kemut kaki dah jadi spring?

    ReplyDelete
  9. Kah kah kah,

    jangan lupa saman malaysiakini, kerana berita seperti ini amat mangaibkan!

    Selepas tu saman plak pesuruhjaya RCI forex, kerana mereka gagal mensabitkan Tun akibat kehilangan? Kerugian wang negara...kah kah kah mangkuk bertingkat tingkat kabinat mangkuk najib ni....

    "Siasatan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan skandal 1MDB adalah bebas daripada pengaruh perbincangan dan perjumpaan antara Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.

    Setiausaha Akhbar Rumah Putih, Sarah Huckabee Sanders berkata perbincangan itu akan tertumpu kepada pelbagai isu serantau dan keselamatan."


    Read more at https://m.malaysiakini.com/news/394881#qsBp6hiudZ2KtcHT.99

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saman sivil DoJ yang kedua yang diumumkan oleh Sandra R. Brown, Pemangku Peguam AS bagi Wilayah Tengah California, kini telah senyap. Sesenyap Sandra yang perkhidmatannya sebagai Pemangku Peguam AS mungkin tidak berapa lama lagi. Yang pastinya sebelum 20 Jan 2018.

      Senyap sebab jejak wang haram itu pergi kepada Aabar-BVI, anak syarikat IPIC bukannya 1MDB.

      Siasatan jenayah oleh Jeff Sessions, Peguam Negara AS lantikan Trump dan juga Christopher A. Wray, Pengarah FBI lantikan Trump ke atas Clinton Foundation yang ada kaitan dengan Aabar-BVI atas kesalahan pengubahan wang haram pun sedang berjalan.

      Siasatan jenayah berdasarkan bukti-bukti kukuh yang ditemui oleh salah seorang Peguam AS dari sebuah negeri di pantai timur AS.

      Khabarnya Loretta E. Lynch dan Andrew McCabe dah belot kepada Trump dan bersedia untuk bekerjasama dengan DoJ dan FBI untuk pendakwaan ke atas Clinton Foundation.

      Soros adalah di antara penyumbang dana Clinton Foundation di samping kartel-kartel dadah, wang curi daripada IPIC yang cuba digambarkan sebagai 1MDB.

      Bila pula pembangkang nak lancarkan saman sivil DoJ ke-3?

      Ooopppsss... mana pula nak cekau Pemangku Peguam AS yang boleh digunakan untuk pengumuman tersebut.

      Delete
    2. 6.45 copy paste berulang kali menunjukkan betapa kroniknya mental macai sekor.

      Habuan diberi najib dah tak larat untuk macai ni menhurung seperti langau...dah kekenyangan hasil sumber haram.

      Akibat terlalu tamak, jiwa kacau kerana beliau sedar balasan dan hukuman berat menanti diakhirat....copy paste aje lah.

      Bukan kami tak cuba menolong, tapi tengoklah sendiri macai sekor ni.

      Bertaubatlah macai, kubur kata mari x semestinya umur 90 tahun, ko tengah ketik henfon ko tu pun boleh gooooooooool...teringat plak khairi jamaludin agih agihkan tiket bola aritu untuk ahli umno.

      Delete
  10. Dan janganlah kamu menuduh sesama Islam tanpa bukti kerana itu fitnah yang dosanya seperti memakan bangkai.

    Jika penuduh itu mempunyai bukti-bukti daripada orang-orang fasik, munafik atau kafir, siasatlah secara terperinci sebelum menuduh. Dan janganlah si penuduh mengada-adakan cerita serta memperbesar-besarkannya hanya kerana hasutan si fasik, munafik atau kafir tadi.

    Jika yang dituduh itu pula memberikan penjelasan, siasatlah penjelasan tersebut secara terperinci sebelum menolaknya mentah-mentah.

    Rujuklah dan hayatilah ayat-ayal Al-Quran berikut.

    Surah Al-Hujurat ayat 6 dan 12.
    Surah Al-Imran ayat 28.

    ReplyDelete
  11. "Jika yang dituduh itu pula memberikan penjelasan, siasatlah penjelasan tersebut secara terperinci sebelum menolaknya mentah-mentah."

    Kami dah baca dan siasat secara terperinci, macai dah baca ke kertas dakwaan beribu ribu mukasurat DOJ? Ada kat internet tuh atau sekadar langau je ke macai menghurung taik? Tak baca?

    Dan sekarang, najib serta pasukan peguamnya diketuai pandi perlulah lawan dan saman pihak doj dan pihak berkuasa luar negara lain, jika ianya sekadar fitnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tabik kau broo..
      Kau kerja kat jabatan peguam Amerika ke?
      Cuci jamban pej DOJ.

      Delete
    2. Aku tabik kat ko juga bro (kat dunia aje, akhirat buat hal masing2)

      Delete
  12. Bacalah kisah 1MDB…

    Perjanjian Pertukaran Aset-Liabiliti 1MDB Bersama IPIC

    ASET 1MDB:

    1. Pada 2012 deposit pertama ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD1.400 bilion.
    2. Pada 2012-2014 deposit kedua ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD2.100 bilion.
    3. Unit dana Brazen Sky yang dijamin oleh Aabar Investment PJS (anak syarikat IPIC), USD0.940 bilion.
    4. Unit dana GIL yang dijamin oleh Aabar-BVI (anak syarikat IPIC), USD1.560 bilion.

    Liabiliti 1MDB yang dijamin oleh IPIC:

    1. Pada 2012, 1MDB menerbitkan dua bon bernilai USD3.5 bilion yang dijamin oleh IPIC.
    2. Jaminan faedah ke atas bon-bon tersebut oleh IPIC, USD1.500 bilion.
    3. Pada Jun 2015, IPIC mengesahkan kewujudan akaun Aabar-BVI dan jaminan ke atas bon-bon bernilai USD3.5 bilion dengan membayar 1MDB USD1.0 bilion untuk mengimbangkan nilai aset dan liabiliti 1MDB yang ingin ditukarkan.

    11 April 2016, IPIC tiba-tiba menafikan Aabar-BVI adalah anak syarikatnya.

    12 April 2016, 1MDB mengemukakan dokumen-dokumen yang mengesahkan Aabar-BVI adalah anak syarikat IPIC.

    Jun 2016, IPIC memfailkan tuntutan ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa, London UK.

    24 April 2017, IPIC dan 1MDB telah mencapai satu persetujuan untuk satu penyelesaian ke atas kes yang dibicarakan di Mahkamah Timbang Tara.

    Terma-terma penyelesaian:

    1. IPIC membatalkan perjanjian pertukaran aset-liabiliti dengan 1MDB. 1MDB perlu memulangkan wang yang telah dibayar oleh IPIC pada Jun 2015 beserta kadar faedahnya sekali sebanyak USD1.2 bilion. Pemulangan wang tersebut akan dibuat sebanyak dua kali: (a) USD0.6 bilion pada 31 Julai 2017 (selesai), (b) USD0.6 bilion pada 31 Disember 2017.

    2. Mengadakan perbincangan mengenai deposit USD3.5 bilion yang dimasukkan 1MDB ke akaun Aabar-BVI (anak syarikat IPIC) sepanjang 2012-2014. Perbincangan akan dimulakan pada awal 2018 dan mesti diselesaikankan sebelum atau pada akhir 2020.

    3. Pada perjanjian awal pertukaran aset-liabiliti, deposit USD3.5 bilion akan dipulangkan oleh IPIC kepada 1MDB setelah bon-bon mencapai tempoh matang pada 2022. IPIC akur untuk mengekalkan jaminan sehingga persetujuan dicapai pada akhir 2020.

    4. Kedua-dua pihak memberi persetujuan untuk menghormati keputusan perbincangan tersebut.

    ReplyDelete
  13. Mari kita kaji…

    1MDB telah melabur dana tunai sebanyak USD1.830 bilion dengan Petro Saudi International. Pelaburan itu menguntungkan di mana 1MDB mendapat pulangan sebanyak USD2.340 bilion dalam unit dana.

    Daripada jumlah USD2.340 bilion:

    1. USD1.400 bilion telah ditunaikan untuk pembayaran deposit dua bon yang bernilai USD3.5 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2012 dan dijamin oleh IPIC. Pembayaran deposit dimasukkan ke akaun anak syarikat IPIC, iaitu Aabar-BVI.

    2. Baki USD0.940 bilion kekal dalam bentuk unit dana Brazen Sky dan dijamin oleh IPIC melalui anak syarikatnya, Aabar Investment PJS.

    1MDB juga telah melabur dana tunai melalui anak syarikatnya 1MDB-GIL ke dalam BSI Bank sebanyak USD1.560 bilion yang dijamin oleh IPIC melalui anak syarikatnya, Aabar-BVI. BSI Bank adalah salah sebuah bank yang terkemuka di Switzerland.

    Selepas dana tunai itu dimasukkan ke dalam BSI Bank maka tanggungjawab ke atas keselamatan dana tersebut adalah terletak sepenuhnya di bawah BSI Bank. BSI Bank juga bebas memilih dan melantik mana-mana pengurus dana untuk menguruskan dana tersebut.

    Jika terjadinya pecah amanah, kehilangan dan penipuan terhadap dana tersebut, yang telah menjadi tanggungjawab BSI Bank, samada di ibu pejabatnya di Switzerland atau di cawangannya di Hong Kong atau di Singapura, itu adalah hal dalaman BSI Bank.

    Maka betullah tindakan BSI Bank yang telah mendakwa pegawai-pegawai banknya yang terlibat seperti pegawai BSI Bank Singapura Yeo Jiawei yang dihukum penjara empat setengah tahun. Yang salahnya ialah mengaitkannya dengan DS Najib dan 1MDB. Itu merupakan satu pembohongan yang nyata. Mungkin juga yang mengeluarkan dana tersebut melalui satu penipuan adalah Aabar-BVI, iaitu anak syarikat IPIC yang merupakan penjamin kepada dana tersebut, tanpa pengetahuan 1MDB.

    Jadi yang kehilangan wang ialah BSI Bank atau IPIC bukannya 1MDB.

    Di sinilah timbulnya isu wang BSI Bank sebanyak USD0.481 bilion (RM2.6 bilion jika dikira USD1.00 bersamaan dengan RM3.810) yang dikatakan hilang dan cuba dikaitkan dengan DS Najib dan 1MDB.

    Adakah BSI Bank cuba melepaskan tanggungjawabnya untuk tidak memulangkan wang tersebut kepada 1MDB dengan mengadakan cerita bahawa wang tersebut hilang?

    Jadi betullah tindakan AG Apandi yang tidak menghiraukan permintaan AG Swiss.

    Jadi betullah kenyataan DS Najib yang wang itu berpunca daripada Raja Arab.

    ReplyDelete
  14. MO1 pegi serah diri di Amerika.
    DoJ terkebil-kebil mcm kena pukau
    Harta dah sita, bukti dah cukup
    Tunggu apa lagi? Tangkap je laaa...

    Apalah punya lembab buat kerja
    Terhegeh hegeh mcm beruk Uganda pencen kena paksa panjat pokok kelapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah keluar pantun ketum dia dah....

      Delete
    2. Tolong jgn guna sembarangan perkataan KETUM. Pemilik asal ada di sg buluh. Nanti bila pemilik asal keluar, bocor kepala kau.

      Delete
  15. Senarai Kedudukan Hutang Negara-Negara Di Dunia:

    1. Amerika Syarikat (AS) memiliki hutang asing tertinggi sebanyak AS$17.91 trilion (RM73.43 trilion).

    2. United Kingdom (UK) merupakan negara kedua mempunyai hutang asing terbanyak iaitu AS$9.6 trilion (RM39.36 trilion)

    3. Perancis AS$5.75 trilion (RM23.58 trilion)

    4. Jerman AS$5.54 trilion (RM22.71 trilion)

    5. Luxembourg AS$3.47 trilion (RM14.23 trilion)

    6. Jepun AS$2.86 trilion (RM11.73 trilion)

    7. Itali AS$2.65 trilion (RM10.87 trilion)

    8. Belanda AS$2.52 trilion (RM10.33 trilion)

    9. Sepanyol AS$2.3 trilion (RM9.43 trilion)

    10. Singapura AS$1.76 trilion (RM7.22 trilion)

    11. China AS$1.68 trilion (RM6.89 trilion)

    12. Switzerland AS$1.61 trilion (RM6.60 trilion)

    13. Kanada AS$1.49 trilion (RM6.11 trilion)

    14. Australia AS$1.39 trilion (RM5.69 trilion)

    15. Belgium AS$1.28 trilion (RM5.25 trilion)

    16. Hong Kong AS$1.23 trilion (RM5.04 trilion)

    17. Rusia AS$599 bilion (RM2.46 trilion)

    18. Sweden AS$1.15 trilion (RM4.72 trilion)

    19. Nor¬way AS$615 bi¬lion (RM2.52 tri¬¬lion)

    20. Denmark AS$593 bilion (RM2.43 trilion)

    Malaysia tidak tersenarai dalam ‘Top 20’ tersebut kerana hutang Malaysia tidaklah sehebat negara-negara di atas terutamanya negara-negara barat yang menjadi contoh dan idola macai-macai pembangkang. Hutang Malaysia hanyalah di bawah paras AS$244 bilion (RM1.00 trilion) dan kedudukannya adalah jauh lebih rendah daripada nombor 30.

    Kalau Malaysia dikatakan akan bankrap, negara-negara yang berada di kedudukan teratas dalam senarai tersebut pastinya akan bankrap terlebih dahulu.

    DS Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mengambil pendekatan yang berhemat dengan menetapkan secara berdisiplin bahawa hutang negara tidak boleh melebihi 55% GDP supaya Malaysia dalam apa jua keadaan ekonomi global masih berdaya saing dan mampu membayar hutangnya.

    ReplyDelete
  16. Macai 12.31, ko keluarkan data kat atas ini rakyat dapat apa? Rakyat hidup lebih senang ke berbanding zaman tun?

    Data dan angka atas tu boleh senangkan dan mudahkan hidup rakyat? Boleh ke data dan angka tu disumbat ke mulut rakyat?

    Lain lah korang, hasil pemberian duit haram rompakan dan penyamunan wang rakyat digunakan untuk makanan harian korang.

    Nauzubillah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat senang dah mewah ke zaman itu? Yang mewah hanyalah anak-anak, kroni-kroni dan macai-macai alibabanya termasuklah anon 9:26.

      Cer citer projek apa yang kau dapat atau bapa kau dapat pada zaman itu hingga beberapa keturunan tak habis belanja sehingga kelabu pemikiran kau.

      Delete
    2. Rakyat zaman tun tak senang dan mewah, hidup sederhana, mengikut sunnah nabi, keje senang mudah didapati, barang2 harian murah, belanja harian tak membebankan, hantar anak sekolah senang sekali khidmat perubatan bertaraf dunia.

      Kroni Tun, depa bayar cukai dan zakat, syarikat depa berdaftar dan diaudit diperiksa, beri peluang biasiswa dan pekerjaan kepada berjuta juta rakyat, beri khidmat csr kemasyarakatan.

      Zaman Tun kami tak terima apa2 habuan haram seperti najib, Tun beri joran maka kami usahakan, tun ada beri lesen kontraktor kepada org melayu dan bumiputra, kursus bimbingan, pinjaman faedah rendah kadar o% pun ada, org melayu tak kira pas atau pkr pun ada lesen kontraktor, diberi bimbingan.

      Agama islam pula amat dijaga dan dipelihara, berkembang dan mempunyai sistem tersusun teratur.hasil pembangunan negara universiti kolej dan tahfiz dibangun dan diberi bantuan; setiap taman dan bandar wajib ada surau atau masjid, inilah pembangunan tun dan pemimpin terdahulu lakukan.

      Ramai juga org melayu yg bekerja atas usaha sendiri tanpa sebarang bantuan dari kerajaan.

      Orang seperti inilah boleh bezakan zaman tun dan najib hari ini termasuk penulisan ini.

      Delete

6ANGKA