Saturday, September 30, 2017

KENAPA TIADA DERMA UNTUK KJ BAYAR ANWAR

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memohon sumbangan orang ramai untuk membantu beliau menyelesaikan bayaran ganti rugi sebanyak
RM300,000 dan kos lain berkaitan saman fitnah National Feedlot Corporation (NFC) terhadapnya.
Anggota parlimen Pandan itu mengumumkan beliau telah mengutip sejumlah RM1,585,014.49, iaitu lima kali ganda daripada jumlah yang sepatutnya dibayar.
Sumbangan itu katanya diterima daripada pelbagai pihak.
"Daripada 5,135 orang penyumbang, 1,575 merupakan orang Melayu, 2,903 Cina, 348 ialah orang India, 40 bumiputera Sabah dan 91 ialah bumiputera Sarawak.
"Lebih kurang 2,300 orang penyumbang tidak diketahui memasukkan wang ke mesin deposit tunai yang kami tidak dapat kenal pasti mereka," tambah beliau.
Rafizi berkata terdapat juga anggota parlimen PAS yang menyampaikan sumbangan ketika di Dewan Rakyat walaupun hubungan renggang antara PKR dan PAS.
"Ketika ceramah di Temerloh, seorang wanita tua memberikan wang RM20 yang dikepilkan bersama nota mengucapkan sokongan," tambahnya dalam satu kenyataan.

Read more at https://www.malaysiakini.com/news/390808#hjvItUODX25jbSLQ.99




# Walaupun kita tahu secara peribadi Kj mampu bayar kerana memang sejak kecil menabung, tetapi pungutan derma boleh menunjukkan kemiskinan orang umno secara keseluruhannya dan boleh juga sebagai kayu ukur populis 

71 comments:

  1. Rafizi mempunyai potensi sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia jika terus kekal dengan rekod bersihnya dan tiada rekod buruk.

    ReplyDelete
  2. Dapat duit derma berjuta tapi masih tak bayaq2 lagi denda saman? Simpan kat bank bagi dapat duit bunga/faedah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Duit derma dh dipulangkn balik kpd penderma.

      Delete
  3. انا لله وانا اليه راجعون

    Dengan izin tuan blog,

    Saya telah melihat video ceramah PAS di Fastaqim yang si penceramah gunakan ayat-ayat AlQuran berkenaan perintah agar 'bertolong-tolongan di dalam perkara kebaikan dan taqwa dan jangan bertolong-tolongan di dalam perkara-perkara dosa dan permusuhan', dan tidak semena-mena kilat menyambar sehingga bekalan elektrik terputus. Allahu akbar, ia berlaku secara tiba-tiba.

    Saya pernah mengulas bahawa saya melihat kejadian ribut semasa perhimpunan PAS di Kedah yang juga muncul secara tiba-tiba dan membawa kemusnahan adalah satu 'peringatan' dari Allah. Allahu akbar.

    Saya juga pernah berkongsi pandangan saya bahawa saya melihat hujan lebat tiba-tiba dan selepas asar sekitar jam 5pm sehingga Kuala Lumpur menjadi gelap seperti Maghrib dan diselang-seli dengan kilat yang luar biasa adalah juga satu 'peringatan' atau 'perintah'.

    Ketiga-tiga kejadian ini dan beberapa kejadian lain daripada ribut dan banjir iaitu kejadian alam (act of God) menguatkan lagi keyakinan dan kepercayaan saya bahawa Allah sedang memberi PERINTAH melalui alam kepada mereka yang terlibat agar berhenti daripada berterusan menipu, mungkir, khianat dan memperdagangkan ayat-ayat Allah untuk berterusan melakukan tipu, mungkir dan khianat tersebut.

    Walaubagaimanapun bagi orang-orang yang tidak mahu mengambil peringatan dan bermuhasabah memikirkan kejadian alam yang luar dari sifat kebiasaan adalah sebagai peringatan dan/atau perintah Allah, mereka akan berkata itu hanyalah satu kejadian biasa. Lihat balik semua kejadian-kejadian ini, sungguh ianya luar biasa dan datang secara 'tiba-tiba'.

    Sifat 'tiba-tiba' ini sesungguhnya adalah sifat kebinasaan yang Allah turunkan akibat dosa besar yang sering dilupakan iaitulah 'merasa aman dari kemurkaan Allah'. Ia punya nas di dalam AlQuran :-

    "Dan ketika mereka melupakan peringatan yang diberikan, Kami bukakan kepada mereka pintu segala-galanya (daripada keriangan duniawi) sehingga mereka gembira dengan apa yang diberikan itu, dan kami datangkan (siksaan, kebinasaan) SECARA TIBA-TIBA (baghtatan - بغتة) sehingga mereka terdiam (dan putus asa). Al-An'am; 44.

    Sesetengah pendedak juga mengatakan saya pun menjual ayat-ayat AlQuran. Gunakan akal dan iman dan tanya diri sendiri sekiranya saya benar-benar 'menjual ayat-ayat AlQuran' adakah saya akan mampu dengan begitu yakin dan berani bersumpah laknat mengatakan sekiranya apa yang saya sampaikan tidak benar dan tidak mengikut disiplin ilmu yang betul maka saya akan ditimpa laknatNya. Berapa ramaikah atau berapa sedikitkah daripada ahli-ahli agama baik yang berjawatan rasmi seperti mufti, atau yang berada di dalam PAS (hatta mereka punya 'Dewan Ulamak' sendiri), mahupun yang di dalam UmNo yang berani bersumpah laknat apabila ia menyampaikan ayat-ayat Allah ataupun hukum2Nya?

    Sekali lagi saya bawakan ayat berikut di mana Allah telah memberitakan bahawa sebelum Dia mahu membinasakan sesebuah negeri itu ia terlebih dahulu 'memerintahkan' orang-orang besarnya supaya taat dan hanya selepas perintah itu dilanggar barulah negeri itu benar-benar dibinasakan. Persoalan; siapakah yang berani menyangkal mahupun menafikan bahawa kejadian-kejadian alam luar dari kebiasaan ini adalah cara Allah memberikan 'PERINTAH' supaya kembali taat tersebut.

    "Dan apabila Kami mahu membinasakan sesebuah negeri, KAMI PERINTAHKAN (amarna - امرنا) orang-orang besarnya (supaya taat dan tunduk), dan mereka berlaku fasiq di dalamnya (berterusan menipu, mungkir, khianat dan menjual ayat-ayat Allah), maka berhaklah ke atas negeri itu ketetapannya, dan Kami binasakan negeri itu sebinasa-binasanya" Al-Isra : 16.

    Tepuk dada dan tanya iman. Sesal kemudian tiada gunanya.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi, itu Datuk Rizal Mansor sudah dedahkan kes 'RAFIZI BAYAR
      kepada syarikat RAFIZI'.
      Dan, menurut Blogger DAIALOG RAKYAT,Hanisya Abdul Hamid,
      dalam sidang media Rafizi untuk menajwab tuduhan Dato Rizal ni,
      Rafizi bersikap defensive dan gagal menepis semua tuduhan.
      Sebaliknya, hanya membuat serangan peribadi ke atas Rizal
      Mansor.
      BTW, Apasal Rizal Mansor ni sibuk tuduh sana, tuduh sini
      dan aktif menyerang pembangkang, padahal dia cuma PEMBANTU
      PRIBADI ROSMAH MANSOR, THE FLOM!!!!!

      Delete
    2. Wah!!!.......KD dah mengikut cara Blogger A9 mengawal
      komen orang yang masuk ke blog anda. TAHNIAH KD!!!
      Harap komen saya mendapat approval.

      Delete
    3. Bro..pada mereka..kalau kena kat orang lain..itu bala...tapi kalau kena kat mereka..itu ujian...huhuhuhu

      Delete
    4. 4.52 bagaimana dgn kejadian banjir di Pulau Pinang yg kerap berlaku sekarang ini? Apakah tafsiran dan ulasan Tuan? Dan adakah perkara perkara mungkar seperti memestakan budaya minum arak , memegakn sentuhan kpd anjing, meraikn aktiviti gay dn lesbian, murtad menjadi mudah bg org Islam, menghina ibadah dn hukum Allah ini harus diangkat dn ditoleransi? Disokong? Atau buat buat tak peduli tanpa menentangnya? agar tidak mengundang kemurkaan Allah? Mohon pencerahan. Mungkin Tuan Doe 4.52 ada dalil nas dn hadis yg dpt memcerahkn? Mohon dibantu demi ketaqwaan dn keimanan kita semua...




      .

      Delete
    5. Aloooo...semua negeri BANJIR, termasuk Melaka, Johor, Kedah.
      Musim hujan dah sampai tapi kalau ikut takrif Romario Messi,
      banjir akibat melakukan perkara mungkar macam minum arak dan
      judi. Fastaqim PAS kat terengganu dah jadi medan judi melalui
      pertandingan memancing. Tiba-tiba berlaku ribut petir pada
      malam penutup Fastaqim. Apakah ini tanda-tanda Allah melaknati
      Fastaqim itu.....????

      Delete
    6. Diharap cik minah jangan menaikkan kemarahan macai 6.56, kerana beliau adalah penulis tetap ruangan kolum blog kd, shahbudin dan celah gelegar.

      Kelebihan beliau adalah sifat binatang chameleon yg akan bertukar sifatnya dari menyebar fitnah, pembohong bersiri, mencaci maki hamun, berpantun, penjawat mee segera himpunan mufi ostat tokoh agama, mampu berloghat daerah sehingga mampu milik juga bertukar menjadi "pakar" linguistik bahasa inggeris.

      Darah mamak macai akan menyebabkan beliau tidak mahu kalah dalam sebarang komen, berulang kali tampal dan menokok tambah komen adalah bidang kerja harami beliau.

      Macai 6.56 masih menunggu pengumuman cik minah? Disamping itu macai 6.56 menyuruh, beri arahan kepada cikgu cakap dengan anak murid bawa kertas a4 sekeping sorang ke sekolah.

      Habuan harami yg di terima macai 6.56 bukan murah, itulah sebabnya macai sanggup bekerja siang malam 24 jam sehari.

      Bertaubatlah macai dengan kerja2 haram ko tu, kubur kata mari tak semestinya atuk umur 92 tahun tu.

      Delete
    7. Minah 7.21 Messi ada kemusykilan.. Harap dpt membantu.. Persoalan mudah buat Minah dn Saudara Doe 4.52..
      "Adakah bersekongkol dn bersahabat dgn puak kianat Islam yg menghina Islam dn hukum Allah ini tidak menjerumuskan diri saudara tergolong dlm puak tersebut?
      "Adakah tindakan saudara bersekongkol dn bergandingan dgn puak kianat Islam tersebut tidak mengundang murka Allah?"

      Mohon Pencerahan...

      Delete
    8. Jgn sokong org yg mengkhianat islam.

      Najib telah mengkhinati islam dgn menyalah gunakan kuasa.
      Najib juga menakut nakutkan org melayu yg cuba xnk mengundi umno agar dia terus kekal berkuasa.
      Politik telah menjadi landansan utk mencari kekayaan bukan utk membantu rakyat lagi.

      Jgn bersekongkon dgn pihak ini lagi

      Delete
    9. Walaupun bertukar nama tetapi kebusukannya tetap sama.

      Tak perlulah saya ulang lagi ulasan saya yang telah disertai dengan sumpah laknat bahawa UmNo adalah parti pengkhianat yang sebenar-benarnya pengkhianat.

      Dalil juga telah diberikan dan si fulan yang konon nak jawab balik langsung tidak menjawab dan dia yang hilang tiba-tiba.

      Dan tiba-tiba juga muncul pula watak baru, dengan nama baru.

      Hakikatnya watak baru ini adalah juga pendusta.

      Delete
    10. 2.03 Kenapa anda tidak menjawap ulasan Messi di 6.56 dn 10.43?
      Anda tak jelaskn ape ape selain dr tuduhan busuk anda saja. Sekali lg saya ulangi soalan mudah ni dn rasa rasanya semua disini boleh memahaminya..
      1- adakah perkara perkara mungkar seperti memestakan budaya minum arak, memegakn acara menyentuh anjing, meraikn aktiviti gay dn lesbian, memudahkn proses murtad bg umat Islam, menghina Nabi..ibadah dn hukum Allah ini harus diangkat Dan ditoleransi? Atau dibolehkn menyokongnya mengikut nas dn hadis saudara?
      2- adakah menyokong dn bersatu dengan Puak Kianat Islam seperti saudara bersatu dgn DAP tidak mengundang kemurkaan Allah? Jika tidak? Dalil mana yg diguna pakai?
      3- adakah tindakan anda bersekongkol Dan bersatu dgn puak kianat Islam DAP tidak menjerumuskn diri anda kedalam golongannya. Jika tidak? Mana nas dn hadisnya?
      Berani ke Saudara Doe jawap?
      Atau kembali tak nak jawap dan merapu seperti dikomen 2.03nya.


      Delete
    11. PERKEMBANGAN TERBARU:

      Setelah gagal taktik sogok RM5 juta, puak Najib dah mula taktik ugut terhadap Syed Saddiq, abangnya & orang tuanya.

      Syed Saddiq telah buat laporan polis & diikuti dgn press conference ke 2.

      Syabbas Sdra Syed, dedahkan semua tindakan jahat mereka yg kini jadi perbualan & perhatian seantero dunia.

      Delete
    12. Bila kita tak termakan budi atau menerima apa2 sogokan, kita bermaruah & bebas bersuara untuk membuat kritikan konstruktif.

      Tahniah Sdra Syed Sadiq...!!

      Delete
  4. kalau pembangkang tuduh kerajaan buat benda mungkar, pembangkang juga kena muhasabah diri adakah mereka tidak melakukan benda mungkar? muhasabah tu penting untuk membersihkan diri dan tidak menyangka diri dan kumpuna sendiri bersih suci sementara pihak lain kotor dan berdaki. manusia ni sama sahaja sebenarnya kalau berfikir dan bertindak mengikut nafsu nafsi. nafsu memang mengajak kepada perkara negatif seperti memfitnah, mempercayai tanpa mempunyai bukti, memaki hamun, memberi gambaran buruk kepada sesuatu kebaikan (spin) dan lain2. kalau ustaz john doe ada bersama ketika katanya Allah menurunkan bala kepada aktiviti pas, maka banjir teruk di pulau pinang tu adakah amaran Allah juga kepada pimpinan dap? jangan pulak kata banjir tu takde kena mengena dengan amaran Allah sebab kedahpun banjir, melakapun banjir, johorpun banjir. kira tu fenomena biasa dan tidak berkaitan dengan amaran Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sdr,

      Sekiranya saudara mengikuti ulasan daya dari awal dan bukan hanya pada entry ini, ia bukan berkaitan dengan banjir semata-mata tetapi pelakuan-pelakuan yang datang bersamanya yang membuatkan orang-orang yang mahu mengambil peringatan akan bermuhasabah dan mengambil peringatan.

      "Dan demikianlah azab (Allah) dan sesungguhnya azab akhirat itu lebih besar sekiranya mereka mengetahuinya". Al-Qalam : 33.

      Ada pula mereka yang memilih untuk memberi alasan sebegitu dan sebegini biarlah, sebab mereka yang membuat pilihan.

      Lihat semula di akhir ulasan saya di atas, jelas saya letakkan kalam berikut; "Tepuk dada dan tanya iman. Sesal kemudian tiada gunanya."

      Delete
  5. Betul Cik Minah..kelantan tiap2 tahun banjir....ujian ke bala tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Al Ustaz Romario Messi kata kalau banjir kt negeri bukan bn dan pas itu bala.
      Tapi kalau banjir dinegeri mereka itu menunjukkan mereka golongan terpilih utk menerima ujian.

      Ini bukan kes penjualan agama.
      Ini tidak dikira membodohkan rakyat.
      Ini adalah survival politik yg halal menurut ustaz pas dan ustaz umno

      Delete
    2. 11:34

      Aku rasa kau tak tau hujung pangkal perbahasan antara Messi dgn bodoe. Jd tak perlu nak tunjuk bodoh keturunan. Wpun blogger ni bias kpd puak lahanat kau, tp tolonglah jaga kebodohan kau jgn bagi admin tau. Jatuh kemaluan blogger cap ayam ni.

      Delete
    3. 11.34 Jawapan dn komen anda ini amat sesuai untuk anda cermati dn fahamikn dahulu. Cermin diri dahulu sebelum membicarakn bab kemungkaran dan bala Allah. Mencari kesilapan dn kesalahan pihak lain adalah terlalu mudah tetapi buat buat "Tak Tahu" dgn kebobrokkn diri sendiri. Kafir Harbi yg Kianat Islam jelas Haram utk disekongkol dn disokong. Ada bangkangan?

      Delete
    4. Sdr 11.34,

      Oooo macai chameleon cakap...

      Negeri pakatan banjir bala?

      Negeri BN banjir ujian?

      Kah kah kah macai oh macai?

      sila rujuk 10.37 untuk butiran peribadi macai....ahaks, ada satu lagi, macai harami suka tukar2 nama pabila masuk komen.

      Delete
    5. Sdr Najib tak tahu,

      Nama saja bertukar tapi busuknya tetap sama.

      Tak perasan ke?...

      Delete
    6. Macam Paul Baggio bertukar Romario Messi.

      Malang....taktik Kejora tetap dapat dikesan.

      Delete

  6. Kepada macai2 A9 yang pura-pura tak faham ulasan saya, senang saja untuk fahamkan dan buktikan tanpa keraguan lagi siapa haq siapa bathil.

    Saya telah bersumpah laknat. Siapakah hero para macai yang mahu bersumpah laknat menyangkal penyaksian saya.

    Kemudian kita sama-sama menunggu, mudah2an keterangan yang tiba akan membuka hati mereka yang lain.

    Sekiranya tiada yang sanggup menjadi hero, maka ambillah peringatan saya sebagai peringatan dan bukan dibuat olok-olokan (busuk si perolok-olok sungguh kuat hanya untuk ditutup oleh nama yang bertukar).

    ----------------

    john doeMonday, September 25, 2017 2:16:00 AM
    Apabila isunya ialah mengenai pilihan di antara DAP dan UmNo, faktor2 pemilihan adalah semudah alif ba ta:-

    1. Bukan DAP yang membayar jutaan wang negara ini kepada Yahudi Zionist APCO hanya untuk khidmat nasihat dan kemudian membuat pinjaman riba haram daripada Yahudi Zionis Goldman Sachs daripada golongan pembunuh Muslimin Palestin sehingga sebabkan Malaysia berhutang riba yang sungguh luar biasa sifatnya. UmNo yang buat.

    2. Bukan DAP yang menjual dan menggadaikan aset dan hartanah negara ini kepada Musyrikin China Komunis, pembunuh Muslimin Uighur untuk ditanggung hutangnya berserta gadaian oleh anak cucu kita. UmNo yang buat.

    3. Bukan DAP yang memberikan tanah di Putrajaya untuk didirikan pusat penyebaran fahaman mereka kepada Saudi Wahabi Takfiri yang membunuh Muslimin Arab dan Turki dan membantu meruntuhkan khilafah Uthmaniah dan sekarang ini membunuh pula Muslimin Yemen. UmNo yang buat.

    4. Bukan DAP yang bersegera kepada Nasrani Amerika pembunuh Muslimin Iraq dan Afghanistan dan mempersembahkan ufti daripada wang amanah Muslimin Malaysia kepada mereka dengan niat yang diakui 'untuk membantu mengukuhkan ekonomi Amerika', dan berbaiah pula kepada kepimpinan kepada mereka dengan kalam 'musuhmu musuhku jua'. UmNo yang buat.

    Oh ya jangan lupa, bukan DAP yang mungkir janji untuk membayar kepada negara saudara seagama kita di Abu Dhabi yang telah membantu kita beri pendahuluan hutang zionist yang kita tak mampu bayar on time. UmNo yang buat.

    Tambahan lagi; bukan DAP yang menipu dan menjadikan alasan Muslimin Rohingya sebagai alasan untuk mengahadapi pemimpin besar Nasrani padahal rakaman video menunjukkan ia langsung tidak disuarakan. UmNo yang buat.

    Orang yang ikhlas akan merancang dengan kemampuan yang ia ada dan bukan menjadikan saudara Muslimin mereka sebagai alasan padahal ia hanya penipuan dan propaganda murahan.

    Geng A9 boleh berterusan memperolok-olokkan atau beralasan atau memutar belit lidah mereka dan menambah kalam yang tidak ada pada ayat-ayat Allah tapi hakikatnya UmNo adalah pengkhianat yang sebenar-benar pengkhianat. Demi Allah saya menjadi saksinya dan tidak ragu-ragu untuk menjadi saksi Allah di akhirat kelak bahawa UmNo telah berpaling dari jalan yang lurus dan menjadi pengkhianat agama yang sebenar-benarnya pengkhianat.

    Demi Allah sekiranya penyaksian saya ini tidak benar saya rela ditimpa laknatNya.

    Untuk para ahli geng A9; ini lafaz saya kepada kalian :-

    "Inikah orang-orang yang bersumpah sungguh-sungguh dengan nama Allah, bahawasanya mereka benar-benar beserta kami orang-orang yang beriman? Rosak binasalah segala amal kamu, lalu kamu akan menjadi orang-orang yang merugi"

    Demi Allah saya bersaksi.

    ReplyDelete
  7. 'KENAPA TIADA DERMA UNTUK KJ BAYAR ANWAR'

    Kerana KJ mempunyai pendirian seorang yang budiman iaitu berani buat berani tanggung. Beliau bertanggungjawab ke atas apa yang beliau ucapkan dan lakukan.

    ReplyDelete
  8. Jika pelaburan Malaysia di Amerika itu hanyalah merupakan ufti semata-mata:

    • Malaysia Airlines tidak akan mendapat 58 pesawat baru untuk kegunaan perniagaannya. Pesawat-pesawat baru itu menawarkan penjimatan minyak sehingga 25%, kos penyelenggaraan yang lebih murah dan lebih keselesaan kepada pelanggan-pelanggan iaitu salah satu ciri penting untuk menarik ramai pelanggan menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines dan akan menjadikan Malaysia Airlines kembali menjadi salah sebuah syarikat penerbangan yang utama dan menguntungkan.

    • KWSP tidak akan dapat pulangan lebihkurang RM60 bilion setahun ke atas RM219.24 bilion pelaburannya di luarnegara. Keuntungan KWSP adalah keuntungan para pencarumnya yang berjumlah 14.5 juta orang.

    Oleh itu pelaburan Malaysia di luarnegara terutama Amerika bukan merupakan pelaburan kosong, sebaliknya ia memberikan pulangan yang lumayan setiap tahun yang dinikmati oleh rakyat Malaysia sendiri antaranya 14.5 juta pencarum KWSP.

    Jadi siapakah yang membayar ufti setiap tahun? Malaysia atau Amerika?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita keuntungan biasa dibuat dan dijanjikan oleh skim cepat kaya.

      Untung atas angin siapa?
      Risiko rugi siapa?

      Delete
    2. Anon 12:43,
      Buktikan? Berikan fakta2 jangan cakap kosong saja.

      Delete
    3. Aneh,

      Yang mendakwa keuntungan tanpa bukti itu yang sepatutnya menunjukkan unjuran keuntungan.

      Ini, yang meminta ditunjukkan bukti dakwaan keuntungan itu yang diminta memberikan bukti.

      Hebat kelentong Rencah Perentas, mampu memberikan janji keuntungan tanpa sebarang unjuran (projection).

      Memang sahlah ini janji2 manis sama seperti yang ditabur skim cepat kaya.

      Delete
    4. Apa keperluan penahsihat najib bernama habibul rahman bilal mohsin ghulam kadir shah dilantik lembaga pengarah MAS?

      Delete
    5. Butiran-butiran pelaburan dan keuntungan tercatat dalam laporan tahunan KWSP.

      Berikut adalah nilai aset pelaburan KWSP pada 31 Disember untuk tahun-tahun yang sebelumnya:

      2002, RM199.39 bilion, PM ialah Tun M.
      2003, RM217.05 bilion, 31 Oktober 2003 PM ialah Tun Abdullah.
      2004, RM237.11 bilion
      2005, RM259.89 bilion
      2006, RM285.45 bilion
      2007, RM313.01 bilion
      2008, RM342.01 bilion
      2009, RM371.26 bilion, 3 April 2009 PM ialah DS Najib.
      2010, RM440.52 bilion
      2011, RM469.22 bilion
      2012, RM526.75 bilion
      2013, RM589.87 bilion
      2014, RM636.53 bilion
      2015, RM684.53 bilion
      2016, RM731.11 bilion
      2017, RM756.00 bilion setakat 30 Jun 2017, kedudukan ke-7 dunia.

      Para pencarum juga mendapat faedah daripada pelaburan KWSP dalam bentuk dividen setiap tahun.

      Delete
    6. 7.20 ko ingat rakyat bodoh dengan angka senarai tu?

      Delete
    7. He.he.he. Kalau macai-macai Madey tak percaya dengan laporan KWSP tu, apa kata macai-macai pergi saman mereka itu.

      Delete
  9. Pemulangan wang disebabkan pembatalan perjanjian pertukaran aset-liabiliti antara IPIC dan 1MDB susulan pertelagahan berkenaan pembayaran deposit USD3.5 bilion ke atas 2 bon yang diterbitkan oleh 1MDB pada 2012. Kes dibawa ke Mahkamah Timbang Tara London tetapi kemudiannya IPIC menarik balik kes tersebut dan menyelesaikannya di luar mahkamah secara rundingan terus dengan 1MDB.

    Adakah 1MDB gagal membayar pemulangan wang USD0.6 bilion kepada IPIC yang dijadualkan pada 31 Julai 2017? Bukankah kelewatan pembayaran itu telah diberitahu lebih awal kepada IPIC dan menurut terma-terma rundingan dan IPIC telah memberikan persetujuannya? 1MDB telah melunaskan sepenuhnya pembayaran tersebut pada 12 dan 31 Ogos 2017.

    Adakah macai-macai kecewa dengan kejayaan 1MDB membayar pemulangan wang tersebut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa kadar bunga kelewatan?

      Kenapa lewat pembayaran?

      Pembayaran pertama ke syarikat yang salah!
      Disengajakan..

      Delete
    2. Adakah kadar bunga dikenakan?

      Kalau kelewatan dibenarkan dalam terma-terma perjanjian, apa masalahnya?

      Kepada syarikat mana yang 1MDB salah bayar?

      Delete
    3. Pura-pura tidak tahu padahal satu dunia dah tahu hatta masuk timbang tara.

      Taktik pendusta yang berpura-pura.

      Delete
    4. "Adakah macai-macai kecewa dengan kejayaan 1MDB membayar pemulangan wang tersebut?"

      Ada keciwa, sebab rakyat terpaksa bayar hutang 1mdb.

      Delete
    5. Dunia tahu 1MDB telah telah membayar kepada IPIC melalui anak syarikatnya Aabar-BVI atas arahan bertulis yang diberikan oleh wakil IPIC iaitu Pengarah Urusan IPIC dan Ketua Pengarah Eksekutif Aabar Investment PJS. Pembayaran dibuat berdasarkan dokumen yang telah ditandatangani oleh wakil IPIC tersebut dan penilaian peguam-peguam.

      Dunia tahu IPIC telah mengesahkan pembayaran deposit USD3.5 bilion oleh 1MDB pada 2012-2014 dan perjanjian pertukaran aset-liabiliti dengan 1MDB apabila telah membayar USD1.0 bilion kepada 1MDB pada Jun 2015 untuk mengimbangkan pertukaran aset-liabiliti.

      Dunia tahu IPIC yang membawa kes pertelagahan ke Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) pada Jun 2016.

      Dunia tahu IPIC yang menarik balik kes itu dan berunding secara terus dengan 1MDB dan pada 24 April 2017 IPIC dan 1MDB telah mencapai satu persetujuan untuk menyelesaikan pertelagahan tersebut.

      Dunia tahu yang kehilangan wang adalah IPIC bukannya 1MDB. Sebab itu kedua-dua saman sivil DoJ di Amerika, aduan-aduan di England, Switzerland, Singapura dll gagal mendakwa DS Najib dan 1MDB.

      Delete
    6. Di sebalik cercaan, fitnah, makian, tohmahan dan tuduhan ke atas DS Najib dan 1MDB. Beliau dan 1MDB telah dan sedang berjaya:

      1. Menaja biasiswa untuk beribu-ribu pelajar.

      2. Menaja beribu-ribu jemaah haji.

      3. Menghentikan PPA yang pertama yang menyebabkan Petronas dan TNB kerugian.

      4. Menyekat PPA kedua yang berasaskan PPA pertama yang boleh menyebabkan anggaran kerugian yang lebih banyak untuk tempoh 20 tahun berikutnya.

      5. Membiayai sepenuhnya pembangunan dan menaiktaraf 8 buah kem tentera termasuk sebuah pengkalan tentera udara Sendayan seluas 750 ekar.

      6. Membangunkan TRX meliputi pembinaan 106 tingkat Signature Tower yang lebih tinggi daripada Menara Berkembar Petronas. HSBC menjadikan TRX sebagai ibu pejabat wilayah berserta Prudential, Affin Bank, Australia’s Lend Lease.

      Hakikatnya tiada satu pun dana yang hilang daripada 1MDB seperti yang dituduh oleh pembangkang. Dana yang hilang adalah merupakan dana IPIC dan BSI Bank yang tiada kena mengena langsung dengan 1MDB.

      Pada permulaannya 1MDB ada RM51 bilion aset berbanding RM42 bilion hutang, kini hutang-hutang jangka pendek dan pinjaman-pinjaman bank telah selesai dibayar. Ada berbaki pemulangan wang IPIC sebanyak RM2.52 bilion pada 31 Disember 2017 dan 4 hutang jangka panjang berjumlah RM34.7 bilion yang perlu dibayar pada 2022, 2023, 2024 dan 2039 tetapi itu telah dipadankan dengan aset-aset 1MDB yang bernilai tinggi berserta lebihan tunai lebih kurang RM3.0 bilion.

      Kalau termeterai pula perjanjian dengan rakan kongsi yang tersenarai dalam ‘Global Fortune 500 companies’ untuk Bandar Malaysia dengan dana RM44.1 bilion, 1MDB akan mendapat lebihan tunai yang lebih tinggi lagi.

      Delete
  10. ‘2. Bukan DAP yang menjual dan menggadaikan aset dan hartanah negara ini kepada Musyrikin China Komunis, pembunuh Muslimin Uighur untuk ditanggung hutangnya berserta gadaian oleh anak cucu kita. UmNo yang buat.’

    Adakah negara akan hilang kedaulatan ke atas hartanah tersebut dan hartanah tersebut akan ditanda di dalam peta dunia sebagai sebahagian daripada negara China? Adakah hartanah tersebut akan ditadbir oleh negara China? Adakah cukai-cukai ke atas hartanah tersebut akan dibayar kepada kerajaan China?

    Dengan nilai KDNK negara yang bernilai RM1.595 trilion dan rizab antarabangsa BNM berjumlah lebih RM420 bilion kini, tidak mampukah kerajaan pimpinan DS Najib membayar pinjaman tersebut?

    RAPID dan ECRL…

    RAPID pastinya akan mengatasi loji penapisan minyak di Pulau Sentosa bila ia beroperasi kelak.

    Pada tahun 2025, dianggarkan 122,500 kapal dijangka melalui Selat Melaka. Selat Melaka bakal menjadi laluan laut sesak, padat dan merbahaya. Oleh itu, ECRL menawarkan laluan alternatif bagi laluan perdagangan timur dan barat. Secara tak langsung, aktiviti perdagangan di Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan pastinya akan meningkat naik berlipat kali ganda.

    Pendapatan negara akan melonjak naik manakala peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan akan terbuka luas kepada rakyat Malaysia. Bukankah itu memberi faedah kepada negara dan rakyat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penjajahan bentuk baru, ekonomi.

      Tidak perlu guna askar dan senjata.
      Ekinomi negara fitawan melalui pemilikan dan hutang.

      PM jadi boneka

      Delete
    2. Malaysia kini juga merupakan sebuah negara pengeksport kapital. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang menjajah ekonomi di 40 buah negara di dunia dan menjadikan negara-negara tersebut jajahan yang kena membayar ufti setiap tahun kepada Malaysia. Hebatkan!

      Delete
    3. Tidak menjawab langsung, hanya mengalih tiang gol semata-mata.

      Delete
    4. "Adakah negara akan hilang kedaulatan ke atas hartanah tersebut dan hartanah tersebut akan ditanda di dalam peta dunia sebagai sebahagian daripada negara China?'

      Rakyat tempatan hilang pekerjaan, bahan mentah, pengilangan tiada jualan disebabkan mengimpot dari negara china.
      .....

      "Dengan nilai KDNK negara yang bernilai RM1.595 trilion dan rizab antarabangsa BNM berjumlah lebih RM420 bilion kini"

      Rakyat tidak menikmati pertumbuhan kdnk dan rizab negara, BN barang tetap naik, kos saraan hidup terus meningkat, ikan kembung jualan jamal setongkol hanya bermusim menjelang PRU sahaja, itupun depan bangunan umno.
      .....

      "Pada tahun 2025, dianggarkan 122,500 kapal dijangka melalui Selat Melaka. Selat Melaka bakal menjadi laluan laut sesak, padat dan merbahaya. Oleh itu, ECRL menawarkan laluan alternatif bagi laluan perdagangan timur dan barat."

      Thailand ingin buat jalan laut pintas di segenting kra,ianya usahasama dan juga cadangan negara china.

      Elok kiranya najib berhenti sebagai PM, sebab ada macai pun tidak membantu.


      Delete
    5. Siapa kata rakyat tempatan kehilangan pekerjaan? Bahkan macai-macai Madey lah yang sedang menikmati hasil pelaburan China tersebut. Mereka mendapat gaji belasan ribu malah puluhan ribu sebulan! Buatlah penyelidikan di tempat-tempat di mana pelaburan itu dibuat.

      Delete
    6. 7.57 kat mana macai, ada link tak?

      Delete
    7. 7 57

      "Mereka mendapat gaji belasan ribu malah puluhan ribu sebulan!"

      Brapa ribu rakyat malaysia dapat puluhan ribu sebulan gaji dari pelaburan china?

      Ada link macai?

      Delete
    8. Ramai memang ramai. Pergi je la dekat tempat projek2 tu. Tengok sendiri.

      Delete
  11. ‘Tambahan lagi; bukan DAP yang menipu dan menjadikan alasan Muslimin Rohingya sebagai alasan untuk mengahadapi pemimpin besar Nasrani padahal rakaman video menunjukkan ia langsung tidak disuarakan. UmNo yang buat.’

    Berapa lamakah durasi rakaman video tersebut berbanding lawatan DS Najib ke Amerika? Bagaimana pula dengan perbincangan-perbincangan samada yang formal atau tidak yang melibatkan kedua-dua pemimpin tersebut secara tertutup?

    Mungkin saja permasalahan mengenai Rohingya dibincangkan pada waktu-waktu tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Mungkin saja permasalahan mengenai Rohingya dibincangkan pada waktu-waktu tersebut."

      Najib nak bantu rohingya? lebih baik laga pipi, laga bahu, berpimpin tangan dgn hj hadi kan3?

      Delete
    2. Sampai kini saya masih tertunggu-tunggu bila pahlawan bugis kita akan pergi ke Myanmar menyelamatkan kanak2 Rohingya seperti Tun Mahathir menyelamat & membawa pulang ke tanah air ratusan kanak2 Bosnia dari penyembelihan puak Serb.

      Najib memang dah terkenal dgn Pink Lip Service But No Action. Whereas Tun Mahathir not only outspoken, but he is Man of Action....!!

      Delete
  12. Tidak ada perbincangan tertutup, semuanya hanya dalam 30 minit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah perkara-perkara berikut boleh dilakukan dalam masa hanya 30 minit? Mungkin tuan macai boleh melakukannya sehingga semuanya boleh menjadi tidak tahu dan mudah lupa. Budak tadika pun boleh menjadi PM kalau begitu!

      Pertemuan dengan Presiden Donald Trump di Rumah Putih pada pagi 12 September.

      Kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Oval Office, diikuti mesyuarat delegasi bersama Kabinet pentadbiran Trump serta penasihat kanan, termasuk Naib Presiden, Mike Pence; Setiausaha Negara, Rex Tillerson; Menteri Pertahanan James Mattis; Ketua Staf, Jeneral John Kelly; Penasihat Keselamatan Negara Leftenan, Jeneral HR McMaster dan Penasihat Kanan, Jared Kushner.

      Kedua-dua pihak menilai status kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang dan meneroka peluang mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

      Malaysia mengambil peluang membincangkan kerjasama bidang ekonomi, keselamatan, pertahanan, pendidikan, antikeganasan, imigrasi, sains dan teknologi, serta hubungan sesama rakyat.

      Isu berkepentingan bersama berkaitan keselamatan serantau dan ancaman global dibangkitkan oleh kedua-dua pemimpin.

      Delete
    2. Najib tak tahu kah disebalik perbincangan dengan Mike Pence; Setiausaha Negara, Rex Tillerson; Menteri Pertahanan James Mattis; Ketua Staf, Jeneral John Kelly; Penasihat Keselamatan Negara Leftenan, Jeneral HR McMaster dan Penasihat Kanan, Jared Kushner...

      Ternyata lawatan pertama trump ke Asia tidak melibatkan malaysia, kerana malaysia tidak penting kepada amerika, ternyata najib hanya datang menyembah amerika.

      Muka tembok najib, tak tahu malu.

      Delete
    3. PM Bangladesh Sheikh Haseena telah dirakam bercakap sesuatu dengan Trump tetapi butiran tidak diketahui.

      Kemudian apabila ditanya wartawan adakah dia bercakap tentang Rohingya kpd Trump jawabnya 'tidak sama sekali'.

      Ditanya lagi kenapa tidak. Dijawabnya, 'sebab saya sudah tahu pendirian Trump mengenai Rohingya'.

      Ditanya lagi, 'apa pendirian Trump tentang Rohingya'. Dijawab, 'ia tak berminat untuk campur atau ambil tahu. '

      Nah, itu jawapan seseorang yang dirakam berbicara dengan Trump dari jauh padahal tiada siapa mendengar apa butirannya. Ia boleh saja kelentong tapi ia tidak melakukan sedemikian.

      Bandingkan dengan Najib yang pertemuannya sengaja dirakam dan kemudian mengatakan ia telah bercakap mengenai sesuatu yang tiada dalam rakaman.

      Di US mereka telah berbincang mengapakah Trump merakam pertemuan dengan Najib sebegitu sekali dan melepaskan rakaman 'raw' tanpa disunting ketika Najib belum pun memijak bumi Malaysia.

      Rupanya Trump telah merasakan kehangatan dan kesialan Najib apabila akhbar-akhbar di sana telah mempersoalkan pertemuannya dengan penyangak malaysia (Malaysian crook) dan itulah caranya Trump mahu 'menjawab', dengan cara melepaskan video raw yang jelas tunjukkan penyangak itu yang beria-ia kpd Trump padahal Trump langsung tak kisah dengannya.

      Delete
    4. Hakikatnya macai-macai Madey telah kecewa kerana Presiden Trump telah menjemput DS Najib datang ke White House untuk lawatan kerja selama 3 hari.

      Bukannya DS Najib di berikan waran tangkap tetapi jemputan.

      Bukannya melobi dengan jutaan USD seperti tuan macai tetapi jemputan.

      Delete
    5. 8.07

      Najib pergi white house menyembah trump, perkasakan ekonomi amerika, rakyat di himpit pelbagai masalah,malaysia mempunyai PM paling bodoh dalam sejarah.

      Delete
    6. Dulu kata najib takut ke luarnegara terutama amerika sebab akan ditangkap oleh doj dan fbi. Habis dicanang ke seluruh pelusuk alam. Bila najib buktikan dia bebas masuk dan keluar Amerika dan UK. Macai2 korner kot lain pulak!

      Yang tersirat, najib bukan perkasakan ekonomi amerika tetapi sebaliknya najib menjajah ekonomi amerika. Setiap tahun amerika kena bagi ufti kat malaysia.

      Puh! Handal dan bijaksana ini si pahlawan bugis.

      Delete
    7. Dulu kata najib takut ke luarnegara terutama amerika sebab akan ditangkap oleh doj dan fbi. Habis dicanang ke seluruh pelusuk alam. Bila najib buktikan dia bebas masuk dan keluar Amerika dan UK. Macai2 korner kot lain pulak!

      Yang tersirat, najib bukan perkasakan ekonomi amerika tetapi sebaliknya najib menjajah ekonomi amerika. Setiap tahun amerika kena bagi ufti kat malaysia.

      Puh! Handal dan bijaksana ini si pahlawan bugis.

      Delete
  13. ‘3. Bukan DAP yang memberikan tanah di Putrajaya untuk didirikan pusat penyebaran fahaman mereka kepada Saudi Wahabi Takfiri yang membunuh Muslimin Arab dan Turki dan membantu meruntuhkan khilafah Uthmaniah dan sekarang ini membunuh pula Muslimin Yemen. UmNo yang buat.’

    Siapakah yang dibantu oleh kerajaan Arab Saudi dan siapakah yang ditentangnya? Bukankah Sunni merupakan 75% penduduk Yemen manakala Syiah 25%.

    Adakah macai-macai menyokong kekejaman Syiah ke atas Sunni di Iraq dan Syria serta menyokong perluasan pengaruh Syiah di Yemen, Bahrain, Lubnan dan juga di Arab Saudi?

    Apakah doktrin Syiah ke atas Sunni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Juga tidak menjawab isu.

      Malah langsung tidak menyentuh golongan wahabi yang ada di dalam komen asal saya di dalam jawapannya.

      Mengelak saja. Taktik pendusta.

      Delete
    2. Daripada ko sibuk sunni syiah arab saudi Yemen, Bahrain, Lubnan...

      Lebih baik suruh najib tumpukan perhatian keadaan dalam negara yg semakin parah.

      Delete
    3. Parahkah keadaan negara sekarang?

      Ramai macai-macai Madey menikmati gaji bulanan belasan ribu malah puluhan ribu dengan hasil pelaburan luar di negara ini? Selidik di tempat-tempat tersebut dan tengok kehidupan mereka, mewah atau merempat?

      Pertambahan ketara jumlah pembelian kenderaan baru sehingga suku kedua tahun ini.

      Restoran-restoran terutama kedai-kedai mamak penuh terutama di malam-malam hari.

      Gedung-gedung perniagaan sesak dengan pelanggan-pelanggan di hujung minggu.

      Malaysia adalah bumi bertuah. Hanya perlukan iltizam yang kuat, usaha yang bersungguh-sungguh tanpa mengenal penat lelah dan kecekalan hati untuk hidup senang. Bukannya dengan keluhan 24 jam.

      Lihat saja sebahagian pendatang-pendatang asing yang dulunya datang sehelai sepinggang ke negara ini, kini kebanyakan mereka berjaya. Malah ada yang kaya dan bergelar jutawan.

      Parahkah negara ini?

      Tidak untuk mereka yang rajin berusaha dan mempunyai daya saing yang tinggi.

      Ya untuk mereka yang mengeluh 24 jam.

      Delete
    4. Betul tu, rakyat usaha 24 jam jadi abdi supaya pemimpin boleh bermewah dan terus sombong macamlah dia paling bijak urus negara.

      Kita cari pemimpin yg macam kalifah omar, kalau dapat 1% pun jadilah..

      Kalau dah tak ada mcm khalifah, jangan pula menyamun duit rakyat.

      Rakyat komplain bukan mengeluh..
      Tapi kebenaran mesti ditegakan..
      Mengeluh tak mahu sekongkol
      Mengeluh tak mahu jadi pecacai..

      Delete
    5. 8.21

      golongan majoriti rakyat hari ini hidup dalam keadaan beban kos saraan hidup meningkat naik; rakyat bukan mahu hidup hasil pencarian haram seperti macai2 najib.

      Mereka hanya inginkan kehidupan sederhana seperti zaman Tun.

      Rakyat diberi perhatian, diutamakan dan bukan setakat slogan najib berikan.

      Hari ini najib hanya syok sendiri, golongan gelandangan bertambah ramai,nikmat kekayaan negara hanya dikalangan golongan kroni umno sahaja.

      Disebalik angka kdnk yg menarik, tiada apa rakyat dapat dari angka menarik ini.

      Pembangunan yg dikecapi rakyat hari ini adalah hasil usaha pemimpin terdahulu dan bukan hasil najib.

      Ini adalah kerana najib hanya tahu berbohong, menyamun, mencuri wang dan harta milik rakyat

      Delete
    6. Pendatang asing samada dengan izin atau tanpa izin berlumba-lumba datang ke Malaysia kerana menganggap Malaysia ini lubuk emas. Mereka tak kisah menjadi buruh-buruh kasar dengan gaji yang amat rendah pada mulanya. Pengalaman bekerja dengan mereka, mereka rajin dan tak banyak kerenah. Jadi majikan pun suka dan tak kisah menambah gaji mereka dan menawarkan banyak kerja lebih masa.

      Sebahagian daripada mereka, melihat peluang di Malaysia lebih daripada pekerjaan. Mereka berniaga yang boleh menjana pendapatan berlipat kali ganda. Tambahan pula bila melihat kuasa beli rakyat Malaysia yang besar. Cara mereka berniaga memang bagus iaitu sepakat membawa berkat. Sebagai contoh kedai-kedai runcit pendatang asing, mereka berkongsi modal membeli barang-barang jualan secara pukal contohnya sebanyak satu lori trailer. Jadi kos setiap barangan adalah amat murah. Contohnya kalau barang A di pasaran berharga RM3.00, pembelian secara borong biasanya 60% lebih murah iaitu RM1.20. Mereka boleh menjual barang tersebut pada harga RM2.70 iaitu RM0.30 lebih murah daripada kedai-kedai runcit rakyat tempatan. Jadi para pelanggan pun beralih arah kepada mereka.

      Tuan macai mengajar macai-macainya untuk sentiasa bersungut dan mempengaruhi orang-orang lain untuk turut sama bersungut. Termasuklah sebahagian besar macai-macai yang bekerja di projek-projek pelaburan dari luarnegara dan memperolehi pendapatan belasan ribu hingga puluhan ribu sebulan tetapi tetap mengatakan kerajaan pimpinan DS najib zalim dan menindas.

      Ironinya, pendatang-pendatang asing menganggap Malaysia lubuk emas tetapi macai-macai Madey sebaliknya!

      Jadi siapa yang sebenarnya berbohong?

      Delete
    7. Bijaknya Najib hingga ratusan ribu rakyat terpaksa bekerja di Spura. Berapa banyak pelaburan asing yg Najib dah tarik ke negara kita? Malangnya, pentadbiran Najib not conducive & business friendly menyebabkan pelabur2 asing yg sedia ada cabut lari ke negara lain. Kadar pengangguran kini amat dahsyat dek tiada peluang pekerjaan baik di perkhidmatan awam, glc2 kerajaan maupun di pihak swasta. 1mdb yg dah sakau hutang riba berbilyon-bilyon, pun hanya mampu menawarkan pekerjaan bilangan keciput untuk rakyat. Yg makmur hanya Najib, Rosmah, Reza Aziz, Jho Low dan balaci2/pencacai2 UMNO.

      Delete

6ANGKA