Monday, October 31, 2011

Najib tutup buku lama...buka buku baru

Alhamdulillah PM sedang berada di Makkah untuk mengejakan haji, rukun kelima Islam bila mampu. Kebiasaannyalah setiap orang yang beriman akan memohon ampun ke atas dosa2nya yang lalu di depan Kaabah dan sudah pasti Najib akan beristiharah meminta ilham bila PRU13 akan di adakan dan seterusnya berdoa untuk menang.
Ramai sebenarnya pemimpin2 Islam dalam mana2 parti politik kalau diukur kepada kereta dan rumah besar mereka sudah lebih dari mampu untuk mengerjakan haji saban tahun, tetapi majoritinya lebih ramai suka melancong keluar negara setiap tahun dengan jumlah pernbelanjaan yang lebih besar dari kos mengerjakan haji. Sudah sewajarnya UMNO perlu mengambilkira calon yang sesuai untuk PRU13 nanti adalah yang bertitle haji kerana sebagai pemimpin, calon itu telah menunjukkan contoh yang baik.

Rata2 calon UMNO terdairi dari mereka yang mampu dan mewah.

Bajet memikat akhirnya jadi bajet makan diri...

Banner atau kain rentang bergantayangan di seluruh negara dengan ungkapan ' TERIMA KASIH NAJIB ATAS BAJET 2012' begitulah lebih kurang tajuknya dari Perlis sampailah ke Johor dan berterusan sampai ke Kelantan.

Itulah antara yang dapat menarik perhatian saya semasa meluangkan masa seminggu ke utara dan pantai timor dalam peerjalanan atas urusan sendiri....

Rakyat mana yang buang tabiat tu agaknya yang sanggup buang masa, tenaga dan duit untuk menggantung kain rentang yang lebih kurang bernilai RM90/sehelai. Rakyat Malaysia sungguh sekata pula tu..ayat yang sama seluruh Malaysia???

Inilah kerja gila dan syok sendiri pemimpin UMNO, Kenapa UMNO? sebab saya tak jumpa kain rentang yang sama dalam bahasa tamil atau cina. Dah sah itu kerja pembodek UMNO yang semakin 'tertekan' menjelang pilihanraya. Kerja Ketua Penerangan UMNO muflis idea...

Masih ingat lagi saya kerja gila yang sama zaman paklah...poster sebesar langit di pelusuk negara dengan Cemerlang, Terbilang dan Temberang...Islam Hadhari, Modal Insan dan entah2 apa lagi...akhirnya masuk longkang dalam PRU12.  Kini kerja gila yang sama berulang....

Bajet 2012 adalah 'bajet mengorat' diperingkat pembentangan dan akhirnya menjadi 'bajet makan diri' di peringkat perlaksanaan, lihat nanti bagaimana semua itu hendak dilaksanakan? Elaun Buku, Elaun Saraan, Yuran persekolahan - pasti ada yang tergelincir dan penyelewengan di peringakt perlaksanaan. Kesannya ada yang tak dapat, ada yang marah, pembangkang akan eksploit...dan hasilnya BN tumbang...

Tunggu dan lihat analisa cabok ini.

Monday, October 24, 2011

Antara akur atau tak ada telur - PILIHANRAYA LAMBAT LAGI.....

PADANG SERAI 24 Okt. – Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah tiada masalah untuk membuat pertukaran kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain jika ia merupakan sesuatu yang dipersetujui BN pusat.
Pengerusinya, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, beliau akan mematuhi sebarang arahan pucuk pimpinan BN berhubung perkara itu.
Semalam Presiden MIC, Datuk G. Palanivel dilapor sebagai berkata, bahawa MIC berhasrat membuat pertukaran satu daripada kerusi yang diperuntukkan kepadanya di Selangor dengan kerusi di Kedah atau Pulau Pinang.
Ahmad Bashah berkata, bagaimanapun tindakan Presiden MIC itu dirasakan masih terlalu awal kerana tarikh pilihan raya sebenar belum diketahui.

Sunday, October 23, 2011

Kursus 1 Minggu - dapat Sijil Layak Berbohong...

Di negeri mana agaknya ada pengajuran kursus 1 minggu untuk layak mendapat watikah dan sijil Layak Berbohong dan kalau perlu 'title' Ustad boleh digunapakai jika mengadakan ceramah berbau ugama ?? 

Jika ada sesiapa yang tahu, harap maklumkan nama dan alamat penganjurnya, menjelang PRU13 kelak, ramai yang memerlukan watikah tersebut...



Anwar pun dah dapat sijil juga ke? contoh di bawah...

Dakwaan Anwar Ibrahim bahawa 92 peratus daripada 310 projek pembangunan di Sarawak yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin belum dilaksanakan adalah pembohongan terbaru Ketua Pembangkang itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas yang bertanggungjawab memantau kesemua projek berkenaan berkata, dakwaan Anwar tidak benar sama sekali kerana sehingga 20 Oktober lalu, 74 peratus atau 228 daripadanya telah siap dilaksanakan.

"Hanya 41 atau 13 peratus projek belum bermula manakala baki 41 lagi sedang dilaksanakan dan dijangka siap dalam masa terdekat.

"Selain itu, 95 peratus daripada projek-projek berkenaan dibuat secara tender, bukannya empat peratus seperti yang didakwa Anwar," katanya pada sidang akhbar khas bagi menjawab dakwaan tersebut.

Portal berita propembangkang, Malaysiakini Khamis lalu melaporkan kenyataan Anwar bahawa kerajaan Barisan Nasional menabur janji palsu berhubung projek pembangunan di Sarawak kerana 92 peratus projek bernilai RM2.3 bilion yang diumumkan dua pemimpin tertinggi itu masih belum dilaksanakan.

Pemantauan terhadap pelaksanaan kesemua projek tersebut dilakukan dari semasa ke semasa menerusi Jawatankuasa Penyelarasan Projek Khas dan Walkabout Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang diketuai Datuk Seri Douglas Uggah Embas.

"Urus setia jawatankuasa khas ini terdiri daripada kakitangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan kami telah mengadakan mesyuarat setiap bulan untuk mengenal pasti sebarang masalah yang timbul.

"Sebanyak tujuh mesyuarat diadakan setakat ini diikuti tindakan susulan seperti program turun padang dan melawat bahagian yang terlibat seperti Sri Aman, Betong dan Kapit," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Uggah berkata, tender pembinaan Hospital Sri Aman yang baru akan dikeluarkan tidak lama lagi manakala pelaksanaan projek bernilai RM200 juta itu dijangka bermula awal tahun depan.

"Sementara itu, pembinaan Jambatan di Batang Sadong dan dua batang jalan raya di Marudi dan Belaga oleh ATM (Angkatan Tentera Malaysia) menerusi program Jiwa Murni juga sedang giat dilaksanakan," katanya.

http://klboyzwangsa.blogspot.com/2011/10/anwar-membohong-lagi.htm

Saturday, October 22, 2011

Ada bakat...perangai siapa dia tiru


Di Jepun dan kalau berprinsip...
 dah letak jawatan, muka nak simpan mana weiii
http://gelombang-rakyat.blogspot.com/2011/10/bukti-karpal-singh-akui-anak-guan-eng.html#.TqNcLGWdKzo

!! Kenapa tak hentam, awat diam...kenapa tak bawa isu ini dalam ceramah dan media, pusing satu dunia

BAGUS PUNYA UMNO !! Muhyiddin..tu sikit sangat, tambah le lagi

Bodek projek pilihanraya.... Gerenti BN menang

Dua lagi tapak SJKC di Kajang diluluskan - Muhyiddin

22/10/2011 7:50pm

KAJANG 22 Okt. – Kerajaan telah meluluskan dua lagi tapak dengan setiap satu bersaiz 2.02 hektar untuk pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Kajang Utama dan Sungai Long, dekat sini, demikian diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain itu, beliau turut meluluskan peruntukan RM3.5 juta untuk pembinaan dua blok baru SJKC Sungai Chua di sini bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.
"Ini menunjukkan usaha Barisan Nasional (BN) dalam soal pembangunan pendidikan adalah usaha yang bersungguh-sungguh. Kita mahu anak-anak kita berjaya tanpa mengira bangsa,” kata Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, dalam ucapan sempena lawatannya ke SJKC Sungai Chua, di sini, hari ini.
Turut hadir isteri beliau Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai yang juga Pengerusi MCA Selangor.
Dalam sidang media selepas lawatan itu, Dr Chua berkata kerajaan juga akan memberi peruntukan sebanyak RM4.5 juta setiap sekolah bagi mendirikan dua buah sekolah itu.
"Ini bermakna kerajaan akan memberikan tanah dan peruntukan untuk pembinaan dua buah sekolah di kawasan yang pesat berkembang ini dan ia dijangka akan memulakan pembinaan dalam masa terdekat,” katanya.
Muhyiddin pada majlis sama turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan anak yatim sempena sambutan perayaan Deepavali Rabu ini. - Bernama

UMNO Kelantan cakap tak serupa bikin...

Bukan sebulan, bukan setahun tapi dah 20 tahun, UMNO Kelantan cakap tak serupa bikin...dengan segela kemungkaran dan kelemahan PAS, Kelantan masih belum dapat ditawan, itu sekadar menggambarkan UMNO Kelantan lebih teruk dari PAS Kelantan dan masih terus ditolak oleh rakyat...

( Ultraman kalau dah boleh terbang kenapa perlu berbasikal... )

KOTA BHARU 22 Okt. - UMNO Kelantan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa sahaja.

Ketua Penerangannya, Datuk Dali Hussin berkata, jentera parti sentiasa menjalankan kerja-kerja berkaitan pilihan raya dan dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi PRU-13.

"UMNO Kelantan mempunyai barisan atau jentera parti yang cukup mantap dan sentiasa bersedia bagi menghadapi pilihan raya, kerana kerja-kerja ini (kerja pilihan raya) dilaksanakan tanpa musim, cuma tidak didedahkan sahaja.

"Kita sentiasa komited bekerja untuk parti hingga ke akar umbi bukan saja bila saat menjelang pilihan raya," katanya semasa ditemui pada majlis kesyukuran di kediamannya di sini, semalam.
Menjawab soalan mengenai peluang UMNO merampas Kelantan berikutan beberapa isu rakyat yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Pas, beliau berkata, UMNO sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri.

"Sasaran kita memang untuk rampas semula Kelantan," katanya ringkas.
Teka-teki PRU-13 begitu rancak diperkatakan orang ramai sejak kebelakangan ini dengan andaian ia adakan diadakan dalam tempoh terdekat walaupun tarikh akhir pembubaran kerajaan ialah pada April 2013.

Dalam pada itu, Dali menasihatkan semua pemimpin politik di negeri ini supaya mengelakkan sebarang perselisihan faham kerana ia hanya merugikan parti.

"Apa yang penting dan perlu ditumpukan ialah gerakan kita untuk menyelami atau memahami aspirasi rakyat ke akar umbi," katanya - Utusan

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...