Wednesday, November 12, 2008

Radhi - Penasihat Khas MB Perlis..

Mengikut satu sumber, Menteri Besar Perlis melantik ( atau terpaksa kena lantik ??? ) bekas Setiausaha Agung UMNO, Dato'Radzi Shieh Ahmad sebagai Penasihat Khas Menteri Besar Perlis berkuatkuasa hari ini (Rabu).

Apa sudah jadi, negeri sebesar kangkang kera, lebih kecil dari Daerah Kluang memerlukan seorang Penasihat Khas, cuma mungkin tidak disebut Timbalan Menteri Besar kerana Radhi seorang MP yang tidak layak berjawatan demikian.

Apakah ini bererti Md Isa, Menteri Besar Perlis sekarang sudah tidak mampu menjalankan tugasnya. Kenapa tidak letak sahaja jawatan dari mengujudkan 'satu jawatan' yang buah abih boreih je..

Shahidan Kassim mungkin menyeringai senyum dengan apa yang berlaku..

Kepada Raja Perlis, ampun Tuanku, jika seseorang yang dilantik dari pandangan Tuanku dulu tidak lagi dapat menjalankan tugasnya, mohon patik menyembah Tuanku, pecat dan lantiklah individu lain. Belum pernah ada Menteri Besar Perlis bertingkah laku sebegini, takut takut mencemar duli Tuanku, ampun Tuanku, sembah patik harap di ampun.

3 comments:

  1. Radzi dilantik penasihat khas Menteri Besar Perlis
    12/11/2008 4:20pm


    KANGAR 12 Nov. — Bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad telah dilantik sebagai penasihat khas Menteri Besar Perlis Datuk Dr Md Isa Sabu.

    Radzi, yang juga Anggota Parlimen Kangar, memulakan tugas itu hari ini dengan menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis.

    Ketika ditemui di pejabat Menteri Besar hari ini, beliau bagaimanapun enggan menghuraikan tugas yang diberikan kepadanya sebagai penasihat khas.

    Mengenai satu perkara lain, Radzi yang juga bekas Setiausaha Agung Umno, melahirkan rasa bimbang ramai anggota Umno belum menjelaskan yuran tahunan mereka kerana asyik berkempen pada pemilihan cawangan dan bahagian baru-baru ini.

    Katanya ibu pejabat Umno belum mengeluarkan arahan tentang yuran yang sepatutnya dibayar sebelum 31 Dis ini.

    “Saya terpanggil untuk melahirkan kebimbangan ini kerana tahun 2008 kian sampai ke penghujungnya dan ahli Umno tanpa yuran tidak boleh menyertai mesyuarat,” katanya.

    Umno mempunyai lebih 3.2 juta ahli di kira-kira 20,000 cawangan.

    ReplyDelete
  2. Salam Blogger...

    Salam ziarah ke blog Tuan.

    Jika ada kelapangan masa, jemput ziarah dan komen di blog saya.


    Ikhlas...

    ReplyDelete

6ANGKA