"Saya hairan mengapa Pas suka menuduh dan memfitnah UMNO?"
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Syed Hamid Albar hairan dengan tindakan pemimpin Pas Johor membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan berlaku politik wang semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi.
......................................
Betul tu, rasuah sudah menjadi milik UMNO sahaja, itu budaya mereka, kenapa perlu orang lain pertikai, menyebok dan ganggugat, Pemuda UMNo patut buat demonstrasi besar besaran membantah dan akan menentang mereka habis habisan.. Inilah pelsuang keemasan KJ khususnya bertindak bukan sahaja bagi Pemuda UMNO tetapi Pemuda malaysia, hanya KJ yang lebih menghayati sejauh mana 'rasuah' ada di UMNO dan sudah diumnomilikan dengan restu Pemimpin Utama Tersohor masakini dan selamanya.
Jika ada berlaku kecurian di sebelah rumah, jika ada khalwat di persekitaran, jika mat rempit berkeliaran, jika ada berbunuh bunuhan di rumah jiran, kita wajar mengambil tindakan 'wait and see', pekakkan telinga?? Dalam hal ini wajar Ketua Polis Negara mengesahkan kewajaran tersebut..
Jika kita ada kesusahan, jika rumahtangga kita musibat, jika anak kita ketagihan dadah, mana mana pihak yang cuba datang membantu, kita akan halau mereka, kita akan tuduh mereka tidak beretika..
Syed hamid Albar wajar berterima kasih kepada sesiapa juga yang memberi perhatian dan prihatin kepada bahagiannya yang dilihat sakit, mereka hanya ingin menghulurkan bantuan untuk memperbetulkan. Sebagai calon yang sudah mendapat lesen untuk bertanding Naib Presiden,Syed hamid wajar berani kerana benar..
Tetapi kenapa takut ????
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ZOOM MEETING
Link zoom malam ini 9.30 malam Join Zoom Meeting https://us06web.zoom.us/j/82073278170?pwd=xQb5i4KQLfYQK0n9bh92vvVp9bRaY5.1 Meeting ID: 82...
-
PROGRAM USAHAWAN KAMBING PERAP (PUKP EMPIRE) Program ini menawarkan peluang kepada individu yang berminat dan bersemangat dalam industri k...
-
PRK Sungai Kandis, walaupun umno bekerjasama dengan PAS, nyata jumlah undi kepada calon umno tidak mencerminkan sokongan padu dari kedua d...
-
Parti hanyalah simbol, wakil rakyat dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan kepada parti atau pemimpin parti... Jika rak...
Lebih tidak menghairankan ialah parti yang bergelumang politik wang ini akan menerajui penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
ReplyDeleteNah!
Saidina Omar Al Kattab tak akan menjadi Khalifah kedua Islam jika ramai rakyat islam yang sezamannya dengan nya sama seperti Kluangman dan Zubli Zainordin.
ReplyDeleteSepatutnya kita hendaklah memberikan keyakinan yang setingginya kepada Najib, Mukhriz, Zahid dll untuk mencari cara kan kaedah bagi memerangi rasuah dalam parti UMNO/Melayu yang selama ini sangat berjasa kepada bangsanya termasuk kamu. Melainkan kamu hanya berkulitkan melayu semata sedangkan jiwa kamu ke orang putihan.