Thursday, February 18, 2010

OOiiii Anwar...

Peguam pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mendalangi kes liwat yang dihadapi oleh ketua pembangkang kali ini.“Sebagaimana saya katakan, adanya tangan ajaib dalam perbicaraan ini, dan ia adalah tangan Perdana Menteri sekarang... ada dua tangan dan satu lagi tangan isteri beliau,” kata beliau di mahkamah hari ini.Anwar menyambut dakwaan Karpal itu dari kandang tertuduh dengan berkata “konspirasi, pembohongan besar.”

OOii Anwar..... rakyat dah tak peduli samada itu bohong besar atau bohong sunat, konspirasi atau koperasi, black magik atau silap mata..itu kerja awak semua, orang politik, kalau aku tak bunuh engkau, engkau yang akan bunuh aku..lantak engkau orang lah nak buat macamana sekali pun, nak terbalikkan dunia ke atau tidak..yang pasti orang politik, bukan setakat anak bini, mak bapak pun depa juai hidup hidup..masuk politik bawa sekupang, letak jawatan ada dua juta dalam poket..

Jadi Anwar oiii...yang rakyat nak tahu dan nak ambik tahu hanyalah satu perkara sahaja: Berlaku atau tidak 'liwat' itu...sebab musabab sudah tidak penting.

Hoiii Anwar, berapa lama hang nak tangguh pun, pandai pandai hang lah..mahkamah tempat mencari keadilan..kalau hang nak tangguh pencarian keadilan itu, keadilan pada hang, pada anak bini hang, keadilan pada keturunan hang....terpulanglah pada hang. hang tangguh berapa lama pun, yang sakit dan pedih tentulah hang...rakyat ok je..

Walaupun Karpal terlepas cakap di dalam mahkamah "There is no more delaying tactics"? - percayalah, rakyat tidak pernah terpengaruh dengna kata kata itu. Cuma rakyat minta di hujung perbicaraan ini, pecat Karpal yang nyanyuk ini supaya perbicaraan dapat dibuat semula atau sekurang kurangnya boleh juga dibuat persepsi Karpal juga 'disogok' UMNO..UMNO harus disabitkan dalang sampai kiamat.

Najib dipersepsi dengan pembunuhan Altantuya tapi persepsi tu makin pudar...geng hampa pun dah tak berbunyi sangat lagi dengan cerita tu, tapi hang diseret ke mahkamah, bukan lagi persepsi tapi realiti...untuk membersihkannya bukan dengan mokhtarasi jalanan...tapi pembuktian di mahkamah.

OOii bro.... kami menaruh separuh keyakinan pada kau, semua ini baru bermula, musuh kau ingat kau dah nak 'mampus' tapi kami tahu ini baru permulaan kebangkitan, masih ada ratusan ribu penyokong di belakangmu, mereka senyap untuk menyusun strategi dan agenda, mereka dipimpin oleh panglimamu, beberapa firaun kecil.

Dan satu lagi bro oiii.... sempena 2010, ingat ingatlah selalu pepatah lama: Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan tembelang..




5 comments:

  1. satu lagi - takkan 5 minit je ?

    ReplyDelete
  2. tuan, dia ni tak habis-habis dengan tuduhan demi tuduhan.

    mula-mula simpati...lama-lama saya dah muak, meluat, menyampah dan marah.


    mia

    ReplyDelete
  3. Betul tu tuan,

    BERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH.Sepatutnya dia gunakan Mahkamah ni untuk membersihkan nama.Mana slogan "Lawan tetap Lawan"? Nampak sangat seolah-olah dia bersalah klo asyik meminta kes digugurkan/ ditangguhkan begitu sahaja...

    ReplyDelete

6ANGKA