Thursday, May 19, 2011

Penjaga Blog pun dah diktator..apalagi kalau pegang jawatan

Aspan Alias said...

kluangman,

minta maaf saya tidak siarkan kritikan personal sdr terhadap saya.

You have gone too far to the extend of attacking me personally.

So sorry for arguing with you and I am not much time to debate on your personal vendetta on me.

Lets forget each other and just leave this blog alone. That is my request from you.

I hope you understand that I am just as human as you are.

Let us respect each other. kalau terjumpa kita berslaman sahaja.

Bye.

19 May 2011 14:31:00 GMT+08:00

DI ATAS ADALAH JAWAPAN ASPAN di blognya TANPA MENYIARKAN BEBERAPA TULISAN SAYA


Aspan Alias veteran UMNO di blognya yang banyak memberi pandangan yang baik kepada UMNO untuk berubah, kritikannya menghampiri suara pembangkang tetapi nyata ada kebenaran, yang boleh diterima dan dibincangkan. Gaya persembahannnya menjurus kepada pilih kasih dan cukup pantang dengan beberapa nama seperti Madey, Ibrahim Ali serta juga Utusan lewat kebelakangan ini dalam isu kristian.

Saya pernah tanya Aspan - sejauhmana jasa Aspan untuk mempertikai Mahadey yang tentu ada silapnya? Macam tu pun tidak disiarkan.

Ada saja yang tak kena di mata dan hatinya. Lebih kepada isu UMNO baru dan UMNO lama, lebih kepada Perkasa. Macam ada sesuatu yang terbuku, tidak salah mengherokan KuLi, memang dia pun hero juga, tak salah memenangkan KJ, dia pun hero juga. Tak ada masalah berbeza pendapat.

Saya terpaksa memilih blog ini untuk sedikit ulasan (sebagai catatan peribadi dan bukan bermaksud untuk meneruskan perdebatan) tentang Aspan kerana beliau gagal, tidak memberi ruang, tidak menyiarkan beberapa tulisan saya atas alasan serangan peribadi?

Saya telah dihubungi beberapa kenalan melalui email dan ada yang menelefon secara peribadi meminta penjelasan, mereka juga mempunyai sedikit situasi yang sama tetapi saya minta supaya mereka meneruskan di blog tersebut, UMNO perlu dipertahankan di situ walaupun apa kerenah yang kedapatan. UMNO tidak boleh dipertahankan dengan 'budi bahasa' kalau yang menyerang itu kurang ajar didukung pula oleh fasilitator yang berat sebelah.

Apa personal yang saya serang? nyatakan? saya hanya menegur sikapnya di dalam ketidakadilan kepada penulis pembangkang dan pro kerajaan. Kalau penyokong pro pembangkang memaki hamun seguni pun disiarkan, kalau penulis pro pembangkang, hampeh!! Itu personal attack ke namanya?? Saya tanya Aspan...tak siarkan..

Aspan menjawab tulisan saya yang tidak siarkan, kenapa dia tak siarkan dan kemudian menjawab - nampaklah sikit adil.

Siarkan dan bagitau pendapat saya saya salah, bukan satu masalah pun. Saya pernah dikritik hebat oleh A.Kadir Jasin dan Sakmongkol selepas tulisan saya disiarkan di dalam blog mereka. Hujah lawan hujah. Saya akur di mana kesilapan saya.

Saya tidak kesah kalau rakan rakan di blog sampahkan tulisan saya, mereka berhak berbuat demikian sebab mereka menilai dengan pandangan yang lebih adil tapi kalau Aspan tidak siarkan dengan alasan kebudak2kan, itu tidak adil, itu diktator.

Memang blogg Aspan, itu hak dia..tapi mana dia kredbilitinya, Kritik UMNO macam nak rak, bila kena diri sendiri terberak?!!

Pada Aspan - janganlah tenggelam punca, hilang toleransi dan kewarasan serta kredibiliti hanya pada seorang penulis mentah dan picisan seperti saya.


Jumpa dan salam adalah adat.




4 comments:

  1. Salam bro....setahu aku,setiap kali posting,ada saja kritikan aspan terhadap Tun M.seolah2 Tun M langsung tiada kebaikan dan jasa. aku rasa mungkin aspan ni ada personal issue dgn Tun M.

    Aku setuju dengan ulasan bro bahawa suara Aspan lebih kepada suara pembangkang sehinggakan beliau pernah menulis bahawa Melayu lebih baik menyokong DAP.

    Dan seterusnya,komen2 aku tak pernah disiarkan oleh Aspan.

    ReplyDelete
  2. Ini marylyn monroe ke? hehehehe

    Dalam penulisan blog, kita wajar menghormati hak pandangan masing2 tapi janganlah serius sangat sehingga perkara kecil pun jadi sekatan.

    Penulis pro UMNO biasanya rasional, mengaku ada silap dan salah pemimpin kerajaan. Tetapi cubalah tanya penulis pro pembangkang, apa silap dan salah pemimpin mereka? - jarang sangat kata ada. Mereka anggap pemimpin mereka malaikat agaknya.

    Aspan sebagai seorang tua, saya hormat dia, tetapi dari segi keadilan - saya agak ragu.

    Terima kaseh maryln.

    ReplyDelete
  3. Salam Kluangman,

    Tak perlu ambil port sangat dengan orang macam ni. Dia memang orang kecewa. Walaupun orang kecewa tapi senang sebab Umno juga. Dapat juga di zaman Chedet dan Paklah. Kritik pasal ketirisan buat orang ketawa saja.

    Ibaratkan seperti kucing yang mengiau kuat, menggesel2 dikaki pelanggan di warung. Dah diberi, kucing akan senyap. Dah habis, mengiau lagi. Tp kucing spesis ni pelik sikit, dah diberi makan, gigit balik tangan di pelanggan.

    Kami di N9 tau sejarahnya. Keluarganya, adik beradiknya pun kami tahu. Cuma malas nak cerita saja.

    Tak perlu ambil port dengan orang macam tu Kluangman. Lagi dilayan lagi merenyam. Kucing kalau tak diberi makan akhirnya akan senyap dan pergi.

    ReplyDelete
  4. susah ooo kalau rasa diri hebat sangattt..

    Paneh, terima kasih atas info and moral support.

    Komen you tak lari tajuk hehehehehe

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...