Monday, April 22, 2013

Kalau lee kuan yew digantikan monyet pun singapura boleh maju ?!


Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka..

Lee Kuan Yew sekarang tentulah berpuas hati dengan kejayaannya membina Singapura. Beliau dikatakan telah membangunkan ekonomi negara itu sehingga menjadi negara maju.

2. Sebenarnya, ini bukanlah kejayaan beliau. Singapura memang telah lama dibangunkan oleh British sejak sebelum merdeka lagi. Selain menjadi pusat kegiatan ekonomi yang pesat, Singapura merupakan pelabuhan utama Asia Tenggara yang mempunyai kedudukan strategik.

3. Aktiviti pelabuhan telah banyak membantu Singapura dalam ekonominya. Apabila kerajaan Malaysia membina Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor untuk merancakkan ekonomi Malaysia, Singapura terasa terancam. Aktiviti pelabuhan yang sekian lama menjadi tunggak ekonomi Singapura sedikit sebanyak telah terjejas.


4. Kejayaan Lee Kuan Yew yang sebenar ialah menyumbangkan satu wilayah Melayu yang penuh dengan aktiviti ekonomi dan pelabuhan kepada orang Cina. Orang Cina di Singapura patut berterima kasih kerana mereka dapat mengecapi kekayaan wilayah tersebut tanpa berkongsi dengan orang Melayu di tanah besar Semenanjung.


5. Orang Cina di Pulau Pinang pula patut berterima kasih sekiranya pemimpin Cina di situ dapat membawa keluar Pulau Pinang daripada Malaysia. Mereka tidak perlu berkongsi kekayaan wilayah itu dengan orang di tanah besar semenanjung. Pulau Pinang kaya dengan aktiviti pelancongan, perindustrian and pelabuhan.


6. Tiada apa yang sebenarnya dikhuatiri Lee Kuan Yew terhadap Malaysia. Beliau selesa dengan kepimpinan UMNO yang kini mudah beralah. Sewaktu zaman Tunku Abdul Rahman dahulu, sikap beralah pemimpin tersebut telah disalah-gunakan untuk menakluk seluas mungkin Semenanjung Malaysia. Ada yang mengatakan pada ketika itu Lee Kuan Yew berhasrat membahagi dua tanah semenanjung dengan menguasai bahagian selatannya.

7. Pilihan Raya Umum Malaysia akan diadakan tidak lama lagi. Walaupun selesa dengan sikap tolak ansur pemimpin Malaysia yang diterajui oleh UMNO sekarang, Lee Kuan Yew mungkin inginkan kerajaan campuran di Malaysia.

8. Pentadbiran kerajaan campuran secara umumnya akan memperlahankan agenda pembangunan ekonomi negara. Ini kerana banyak perbalahan akan timbul terhadap sesuatu program yang hendak dilaksanakan. Dengan kelembapan ini, Malaysia tidak akan menjadi ancaman kepada ekonomi Singapura.

9. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa beliau cuba muncul dalam senario politik Malaysia kebelakangan ini.


10. Usaha licik Lee Kuan Yew untuk mempengaruhi pilihan raya umum negara ini patut dibendung. Mungkin pembinaan jambatan bengok yang menggantikan separuh tambak Johor akan mengalihkan tumpuan beliau.

11. Keputusan beberapa pilihan raya kecil akhir-akhir ini menunjukkan bahawa kebanyakan pengundi Cina tidak menyokong Barisan Nasional. Bayangkanlah sekiranya pada pilihan raya umum akan datang, ramai pengundi Cina tidak menyokong Barisan Nasional. Bandar-bandar besar yang pesat dengan kegiatan ekonomi akan dikuasai pembangkang.

12. Hasil-hasil cukai dan sebagainya tidak lagi boleh ditadbir oleh Barisan Nasional yang mungkin masih lagi kekal sebagai kerajaan pusat. Inilah yang menjadi kebimbangan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional.

13. Untuk meraih undi masyarakat Cina dan juga India, pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa beralah dan bertolak-ansur. Tanpa disedari, tindakan mereka telah mengguris perasaan orang Melayu.

14. Orang Melayu perlu sedar bahawa walaupun mereka merupakan penduduk majoriti negara ini, mereka kebanyakannya tinggal di kampung-kampung. Tidak banyak hasil cukai yang kerajaan peroleh dari kampung-kampung. Sebaliknya, hasil cukai banyak dikutip di bandar-bandar besar.

15. Mereka perlu menerima hakikat bahawa dalam hal ini suara orang bandar lebih diutamakan walaupun ramai orang bandar hanyalah penduduk minoriti negara ini.

Thursday, 18 October 2012

Kluangdiamond: Kalau monyet gantikan lee kuan yew pun singapura boleh maju ?!

3 comments:

  1. Kalau orang bangang yang menulis....inilah jadinya.

    ReplyDelete
  2. anon atas tu marah pasal dia tak paham apa yg dia baca, yg dia tahu kalau ada nombor2 tu pasti empat nombor ekor ... (lain kali letak 0001, 0002, seterusnya, taklah dia marah)

    ReplyDelete

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...