di kelantan - disebut sebut bakal mb
di pusat - menteri kanan kalau pembangkang menang
di parti pas - calon presiden - iq lebih baik dari matsabu, mahfudz
pucuk dicita - ulam tak datang
manusia hanya merancang - hanya Allah penentu segala
sultan kelantan pun bijaksana.
Datuk Husam Musa memohon maaf kerana tidak dapat menerima tawaran kerajaan negeri Kelantan untuk menjadi pengerusi kepada dua anak syarikat kerajaan negeri (GLC) Kelantan Golden Trade(KGT) Sdn Bhd dan Tunjong Development Corporation.

Kedua-dua GLC ini pernah dipengerusikan oleh Naib Presiden PAS itu 
semasa masih menjadi Exco kanan kerajaan negeri di bawah pimpinan bekas 
menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya tidak pernah di rundingi untuk perlucutan dan pelantikan mana 
mana anak syarikat," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu 
mengulas tawaran yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub 
seperti yang dilaporkan The Malaysian Insider.
Menurut Husam (gambar atas), beberapa syarikat yang dipengerusikan dan
 ditubuhkan olehnya sebelum ini telah ditarik balik darinya.
"Jika saya diberi pilihan, saya lebih berminat untuk mempengerusikan 
Baldah Toyyibah yang telah dilantik sebagai peneraju utama pembinaan 
lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai dan saya merasa bertanggungjawab 
untuk memastikan pembinaan lebuhraya tersebut menjadi kenyataan," tambah
 Husam dalam satu kenyataan bertulisnya kepada The Malaysian Insider.
"Sebenarnya, semua susunan pembiayaan telah di atur semasa saya 
ditugaskan dulu," tambah beliau.Menurut Husam, sebelum Dewan Undangan 
Negeri (DUN) dibubarkan bagi 
memberi laluan kepada pilihan raya umum ke 13 (PRU13), Kelantan telah 
meluluskan satu kawasan perlombongan besi di Sungai Tuang, Gua Musang 
dengan nilai RM 2.5 bilion yang dijadikan cagaran pembayaran lebuhraya 
berkenaan.
"Saya di fahamkan kawasan perlombongan seluas 3,000 hektar tersebut 
telah ditarik balik dan dicadang diluluskan kepada beberapa individu 
tertentu. Selain itu, saya telah menubuhkan anak syarikat perlombongan 
kerajaan untuk tujuan memajukan sendiri perlombongan dengan skala besar,
 teknologi moden dan tambah nilai melalui pemprosesan dengan nama Az 
Zahab.
 "Alhamdulillah
 selepas hanya tiga bulan diluluskan lesen pertama perlombongan emas 
kami telah mengeluarkan emas pertama (gambar kanan) minggu lepas. Selain 
itu kami telah mendapat  kelulusan perlombongan  mengganese yang boleh 
digunakan untuk hub pemprosesan tambah nilai dan nilai lombong itu 
sahaja di anggarkan bernilai setengah billion ringgit," kata Husam 
kesal.

Az Zahab, katanya, ditubuhkan untuk menyokong pembinaan lebuhraya dan 
stadium baru."Saya berharap kerajaan negeri boleh menjaga aset ini 
dengan sebaiknya," kata Husam."Alhamdulillah semasa saya diamanahkan 
untuk mempengerusikan anak ank syarikat ini kesemuanya mencatitkan 
keuntungan," katanya.
PMBK Sawit sahaja telah mencatat keuntungan sebanyak RM8 juta sehingga 
Jun tahun ini, katanya."Saya berharap pengerusi yang baru boleh menjaga 
amanah ini dengan sebaiknya."Saya juga ingin merakamkan rasa hairan 
bagaimana sesetengah pengerusi yang tidak berfungsi tidak dtukarkan," 
kata Husam.
KPK misalnya mencatat kerugian dan terdapat banyak urusniaga yang 
meragukan berlaku.Anak syarikat perladangan sawit seperti Ladang Relai 
juga mengalami kerugian, beritahu beliau.
"Saya berharap kerajaan negeri melantik satu audit bebas ke atas anak 
syarikat penting yang sepatutnya untung tetapi sebaliknya rugi," tambah 
Husam memberikan cadangan. – 21 Ogos, 2013.TMI
 http://malaysiaberih.blogspot.com/2013/08/husam-musa-tolak-tawaran-kerajaan.html
 
No comments:
Post a Comment