Apakah pemohonan PERKASA sebagai parti politik adalah antara 13 yang ditolak?
NILAI 23 Ogos - Pendaftar Pertubuhan (ROS)
meluluskan permohonan sebanyak 20 pertubuhan politik baharu daripada 33
yang diterima sejak 2008.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya akan menyenaraikan semua yang diluluskan pada Khamis depan.
"Pada masa ini ada 20 pertubuhan politik atau parti politik baharu
yang telah lengkap diteliti dan dinilai oleh PDRM (Polis Diraja
Malaysia) dan ia lengkap," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
Majlis Aidilfitri ROS di sini hari ini.
Menurut Abdul Rahman, pihaknya menolak permohonan 13 lagi kerana
pelbagai faktor termasuk tidak memenuhi syarat dan tidak mempunyai
kriteria sebagai pertubuhan politik.
Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai pemilihan semula
Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, beliau berkata, ROS masih
menunggu perincian daripada DAP.
"Saya tidak boleh cakap lagi kerana saya tidak dapat terperinci lagi
daripada mereka dan saya akan jawab semua perkara itu selepas mendapat
maklumat lengkap mengenai pemilihan semula itu dari mereka," katanya. -
BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
NAJIB MOHON PENGAMPUNAN
Pengampunan tidak memadamkan kesalahan. Pengampunan lebih kepada justifikasi semula hukuman. Dua perbezaan. Kita harus berlapang dada kera...
-
DAP dan umno boleh bekerjasama dan bergabung bila-bila masa. Jika lim kit siang mempunyai keutamaan sebagai PM dan Najib takut risiko k...
-
Maklumat lanjut cari sendiri.. Dah malas nak tulis panjang²...tulis panjang stau pendek memang dah tentu PH pilihan rakyat, a...
-
Nizar masih ada peluang untuk merujuk kes kegagalannya mendapat semula jawatan MB Perak kepada Kerajaan Langit Ayah Pin.
No comments:
Post a Comment