Sunday, May 18, 2014

Dari sudut strategi - UMNO awal2 lagi dah termakan umpan DAP..

Dyana Sofea tidaklah jelita tetapi 'adalah rupa' mula mencipta nama selepas dilantik setiausaha politik Lim Kit Siang dan mendaki naik selepaskan dinamakan sebagai calon DAP untuk Parlimen Teluk Intan. Mungkin selepas ini akan jadi trend kepada Ketua-Ketua Parti untuk menjadapatkan 'jelitawan' sebagai setiausaha mereka dan menamakan sebagai calon pilihanraya pada masa yang sesuai.

Sebelum ini mereka sudah menamakan isteri anak menantu dan mungkin masih belum cukup hingga perlu menamakan setiausaha sendiri dalam satu himpunan kroni ! Mungkin selepas ini tukang kebun, driver kalangan pemimpin DAP akan turut terpilih.

Ini bukan amalan luar biasa, semua Pemimpin Parti menggunakan kaedah yang sama, menamakan setiausaha  mereka sendiri melangkaui calon2 lain yang lebih berkelayakan. Mungkin Saiful Bahari sahaja yang kurang bernasib baik atau tidak menunjukkan kesetiaan yang cukup seperti Azmin untuk dicalonkan oleh Anwar.

DAP terus melancarkan strateginya dengan memperalat dan mencalonkan Dyana yang MENTAH politik semata-mata untuk memastikan Pemimpin Melayu dan Islam yang BERPENGALAMAN terus bercakaran sesama sendiri, kali ini bukan setakat bergaduh soal bangsa dan kesetiaan tetapi kepada ugama dan keimanan. Melayu akan diperlihatkan sebagai tidak bersatu, mudah diceraikan beraikan antara satu sama lain dan keimanan orang Melayu terhadap Islam sangat rapuh, subuh beriman petang bertukar kepada kapir dan malamnya pula sebagai munafik.

UMNO dan PAS meletakan kepentingan politik masing-masing mengatasi ugama dan bangsa mereka sendiri. Tidak ada kompromi dalam ertikata kerusi dan jawatan. Mereka lebih sebok menjaga hati musuh Allah. 

UMNO tewas awal kepada strategi DAP dengan meletakan calon Gerakan ( DAP SUDAH TAHU UMNO TIDAK PUNYA KEKUATAN UNTUK KETEPIKAN CALON CINA DENGAN MELETAKAN CALON MELAYU UMNO @ CALON MELAYU GERAKAN)  dan tidak boleh tidak terpaksa mempertahankannya dan sudah tentu PAS hidup dan mati akan mempertahankan calon DAP semata-mata itu pilihan yang lebih baik walaupun calon tersebut tidak sokong hudud dan tidak menutup sebahagian auratnya. 

 "We support Dyana not because of her beauty, but her principles,” PAS’ Datuk Husam Musa told the crowd of hundreds.

“But if she is not only principled, but pretty as well, that is a bonus,” he added followed by cheers from the crowd, with one man shouting “Itu lagi bagus!” (That is even better).

PRINSIP DYANA MENOLAK HUDUD DISOKONG OLEH HUSAM?



DAP begitu yakin majoriti pengundi cina akan tetap sokong calonnya walaupun Melayu sementara UMNO mengharapkan majoriti Melayu terus sokong calon cina yang dicalonkan oleh Najib.

Syabas kepada DAP kerana menggunakan sepenuhnya akal fikiran mereka untuk melaksanakan tipudaya terhadap musuh abadi mereka yang terus leka, perasan kuat - Melayu dan Islam.

Jika pengundi Melayu dan Islam sudah tidak geli lagi dengan calon boneka Melayu DAP,  itu adalah petanda awal DAP sudah boleh berdikari untuk menawan Putrajaya dan partinya layak menjadi Perdana Menteri yang dikuasai tanpa boleh dipersoalkan lagi.

7 comments:

  1. Rupanya pandai juga Husam Musa cakap orang putih.. aku ingat Mat Sabun & Mahfuse je yg speaking London ni.. kah kah kah!

    ReplyDelete
  2. Bukan setakat lacur diri, bangsa pun sekali dilacurkan nya....

    ReplyDelete
  3. Karpal tolak hudud sebab PAS kata dia bukan Islam, Dyana tolak hudud sebab apa....? PAS jawab la...

    Ada kah dia pun bukan Islam....????

    ReplyDelete
  4. Habis, nak suruh orang Malayu undikan pendatang Cinabeng Keristian dari BN ke?

    Ke mana jatidiri Melayu engkau? Hampeh!

    ReplyDelete
  5. itulah yang menarik di PRK Teluk Intan, pertembungan antara politik kepartian dan politik perkauman. DAP calonkan Melayu, wanita dan masih muda. Bukan semua orang Cina suka untuk menyokong calon Melayu walaupun dari DAP. Bagi orang Melayu pula, mereka lebih cenderung menyokong calon Melayu apabila berhadapan dengan calon bukan Melayu. Tanyalah kepada ahli atau penyokong UMNO pun, mereka pasti keberatan untuk mengundi calon bukan Melayu yang bertanding melawan calon Melayu. Kalau Cina sokong calon Melayu DAP, maknanya politik kepartian DAP sudah cukup kukuh di kalangan orang Cina. Jika politik perkauman masih mendominasi, sokongan orang Cina akan lebih berpihak untuk memenangkan calon Gerakan.

    ReplyDelete
  6. Menarik, pertembungan melayu vs cina, parti vs bangsa, muda vs tua, mentah vs berpengalan, lelaki vs pompuan, ehhh mcm mcm lagi lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dahi licin vs Dahi berkedut kah kah kah kah , Cantik vs Kerepot kah kah kah kah , segar vs layu kah kah kah
      ...........

      Delete

WORLDCOIN dan AI

PERKENALAN  Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...