Friday, June 20, 2014

Pesanan kpd Najib dan Muhyiddin..

Bahasa politik yg anda berdua gunakan, samada menafi atau mengaku cukup sefahaman adalah suara dan bahasa badan pemimpin politik yg rakyat sudah terbiasa...terlalu banyak rekod2 lama yg seiras.

Bagi rakyat, siapa yg berundur atau siapa yg terus nak tunggu sesuatu jawatan terpulang kpd kebijaksanaan anda sekelian...sejarah ada di dpn mata..mantan PM dan Mantan TPM ada yg sudah mati dan ada yg masih hidup.. rakyat mengukur mereka dan selepas ini giliran anda pula dinilai.

setakat mana amanahnya anda memikul tanggungjawab !!!!! jangan main2 dng nilaian dan sumpahan rakyat...rakyat bukan bermaksud ahli umno shj, ahli bn shj, ia termasuk juga rakyat yg tidak mengundi anda...anda ada tanggungjawab di situ.

Dan setakat mana anda sampai di sini? menang bertanding? atau ada prasyarat menang tidak bertanding?

dan akhir sekali apabila anda berdua dijolok kononnya tidak bersefahaman....janganlah cepat melatah, terguris setakat persepsi. ts muhyiddin tidak miskin jika berundur sebagai tpm, najib sendiri tidak tandus untuk mencari pengganti...

ingatlah kami, kami rakyat lah yg selalu dijolok dng pelbagai isu dan perkara... melayu dicelaka, Islam dipersenda, kos sara hidup meningkat...dan pelbagai lagi aksi monyet pemimpin bawahan anda...

itu yg patut anda sensitif dan melatah

7 comments:

  1. Terpengaruh juga Kluang dgn surat khabar si putar alam Anwar al jubori.Kalau kerana akhbar tak pernah keluar cerita betul macam PKR,keluang tak patut mendesaka-desak PM dan TPM.Orang lain tak ambil peduli dgn cerita macam tu Kluang pula yg beria-ria ,tak sangka.Lagi pun cerita TPM enggan menyambung tugas sudah lama di tipukan oleh pihak yg berkepentingan,tapi kita tengok TPM terus je buat kerja,tegas dgn pendirian dasar pendidikan,Dulu cerita Muhyiddin nak lawan Najib pun di canagkan sanan sini,tapi habuk pun tarak.

    ReplyDelete
  2. idealogy PR nak hancur kan Negara dengan memburukkan Negara dan melaga laga kan peminpin dan merendahkan pasukan keamanan dan kehakiman... ini semua kita tahu dan jangan kita mimpi bersama mereka untuk menghancurkan Negara,...kerana mereka ISA tiada lagi dan mereka bebas membuat kacau samada dengan dunia siber mereka atau ceramah sepanjang masa mereka...bila mereka membuat kerja untuk rakyat...sial lah nasib rakyat yang memileh mereka untuk memimpin..lihat saja di Selangor...pemimpin mereka tidur dan menipu...lihat saja apa di bangi, kajang...kotor...adakah mereka turun padang atau ashik berdoa dan mengunujungi rumah urut yang bersepah di Selangor...fikir dan lihat apa wakil rakyat adun PR buat...hampas...sama juga mereka memburukkan pemimpin..kepada pemimpin buka lah mata dan jangan berpolitik sangat...buat kerja untuk menepati janji kamu...suara rakyat banyak kedengaran, ambil dan teliti dan beri penyelesaian..

    ReplyDelete
  3. Apa kepentingan dan keuntungan pembangkang untuk merekacipta muhyiddin berundur? Apakah jika umno berpecah menjadikan pembangkang kuat?
    Jangan buat tuduhan melulu kpd pembangkang untuk menutup retak menanti belah dlm umno...apakah penafian najib lebih kpd pujukan kpd muhyiddin agar jangan melepaskan jawatan kerana itu satu tamparan kpdnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak jwb satu je soalan awok. Kalau umno berpecah bukanlah bermakna pembangkang kuat, tinggal lagi keadaan ini akan membuatkam pengundi melayu Islam tiada pilihan melainkan mengalihkan undi kepada pembangkang. Faham tak ni?

      Delete
    2. Kan ke musuh pakatan hanya umno, bukan bn. Betul tak?

      Delete
    3. Berita tu keluar di akhbar Umno ke atau akhbar pembangkang?.

      Delete
  4. Selagi Najib tidak letak jawatan,selagi itulah kita umat islam dan bangsa melayu akan sentiasa dihina oleh kaum lain dibumi sendiri. Setiap hari ada saja hinaan yang dibuat dan najib buat tak tau aje.Sebab apa?Sebab bagi Najib undi bukan Melayu amat penting bagi dia kekal kuasa dan dia sanggup gadaikan maruah bangsa dan agama asalkan dapat undi bukan melayu.Dia hanya pentingkan diri sendiri dan isterinya yang gemuk itu yang sedang mengumpul kekayaan di luar jangkaan. Percayalah negara kita akan hancur begitu saja kerana Najib.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...