Saturday, August 22, 2015

MENTERI UMNO TAK PANIK RINGGIT JATUH..

Apa sudah berlaku kepada negara kita malaysia. Sungguh menyedihkan dan memalukan. Duit malaysia tidak diterima oleh mana mana bank lagi di China. Ini berlaku semasa saya ingin membuat pertukaran mata wang tadi.

Manager bank di sini kata ekonomi Malaysia hampir sama corak kejatuhan ekonomi seperti di Greece. Katanya baru sebulan duit Malaysia langsung tidak laku.
Marah dan sedih. Apa akan berlaku pada nasib anak anak kita nanti.

Dulu duit China tukar RM1 dapat 2yuan. Sebulan yang lepas, RM1 dapat 1.5yuan. Tetapi hari ini, paling malang, tidak laku langsung dan tidak dapat langsung buat pertukaran.

Saya melaporkan kejadian ini terus dari China. Sedih dan sungguh sedih. Apa pemimpin kita dah buat? Come on la....

Sahabat dan saudara mara saya di Malaysia, plz hati hati. Mulakan laburkan duit anda kepada emas atau simpanlah duit anda diluar. Ia sangat memeritkan bagi peniaga peniaga dan usahawan seperti kami.

Ikhlas,
Farlina & Hairul

# Rasanya bukan setakat Menteri, keseluruhan UMNO itu sendiri termasuk Ketua Bahagian dan akar umbi pun jenis tak peduli.
Kalau ada kesedaran sudah tentu mereka tidak simpan seekor kerbau yang membawa lumpur atau mendukung biawak hidup.

22 comments:

  1. Suruh menteri bangang yg kata jika ringgit jatuh itu tanda baik pergi tukarkan duit utk korang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KUALA LUMPUR 16 Dis. – Pelancong-pelancong asing dijangka mengambil kesempatan daripada nilai mata wang ringgit yang rendah berbanding Dolar Amerika Syarikat untuk melancong ke negara ini.
      Hal itu akan membawa kesan positif kepada sektor pelancongan negara melalui peningkatan, seterusnya kepada syarikat-syarikat penerbangan tempatan melalui peningkatan kedatangan pelancong.
      Penganalisis RHB Research Institute, Ahmad Maghfur Usman berkata, hal itu turut disumbangkan oleh pemulihan sentimen pengguna terhadap industri penerbangan yang terjejas ekoran tragedi yang menimpa dua pesawat Malaysia Airlines iaitu MH370 dan MH17.
      Menurut beliau dalam nota kajiannya, jumlah pertumbuhan penumpang hanya bertumbuh 4.4 peratus tahun ini berbanding 18.3 peratus pada 2013. Malah, pertumbuhan untuk tahun depan hanya peratusan satu digit sahaja.
      Nilai ringgit kini berada dalam keadaan trend merosot dan sehingga semalam nilainya ialah RM3.5 untuk setiap AS$1 berbanding awal tahun ini sekitar RM3.2 hingga RM3.3. Pada masa sama, ringgit juga kini telah merosot berbanding Dolar Singapura kepada RM2.66 untuk setiap S$1.
      Dalam pada itu menurut Ahmad Maghfur, kejatuhan harga minyak ketika ini juga membolehkan industri penerbangan menikmati kos operasi yang rendah, memandangkan komponen bahan api merupakan pecahan kos terbesar kepada pengendali-pengendali perkhidmatan penerbangan.
      Keadaan itu jelas beliau membolehkan syarikat-syarikat penerbangan mencatatkan perolehan yang baik, terutamanya syarikat penerbangan berskala besar yang boleh melakukan pembelian komoditi itu secara kontrak masa depan.
      “Namun kejatuhan ringgit turut menjejaskan mereka memandangkan kos membaikpulih pesawat kebiasaannya menggunakan mata wang Dolar AS serta pinjaman yang dilakukan menggunakan mata wang Dolar AS,” katanya dalam nota kajian itu lagi.

      Delete
  2. Najis melalut lagi.. Kali ini di K. Trengganu dgn 5K... Kontol..Kote..Konek.. dan entah apa2 lagi????

    ReplyDelete
    Replies
    1. KUALA NERUS 22 Ogos - Anggota UMNO diminta tidak mengkhianati parti dan tidak mementingkan diri sendiri jika mahu parti menang selesa pada pilihan raya umum akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
      Perkara itu antara formula '5K' yang digariskan Presiden UMNO dalam memastikan parti dapat mengharungi pelbagai cabaran ketika ini.
      "K pertama ialah khianat...kalau nak menang selesa...jangan khianat parti, jangan cah keting, kutuk atau 'condemn' parti.
      "Saya harap perkara seperti ini kita tinggalkan." kata Najib yang juga Perdana Menteri sambil menambah komitmen baharu itu perlu untuk mengukuhkan lagi parti.
      Beliau berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus. - BERNAMA

      Delete
  3. Banyak yang boleh kita persalahkan Najib, tapi kejatuhan ringgit bukanlah salah Najib. Ada banyak faktor luar yang PM kita (walaupun Tun Mahathir) tidak mungkin boleh kawal dalam situasi semasa. Seperti kemungkinan Federal Reserve Amerika menaikkan kadar faedah yang akan ditentukan September nanti, keputusan China untuk menurunkan kadar Yuan, kejatuhan harga minyak dan komoditi lain. Sebenarnya kejatuhan ringgit, peso, real dan banyak lagi matawang serata dunia mungkin berterusan sehingga Federal Reserve membuat keputusan bulan September ini. Buat masa ini kita cuma boleh bersabar dan bersyukur yang kita makan nasi dan bukannya pasta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg la kejatuhan ringgit bukan atas faktor najib saja TAPI apakah tindakan najib sbg menteri kewangan buat utk mengawal dan halang perkara tersebut?????

      Delete
    2. Menteri sekarang bodoh. Rakyat mengadu tentang kejatuhan nilai ringgit, Tapi rakyat pulak dimarah dan jangan sensasikan kejatuhan mata wang ringgit. Menteri-menteri kat Malaysia sekarang makin pelik..

      Delete
    3. Kejatuhan ringgit yang tidak mengambil kira pencapaian ekonomi negara menimbulkan tanda-tanya dan misteri yang sangat luar biasa. Sungguhpun majoriti matawang dunia jatuh akibat pengukuhan dollar Amerika Syarikat (USD), namun terdapat asas untuk menyatakan kejatuhan ringgit turut berpunca dari faktor dalaman.

      Secara mudahnya ringgit jatuh apabila pihak yang mempunyai banyak pegangan ringgit mula menjual untuk membeli matawang asing lain seperti USD. Justeru boleh difahami apabila ringgit merosot berbanding USD.

      Namun agak aneh apabila ringgit merosot berbanding Bath dan Ruppiah Indonesia. Ini hanya boleh berlaku apabila ada pihak menjual ringgit secara besar-besaran dengan membeli Ruppiah dan Baht. Mustahil pelabur luar menjual ringgit untuk mendapatkan ruppiah dan baht dengan jumlah yang begitu besar kecuali kumpulan yang mempunyai agenda tertentu.

      Lebih aneh apabila isu ini digunakan untuk menyerang kepimpinan Mohd Najib Razak. Justeru sudah sampai masanya satu pasukan khas menyiasat pergerakan kewangan dari kroni-kroni Tun Mahathir seperti Tun Daim Zainuddin, Vincent Tan, Robert Tan, Yeoh Teong Lay (YTL Group), Tan Sri Tong Kooi Ong, Tan Sri Ananda Krishnan, Tan Sri Rahmat Abu Bakar (SKVE Highway), Mirzan Mahathir dan Mokhzani Mahathir.

      Mungkin mereka terbabit, mungkin juga tidak. Namun usaha sabotaj seperti ini perlu disiasat sehingga ke akar umbi bangi menyelesaikan masalah keganasan ekonomi ini.

      Sumber MYKMU percaya terdapat usaha dari dalam negara dari kroni-kroni Tun Mahathir dengan kekuatan kewangan sekitar RM 50 bilion untuk terus melemahkan ringgit dengan menjual matawang ringgit mereka kepada matawang negara jiran.

      Mereka berazam untuk tersu memberi tekanan ekonomi kepada kerajaan agar dapat menjatuhkan Mohd Najib. Kumpulan ini juga dipercayai mempunyai “mata” di peringkat pengurusan tertinggi (bukan Tan Sri Zeti) Bank Negara.

      Kita mahu kumpulan ini ditangkap kerana mensabotaj ekonomi negara di bawah Akta Pencegahan Teroris 2012. Serangan terhadap matawang negara oleh peniaga dalam negara adalah satu tindakan terorist.

      Adalah mustahil untuk Bank Negara tidak mengetahui siapakah mereka memandangkan setiap pembelian besar matawang asing perlu dilaporkan kepada Bank Negara Malaysia.

      Hari ini penulis pro-Mahathir, Syed Akbar Ali (http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/) mencetuskan kekecohan di media sosial apabila mendakwa ringgit sudah tidak laku atau sukar diniagakan di luar negara.

      Delete
    4. Saya buan penyokong PM. Saya masih berharap PM boleh ditukar dengan cara yang tidak menjejaskan keselamatan dan ekonomi negara.

      Tapi dalam krisis forex ini, tak semudahnya untuk menghalang kejatuhan Ringgit. Faktor utama kejatuhan adalah pertumbuhan ekonomi dunia yang "slowing down". Dalam jangkamasa terdekat kelihatan seperti satu dunia terbuntu dan menunggu petunjuk dari ekonomi yang maju seperti Amerika dan Eropah. Malangnya mereka tidak boleh atau tidak mahu membantu dalam mengawal market forces. Dow Jones turun lebih 500 points hari Jumaat lalu. Semestinya bursa negara-negara Asia akan jatuh juga Isnin ini. Pasaran forex dan bursa selalunya seiring, jadi nampaknya ringgit akan turun lagi bila pasaran dibuka nanti.

      http://www.ft.com/intl/cms/s/0/f8936a1a-4667-11e5-b3b2-1672f710807b.html#axzz3jYqIELN1
      http://www.bloomberg.com/news/articles/2015-08-20/10-currencies-that-may-follow-tenge-in-tumble-triggered-by-china

      Delete
  4. Menteri menteri nak panik buat ape?..aper yg penting denyut nadi poket diaorang..rakyat??!! time PRU , jumpe kite salam k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KUALA LUMPUR: Fokus utama kerajaan pada masa ini adalah untuk memastikan ekonomi negara bertambah baik, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Tun Said Keruak.

      "Kita banyak masalah bukan atas dasar kesilapan kita tetapi berpunca dari penurunan harga minyak dunia dan itu memberi kesan kepada ringgit Malaysia, (dan) ia juga berlaku di negara lain," katanya.

      Salleh bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) di sini hari ini.

      Menyentuh kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perhimpunan jalanan hanya boleh dijalankan sebagai langkah terakhir untuk mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak berundur, Salleh berpendapat saranan itu dilihat seolah-olah Dr Mahathir tidak mempunyai idea.

      Ini kerana sebelum ini Dr Mahathir menulis di blognya bahawa demonstrasi jalanan tidak patut diadakan, katanya.

      Menyentuh mengenai Penolong Pengarang Utusan Ku Seman Ku Hussain yang mencabar Salleh dan Ketua Pengarah Jasa Datuk Dr Puad Zarkashi berdebat dalam isu RM2.6 bilion, Salleh berkata biar pembaca yang menilai kebenarannya.

      "Mungkin kita ada pendapat yang berbeza, beliau melihat dari perspektif (tertentu) manakala saya melihat dari sudut yang berdasarkan fakta," katanya.

      Delete
  5. Mana ada pemimpin yg pikul biawak hidup dah tukarrr pikul badak hidup ada la......dah bodoh ekonomi mcm aljuboori klas 3 genral degree. ...lulusan sejarah tulin......badak klun aljuboori

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA


      * 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

      * 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat
      antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.
      * 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan
      dengan bayaran RM1.
      * 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.
      * 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan
      mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.
      * 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan
      sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.
      * 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan
      menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).
      * 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi
      kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.
      * 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
      * 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4
      (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).
      * 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem
      pengangkutan awam negara.
      * 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.
      * 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka
      di Kelantan, Melaka dan Pahang.
      * 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,
      sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

      Delete
    2. banyak lagi kronologinya baru bab kesejahteraan..alahai badidol2 la geng KD ni jenis baca blog je..sah badigol sood.

      Delete
    3. Anon 9:24.
      Perasmisn tadika..
      Pecah tanah tandas awam....
      Senaraikanlah sekali...

      Delete
    4. 924
      5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Di miskin dan diseksa dahulu, Penyetanan Diutamakan.

      * 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat
      antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia. DA BYK TABUNG YG TUN WAT...XYAH NAK MEMBONGAK!!! CRITA BYK BOLEY BG 60% DIV BONUS KE?
      * 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan
      dengan bayaran RM1. APA SELAMA NI G GH KENA BAYAR MAHAL KE? KLINIK BAGUS TAPI TAKDE PUN DOKTOR. YG ADA PEMBANTU PERUBATAN...SIKIT2 SURUH REFER GAK KE SPITAL...
      * 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta. PUN TUN DA WAT TPI NAMA DAN BENTUK LAIN JER
      * 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan
      mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan. DA APSAL G BG BRIM? ORG NAK PLUANG BUKAN DUIT BRIM...KATA LAIN BUAT LAIN
      * 19 Feb 2011 - Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan
      sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing. YA KE? BRP RAMAI YG DA MAJU? BG PLAK GST...UJUNG2 ORG TRPAKSA GAK G PASARAYA PSL LG MURAH
      * 22 Jun 2011 - Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan
      menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini). KEDAI RAKYAT KONON...ARGA PUN BYK LGI MAHAL DR PASARAYA...YG MURAH CUMA BRAND 1MSIA YG KUALITI CAM SIAL...SARDIN NYA PUN KUCING PUN X NAK MAKAN
      * 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi
      kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah. ADA KAMI MINTA DUIT? KAMI MINTA PELUANG LA MANGKUK...KMI. ADA OTAK KAKI TANGAN UTK KEJE DPTKAN DUIT...JIKA BYK PLUANG BERKALIKALI GANDA KAMI BLH DPT DR DERMA BODOH BRIM
      * 4 Julai 2011 - Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). TAKAT ILHAM JE LER...RUMAH TAH MANA...AMEK POJEK ORG LAIN TAMPAL LOGO PRIMA...NENEK LU!!
      * 7 Julai 2011 - Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4
      (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu). SEDAP KE? KAT MANA? KALAU TAKAT BRG KEDAI 1MSIA CAM SARDIN TU KUCING PUN X NAK MAKAN...MANGKUK2 PONDAN BUGIS..KLU DIBERI BYK PLUANG DAN RAKYAT BLH CARI MKN, X YAH KMI NAK JLN BERKILO KILO CUMA NAK DPTKAN MAKANAN BODOH TU...
      * 7 Julai 2011 - Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem
      pengangkutan awam negara. TAKAT LANCAR JE LER...IDEA ORG LAIN
      * 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV. SAMA GAK...TUKANG LANCAR ARAU LANCAP JE TAU...KEJE X TAU...BODOH BAHLOL
      * 18 Feb 2012 - Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka
      di Kelantan, Melaka dan Pahang. CUMA YG NI BAGUS TAPI UTC BYK SONGEH...CONTOH JPJ...KENA REFER BRANCH GAK UTK KES TERTENTU
      * 23 Jun 2012 - Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama, LANCAR LAGI...LANCARKAN ROKET UTK PONDAN BUGIS G PLANET PLUTO LAA DAN X YAH BALIK BALIK...BAWA SKALI KABINET DAPURNYA...

      LK

      Delete
  6. RM bukan saja setakat tak laku di Republik China, malah di kepulauan Riau Indonesia pun sama dari pengalaman saya baru2 ini di Batam, Tg Balai Karimun & Tg Pinang ketika menziarahi sanak saudara srmpena hari raya. Hotel & restoran di sana tidak mengiktiraf matawang RM atas sebab mereka tidak mahu nenanggung rugi dek kejatuhan nilai RM yg berterusan. Sungguh amat memalukan..gara2 kegoblokan Najib & kuncu2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau ingat ringgit turun naik psal ekonomi ya?kau kena tipu la ini semua spekulasi yg dimainkan spekulator.
      Korang semua bodoh la .Cuba baca krisis matawang psal apa? george soros buat serangan tau..bukan aku kata Tun M yg kata..Baca balik kenapa ringgit kita kena serang..

      Jangan lupa nak bangunkan ekonomi bukan sembang kedai kopi yg sembang kedai kopi main judi ringgit dipasaran.

      Delete
  7. KD kau panik tak?

    Zaman Tun Mahathir memang panik habis..Ingat lagi aku interest rumah je naik mencanak..Kereta terpakai bungkus..Kereta2 baru yg dah bayar deposit burn terus..

    Masa itu nak beli proton tak yah tunggu 6 bulan boleh pilih la wei..
    EON sebelum itu berlagak lepas krisis matawang bungkus..

    Tapi itu zaman Tun Mahathir ini zaman Najib..Nak tahu panik ke tak mudah je..esok jangan lupa pi makan warung tomyam tau..Ingat tau esok tk yah tunggu hujung bulan..Agak2 la brape lama kena tunggu..Alahai KD KD panik habis..

    KD kalau tak nak panik minta air suam dan nasi putih je..cepat je sampai..tak la panik he he he..

    ReplyDelete
  8. KD pahlawan Tun M asyik kitar semula je..Kesian Tun M dah tua dan tiada kuasa.Dulu lain la..
    La ni nak masukboulan september dah .Kesian betul sampai meracau memikirkan orang2nya yg kuat di pentadbiran seorang2 kena terajang.

    Bagi aku paling bingai sekali dinturtle tak abis2 kata Tun M masih ramai agensi yg percaya pada kepimpinanya..Akhirnya Najib tahu dia terajang la..

    Din Turle jenis manusia hang bg pekena kopi kat warung habis dia ceritanya ........jenis tak pandai simpan rahsia..ha ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian??!!..da bole agak .. ayat power Macai Penyapu Tetap Dan Berpencen Najib Dugong

      Delete
  9. Time gst brg naik, subsidi petrol buang ganti dgn sistem bodoh float brg naik g, skrg duit jatuh brg naik lg psl byk buatan luar...mampos...baru balik farmasi, ubat2 naik arga lagi...maknanya hospital gomen akan penuh ngan org balik le psl nakkan ubat murah...alih2 gomen gak kena bayar lebih utk kesihatan rakyat...bila la pondan bugis ni nak berenti...

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...