Wednesday, January 18, 2017
TUN DR MAHATHIR BALING BATU... Nazri
Agak agak sekarang dah pecah ke belum..
*KENYATAAN YB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN*
1. Aziz Kaprawi tidak perlu persoal kesetiaan saya kepada DYMM Sultan Johor.
2. Sebagai anak Johor, sudah tentulah saya tumpahkan taat dan setia saya kepada Raja dan Negeri Johor. Selain itu, menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu juga adalah sebahagian daripada matlamat perjuangan parti saya yang jelas termaktub di dalam perlembagaannya. Jadi, jangan persoalkan kesetiaan saya kepada Sultan Johor.
3. Isu yang berada di hadapan kita sekarang bukan isu kesetiaan. Isu pokoknya kedaulatan. Ia adalah soal prinsip. Apa prinsip kita mengenai kedaulatan negara dan kepentingan rakyat? Adakah penjualan tanah-tanah kepada syarikat asing untuk dibina rumah-rumah kediaman yang kemudiannya dijual sebahagian besarnya kepada rakyat negara asing memenuhi kepentingan rakyat negara ini? Bagaimana pula tanah-tanah ini yang dimiliki secara kekal oleh rakyat negara asing tidak mendatangkan ancaman kepada kedaulatan negara?
Maklumat lengkap 1-15
15. Bagi saya, kesetiaan tidak bersifat membuta tuli. Ia mestilah berpaksikan kepada prinsip kebenaran. Itu juga yang diajar oleh agama Islam. Ketika kedaulatan negara sedang tergugat dan kepentingan rakyat terancam, maka sebagai seorang warganegara yang setia kepada raja dan negara, tanggungjawab saya adalah untuk bercakap benar.
*MUHYIDDIN YASSIN*
18 Januari 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
WORLDCOIN dan AI
PERKENALAN Businesses that integrate World ID. On the other hand, World ID can lend a hand in reducing fraud, minimising data collection an...
-
Plan 'Investment' dalam Aurawave2u lebih selamat dan sihat , TIADA OVERPAID - dapatkan maklumat di www.mudahkaya01.bl...
Nazri dah tak berani bersuara sgt sbb makin berckp makin bodoh jd rupa dia.
ReplyDeleteTak ckp pun dah sememangnya bodoh...menteri takde kualiti,macam kuali adalah.
DeleteAku rasa semua pro najib mcm menteri2, blogger2 dedak dan sewaktu dengannya dah makin terbelit...lama2 jadi mengarut dan menampakkan kebodohan. Pelik kerana najib seorang semua sanggup tenggelam sama. Apa salahnya pakat ramai2 suruh dia turun...ganti org lain dan move on. Blessing in disguise jugak la sbb baru skrg kita tau belang umno yg sebenar.
ReplyDeleteMereka semua tahu cuma buat tak tahu je almaklum selagi boleh rembat dorang rembat nanti kalau parti dah merempat dah tak sempatlah nak merembat.
DeleteJidin boleh beza tanah tambak... tanah pusaka.. rezab melayu dsbnye takk.... landed dan strata... apa apa pun prk sarawak bulan feb nih... agak agak jidin dan mamak punya calon ade ke tak ade..?
ReplyDelete10.28,
Deletebodoh ke? Bersatu tak ada di sarawak. umno pun kami tendang.
kalau dah bodoh....makan lebih sikit dedak supaya lebih bodoh
Lebih taat kepada Tun Mahathir..berpura taat setia kepada sultan....Forest City adalah Pulau Buatan ...bukan tanah besar ..... strategik untuk ekonomi dan ketenteraan. singapura telah takut..kapal cina dah belabuh di pelabuhan johor dan malaysia...ada orang jadi jurucakap singapura supaya porjek penting ini gagal..
ReplyDeleteJambatan bengkok idea siapa?
DeleteUntuk membolehkan kapal dagang terus ke Pelabuhan Johor.
Siapa yang membatalkan? Menghalang? Jadi barua singapura
Jg banyak jadi barua ni pemimpin yg banyak datang dari Utara.... barua spt aljub... mamak kutty.... nak fakta ke sapa lagi barua dari utara ni
DeleteYg banyak pelingkup pulau2 dimalaysia dan pelingkup akidah umat islam..... nak ulang sekali lagi...... NAK FAKTA KE....?
Najib bukan dari utara.
DeletePelingkup jugak
Najib bukan saja pelingkup namun besar punya penyamun,,PM seburuk-buruk di abad ini........!!
DeleteSetuju dengan Anon 10.55. Apabila ujud laluan keretapi laju kelak merentasi Selat Teberau, bermakna laluan kapal telah disekat dan kapal ke Pelabuhan Tanjung Pelepas terpaksa ikut laluan sediada dan tak akan ujud lagi laluan kapal untuk kepentingan perdagangan dan ekonomi negara kita.
ReplyDeleteKalau pemimpin yang ada wawasan, Jambatan Bengkok perlu direalisasikan demi untuk generasi akan datang. Pemimpin sekarang tak ada wawasan langsung ke arah itu untuk memajukan pelabuhan sendiri.
Fikir-fikirkanlah....
sori sori sori, tumpang iklan sikit boleh? hehehehe...
ReplyDelete...Apabila Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP mendedahkan tentang pakatan sulit antara Mahathir dengan Lim Kit Siang membabitkan jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Mahathir adalah orang yang paling kuat lompat. Lim Kit Siang pun lompat sama. Bahkan Mukhriz Mahathir yang tidak banyak tahu tetapi hanya bermodalkan bapanya pun bukan main lagi melatah.
Setelah puas berkungtau, berkungfu, bersilat dan bersilambam, akhirnya u-TUrN membuat pengakuan bahawa DAP memang meminta jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Dengan kata lain, betullah seperti yang didakwa oleh Tunku Abdul Aziz pada 31 Disember lalu walaupun disangkal, bahkan diancam untuk disaman.
Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan DAP mahu jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.
Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, hasrat itu disuarakan sendiri DAP yang mahu jawatan kedua tertinggi dalam kerajaan berkenaan diserahkan kepada salah seorang pemimpin parti itu.
Bagaimanapun, beliau menafikan DAP mahukan jawatan Perdana Menteri kerana memerlukan undi daripada orang Melayu yang dilihat sukar berbanding mendapatkan undi kaum Cina.
"Tak mungkin (mahu jadi Perdana Menteri jika menang PRU) kerana kalau DAP nak menang, mereka kena dapat sokongan parti Melayu yang lain.
"Mereka terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini...dan DAP tak pernah minta menjadi Perdana Menteri.
"Tapi kalau timbalan itu, adalah...Yang kata mereka nak jadi Perdana Menteri adalah Datuk Seri Najib untuk menakut-nakutkan orang Melayu," katanya seperti dilaporkan portal Antarapos, hari ini.
Beliau berkata demikian pada program Warga Putrajaya bersama Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, hari ini.
....ada yang nak menjawab bagi pihak tun mahathir?
#apasalahnyadapjadipm
Ada sebut Tun nak anaknya jd Perdana menteri?
DeleteTengku Aziz ckp pun ko percaya? Dah ko bodoh.
DeleteAnon 11:48, kau ingat Tun macam Najib ke menagih org lain jawab bapi pihaknya. Dan perlu kami layan saolan bodoh kamu, bodoh sebab kamu percaya aziz munafik
DeleteSeluruh dunia dah heboh tentang MO1 mentekedarah wang negara dan rakyat tak pulak kau bercerita....?? Hidup Tun Mahathir
DeleteTunku aziz tu tunku dapur je..cakap melayu pun reti. Dulu dis lah menjilat DAP dan keluarkab kenyataan Cina boleh jadi PM..orang macam tu nak percaya..makan terus biol..
ReplyDeleteyg limguan eng jual tanah kat negara lain apa crita ? awat tak komen sama..jgn jd tolol
ReplyDeleteTanah kat mana? Cuba list kan?
Delete105, mana list, sy tunggublama dh ni
DeleteYang benar tetap benar,
ReplyDeleteYang salah tetap salah.
Kebimbangan yang Tun M suarakan adalah benar dan ancaman yang nyata. Precedent ada.
Apabila penduduk China memenuhi negeri Johor maka ketika itu menyesal pun tak guna. Saya melihat sendiri di dalam FB sudah ada kedai yang menerima RM dan Yuan serentak untuk jual beli. Mahukah kita biarkan saja perkara ini berlaku.
1819 apabila Singapura diserah kepada British, siapa sangka British akan buka pintu besar-besaran kepada pendatang China.
Apabila sudah terlalu ramai, hendak mengawal pun sudah tidak mampu.
Disebabkan jumlah mereka yang terlalu besar dan tidak memandang kepada Sultan Melayu maka akhirnya Sultan Hussein merajuk dan membawa diri mangkat di Melaka.
Sudahlah Sultan tidak dikekalkan, pembesar utama negara juga tiada bangsa Melayu lagi.
Apabila Singapura sertai Malaysia kedudukan majoriti orang Melayu terancam dan akhirnya untuk kekalkan majoriti Melayu Singapura disingkirkan.
Hanya YDPN yang pertama sahaja keturunan Melayu, yang seterusnya Melayu sudah tidak ada tempat. Nama YDPN juga ditukar menjadi Presiden. Presiden, PM dan Speaker Parlimen juga tidak ada lagi Melayu ataupun Islam.
Adakah memberikan pendapat ini merupakan satu penderhakaan?
Yang pasti Tun Mahathir disegani bukan saja di Malaysia tetapi seluruh dunia di atas kecerdasan nya memajukan negara,,Najib juga terkenal di seluruh dunia di atas pencurian wang negara dan rakyat....!!!! Sebangsat-bangsat PM dalam sejarah Malaysia.....!!
Delete