Friday, June 23, 2017

BERSIHKAN DULU DIRI

Ramadhan di penghujung,  politician tidak banyak berubah dalamannya,  dari segi fizikal nampak macam ada perubahan.. 

Ramadhan asasnya nampak sekadar menahan haus dan lapar tetapi yang lebih penting ialah pembentukan disiplin menyeluruh dan keinsafan.. Ujian sebenar selepas tamat latihan (berpuasa dalam bulan Ramadhan)..  Ada perubahan ke tidak?  Taubat diterima ke tidak? 

Tak tinggal jubah dan serbannya, antara pemimpin umno dengan pemimpin pas di bulan ramadhan sukar nak teka.  Asasnya ia lebih baik.. 

Dan kalau "kosmetik dan permukaan" itu diteruskan sangat baik tetapi tetap kosong kalau dalaman masih ditakuk lama,  untuk urusan peribadi dengan Allah bertambah molek tapi integriti sebagai pemimpin di depan Allah bagaimana ?

Rengkas kata,  selepas hebat seketika di Ramadhan apakah selepas ini masih tetap sokong kemungkaran yang kamu tahu, sokong lanun dan penyamun, na'uzubillah..

Adakah Islam membenarkan percampuran antara rasuah dan sedekah,  tanggungjawab dan salahguna kuasa? 
Rakyat boleh tak tahu atau diperdaya dengan lakonan dan gaya,,  tetapi yang akhirnya kamu nak kena mengadap dan menjawab,  dengan siapa? 

Begitu dengan PM,  cerita mengenainya tidak pernah surut sepanjang Ramadhan,  bau busuk tetap keluar samada suka atau pun tidak. 

Samada berdiam diri atau jawab "no more statement" ia tidak mengurangkan sedikit pun, sikap berani kerana benar langsung tak nampak,  nothing to hide makin banyak disembunyikan, di osa kan,   lawan tetap lawan diterjemahkan melalui agenda kotor.. 

Jika nama belum dibersihkan dalam apa jua cara,  apa sahaja yang dilakukan tidak ada integritinya, tidak  dipandang tinggi dan dihormati...malah jadi bahan senda. Apa yang kita nak "pegang" sekarang untuk jadi kebanggaan kalau setiap kebaikan akan ada persaolan dihujungnya,  apa sudah jadi dengan pemimpin kamu? 

Kita ada masjid terbesar terindah,  kita ada pusat Al Quran,  kita ada parti keramat,  kita ada segala galanya,  tetapi apa akhlak pemimpin kamu?  Ikut Al Quran?  Ikut sunnah? Dan kamu jadi penyokong yang macam mana? 

Macam umat nabi Noh atau macam pengikut Qarun. 







8 comments:

  1. Astagfirullahalazim..... dah nak habis Ramadhan, dah nak masuk shawal tapi tak habis2 lagi dg kisah2 dengki iri hati.
    Kalau rasa bagus sangat tawar diri jadi PM, sumbat Najib sumbat Rosmah, sumbat semua Menteri ke dlm penjara.
    Kemudian baru puas hati kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak, pengikut qarun dah marah

      Kikikikiki

      Delete
  2. Pwnyokong penyamun tiba tiba semua jadi baik?????

    Bukan jadi baik bro... Dah tak ada hujah..
    Sama le macam penyamun sekarang... Kalau nasihat rakyat, cakap pasal IslAm, akap pasal integriti, buaya kalau dengar, terus boleh terbang le....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi betoi betoi.

      Kalau buaya dengar boleh terbang kalau khinzir dengar boleh jadi beriman wa cakap lu.

      Kikikiki...

      Delete
  3. Dsn melalui fb nya menjemput seluruh rakyat miss hadir kerumah terbuka aidifitrinya di seri perdana manakalah made telah berlepas ke England bagi menyambut hari raya di kg halamanya.Tapi made belum mgeluarkn perutusan sama ada akan menjemput macai2 nya hadir kesana bagi sama2 memeriahkan sambutan hari raya.

    ReplyDelete
  4. Turn M beraya kat London sebab dia dah tak suka tinggal kat Malaysia ni. Lagi pun kalau Najib jemput dia ke majlis sambutan raya di Seri Perdana, adalah alasan.... maaf tak dapat hadir sebab dah awal2 merancang beraya kat London, beraya bersama sama ahli ahli dan penyokong penyokong PPBM yg beribu ribu ramainya kat London.

    ReplyDelete
  5. Tunggguuuu... Kenapa Tun beraya di london???, jawapan eksklusif hanya di kluangdiamond!!!

    Kikikikiki..

    ReplyDelete
  6. Nak jumpa editor Sarawak Report la tu atau nak buat statement dari London biar semua media antarabangsa tahu berapa hinanya Najib and the cabinet.

    ReplyDelete

𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚?

  𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞 𝗥𝗠𝟭𝟬𝗸 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚? Kita jawab secara am "Letak RM10,000 berapa boleh saya untung?&q...