Saturday, June 24, 2023

JAWAPAN YANG LEBIH KEMAS DAN TEPAT DI SINI

 

Setakat mana QM bebas dari AMLA???

Tentang Quantum Metal

Ya, semua produk Quantum Metal Sdn Bhd diaudit sepenuhnya, dikawal selia, diperakui dan diiktiraf oleh pelbagai pakar dan penasihat syariah dan Tawafuq yang dikawal selia oleh pihak pengawal selia.

QM akan terus mengkreditkan jumlah emas yang setara ke dalam akaun emas pelanggan setelah menerima pengesahan pembayaran. Emas fizikal akan disimpan melalui Perkhidmatan Global Brinks ('BRINKS') yang dikenali sebagai bilik kebal Pihak Ketiga. BRINKS ialah antara syarikat terkemuka di dunia. Selain itu, emas fizikal Pelanggan juga 100% diinsuranskan oleh LLOYD's London.

Tambahan pula, Pelanggan mempunyai kebebasan untuk mengeluarkan emas fizikal mereka daripada Akaun Penyimpanan Emas (GSA) pada bila-bila masa kecuali bagi produk GAE5X / GAE10X yang tertakluk pada pengeluaran selepas penyelesaian pembayaran penuh kepada QM dibuat. Permohonan boleh dilakukan dengan memilih 'Pengeluaran Fizikal' daripada akaun GSA

Syarikat yang berkelayakan dan berkemampuan dalam memenuhi model perniagaan QM dengan mengemukakan pelan perniagaan yang baik amat dialu-alukan untuk menyertai QM sebagai rakan kongsi dagangan. Sila hubungi talian bantuan ahli kami di talian 03-8605 3611 atau melalui emel di care@qbeb.org atau melalui aplikasi live chat di laman web quantummetal.com & qbeb.org untuk maklumat lanjut.

Terdapat banyak versi produk yang berkaitan dengan Quantum Metal di pasaran adalah disebabkan oleh aktiviti pengiklanan dan pemasaran yang disiarkan oleh individu, syarikat, dan agensi yang bertauliah dan 'Tidak bertauliah' pada halaman media sosial seperti Facebook ,YouTube Instagram,Twitter dan lain-lain.

Individu, agensi atau syarikat yang bertauliah dirujuk sebagai Ahli Berdaftar Quantum Metal (Perunding'). 

Semua Perunding berdaftar diberikan tauliah melalui Kad Kuasa Keahlian. Pelanggan boleh mengesahkan Keahlian mereka melalui Kod Imbasan QR yang tersedia di profile media sosial mereka.

 Semua Perunding telah dinasihatkan untuk menjalankan aktiviti pengiklanan dan promosi produk QM mengikut garis panduan pemasaran QM yang ketat dan tertakluk kepada SOP kepada Terma dan Syarat (T&C) yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan.

Walau bagaimanapun, individu, syarikat dan agensi yang 'Tidak bertauliah’ ialah mereka yang TIDAK berdaftar dengan Quantum Metal dan mereka TIDAK mewakili kami dalam apa jua cara untuk mengiklankan, mempromosi, memasarkan, dan menerbitkan produk QM atau bertindak bagi pihak Quantum Metal Sdn Bhd. 

Oleh itu, sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertauliah akan membawa kepada kekeliruan dan salah tafsir produk Quantum Metal. 

Sekiranya pelanggan menemui sebarang kenyataan palsu atau pengumuman yang mencurigakan di mana mana platform media sosial, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami untuk melaporkan sebarang maklumat bagi tujuan siasatan dilakukan.

Kami amat mengalakkan dan menasihati orang ramai untuk melayari laman web rasmi Quantum Metal Sdn. Bhd. dan sila hubungi talian khidmat pelanggan kami di bawah untuk mendapatkan maklumat yang sah, tepat dan tulen berkenaan dengan produk, kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Quantum Metal.

Nombor Talian Khidmat Pelanggan (Msc) - 03-8605 3611

Emel rasmi Khidmat Pelanggan (Msc) – care@qbeb.org

Laman Web Rasmi Quantum Metal - https://www.quantummetal.com/

Laman Web Rasmi Lembaga Quantum Bullion (QBEB) - https://qbeb.org/

Laman Facebook Rasmi Quantum Metal - https://www.facebook.com/QuantumMetalQM/

Latar belakang perniagaan Quantum Metal sebagai syarikat dagangan emas tidak memerlukan QM untuk mendaftar dibawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia ('BNM') dimana ianya serupa seperti Tukang Emas. Walau bagaimanapun, keseluruhan aktiviti perniagaan jual beli Emas oleh Quantum Metal dipantau dan diaudit sepenuhnya oleh badan penasihat syariah dan Tawafuq

Monetary Metal menyediakan sebahagian daripada bekalan fizikal secara konsainan kepada Quantum Metal sama seperti bank dan semua cawangannya. Di mana lagi, Bullion Bank menyediakan dana / kredit kepada ahli Quantum Metal untuk produk Gold Asset Enhance (GAE) 5X/10X.

No comments:

Post a Comment

Keyakinan

  1. Seminggu dua ni ramai sangat leader dan owner dari syarikat networking yang lain call saya. Mereka nak jumpa, nak meet & great, nak...