Wednesday, January 6, 2010

Anwar Nak Cepat di Mahkamah Syariah selepas GAGAL

http://anwaribrahimblog.com/2010/01/07/kenyataan-media-dato-seri-anwar-ibrahim-selepas-memfailkan-tuntutan-agar-tuntutan-qazaf-tidak-dilengahkan-lagi/

Tarikh: 7hb Januari 2010

Pagi ini saya telah memfailkan suatu Permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur terhadap tiga pihak iaitu, Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan (“KPS”), Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal-ehwal Agama Islam, Mejar Jeneral (B) Dato’ Hj Jamil Khir bin Baharom.

Permohonan saya tersebut adalah lanjutan daripada Qazaf saya bertarikh 9 Julai 2008 kepada Bahagian Penguatkuasa dan Pendakwaan JAWI terhadap MSB yang telah membuat suatu pengataan palsu bahawasanya saya telah melakukan perbuatan liwat ke atas dirinya pada tarikh 26 Jun 2008.

Sebagai seorang Islam saya berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baik saya daripada dicemari seperti yang dijamin oleh Hukum Syarak.

Saolannya:

Kenapa Anwar mengambil masa terlalu lama dari tarikh permohonan pertamanya (9/7/08) untuk membuat permohonan baru (7/1/10) di Mahkamah Tinggi Syariah sedangkan dia mampu membuat beberapa kali penangguhan di Mahkamah Tinggi Sivil.
Apakah dia hanya membuat laporan baru (7/1/10) selepas segala usahanya GAGAL di Mahkamah Tinggi Sivil ?

Sebagai seorang Islam yang berhak untuk mendapat perlindungan terhadap maruah dan nama baiknya, dia tidak pula mempercepatkan kes itu di Mahkamah Tinggi Sivil sebaliknya ditangguh beberapa kali dengan pelbagai permohonan?

Tuesday, January 5, 2010

Kalimah Allah - PAS badut sarkas..

Warna warni pendirian PAS
Sebahagiannya kemaruk kuasa atau takut kehilangan kuasa.
Sebahagiannya merasa mereka lebih tinggi Islamiknya jika menyokong puak kristian.
Sebahagiannya pak turut,
Selebihnya tukang karut.


Sunday, January 3, 2010

Guru dan sekolah menyusahkan..


Persekolahan baru bermula, yang memeritkan...

Soal yuran yang kena dijelaskan serentak dan beberapa yuran yang ditarik balik kerajaan cukup menyeksakan ibubapa.


Kerenah sekolah makin bertambah terutama melibatkan pertukaran anak ke sekolah lain. Sekolah begitu berkuasa penuh untuk menyatakan 'ya' atau 'tidak' ketika ibubapa ingin membuat pilihan menempatkan anak mereka di sekolah yang berdekatan dengan rumah mereka.


Banyak masa terbuang dengan procedure antara sekolah dan antara PPD yang tidak pernah seragam, itu belum diambilkira kerenah perkeranian yang memberi peraturan 'ikut sedap mulut' masing masing.


Yang jadi mangsa ialah ibubapa dan anak anak sekolah. Ibubapa terpaksa bercuti atau sebagainya untuk menguruskan hal anak anak sekolah dan dan pelajar dinafikan kebebasan mereka memilih sekolah untuk belajar.


Banyak sekolah yang dianggap 'elit' hanya menerima murid yang cemerlang kerana bagi mereka pencapaian akademik semata mata adalah lambang dan status.


Guru dan sekolah ******* ini cukup menyusahkan ibubapa.

Saturday, January 2, 2010

1Allah.. 1Malaysia..

Merenung sejenak kata kata Tun Dr Mahathir.
( Dalam lain perkataan jika Tun masih kekal PM: bala sebegini buruk tidaklah akan berlaku kepada umat Islam di Malaysia. )
"Saya khuatir kebenaran menggunakan perkataan Allah ini akan menimbulkan kemarahan orang Islam, sebenarnya terjemahan perkataan god dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah dan Allah spesifik bagi orang Islam sahaja.
"Jadi kalau mereka faham, mereka akan menggunakan perkataan tuhan bukannya Allah," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Wacana Perdana: Mahasiswa Melayu: Cabaran dan Masa Depan pada Konvensyen Mahasiswa Melayu (Konmam) 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT ) di sini hari ini. - Utusan


Perkembangan terkini menunjukkan umat Islam di Malaysia sendiri sudah berbeza pendapat: Menyokong dan membantah.
Titik penyatuan semakin jauh..............................................

PAS dan UMNO leka, agenda mereka adalah politik murahan, bebal dan dayus.

Tuesday, December 29, 2009

Siapa yang campurtangan keputusan mahkamah..



KOTA BHARU 29 Dis. — Bapa mertua Dr. Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan itu telah melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

Wajarkah bapa mertua campur tangan selepas mahkamah menjatuhkan hukuman, bukankah anaknya sudah cukup matang untuk membuat keputusan sendiri tanpa campurtangan bapanya.

Friday, December 25, 2009

Takkan nak tunggu pondan tegur baru si mamat ni nak letak jawatan..


Mana nak letak muka si mamat ni sekor bila wanita mencabarnya letak jawatan. Takkan nak tunggu pondan cabar dia pulak kot....

Selama ni hebat sangat dia berkokok dan menyalak, kita tengok apa pula komen dia bila kena batang idung sendiri..

Tahniah dan syabas kepada kepada Kamalia yang mendahului 'jantan jantan' lain dalam UMNO dan BN kerana berani tegur Nazri..

KUALA KANGSAR 25 Dis. - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dicabar meletak jawatan sebagai Ketua Whip Barisan Nasional (BN) kerana gagal memastikan wakil kerajaan hadir semasa pengundian meluluskan Bajet 2010 di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Wednesday, December 23, 2009

Jangan 'diam' kecuali benar..


Tun Mahathir dah jawab.






Pemimpin lain seperti Anwar, Lim Kit siang, Lim Eng Guan, Najib, Ku Li, Nik Aziz termasuklah Raja Petra, Rosmah, Khir Toyo, KJ, Hindraf patutnya contohilah cara Tun berhadapan dengn fitnah ke atasnya.



Jangan buat buat pekak dan bodoh, jangan hanya petah di blog, jangan lari ke luar negara, jangan kata ini isu kecil, jangan lari ke mana mana kedutaan, jangan tamatkan sidang akhbar secara mengejut, jangan guna dan berlindung di sebalik nama Islam, jangan berani jawab hanya di Parlimen atas kekebalan, jangan berdolak dalik, jangan bohong dan jangan banyak lagi.




Jadilah budiman, buat kenyataan dan cabar malah kalau perlu saman pihak terbabit.. janganlah hanya diam kecuali 'fitnah' itu benar !!!!




ADA KE YANG BERMINAT: DAFTAR PERCUMA UNTUK BERKOMUNIKASI DAN INFO LANJUT

  klik daftar percuma : kemudian hubungi kami 60192503369 wassap shj Nikmati akses kepada emas sebenar pada kos hampir syarikat, melalui sis...