Saturday, January 2, 2010

1Allah.. 1Malaysia..

Merenung sejenak kata kata Tun Dr Mahathir.
( Dalam lain perkataan jika Tun masih kekal PM: bala sebegini buruk tidaklah akan berlaku kepada umat Islam di Malaysia. )
"Saya khuatir kebenaran menggunakan perkataan Allah ini akan menimbulkan kemarahan orang Islam, sebenarnya terjemahan perkataan god dalam bahasa Inggeris adalah tuhan bukan Allah dan Allah spesifik bagi orang Islam sahaja.
"Jadi kalau mereka faham, mereka akan menggunakan perkataan tuhan bukannya Allah," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Wacana Perdana: Mahasiswa Melayu: Cabaran dan Masa Depan pada Konvensyen Mahasiswa Melayu (Konmam) 2010 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT ) di sini hari ini. - Utusan


Perkembangan terkini menunjukkan umat Islam di Malaysia sendiri sudah berbeza pendapat: Menyokong dan membantah.
Titik penyatuan semakin jauh..............................................

PAS dan UMNO leka, agenda mereka adalah politik murahan, bebal dan dayus.

4 comments:

  1. Penulis melihat keputusan mahkamah adalah berat sebelah, tidak adil serta berniat jahat. Apa apa yang melibatkan umat Islam perlu diputuskan melalui mahkamah Syariah selaku badan yang diiktiraf berpengetahuan berkenaan agama Islam itu sendiri bukan dijaja dimahkamah sivil.

    Keputusan ini ternyata memberikan ancaman kepada keselamatan negara, perpaduan kaum dari berbagai etnik dan kepercayaan.

    Penulis percaya jika hal ini dibiarkan berlaku sedikit masa lagi pihak Gereja dan pertubuhan agam lain akan turut mempertikaikan hak orang Islam seperti kebebasan beragama, laungan azan, hak untuk mendengar kuliyah atau ceramah agam di surau atau masjid, hak anak anak orang Islam, penyataan agama pada kad pengenalan dan bernagaia lain yang sebenarnya hanya menunggu masa. Malahan penulis percaya bahawa sudah apa perancangan untuk membawa kes kes melibatkan umat Islam ke mahkamah sivil sekiranya isu penggunaan nama Allah ini terus dibicarakan di mahkamah sivil. Mereka akan menggunakan kes ini sebagai case study untuk membawa kes lain yang melibatkan penganut agama Islam ke mahkamah yang serupa.

    Pastinya perasaan umat Islam terutamanya orang Melayu akan terhakis. Kesabaran manusia mempunyai batasan. Jika mereka masih mampu menahan perasaan marah kerana kekacauan politik dan ekonomi dalam negara, penulis bimbang mereka akan menterjemahkan kekecewaan mereka dengan ledakan agama. Paling ditakuti bila agama dipermainkan, syahid digunakan untuk menyekat kebiadapan yang dilakukan kepada mereka. Pastinya letusan ini bukan sedikit tapi akan menyaksikan pergolakan yang amat besar impaknya sepertimana yang terjadi di Pakistan, Indonesia dan beberapa negara lain di Timur Tengah.

    Hanya kerana sikap biadap pihak Gereja Roman Khatolik yang mengapi apikan perasaan umat Islam tanpa memikirkan implikasi terhadap keharmonian, kesejahteraan rakyat serta kestabilan ekonomi dan negara

    http://airmata-darah-keringat.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Pihak Kementerian Dalam Negeri sepatutnya menghalang dan memohon ke mahkamah bahawa mahkamah sivil tidak berhak dan berkelayakan untuk mendengar permohonan gereja.

    Tetapi sikap cuai dan alpa ini kita boleh anggap sebagai 'satu lagi pengkhianatan' kepada umat Islam di negara ini.

    Seperti kita kehilangan Pulau Batu Putih kepada Singapura kerana sikap sambil lewa, sekali lagi kita kehilangan 'maruah' yang digadaikan di bumi sendiri. Kali ini lebih teruk, di bawah Najib yang sebok mempromosikan 1Malaysia hingga lalai mempertahankan Allah itu Esa, Allah Hu Ahad..

    Secara paositif, kita berharap ia belum terlewat, secara positif kita berharap ini memberi kesedaran kepada UMNO dan PAS walaupun berbeza pendapat tetapi harus mampu saling menjaga Islam di bumi sendiri.

    ReplyDelete
  3. Belajar lah dari apa yg berlaku di Kepulauan Ambon di Indonesia di mana masyarakat serumpun tapi berbeda agama saling bunuh membunuh.Di sini, hanya perlukan satu insiden kecil yg berbau agama untuk meledakkan krisis yg serius ekoran tekanan perasaan orang Melayu yg tidak habis2 di provokasi dan di hina oleh golongan minoriti yang cerdik menggunakan undang2 yg ditafsirkan supaya memihak kepada mereka.Orang Melayu hanya setakat acah-acah jer tapi tiada langsong tindakan berani dlm mempertahankan maruah mereka.

    ReplyDelete
  4. Bila tuhan dah sama, adakah ugama mereka setaraf Islam? Kalau setaraf bolih mohon utk jadi ugama rasmi! Lagi haru, satu negara ada 2 ugama rasmi!

    ReplyDelete

6ANGKA